Anda di halaman 1dari 21

HALANGAN KOMUNIKASI

Pensyarah: Dr Azhar Bin Mohd Ali


Ahli Kumpulan 3
Roland Kula
Hanis Syazni Bt. Hasni
Nur Izzati Bt. Mat Razi
Shahirah Izzati Bt. Shaik Osman
Maksud Komunikasi
Komunikasi adalah proses dimana manusia
menghantar dan menerima mesej, proses
dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar
idea, maklumat dan perasaan,proses interaksi
antara manusia , dimana orang ramai bertutur
dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat
atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan
bertukar-tukar
maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau
mental mereka.
Maksud Komunikasi Berkesan
 Satu proses penyampaian maklumat dari
penyampai kepada penerima yang akan
menghasilkan maklumbalas seperti yang
diharapkan.
 Satu proses yang akan dapat mengubah cara
seseorang untuk berfikir serta mengubah
kelakuan seseorang.
Maksud Halangan
• Pemesongan
 Bahasa yang tidak jelas maksudnya yang
digunakan semasa berkomunikasi antara satu
sama lain.
Menggunakan perkataan-perkataan yang susah
difahami dan jargon
HALANGAN KOMUNIKASI
Dikelaskan kepada lima kategori
Halangan fizikal
Halangan bahasa
Halangan sikap penghantar
Halangan sikap penerima
Halangan alam sekitar
HALANGAN FIZIKAL
 halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak
 Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan
penerima dari sudut pendidikan, latar
belakang, pemahaman, tahap intelektual dan
sebagainya
 Ada orang yang biasa menggunakan cara
komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang
lemah lembut
 Menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-
dua golongan ini berkomunikasi
HALANGAN BAHASA
 Perbezaan asal usul dan keturunan
 Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras
bahasa yang berbeza, panjang ayat yang
digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran
perkataan yang digunakan dan nada suara
 Sesuatu perkataan mungkin membawa erti
yang berbeza antara individu
HALANGAN SIKAP PENGANTAR
 Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah,
mengancam, memberi amaran dan
menghakimi akan memberikan kesan kepada
penerima
 Penerima akan menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan
terkongkong
 Penampilan penyampai sangat penting dalam
memberi keyakinan kepada penerima untuk
mendengar apa yang ingin disampaikan
 Sikap penghantar yang kerap menasihat atau
menyiasat dan bertanya secara terperinci akan
membuatkan penerima merasa tidak selesa
HALANGAN SIKAP PENERIMA
 Ada penerima yang telah mengetahui maklumat
yang ingin disampaikan oleh penghantar akan
menganggap komunikasi itu membosankan dan
mula
memberi perhatian terhadap perkara lain
 Sesetengah penerima tidak dapat menerima
maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu
 Seandainya kenyataan atau maklumat yang diterima
bercanggah dengan apa yang disangka akan
menghalang penerima untuk terus mendengar dan
menerima mesej
HALANGAN ALAM SEKITAR
 Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising,
jarak jauh, gelap atau kotor turut mempengaruhi
keberkesan satu proses komunikasi
 Individu akan mudah rasa tertekan dan tidak
menumpukan kepada apa juga yang ingin
disampaikan
 Alam sekitar yang tidak selamat juga
mengundang kepada gangguan yang jelas dalam
komunikasi misalnya sewaktu rebut petir dan
banjir
Punca Halangan Komunikasi :

1. Salah faham interpretasi bahasa badan


dalam persekitaran silang budaya.

- Bahasa badan atau isyarat anggota badan


merupakan bahasa yang tidak mengeluarkan
bunyi.
- Contoh : sentuhan, memek muka.
2. Semantik
• Perkataan mempunyai makna yang berbeza
terhadap sesuatu perkara.
• Maksudnya positif pada setengah budaya
namun pada masa yang sama negatif kepada
pengamal budaya yang lain.
• Cth : Bahasa melayu “Lawa” : cantik -  Bahasa
Sarawak “Lawa” : sombong
3. Perbezaan nada suara.
• Bagi sesetengah budaya nada bertukar
mengikut situasi.

• Cth : Status yang merujuk kepada tahap


seseorang dalam organisasi.
4. Emosi dan sikap
• Merupakan tindak balas yang berasaskan
perasaan yang mempengaruhi tindakan
individu.
• Cth : Orang yang marah, pendiam tetapi
menyimpan kemarahannya,
SECARA LISAN
MENGGUNAKAN SUARA YANG
DIFAHAMI OLEH PENYAMPAI
DAN PENERIMA

BUKAN LISAN
 MENGGUNAKAN MEMEK MUKA
 GERAK BADAN
 BAHASA ISYARAT
 PERGERAKAN MATA
LANGKAH MENGATASI HALANGAN
KOMUNIKASI
• Wujudkan suasana yang mesra.
• Kawal perilaku, kesopanan dan kehalusan budi
pekerti.
• Gunakan perkataan tepat , ringkas dan tekanan
suara yang lembut dan jelas .
• Mengawal mimik muka / ekspresi wajah dan
pergerakan diri.
• Bersedia untuk berkhidmat dan beri kerjasama.
• Cuba fahami masalah orang lain.
LANGKAH MENGATASI HALANGAN
KOMUNIKASI
• Jadi pendengar yang baik
• Teliti maklumat
• Galakkan orang lain memberi pendapat
• Hargai pendapat dan maklumat orang lain
• Bersemuka
• Beri maklumbalas
• Elak perkataan yang boleh menyinggung perasaan
orang.
• Sentiasa insaf dan berfikiran terbuka.
LANGKAH MENGATASI HALANGAN
KOMUNIKASI
• KEMAHIRAN MENDENGAR
• Berhenti bercakap semasa penyampai
maklumat sedang bercakap
• Beri tumpuan kepada penyampai
• Tunjukkan anda minat mendengar
• Bersabar
• Kawal perasaan
• Bertanya dengan jelas dan tepat
LANGKAH MENGATASI HALANGAN
KOMUNIKASI
o Permudahkan bahasa yang digunakan.
o Dengar dengan aktif.
o Kurangkan gangguan bunyi.    
o Jangan mengkritik.
o Bersedia Bertanggungjawab.
o Jangan Membuat Serangan Peribadi.
-Mengumpat seseorang dibelakangnya
Kesimpulan
 Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran
maklumat antara dua atau lebih manusia.Halangan
yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat
dikurangkan sekiranya penyampai dan penerima
maklumat memahami peranan masing-masing dalam
mendapatkan proses komunikasi yang efektif.Justeru
itu,untuk mencapai komunikasi efektif segala
kelemahan dan halangan perlu diperbaiki dari semasa
ke semasa bagi meningkatkan peranan komunikasi
dalam kehidupan seharian.
Ayam Hutan, Ayam Selasih

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai