Anda di halaman 1dari 14

Teknologi

Edit 0 39
Sejarah Teknologi

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.
Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek
(technologa); dari (tchn), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan",
dan - (-loga), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai
samada secara umum atau dalam bidang tertentu. Contohnya teknologi pembinaan, teknologi
perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan
dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar
masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai
tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang
dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan lain teknologi ialah seni menggunakan ilmu pengetahuan secara saintifik atau
kaedah manusia menggunakan kekuasaannya ke atas persekitaran. Teknologi merupakan
pencantuman alat, ilmu pengetahuan dan budaya kerja yang menjadikan sesebuah
organisasi menghasilkan input kepada output sebagaimana yang diguna pakai di sekolahsekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia yang mengaplikasi pengetahuan
sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam
kehidupan seharian.
Komputer adalah alat yang digunakan untuk mengolah informasi menurut prosedur yang
telah dirumuskan. Komputer literasi bernaksud pengguna tahu menggunakan komputer
dengan betul. Contohnya, pelajar tahu nama-nama komponen komputer dan fungsifungsinya. Pelajar juga boleh membuat tugasan dengan menggunakan program yang betul.
Contohnya, pelajar membuat surat rasmi dengan menggunakan MS Words dan membuat
pembentangan dengan menggunakan Powerpoint.
Teknologi pendidikan, pengajaran melalui teknologi atau nama lainnya teknologi pengajaran
merupakan satu proses yang menggabungkan penglibatan dan penggunaan tenaga manusia
dan bahan teknologi untuk membantu dalam memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih mudah difahami, menarik, menjimatkan masa dan lain-lain.
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang
bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of
education).
Di Malaysia pengaruh teknologi pendidikan bermula dengan bahan visual seperti gambar,
carta dinding, peta, glob, bahan realia, model-model dan bahan-bahan terbuang.
Penggunaan papan hitam, papan flanel, papan kenyataan dan papan magnet merupakan
alat-alat utama bagi menyampaikan pengajaran manakala pelajar pula menggunakan bahanbahan bercetak untuk pembelajaran.
Teknologi Pendidikan : Aplikasi prinsip- prinsip saintifik untuk membina dan membentuk
sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

ICT Sebagai Teknologi Pendidikan


Penggunaan teknologi dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di negara - negara maju
seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. bagi mencapai wawasan dan
inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam menghadapi arus pembangunan
berasaskan teknologi. Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan
menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaraan.Dasar ini kesinambungan daripada inisiatif Sekolah
Bestari yang menekankan penggunaan teknologi sebagai wahana mengalakkan
perkembangan daya kreativiti, pembelajaran secara bekerjasama, pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah. Contoh inisatif yang dijalankan oleh kerajaan untuk menjadikan ICT
sebagai teknologi pendidikan ialah penggunaan SchoolNet, Makmal komputer Eduweb TV,
Pusat Akses dan sebagainya.
Di samping itu, tugas mendidik menjadi lebih efektif dan berkesan dengan adanya teknologi
multi media. Seluruh dunia menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya
teknologi. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat
diperluaskan. Ilmu tidak lagi melalui perantaraan guru dan pelajar sahaja, malah boleh
dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata
dan kayu, sebaliknya alam maya. Para pelajar boleh mengakses maklumat berkaitan mata
pelajaran yang diingini dengan hanya mengakses di internet dan mereka akan mendapat
banyak maklumat. Namun ini tidak bermakna pengajaran guru di sekolah tidak penting.
Penggunaan Teknologi Dalam Perniagaan
Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah
perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di
antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi
diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global.
Teknologi boleh diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi,
peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan.Malah,
teknologi akan terus menjadi sebahagian atau komponen dalam apa juga jenis perniagaan.
Dan, banyak pembangunan teknologi untuk beberapa tahun kebelakangan ini dibiayai oleh
pemodal teroka.
Merujuk kepada kelebihan teknologi, biasanya wujud angin perubahan dari segi persaingan
samada dalam dan luar negara. Jadi, syarikat perlu menggunakan teknologi untuk
meningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan
kongsi dan pekerja. Selain membantu dalam peningkatan hasil, penggunaan teknologi juga
dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti
Internet dan e-dagang. Persoalannya sekarang, bagaimana teknologi boleh digunakan pakai
untuk membantu perniagaan menjadi lebih cekap.
Kepentingan cantuman teknologi dalam perniagaan sepanjang masa akan mewujud
hubungan yang harmoni di antara teknologi dan perniagaan, misalnya teknologi maklumat
(IT) boleh membantu syarikat agar lebih berjaya. Peranan 'orang' sebagai salah satu elemen
penting untuk memastikan teknologi yang digunakan berfungsi. Jadi, tumpuan kepada
pengguna teknologi perlu menerusi pendidikan dan latihan agar mereka memahami
bagaimana teknologi mewujudkan hubungan harmoni untuk pertumbuhan perniagaan.

Secara umumnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan mempunyai pelbagai kebaikan


iaitu:

1.

Memotivasikan pelajar.

2.

Mengaitkan dengan kehidupan

3.

Alat sokongan dan perkongsian

4.

Memartabatkan profesion

5.

Mengurangkan kos

Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) secara yang bijaksana dapat menjamin matlamat
tercapai. Oleh itu, para guru dan pendidik mestilah mempunyai pemikiran yang kritis, inovatif
dan kreatif dalam menyediakan ABM yang bersesuaian dan menarik.
FAEDAH- FAEDAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Kesan dan faedah adalah seperti berikut:

1.

Boleh menjadikan pendidikan lebih produktif

2.

Boleh menjadikan pengajaran lebih bersifat 'indivudual'

3.

Menjadikan pengajaran lebih berasaskan kepada hasil- hasil kajian yang lebih
saintifik

4.

Boleh menjadikan pengajaran lebih bersemangat dan bertenaga

5.

Boleh menjadikan pembelajaran pelajar itu lebih hampir dengan keadaan sebenar

6.

Boleh berkomunikasi di mana - mana sahaja selagi terdapat kemudahan internet

7.

Boleh menjadikan pendidikan itu lebih seimbang

8.

Pelajar yang sukar bercakap dan memberi idea dalam kelas lebih teransang atau
teruja untuk memberi komen mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan oleh guru

PERANAN TEKNOLOGI DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Perkembangan teknologi maklumat yang berlaku kini memberikan peluang dan cabaran
seluas- luasnya kepada pelajar meneroka ilmu mengikut kehendaknya dan memberikan
peluang yang seluasnya kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan kreativiti.
Guru perlu tahu bagaimana hendak menggunakan audio- visual dengan betul supaya semua
kemudahan yang ditawarkan oleh bahan audio- visual tersebut dapat dipergunakan
sepenuhnya.
Dalam memilih bahan- bahan tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran, guru perlu
menyematkan dalam fikiran tentang perkara- perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya
ialah:

1.

Sesuai dengan taraf pendidikan pelajar dan pengetahuan am pelajar

2.

Dapat memperolehi maklumat dengan tepat

3.

Kecemerlangan dari segi mekanikal seperti bunyi, perbendaharaan kata, warna dan
lain- lain
Kombinasi pemilihan media yang hendak digunakan dalam pemgajaraan hendaklah tidak
hanya berdasarkan kepada kesesuaian setiap media dengan tujuan pembelajaran tetapi juga
bagaimana dan dengan cara apa ia dapat memberi maklumat dan kesannya ke atas proses
pembelajaran

Home
Teknologi Pendidikan
Apakah itu teknologi pendidikan?
Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan
pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P

Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P

Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan


sumber P&P
Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses
P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai
bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.
Apakah definisi teknologi pendidikan?
Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah
pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991
Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani
keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang
terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003).
Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk
memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan
pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (AECT, 2004).
Apakah prinsip teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P)?
Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P dengan
lebih berkesan.
Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu:
o Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan
topik yang diajar
o Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat
membantu proses P&P
o Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan/pengayaan dan pengukuhan
Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P, latar
belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah
Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan
P&P
Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum P&P
Apakah ciri-ciri teknologi pendidikan yang sesuai?
Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi kandungan pelajaran
Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid

Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid


Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan
Apakah kepentingan teknologi pendidikan?

Melancarkan proses P&P

Menjimatkan masa, tenaga dan kos

Mengekalkan minat dan perhatian murid

Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar

Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan


memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas

Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid

Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum

Memperkayakan pengalaman murid

Pernahkah anda terfikir??


Acapkali kita mendengar tentang kebaikan, kecanggihan,kemodenan yang dibawa oleh
teknologi tetapi pernahkah kita terfikir tentang
keburukan yang dibawa oleh teknologi? Saban hari kita di dedahkan dengan pelbagai cerita
buruk yang dibawa oleh teknologi. setakat cerita suami mencari hiburan di laman web sosial,
anak hilang ibu layan facebook, pelajar bunuh diri dibuli di laman siber ianya masih tidak
membuka minda kita untuk menapis penggunaan teknologi. teknologi sememangnya
memudahkan tetapi kadang kala perlu dipantau.
Teknologi banyak memberi manfaat kepada manusia, jadi kita perlu bersyukur dengan apa
yang kita nikmati sekarang. Dalam era globalisasi yang penuh dengan teknologi canggih ini.
Kita perlu sedar bahawa teknologi mempunyai ciri-ciri yang unik bagi membantu manusia
menguruskan pembelajaran dan menyampaikan pembelajaran. Di sini betapa pentingnya
teknologi dan sejauh manakah kita sebagai guru dapat menggunakan jenis-jenis teknologi
pendidikan yang ada untuk diaplikasikan di dalam pendidikan.
Ciri-ciri Teknologi terbahagi kepada 5 :
1) Kesesuaian
2) Kewibawaan atau kredibiliti dan kemaskini
3) Aspek-aspek teknikal
4) Berkaitan
5) Ciri-ciri fizikal atau format
Jenis-jenis Teknologi pendidikan ialah:
1) Media Elektronik

Audio, termasuk perakam audio dan radio.

Video, termasuk perakam video dan televisyen.

Overhead projektor Slaid

Komputer

2) Media Bukan Elektronik

Benda-benda seperti papan tulis, buku teks,surat khabar, foto, carta, gambar rajah,
benda-benda semula jadi dan apa sahaja yang tidak bermesin atau berkuasa elektronik.

Terdapat 11 strategi di dalam menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang


mengetengahkan teknologi sebagai agenda utama negara di dalam membentuk jatidiri
dengan pengisian modal insan yang sempurna.Oleh itu,kupasan strategi berkaitan dengan
topik yang dibincangkan adalah di antaranya ialah:
Penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara
juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau Kekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat
melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak
mulia. KPM juga meneliti semula program dan projek yang dirancang bagi penyegaran,
pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah
hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010)
KPM.
Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah
Terdapat kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam pendididkan. Pada abad ke-21
negara menghadapi dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications
Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik dan vokasional terutama dari segi
pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu
akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara
ini menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu
memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik
komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju dalam bidang ICT. Antara cabaran-cabarannya ialah seperti:
a) Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus
Bagi guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer, didapati masalah utama yang
dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana menurut mereka
penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari
segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran.
b) Sikap Negatif Guru
Terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk
membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Ledakan teknologi ICT memberi
cabaran baru kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah yang masih belum
mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu
termasuk komputer, digital, elearning dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam sekolah telah
membuka perspektif baru tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada
sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi
maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam
pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya.
c) Kekurangan Kemahiran
Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan
yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran
konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu
kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi,

reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. Tidak ramai para
pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses
kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah
terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah.

SELAMAT MALAM CIKGU!!


Di tengah dunia 4G yang bergerak cepat, teknologi menimbulkan impak yang amat besar
dalam institusi kehidupan keluarga. Hampir 70 peratus keluarga di dunia setuju bahawa
teknologi membantu anggota-angggota keluarga mereka untuk dapat terus saling berhubung,
namun terdapat impak yang negatif tanpa kita sedari. Misalnya saat menghabiskan masa
bersama-sama sebagai satu keluarga, hampir setengah dari jumlah orang tua mengatakan
bahawa perhatian keluarga mereka teralih kepada teknologi.Senario ini berlaku kepada
keluarga dengan kedua orang tua yang bekerja, dimana lebih dari setengah jumlah mereka
mengakui bahawa dengan adanya telefon bimbit dan teknologi komputer mereka menjadi
terlalu obses dengan pekerjaan dimana pada mereka dengan hanya mengangkat telefon
mereka juga dapat meluangkan meluangkan masa bersama keluarga di rumah atau dimana
mereka berada sekalipun. Pada pandangan mereka, tidak bersua muka pun, sekurangkurangnya dapat bercakap dengan keluarga pun itu sudah memadai. Memadaikah itu tanpa
ada pelukan kasih sayang dari ibu bapa kepada anak-anak mahupun ibu bapa dengan orang
tua mereka sendiri?
Bagi anak-anak masa kini yang hidup di zaman teknologi, kehadiran teknologi ini
mempengaruhi bagaimana mereka menghabiskan masa bersama orang tua dan keluarga.
Sekitar satu perempat dari jumlah orang tua di seluruh dunia mengatakan bahawa mereka
lebih banyak berkomunikasi dengan anak-anak mereka melalui teknologi daripada secara
bersua muka.Di negara-negara dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat seperti China dan
India, teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan sehari-hari,
komunikasi melalui teknologi ini menembusi angka 50 peratus dan 42 peratus di negara
tersebut..Bahkan, hampir 90 peratus berkomitmen untuk memastikan bahawa tidak
melewatkan masa dengan anak-anak mereka dengan menggunakan teknologi yang ada.Jadi
semuanya terletak di tangan kita, sebagai ibu bapa gunakanlah sebaik mungkin teknologi
yang ada tapi diharapkan tidaklah seperti kata pepatah " kera dihutan disusukan,anak di
rumah mati kelaparan."
Dalam era globalisasi masa kini, teknologi sememangnya memainkan peranan yang sangat
penting dalam kehidupan seharian kita. Malah, tanpanya, individu itu akan digelar kolot, buta
teknologi dan paling menyedihkan kehidupan mereka menjadi serba kekurangan dan
menyukarkan rutin harian mereka. Oleh yang demikian, pelbagai langkah perlu dilakukan
bagi memastikan bidang teknologi dalam pendidikan ini terus menjadi rutin harian
masyarakat Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu
takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan
dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat
dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Oleh itu, teknologi
akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.Takrifan teknologi yang diguna
pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi
pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang
dihadapi dalam kehidupan seharian.
Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Di Malaysia
Konsep pembelajaran terkini telah banyak mengalami transformasi ekoran revolusi dalam
ciptaan dan kreativiti bidang ICT. Daripada penggunaan pen dan kertas kepada Tablet yang
mudah dibawa ke mana-mana dan mampu menyimpan banyak maklumat serta penghantaran
data dari tablet ke tablet. Penggunaan peralatan ICT tersebut boleh dijadikan rutin dalam
kehidupan seharian baik sebagai seorang pelajar mahu pun dalam kerjaya. Ada yang
menjadikannya untuk tujuan berseronok-seronok seperti bermain games. Ada yang bertujuan

untuk menambah kenalan seperti di ruangan facebook. Ada juga yang menjadikannya untuk
melicinkan tugas-tugas harian seperti outlooks untuk mencatat dan mengingatkan tugasan
yang perlu diselesaikan. Malah ada juga yang menjadikannya untuk menambahkan hasil
pendapatan keluarga seperti e-dagang dan jual beli atas talian. Kebiasaanya sesuatu yang
"baru" akan dianggap "lebih baik" dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya
komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari
kereta lama Berdasarkan kenyataan di atas kita perlu memastikan bidang Teknologi Dalam
Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian.
Di Malaysa teknologi terkini yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ialah penggunaana e-learning. Apakah itu 'e-learning? E-learning ialah kemajuan teknologi
pada masa kini dan ianya merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi
kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, satelit, tape audio/video, TV interaktif
dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori
ini. Pengajaran boleh disampaikan secara 'synchronously' (pada waktu yang sama) ataupun
'asynchronously' (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Di
dalam pembelajaran 'e-learning' fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu berdikari pada
masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran
'e-learning' akan 'memaksa' pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam
pembelajarannya. Pelajar akan membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat
dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri. Penggunaan 'e-learning' di sekolah-sekolah di
Malaysia ialah bertujuan membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih
berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pernbelajaran mereka.
Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai.
Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk
bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih
terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.
'E-learning' yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang
berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator.
Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan secara
profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi
pelajaran dengan berkesan dan menarik. Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada 'e-learning'
serta minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di dalam Internet, maka sudah tiba masanya ianya
digunakan dengan meluas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula
kejayaan agenda 'e-learning' kebangsaan banyak bergantung kepada pelaksanaan ICT di
selolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan 'e-learning' dengan cara yang
berfaedah maka ianya akan membantu mengurangkan penggunaan negatif yang lain. Jika
sekolah-sekolah ada komputer dan talian Internet, maka bahan-bahan le-learning' dapat
digunakan dengan efektif dan efisien sekali. Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian
Tinggi Swasta dan Kolej Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan 'elearning' sebagai teknik yang terkini untuk menyampaikan modul-modul mereka. Begitu juga
syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan 'e-training' bagi melatih pekerja mereka.
Oleh yang demikian adalah wajar 'e-learning' diperkenalkan kepada semua pelajar di
sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus
perkernbangan teknologi yang begitu pesat sekali.
Sebagai bakal guru kita akan berdepan dengan pelajar generasi Connect (gen-c) . Dimana
mereka lebih terkedepan dalam bidang ICT ini berbanding kita.Semua maklumat hanya di
hujung jari mereka.Sebagai contoh yang sangat ketara sekarang,kita akan melihat ditangan
anak kecil seawal usia 3 tahun adanya gadget-gadget yang terkini. Mereka pandai untuk
menggunakan aplikasi yang ada di setiap gadget itu cuma mereka belum pandai membaca
sahaja. Ini kerana pada peringkat umur begini kanak-kanak cepat memahami dan
mempelajari apa yang mereka lihat dan menarik perhatian mereka.Oleh itu,sebagai bakal
guru ataupun guru kita perlu mempersiap diri dalam bidang teknologi untuk lebih bersedia
menghadapi cabaran yang maha hebat ini.Setiap apa yang dipelajari semasa pengajian di
UPSI harus diaplikasi sebaik mungkin. Supaya kita tindak dianggap guru yang ketinggalan

zaman.

Kebaikan dan Keburukan Teknologi Kepada Masyarakat


Dewasa ini, masyarakat kita semakin terdedah dengan kemajuan teknologi. Sebelum
membincangkan mengenai kebaikan dan keburukan teknologi maklumat ini, amat
baik sekali untuk kita ketahui maksud teknologi itu dahulu dan juga mengetahui
mengapa ia amat berperanan penting dalam kehidupan manusia sekarang. Teknologi
maklumat pada masa ini bukan sahaja melibatkan penggunaan komputer sahaja,
malah ia digunakan secara meluas dalam proses komunikasi dan juga proses
menyelesaikan masalah dalam tugasan.
Penggunaan teknologi dalam lapangan pekerjaan adalah sebagai pembantu yang dapat
mengubah masyarakat untuk menjadi masyarakat yang lebih bermaklumat. Jika pada
masa dahulu, kerja yang dilakukan atau dibuat adalah secara manual dan ini
memerlukan fizikal dan tenaga manusia yang banyak. Dengan wujudnya teknologi
yang canggih, semua kerja dapat disempurnakan dengan baik dengan bantuan
teknologi. Contohnya, semua kerja dapat disiapkan hanya dengan satu klik sahaj pada
tetikus (mouse).

Penggunaan teknologi dalam pekerjaan ini boleh membantu untuk menjimatkan masa
kerana proses perniagaan dapat dilakukan dalam beberapa minit sahaja, malah ianya
dapat dikemaskini dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Aspek
kehidupan harian bermula dari perniagaan sehingga ke gaya hidup masyarakat mula
berubah dengan adanya kemajuan teknologi.

Alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-mail
dan internet, bukan sahaja menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat sekarang,
malah ianya merupakan keperluan penting dalam kehidupan. Kesan teknologi dalam
masyarakat dapat dilihat dalam alam pekerjaan dengan jelas sekali. Kebaikan
teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, keberkesanan dari sudut kos,
mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang
pekerjaan baru. Dalam aspek globalisasi, bukan perhubungan yang rapat di dunia
sahaja yang ditunjukkan, malah ia dilihat sebagai memberi peluang kepada ekonomiekonomi di dunia untuk menjadi satu sistem yang saling bergantungan antara satu
sama lain.

Halangan dan sekatan sempadan dapat dikurangkan dengan penggunaan teknologi ini
kerana perkongsian maklumat dapat dilakukan secara tepat dan efisien. Dengan
bantuan teknologi, dunia kini dibangunkan dalam Global Village yang mana

negara-negara kurang kemajuan dan negara-negara maju yang mempunyai perbezaan


jarak dan bahasa perantaraan dapat berkongsi idea dan informasi antara satu sama
lain.

