Anda di halaman 1dari 3

Definisi Komunikasi

Pelbagai definisi bagi komunikasi telah dikemukakan oleh


pelbagai tokoh.  Menurut McPheat (2010), komunikasi
merupakan seni dan proses mencipta serta berkongsi
idea.  Komunikasi yang berkesan bergantung kepada
keberkesanan idea-idea tersebut dikongsikan.  Griffin
(2012) pula berpendapat, komunikasi merupakan proses
relatif yang mewujudkan serta menterjemahkan mesej
kepada tindakan. 

Komunikasi merupakan satu proses transaksional yang


membolehkan komunikator mempengaruhi orang lain. 
Proses komunikasi bertolak ansur dalam kehidupan. 
Proses ini boleh berlaku dalam dua bentuk, iaitu
komunikasi verbal dan bukan verbal.  Komunikasi verbal 
merupakan komunikasi yang disampaikan secara bertulis
atau lisan.  Komunikasi ini menggunakan perkataan-
perkataan, sama ada disampaikan secara kuat dalam
sesuatu ucapan atau dibaca secara senyap pada sesebuah
buku.  Komunikasi bukan verbal merupakan proses
komunikasi yang tidak dituturkan atau ditulis iaitu tanpa
ucapan atau kata-kata, tetapi menggunakan gerakan atau
isyarat (Fujishin, 2013).

Dalam istilah sains sosial, komunikasi merupakan kajian


saintifik tentang penghasilan, pemprosesan dan kesan
sistem isyarat dan simbolik yang digunakan oleh manusia
untuk menghantar serta menerima mesej-mesej (Hargie,
1992).  Definisi ini menonjolkan tiga dimensi utama
(Hargie, Dickson & Tourish, 2004), iaitu:

1.    Komunikasi mempunyai ciri saintifik.  Komunikasi


merupakan proses yang boleh diukur, dianalisis, dinilai
serta ditambah baik.

2.    Kajian tentang komunikasi berpusat pada cara mesej


dikeluarkan, kemudian cara mesej diproses atau
disampaikan (misalnya melalui interaksi bersemuka, dalam
bentuk tulisan atau melalui media teknologi), dan kesan
yang ditimbulkan oleh mesej terhadap penerima.

3.    Kepentingan tanda dan simbol ditegaskan.  Segala


tingkah laku interpersonal mempunyai fungsi kominikasi,
dan dinilai berdasarkan kandungan verbal dan tanda non-
verbal.  Mesej tersurat mungkin kurang penting daripada
mesej tersirat. 

Kita berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung. 


Kebanyakan komunikasi langsung adalah disengajakan,
termasuk apa yang kita pilih untuk dituturkan, ditulis serta
dibuat.  Selain itu, kita juga berkomunikasi melalui cara
tidak langsung dan tidak disengajakan melalui bahasa
badan, ekspresi muka, dan pola pertuturan.  Kebanyakan
komunikasi tidak langsung merupakan hasil daripada
tabiat lama, ciri-ciri personaliti, dan adat-adat sosial. 
Komunikasi jenis ini tidak disengajakan serta memerlukan
usaha tambahan untuk mengawalnya (Bender, 2005).

Ringkasnya, komunikasi merupakan satu proses


penyampaian sesuatu mesej daripada seorang
komunikator kepada seorang penerima, sama ada dalam
bentuk verbal atau nonverbal, secara langsung atau tidak
langsung melalui sesuatu media yang difikir paling sesuai.

Anda mungkin juga menyukai