Anda di halaman 1dari 4

http://www.scribd.

com/doc/19188764/halangan-komunikasi-berkesan

Halangan Komunikasi | PDF (scribd.com)

 
HALANGAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN DAN
KAEDAHMENGATASINYA.

Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi


dengan persekitarannya. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses komunikasi
dapatdilakukan. Komunikasi adalah proses dimana manusia menghantar dan
menerima mesej, proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea,
maklumat dan perasaan, proses interaksi antara manusia , dimana orang ramai
bertutur dan bertukar-tukar  pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk
memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental
mereka.Menurut Howard H. Dean, komunikasi adalah pelbagai cara untuk
menyampaikan fikirandan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan
fikiran dan perasaan dari oranglain.Satu proses untuk menyampaikan dan menerima
idea-idea dan perasaan dengantujuan untuk menukar perilaku orang ramai (Everett M.
Rogers). Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat
atau pendapat atau idea dengantulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana
kombinasi ketiga-tiga unsur tersebutsupaya bahan yang dikomunikasikan difahami
dengan jelas oleh sesiapa yangterlibat(Sillars ).

Komunikasi adalah kata-


kata yang mempunyai kuasa „magic‟ atau sakti.
Ia boleh membawa kegembiraan yang agung atau keputusan yang mendalam. Ia
berupayamenimbulkan emosi yang mendalam dan menggerakkan tindakan manusia.
(SigmundFreud).
Terdapat tiga elemen komunikasi iaitu penghantar, penerima dan saluran atau
medium.Komunikasi berkesan apabila mesej yang disampaikan difahami dengan tepat
dan jelasoleh penerima, makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar
danpenerima, perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat mesej adalah
sepertiperubahan yang dikehendaki pengguna dan mesej yang disampaikan
mempunyai unsurkos-efektif. Selain itu, komunikasi dikatakan berkesan apabila dapat
menimbulkan minatorang yang mendengar.

 
Beberapa kemahiran dalam komunikasi adalah seperti kemahiran menimbulkanminat
orang, melibatkan pendengar, menghiburkan, mengenalpasti keistimewaan oranglain,
membawa topik perbualan yang anda mahir. Manakala kemahiran bagi
seorangpendengar pula adalah kemahiran memberi perhatian, mendengar dengan
aktif, tumpusepenuh perhatian dengan pertembungan mata, duduk ke hadapan sedikit
menghadaporang yang bercakap, memberi maklumbalas lisan/bukan lisan yang
positif dan bertanyasoalan untuk penjelasan. Selain itu pendengar perlu memberi
peluang orang lainbercakap, pertembungan mata yang wajar, sentiasa sabar, tidak
menyampuk, berfikiranterbuka dan mengenalpasti maklumat bukan lisan seperti
mimik muka, air muka,pertembungan mata, gambaran perasaan dari suara dan nada
suara, gaya duduk atauberdiri

Halangan Komunikasi
BerkesanTerdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan
komunikasi tersebutkurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza,
maklumat yang tidak mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai makna
(selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak
sesuai seperti bising dansebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak
mampu meluahkan apa yangdifikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang
minat dan prasangka. Kesemuahalangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu
halangan fizikal, halangan bahasa,halangan sikap penghantar, halangan sikap
penerima dan halangan alam sekitar.Halangan fizikalHalangan fizikal merupakan satu
jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak.Keadaan fizikal yang
membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar  belakang,
pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yangsangat ketara
dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yangagak
kasar dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal
yangketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu yang
kurangkemahiran komunikasi sejak kecil.
 
Halangan Bahasa
Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu
halangankomunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa
yang berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran
perkataan yang digunakandan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak
jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi
penyebab maklumat yang ingindisampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin
membawa erti yang berbeza antaraindividu dengan individu yang lain

Halangan Sikap Penghantar


Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran
danmenghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi
pasif,tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar
keranakomunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negative.
Penampilanorang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam
memberikeyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap
penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan
menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan kesalahan
yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada komunikasi

Halangan Sikap Penerima


Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej
yanghendak disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang
ingindisampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan
dan mulamemberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat
menerimamaklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar
dan melihat apayang mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Pekerja yang sering
ditegur tentang kerja,sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja akan sukar
mempercayai apa yang didengar 
 
dan menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat
yangditerima bercanggah dengan apa yang disangka lebih awal akan menghalang
individu
untukterus mendengar dan menerima mesej

Halangan Alam Sekitar 


Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor
turutmempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia
akanmudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin
disampaikan.Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan
persekitaran yangtegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada
gangguan yang jelasdalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petit dan banjir.
Proses kominikasi seringterjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus
atau terjejas akibat bencanaalam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah
persekitaran yangmenyebabkan proses komunikasi tidak efektif.

Anda mungkin juga menyukai