Anda di halaman 1dari 2

Halangan Komunikasi Berkesan

Halangan fizikal

Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak. Keadaan fizikal
yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap
intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang
biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya
menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu
yang kurang kemahiran komunikasi sejak kecil.

Halangan Bahasa

Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi
berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza, panjang ayat yang digunakan,
kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan dan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa
yang tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab
maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza
antara individu dengan individu yang lain

Halangan Sikap Penghantar

Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran dan menghakimi
menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan
terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan
pemikiran yang negative. Penampilan orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting
dalam member keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar
yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan menjadikanpenerima merasa
tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang
kepada komunikasi.

Halangan Sikap Penerima

Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang hendak disampaikan.
Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan
menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara lain.
Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu. Manusia
mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur
tentang kerja, sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar
dan menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang diterima bercanggah
dengan apa yang disangka lebih awal akan menghalang individu untuk terus mendengar dan menerima
mesej.
Halangan Alam Sekitar

Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut mempengaruhi
keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak
menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan. Komunikasi tidak akan dapat mencapai
matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang
kepada gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petit dan banjir. Proses
kominikasi sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat
bencana alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang menyebabkan
proses komunikasi tidak efektif.

Kesimpulan

Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua atau lebih manusia. Halangan
yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya penyampai dan penerima maklumat
memahami peranan dan tugas masing-masing dalam mendapatkan proses komunikasi yang efektif.
Dengan memastikan prinsip-prinsip komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi,
akan membolehkan komunikasi mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru segala halangan dan
kelemahan dalam mencapai komunikasi efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi
meningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai