Anda di halaman 1dari 4

Halangan komunikasiHALANGAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN DAN

KAEDAHMENGATASINYA.
Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi
dengan persekitarannya. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses komunikasi
dapatdilakukan. Komunikasi adalah proses dimana manusia menghantar dan menerima
mesej, proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan
perasaan, proses interaksi antara manusia , dimana orang ramai bertutur dan bertukartukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukartukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.Menurut Howard H.
Dean, komunikasi adalah pelbagai cara untuk menyampaikan fikirandan perasaan kepada
khalayak ramai dan juga penerimaan fikiran dan perasaan dari oranglain.Satu proses untuk
menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan dengantujuan untuk menukar perilaku
orang ramai (Everett M. Rogers). Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau
pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengantulisan, percakapan atau imej visual atau
mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebutsupaya bahan yang dikomunikasikan
difahami dengan jelas oleh sesiapa yangterlibat(Sillars ). Komunikasi adalah kata-kata yang
mempunyai kuasa magic atau sakti.Ia boleh membawa kegembiraan yang agung atau
keputusan yang mendalam. Ia berupayamenimbulkan emosi yang mendalam dan
menggerakkan tindakan manusia. (SigmundFreud).Terdapat tiga elemen komunikasi iaitu
penghantar, penerima dan saluran atau medium.Komunikasi berkesan apabila mesej yang
disampaikan difahami dengan tepat dan jelasoleh penerima, makna mesej difahami dan
dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima, perubahan yang berlaku (sekiranya
dikehendaki) akibat mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki pengguna dan mesej
yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif. Selain itu, komunikasi dikatakan berkesan
apabila dapat menimbulkan minatorang yang mendengar.
Beberapa kemahiran dalam komunikasi adalah seperti kemahiran menimbulkanminat orang,
melibatkan pendengar, menghiburkan, mengenalpasti keistimewaan oranglain, membawa
topik perbualan yang anda mahir. Manakala kemahiran bagi seorang pendengar pula adalah
kemahiran memberi perhatian, mendengar dengan aktif, tumpusepenuh perhatian dengan
pertembungan mata, duduk ke hadapan sedikit menghadaporang yang bercakap, memberi
maklumbalas lisan/bukan lisan yang positif dan bertanyasoalan untuk penjelasan. Selain itu
pendengar perlu memberi peluang orang lain bercakap, pertembungan mata yang wajar,
sentiasa sabar, tidak menyampuk, berfikiranterbuka dan mengenalpasti maklumat bukan lisan
seperti mimik muka, air muka, pertembungan mata, gambaran perasaan dari suara dan nada
suara, gaya duduk atau berdiri
Halangan Komunikasi Berkesan
Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi
tersebutkurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang
tidak mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai makna (selalunya
kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising
dansebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa
yangdifikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka.
Kesemuahalangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan
bahasa,halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekit

Halangan Bahasa
Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu
halangankomunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang
berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang
digunakandan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti
menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat
yang ingindisampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza
antaraindividu dengan individu yang lain
Halangan Sikap Penghantar
Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran
danmenghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi
pasif,tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar
keranakomunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negative.
Penampilanorang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam
memberikeyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap
penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan
menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang
besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada komunikasi.
Halangan Sikap Penerima
Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yanghendak
disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingindisampaikan oleh
penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan mulamemberi perhatian
terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerimamaklumat baru kerana
menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apayang mereka mahu dengar
dan lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja,sesuatu hari mendapat pujian
tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan menganggap ada mesej yang
tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yangditerima bercanggah dengan apa yang
disangka lebih awal akan menghalang individu
untuk terus mendengar dan menerima mesej
Halangan Alam Sekitar
Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor
turutmempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia
akanmudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin
disampaikan.Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan
persekitaran yangtegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada
gangguan yang jelasdalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petit dan banjir. Proses
kominikasi seringterjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas
akibat bencanaalam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran
yangmenyebabkan proses komunikasi tidak efektif.
Mengatasi halangan komunikasi

Faham

Jadi pendengar yang baik

Teliti maklumat

Galakkan orang lain memberi pendapat

Hargai pendapat dan maklumat orang lain

Bersemuka

Bahasa yang sesuai

Beri maklumbalas

Cari masa yang sesuai

Gunakan subconscious mind anda

Berhenti bercakap semasa penyampai maklumat sedang bercakap

Beri tumpuan kepada penyampai

Tunjukkan anda minat mendengar

Bersabar

Kawal perasaan

Bertanya dengan jelas


dan tepat

Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pergerakananggota badan,


memek muka dan gerak mata.

Jujur kepada diri sendiri- Jika tidak faham,terus terang dengan pelanggan

Sentiasa kemas

Wujud suasana mesra

Kawal perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti

Gunakan perkataan tepat , ringkas dan tekanan suara yang lembut dan jelas

Mengawal mimik muka dan pergerakan diri

Bersedia untuk berkhidmat dan beri kerjasama

Cuba fahami masalah orang lain

Elak perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang

Sentiasa insaf dan berfikiran terbuka


Amal seni percakapan (The art of Talking)-Volume- Tekanan Suara- Alunan SuaraKecepatan
Kesimpulan
Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua atau
lebihmanusia. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan
sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing
dalammendapatkan proses komunikasi yang efektif. Dengan memastikan prinsipprinsipkomunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi, akan
membolehkankomunikasi mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru segala halangan dan
kelemahandalam mencapai komunikasi efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki
bagimeningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan s

Anda mungkin juga menyukai