Anda di halaman 1dari 5

HALANGAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN DAN KAEDAH

MENGATASINYA.

Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan


persekitarannya. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses komunikasi dapat
dilakukan. Komunikasi adalah proses dimana manusia menghantar dan menerima mesej,
proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan,
proses interaksi antara manusia , dimana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar
pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar
maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.

Menurut Howard H. Dean, komunikasi adalah pelbagai cara untuk menyampaikan fikiran
dan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan fikiran dan perasaan dari orang
lain.Satu proses untuk menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan dengan
tujuan untuk menukar perilaku orang ramai (Everett M. Rogers). Komunikasi adalah
penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan
tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut
supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang
terlibat(Sillars ). Komunikasi adalah kata-kata yang mempunyai kuasa ‘magic’ atau sakti.
Ia boleh membawa kegembiraan yang agung atau keputusan yang mendalam. Ia berupaya
menimbulkan emosi yang mendalam dan menggerakkan tindakan manusia. (Sigmund
Freud).

Terdapat tiga elemen komunikasi iaitu penghantar, penerima dan saluran atau medium.
Komunikasi berkesan apabila mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas
oleh penerima, makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan
penerima, perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat mesej adalah seperti
perubahan yang dikehendaki pengguna dan mesej yang disampaikan mempunyai unsur
kos-efektif. Selain itu, komunikasi dikatakan berkesan apabila dapat menimbulkan minat
orang yang mendengar.
Beberapa kemahiran dalam komunikasi adalah seperti kemahiran menimbulkan
minat orang, melibatkan pendengar, menghiburkan, mengenalpasti keistimewaan orang
lain, membawa topik perbualan yang anda mahir. Manakala kemahiran bagi seorang
pendengar pula adalah kemahiran memberi perhatian, mendengar dengan aktif, tumpu
sepenuh perhatian dengan pertembungan mata, duduk ke hadapan sedikit menghadap
orang yang bercakap, memberi maklumbalas lisan/bukan lisan yang positif dan bertanya
soalan untuk penjelasan. Selain itu pendengar perlu memberi peluang orang lain
bercakap, pertembungan mata yang wajar, sentiasa sabar, tidak menyampuk, berfikiran
terbuka dan mengenalpasti maklumat bukan lisan seperti mimik muka, air muka,
pertembungan mata, gambaran perasaan dari suara dan nada suara, gaya duduk atau
berdiri

Halangan Komunikasi Berkesan

Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut


kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak
mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai makna (selalunya kiasan),
punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan
sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yang
difikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua
halangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa,
halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.

Halangan fizikal
Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak.
Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar
belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang
sangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang
agak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang
ketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang
kemahiran komunikasi sejak kecil.
Halangan Bahasa
Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan
komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza,
panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan
dan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan
perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat yang ingin
disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza antara
individu dengan individu yang lain

Halangan Sikap Penghantar


Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran dan
menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi pasif,
tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana
komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negative. Penampilan
orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam memberi
keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar
yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan menjadikan
penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar. Ini
juga akan menjadi penghalang kepada komunikasi.

Halangan Sikap Penerima


Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang
hendak disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin
disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan mula
memberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima
maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apa
yang mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja,
sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar
dan menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang
diterima bercanggah dengan apa yang disangka lebih awal akan menghalang individu
untuk terus mendengar dan menerima mesej

Halangan Alam Sekitar


Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut
mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan
mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan.
Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang
tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas
dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petit dan banjir. Proses kominikasi sering
terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana
alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang
menyebabkan proses komunikasi tidak efektif.

Mengatasi halangan komunikasi

• Faham
• Jadi pendengar yang baik
• Teliti maklumat
• Galakkan orang lain memberi pendapat
• Hargai pendapat dan maklumat orang lain
• Bersemuka
• Bahasa yang sesuai
• Beri maklumbalas
• Cari masa yang sesuai
• Gunakan ‘subconscious mind’ anda
• Berhenti bercakap semasa penyampai maklumat sedang bercakap
• Beri tumpuan kepada penyampai
• Tunjukkan anda minat mendengar
• Bersabar
• Kawal perasaan
• Bertanya dengan jelas dan tepat
• Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pergerakan
anggota badan, memek muka dan gerak mata.
• Jujur kepada diri sendiri
- Jika tidak faham,terus terang dengan pelanggan
• Sentiasa kemas
• Wujud suasana mesra
• Kawal perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti
• Gunakan perkataan tepat , ringkas dan tekanan suara yang lembut dan jelas
• Mengawal mimik muka dan pergerakan diri
• Bersedia untuk berkhidmat dan beri kerjasama
• Cuba fahami masalah orang lain
• Elak perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang
• Sentiasa insaf dan berfikiran terbuka
• Amal “seni” percakapan (The art of Talking)
- “Volume”
- Tekanan Suara
- Alunan Suara
- Kecepatan

Kesimpulan

Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua atau lebih
manusia. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya
penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing dalam
mendapatkan proses komunikasi yang efektif. Dengan memastikan prinsip-prinsip
komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi, akan membolehkan
komunikasi mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru segala halangan dan kelemahan
dalam mencapai komunikasi efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi
meningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai