Anda di halaman 1dari 13

Masalah Komunikasi dalam Pembangunan dan Kestabilan Negara

Pendahuluan

Mengapa komunikasi penting dalam suatu organisasi ? Pertanyaan ini kerap dilontarkan oleh

mereka yang memperhatikan terhadap kajian fenomena komunkasi maupun mereka yang tertarik

pada gejala gejala keorganisasian. Dalam kenyataan masalah komunikasi senantiasa muncul

dalam proses pengorganisasian. Komunikasi mempunyai ciri membangun iklim organisasi, yang

berdampak kepada membangun budaya oranisasi, yaitu nilai dan kepercayaan yang menjadi titik

pusat organisasi. Komunikasi dalam organisasi adalah : Komunikasi di suatu organisasi yang

dilakukan pimpinan, baik dengan para karyawan maupun dengan khalayak yang ada kaitannya

dengan organisasi, dalam rangka pembinaan kerja sama yang serasi untuk mencapai tujuan dan

sasaran organisasi (Effendy,1989).

Komunikasi memiliki hubungan yang erat sekali dengan kepemimpinan, bahkan dapat

dikatakan bahwa tiada kepemimpinan tanpa komunikasi. Apalagi syarat seorang pemimpin

selain ia harus berilmu, berwawasan kedepan, ikhlas, tekun, berani, jujur, sehat jasmani dan

rohani, ia juga harus memiliki kemampuan berkomunikasi, sehingga Rogers (1969) mengatakan

“Leadership is Communication. Kemampuan berkomunikasi akan menentukan berhasil tidaknya

seorang pemimpin dalam melaksanakan tugasnya.

Setiap pemimpin (leader) memiliki pengikut (flower) guna meralisir gagasannya dalam

rangka mencapai tujuan tertentu. Disinilah pentingnya kemampuan berkomunikasi bagi

seorang pemimpin, khususnya dalam usaha untuk mempengaruhi prilaku orang lain. Inilah

hakikatnya dari suatu pengurusan dalam organisasi


Proses Komunikasi yang efektif memungkinkan pengurus untuk melaksanakan tugas-

tugas mereka. Informasi harus dikomunikasikan kepada pekerjanya agar mereka mempunyai

dasar perencanaan, agar rencana-rencana itu dapat dilaksanakan. Pengorganisasian memerlukan

komunikasi dengan bawahan tentang penugasan mereka. Pengarahan mengharuskan manejer

untuk berkomunikasi dengan bawahannya agar tujuan kelompo dapat tercapai.

Jadi seorang manejer akan dapat melaksanakan fungsi-fungsi melalui interaksi dan komunikasi

dengan pihak lain.

Masalah –masalah komunikasi dalam organisasi dan pembangunan Negara

Hedebro (1979) dalam Nasution (2002), mengidentifikasikan tiga aspek komunikasi dan

pembangunan yang berkaitan dengan tingkat analisanya, iaitu :

Pendekatan yang berfokus pada pembangunan suatu bangsa, dan bagaimana media massa

dapat menyumbang dalam upaya tersebut. Disini, politik dan fungsi-fungsi media massa dalam

pengertian yang umum merupakan obyek studi, sekaligus masalah-masalah yang menyangkut

struktur organisasi dan pemilikan, serta kontrol terhadap media. Untuk penyelidikan jenis ini,

sekarang digunakan istilah kebijakan komunikasi, dan merupakan pendekatan yang paling luas

dan bersifat general (umum)

Pendekatan yang juga dimaksudkan untuk memahami peranan media massa dalam

pembangunan nasional, namun jauh lebih spesifik. Menurut pendekatan ini, media dilihat

sebagai pendidik atau gurunya, dan ideanya adalah bagaimana media massa dapat dimanfaatkan

untuk mengajarkan kepada masyarakat bermacam keterampilan, dan dalam kondisi tertentu

mempengaruhi sikap mental dan perilaku mereka. Persoalan utama dalam studi ini adalah,
bagaimana media dapat dipakai secara paling efisien, untuk mengajarkan pengetahuan tertentu

bagi masyarakat suatu bangsa.

Pendekatan yang berorientasi kepada perubahan yang terjadi pada suatu komunitas lokal

atau desa. Konsentrasinya adalah pada memperkenalkan idea-idea baru, produk dan cara-cara

baru, dan penyebarannya di suatu desa atau wilayah. Studi jenis ini mendalami bagaimana

aktivitas komunikasi dapat dipakai untuk mempromosikan penerimaan yang luas akan idea-idea

dan produk baru

Di antara masalah yang sering dihadapi oleh sesebuah organisasi adalah masalah

komunikasi antara pihak pengurusan dan subordinat. Punca-punca berlaku masalah komunikasi

tersebut mungkin kerana gaya kepimpinan atau kurang kemahiran berkomunikasi. Gaya

kepimpinan yang lemah, autoritarian dan ortodoks boleh menghalang proses komunikasi yang

lebih terbuka. Manakala kelemahan kemahiran interpersonal juga merupakan satu ‘penyakit’

yang menjadi pembunuh senyap kepada kedinamikan organisasi.

Dalam konteks penyebaran mesej, kebiasaannya media komunikasi memerlukan

kebebasan, agar sesuatu maklumat atau mesej itu dapat disampaikan kepada umum secara

berkesan. Namun realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu

yang terlalu ideal dan tidak ada sebuah negara pun di dunia yang benar-benar memperolehi

kebebasan tersebut (Merill 1997). Sebaliknya yang jelas ialah wujudnya pelbagai undangundang

dan akta yang mengawal aktiviti media komunikasi daripada pihak berwajib. Ini timbul atas

kesedaran bahawa kebebasan yang tidak dikawal mampu menggugat kestabilan dan status quo

(Merill 1997). Dalam konteks Malaysia, media komunikasi diberi kebebasan untuk berperanan

dalam lingkungan undang-undang dan akta yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk mengelak
daripada berlakunya sebarang penyebaran maklumat yang boleh memudaratkan keselamatan

atau kestabilan negara (Othman Muhammad 1998).

Permasalahan ini perlu di lihat dari aspek masalah komunikasi dalam kepemimpinan dan

masalah kepemimpinan dalam komunikasi. Adalah malang jika ada pemimpin yang tidak tahu

akan kepentingan komunikasi yang berkesan dan seterusnya bertindak mengabaikannya atau

bersikap lewa ketika berkomunikasi. Dalam sesebuah organisasi terdapat beratus atau beribu

pekerja atau pengikut yang datang dari pelbagai rencam budaya dan latar belakang. Agama,

budaya, bangsa, daerah yang berbeza antara satu sama lain memerlukan bentuk komunikasi yang

berbeza ketika berhubung. Pemimpin tidak boleh merangkup sekali gus bahawa semua

pengikutnya sama. Dari aspek jantina sahaja sudah menagih kaedah komunikasi yang berbeza.

Bagi organisasi yang ekstrem seperti angkatan tentera dan polis, kaedah komunikasinya secara

total berbeza dengan komunikasi para guru dan murid di sebuah sekolah. Bahasa yang keras dan

arahan yang tegas dan disampaikan dalam situasi serius ditagihkan dalam mentadbir sesebuah

organisasi keselamatan. Manakala bahasa yang mesra dan penyampaian penuh diplomasi

diperlukan di sebuah sekolah atau syarikat swasta lain.

Oleh kerana komunikasi seperti senjata dua mata, maka ia perlu disampaikan dengan

baik, sempurna, sesuai dengan khalayak, sesuai dengan masa dan keadaan. Jika tidak, ia akan

memberi maksud yang berbeza kepada pengikut. Sekiranya saluran komunikasi yang tidak sesuai

digunakan, kemungkinan mesej yang disampaikan tidak sampai sepenuhnya atau tidak sampai

langsung. Situasi ini akan menjadikan kelam kabut jika pengikut terus melaksanakan tugas tanpa

mendapat arahan yang jelas. Inilah masalah sebenar komunikasi dalam kepemimpinan

organisasi. Sejarah kepentingan penyampaian komunikasi lisan ditunjukkan oleh Panglima


Perang China iaitu Sun Tzu ketika diuji Maharaja China. Sun Tzu mengatakan setelah arahan

diberikan tetapi pengikut masih tidak dapat melaksanakan dengan baik atau salah

pelaksanaannya, maka berkemungkinan arahan yang diberikan tidak jelas dan terang. Setelah

arahan diberi dengan jelas dan terang dan berulang tetapi pengikut masih tidak dapat

melaksanakannya dengan baik atau salah melaksanakannya, maka kesalahan diletakkan pada

pengikut, maka pengikut perlu di hukum.

Sesetengah pemimpin dalam organisasi, buta teknologi komunikasi atau bersikap

negatif dan menolak teknologi. Pemimpin khususnya generasi terdahulu yang masih tinggal

menjadi pemimpin atasan sesebuah organisasi menolak teknologi komunikasi. Teknologi

komunikasi bergerak pantas dan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sikap pemimpin yang

menolak teknologi komunikasi menjadikan mereka buta pada peralatan tersebut sedangkan

pengikutnya celik pada peralatan tersebut. Sikap pemimpin seperti ini lah yang memberi masalah

komunikasi pada masa hadapan kerana masih bergantung pada sistem lama. Contoh terbaik

dalam isu ini ialah kekalahan tentera China dalam perangannya dengan Taiwan. Tentera China

yang digeruni telah kalah dalam peperangan ini kerana panglima perangnya menolak teknologi

komunikasi. Mereka masih percaya kepada kaedah komunikasi dengan menggunakan burung

merpati. Setiap mesej atau maklumat medan pertempuran disampaikan dengan burung merpati.

Apabila Tentera Taiwan menubuhkan tim penembak dan melancarkan operasi menangkap

burung merpati, banyak maklumat rahsia perang China diketahui oleh Tentera Taiwan.

Antaranya ialah kebocoran strategi perang, maklumat kekuatan anggota dan persenjataan, susun

atur serangan dan pertahanan dan laluan yang akan digunakan.


Analisis Kritikal

De Ridder (2003) mengatakan bahawa peranan komunikasi mempunyai dua matlamat. Pertama,

komunikasi adalah bertujuan untuk memaklumkan (communicatio) maklumat mengenai tugas da

tanggungjawab, dasar-dasar organisasi dan isu-isu organisasi yang berkaitan kepada para

pekerja. Kedua, komunikasi (communicare) bertujuan untuk mewujudkan sebuah komuniti

organisasi atau menerapkan semangat kerja kumpulan kepada organisasi (dalam Rosli Bin

Mohammed, 2007).

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa komunikasi adalah sangat diperlukan

bertujuan untuk menetapkan dan menyebarkan matlamat sesebuah organisasi. Dalam hal ini,

komunikasi adalah bertujuan untuk menyusun rancangan kerja untuk mencapai matlamat

organisasi. Menurut Jennings, 1960 (dalam Dr Raja Roslan et.al), orang yang dilantik menjadi

ketua dalam sesebuah organisasi adalah mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi

bersemuka yang baik. Dalam kajiannya, punca utama seseorang ketua dipecat adalah disebabkan

oleh masalah komunikasi iaitu tidak mempunyai kemahiran komunikasi bersemuka yang baik.

Menurut Witerspoon (1997), komunikasi kepemimpinan secara langsung dan tidak langsung

bukanlah semata-mata sebagai refleksi antara kepimpinan atasan dan bawahan sahaja. Individu

boleh dipengaruhi oleh komunikasi yang diarahkan dalam organisasi. Kegunaan maklum balas

dan jangkaan yang terang dan teratur dari orang ramai juga boleh mempengaruhi pemimpin.

Komunikasi kepemimpinan secara tidak langsung pula boleh ditunjukkan melalui usaha

keras bagi mencapai objektif perubahan organisasi. Pemimpin boleh mempengaruhi sikap ramai

orang dalam organisasi dengan menggunakan cerita, simbol dan kompenan lain dalam budaya

organisasi. Mereka juga boleh mempengaruhi faktor luaran dan dalaman dalam sesebuah
organisasi dengan menggunakan bahasa dan aksi untuk menunjukkan maksud yang tersirat.

Pearce & Conger (2002) pula menjelaskan bahawa komunikasi kepemimpinan adalah bertujuan

supaya pemimpin memahami dan mempraktikkan komunikasi yang digunakan untuk

mengerakkan seseorang kakitangan atau orang bawahan untuk bekerja. Pemimpin haruslah

dijadikan sumber inspirasi oleh para pekerja dan pemimpin juga haruslah memfokuskan kepada

faktor luaran dan juga dalaman. Maklumat dalam komunikasi kepemimpinan akan diperolehi

secara dual practice, iaitu dengan cara mengetahui tentang tujuan sesuatu perkara itu, dan juga

untuk mencari orang lain untuk berkomunikasi bagi menghubungkan di antara minda atau

pemikiran serta perasaan orang yang akan berhubung nanti.

Persoalan pertama yang harus difahami ialah bagai manakah komunikasi berkait dengan

kepemimpinan dan pembangunan Negara dan mengapakah ianya menjadi terlalu teras.

Hubungan ini dapat di lihat dari beberapa aspek. Pertama, Komunikasi adalah segala-galanya

dalam perhubungan sesama manusia. Seseorang pemimpin dari sebuah syarikat mega hingga ke

institusi keluarga akan menjadi pemimpin yang berkualiti sekiranya ia mampu menterjemah idea

dalam komunikasi yang paling berkesan. Kegagalan pemimpin dalam melontar secara jelas dan

kegagalannya menyampaikan hasrat dan matlamat organisasi atau keluarga melalui komunikasi

yang berkesan, menjadi batu penghalang kepada perhubungan akrab, kerjasama dan semangat

pengorbanan pengikut kepada organisasi antara pemimpin dan pengikut dan organisasi.

Kedua, Pemimpin diadili melalui komunikasi lisan dan tanpa lisan. Melalui perbualan

percakapan, cara berjalan dan berpakaian dan segenap ruang lingkup, kehidupan seseorang

pemimpin sentiasa terdedah kepada ‘judgement’ oleh pengikutnya. Pengikut sentiasa menilai

perwatakan melalui gaya fizikal yang boleh di lihat oleh pengikut. Justeru pemimpin hendaklah

sentiasa berusaha membina imej secara aktif. Pemimpin bukan sahaja perlu melihat dirinya
dalam tingkapnya sendiri, pada masa yang sama ia perlu melihat dalam tingkap yang

tersembunyi yakni tingkap orang lain. Teori ini pernah diangkat oleh sarjana (Joseph Lark dan

Harry Hont) melalui Teori Tingkap Johari dan idea Imam Al-Ghazali. Imam Al-Ghazali

menyatakan tidak semua perkara yang pemimpin tahu diketahui oleh pengikut, begitu juga

sebaliknya. Secara tidak langsungnya, pembinaan imej melalui komunikasi tahap lisan dan lisan

boleh memperbaiki kekurangan lahiriah dan batiniah .

Ketiga, konsep komunikasi strategi. Bagi memastikan semua keputusan pemimpin

dilaksanakan dengan berkesan. Keberkesanan komunikasi pada hari ini di lihat sebagai tidak

bergerak secara sendiri kerana perkembangan teknologi komunikasi yang tidak terbendung.

Justeru teknologi komunikasi turut membantu dalam menjalankan urusan kepemimpinan

antaranya ialah faks, telefon, komputer, email, kamera digital dan lain-lain lagi. Masalah jarak

tidak lagi wujud pada hari ini kerana pemimpin boleh berhubung atau berkomunikasi dengan

pengikutnya tanpa mengira di mana ia berada.


Kesimpulan

Nyatanya komunikasi mempunyai peranan penting dalam kejayaan sesebuah organisasi dan

pembangunan sesebuah Negara. Ini tertakluk kepada cara dan kaedah ia di aplikasi dan

digunakan. Pemimpin organisasi yang bijak berkomunikasi dan sentiasa berusaha

mempertingkatkan keberkesanan komunikasi akan menjadi pemimpin yang dihargai dan berjaya

dalam mencapai hasrat dan matlamat dirinya dan organisasi.

Komunikasi menjadi perantaraan antara pemimpin dengan pengikut dalam sesebuah

organisasi. Dalam menyampaikan arahan dan amanat atau visi organisasi, pemimpin akan

berkomunikasi dengan pekerja. Arahan dan amanat disampaikan melalui pelbagai kaedah seperti

ucapan di dalam perhimpunan, email, surat-menyurat, papan hebahan atau laman web. Manakala

hebahan maklumat berkaitan organisasi dan produk yang dikeluarkan boleh disampaikan melalui

poster, ‘flyers’, laman web dan iklan-iklan. Pemimpin menggunakan laman web untuk

memaparkan amanatnya dan perkara yang ingin dicapai. Ucapan ketika perbarisan adalah

komunikasi secara langsung yang berlaku. Ada sesetengah organisasi yang merancang program

tersendiri untuk membantu program pemimpin.

Satu mekanisme atau program bagi memastikan wujudnya kesinambungan wawasan dan

idea pemimpin ialah mewujudkan program kepemimpinan untuk melahirkan pemimpin pelapis

yang berwibawa dan berpengalaman. Untuk meningkatkan bidang komunikasi di Malaysia agar

lebih berdaya saing dengan bidang komunikasi di negara barat yang lebih dahulu wujud.

Campurtangan daripada badan pemerintah amat penting. Peranan kerajaan sebagai pemerintah

sangat penting kerana kerajaan memainkan peranan untuk membangunkan bidang komunikasi

agar dapat berkembang dan mewujudkan lebih banyak pusat untuk membangunkan bidang
komunikasi di Malaysia.Bidang komunikasi tidak seharusnya dipandang rendah iaitu sebagai

bidang yang tidak penting dalam pembangunan negara seperti dalam bidang ekonomi yang

sering dianggap bidang yang mampu memberi keuntungan kepada negara.Selain itu juga, tidak

dapat dinafikan lagi komunikasi sangat penting untuk kehidupan kerana tanpa komunikasi

manusia tidak dapat berinteraksi antara satu sama lain untuk menyampaikan maklumat yang

hendak disampaikan iaitu melalui perhubungan sosial.Komunikasi bukan sahaja untuk

berinteraksi melalui perbualan sahaja tetapi meliputi perbagai aspek iaitu setiap tingkah laku

yang memberi makna kepada orang lain untuk menilai.


Rujukan

Harun, H. Rochajat. 2008. Komunikasi Pembangunan dan Perubahan Sosial. Jakarta: Grafindo.

Rochim, Achludin. 2010. Komunikasi Sosial Pembangunan. Surabaya: LP21.

Nasution, Zulkarimen.2011. Komunikasi Pembangunan; Pengenalan Teori dan Penerapannya.


Jakarta: Pustaka Hidayah.

Yuwono, Triwibowo. 2011. Pembangunan Pertanian: Membangun Kedaulatan Pangan.


Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Soekartawi. 2005. Prinsip Dasar Komunikasi Pertanian. Jakarta: UI Press.

Rachmat, Hapsara Habib. 2010. Pembangunan Kesehatan di Indonesia: Prinsip Dasar,


Kebijakan, Perencanaan dan Kajian Masa Depannya. Yogyakarta: Gadjah Mada University
Press.

Danim, Sudarwan. 2010. Media Komunikasi Pendidikan. Jakarta: Bumi Aksara.

Ngainun Naim. 2011. Dasar-Dasar Komunikasi Pendidikan. Jakarta: Ar-Ruzz Media.

Sulistyawati, Ari. 2011. Pelayanan Keluarga Berencana (KB). Jakarta: Salemba Medika.

Hartanto, Hanafi. 2010. Keluarga Berencana Dan Kontrasepsi (KB). Jakarta: Pustaka Sinar
Harapan.

- See more at: http://erpandsima.blogspot.com/2015/05/komunikasi-pembangunan-


dalam.html#sthash.sWFowZxU.dpuf

Jahi, Amri. 1988. Komunikasi Massa dan Pembangunan Pedesaan di Negara-Negara Dunia Ketiga.
Jakarta : Penerbit PT Gramedia.

Leeuwis, Cees. 2009. Komunikasi untuk Inovasi Pedesaan. Yogyakarta : Kanisius.

Nasution, Zulkarimein. 2002. Komunikasi Pembangunan, Pengenalan Teori dan Penerapannya. Jakarta :
PT RajaGrafindo Persada.
Rahim S.A. and J.T. Middleton. 1977. Perspectives in Communication Policy and Planning. Honolulu,
Hawaii : East-West Center.

Rogers, E.M. 1976. Komunikasi dan Pembangunan, Perspektif Kritis. Jakarta : LP3ES

Soadah Wok, Narimah bt Ismail & Mohd Yusof. 2006. Teori-Teori Komunikasi: Kuala

Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Vincent Lowe & Abdullah bin Hassan .1988. Teori Komunikasi: Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Bahktiar Mohammad & Syd Abdul Rahaman. 2008. Isu dan Cabaran Alaf Baru. Sintok

:Universiti Utara Malaysia.

Dr.Arni Muhammad. 2000 . Komunikasi Organisasi. Jakarta : Bumi Askara.

Lent, John A. 1979. Malaysian Studies Present Knowledge and Research Trend. Northern

Illinois University. Center for Southeast Asian Studies.

Majlis Ketua-ketua Pengajian Komunikasi. 2010. Pengajian Komunikasi dan Media di

Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kementerian Pengajian Tinggi.

Lent, John. 1998. Communication Education in Malaysia: A Retropective, Prospective and

Introspective View; Forum Komunikasi, Sekolah Komunikasi Massa: Universiti

Teknologi Mara.
Samsudin A. Rahim. 1991. Pengantar Komunikasi. Bangi: Jabatan Komunikasi Universiti

Kebangsaan Malaysia.

A. Murad Merican. 2008. Blind By The Light: Journalism and Comunication Study in

Malaysia Since 1971. Universiti Teknologi Mara, Shah Alam: UPENA.

Samsudin A. Rahim. 1993. Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Arabi Idid. Bidang (Penyelidikan) Komunikasi Di Malaysia-Realiti Kini atau masam

muka?, Pasca Sidang Seminar Penyelidikan Komunikasi, Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia.

Adnan Hussein. Pengajian Komunikasi di Malaysia: Satu Retrospektif, Universiti Sains

Malaysia. Bahktiar Mohammad & Syed Abdul Rahaman. 2008. Isu dan Cabaran Alaf

Baru. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

http://www.hotcourse.co.id/study/course/Malaysia/diploma mass communication

broadcast.communication/2139109/program.html

http://www.iact.edu.my/pdf/press/110

Anda mungkin juga menyukai