Dengan bantuan teknologi, aspek komunikasi pula telah menjadi lebih murah, cept
dan efisien. Proses komunikasi antara kita boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja di
seluruh dunia dengan menghantar teks mesej atau e-mail. Komunikasi secara terus
dari bahagian-bahagian yang berbeza di seluruh duna juga dapat dibuat dengan
teknologi. Selain itu, dalam alam pekerjaan, teknologi ini digunakan melalui video
conferencing yang membolehkan pengurus-pengurus dari negara-negara lain untuk
turut serta dalam mesyuarat.
Bagi aspek keberkesanan kos, dengan teknologi maklumat, semua proses perniagaan
dikomputerkan dan perniagaan ini akan mendapat pulangan yang tinggi dengan
penggunaan mesin-mesin yang berteknologi. Dalam masa yang sama, peningkatan
produktiviti akan memberi keuntungan pada perniagaan. Teknologi maklumat ini juga
membantu mengurangkan jurang budaya dengan membantu masyarakat yang berbeza
budaya untuk berkomunikasi dan saling bertukar idea dan pandangan dalam
meningkatkan kesedaran dan mengurangkan prejudis.
Selain itu, kebaikan teknologi maklumat ialah ia dapat meluangkan lebih masa. Ini
kerana ia memberi peluang bagi perniagaan untuk beroperasi selama 7 hari dan 24
jam di seluruh dunia. Penggunaan teknologi ini membenarkan sesuatu perniagaan
untuk dibuka pada bila-bila masa, di mana-mana dan membuat pembelian dari negara
yang berbeza serta mudah dan selesa. Perkhidmatan penghantaran terus ke muka pintu
juga dapat dinikmati masyarakat dengan kemajuan teknologi dalam perniagaan ini.
Teknologi ini juga telah menyebabkan wujudnya beberapa peluang pekerjaan yang
baru dan menarik. Antaranya ialah Computer Programmers, System Analyzers,
Hardware and Software Developers dan Web Designer.
Walau banyak kebaikan teknologi ini dalam kepuasan semua, tetapi terdapat juga
keburukan yang terselindung di sebaliknya. Keburukan teknologi yang boleh disebut
ialah hak persendirian, budaya dominasi, kekurangan dalam keselamatan pekerjaan
dan isu pengangguran.
Dalam aspek hak persendirian, kewujudan teknologi ini menjadikan proses
komunikasi menjadi lebih cepat, lebih mudah, dan lebih selesa. Tetapi, ia juga
menimbulkan isu hak persendirian (privacy). Dalam kemajuan dunia sekarang,
masyarakat risau apabila maklumat peribadi didedahkan menjadi maklumat awam.
Perkara ini terjadi kerana kemajuan teknologi membolehkan data-data peribadi yang
disimpan dalam komputer atau telefon bimbit dicerobohi oleh orang lain yang tidak

bertanggungjawab.
Dunia ini telah menjadi Global Village dalam teknologi, tetapi ia juga menyebabkan
berlakunya dominasi budaya yang dipandang sebagai kelemahan atau keburukan yang
paling dahsyat. Umpamanya dalam isu yang hangat diperkatakan ialah pengaruh
budaya US di Malaysia yang mana telah menjadi ikutan remaja kini. Gelagat, cara
pemakaian dan mengikut gaya budaya barat telah menjadi ikutan kebanyakan remaja
dewasa ini.

Selain itu, Bahasa Inggeris merupakan bahasa primer yang digunakan dalam
komunikasi perniagaan juga dalam aspek lain seperti pembelajaran. Untuk isu
pengangguran, secara tidak langsung teknologi telah menyebabkan peningkatan
pengangguran. Ini adalah kesan dari downsizing dan outsourcing. Pengganguran
berlaku kerana pekerja mahir dan separa mahir yang kebanyakannya kehilangan
pekerjaan. Perkara ini berlaku kerana pekerjaan yang mereka lakukan telah diganti
dengan penggunaan peralatan pemesinan yang canggih.
Konklusinya, teknologi bukan sahaja membawa kebaikan kepada semua pihak, malah
tanpa disedari ia juga membawa impak yang besar dalam kehidupan masyarakat kini.

Secara kolektif, setiap masyarakat dan budaya memiliki pengetahuan yang unik dan
bertindak dengan cara yang berbeza apabila berhadapan dengan keperluan yang sama
serta dalam menghasilkan berbagai bentuk penyelesaian. Budaya sesebuah
masyarakat mempengaruhi cara penggunaan, pembinaan dan penguasaan terhadap
teknologi bagi memenuhi keperluan serta keinginan mereka. Perubahan dalam corak
kegiatan ekonomi dan persekitaran memerlukan masyarakat menyesuaikan diri
dengan teknologi baru dari masa ke semasa dengan menyerap nilai-nilai baru yang
sesuai bagi memajukan diri mereka. Proses ini dikenali sebagai pembudayaan
teknologi yang merujuk kepada satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran,
tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang
berlaku dalam sesebuah masyarakat. Pembudayaan teknologi melibatkan peralihan
minda kepada cara pemikiran serta sikap dan perlakuan yang mendorong kepada
penguasaan kemahiran serta pengetahuan baru dalam bidang teknologi
Budaya teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang
disemai dalam sesebuah masyarakat dalam penggunaan teknologi. Pembudayaan
teknologi merupakan satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran, tindakan serta
amalan bagi menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang berlaku dalam
sesebuah masyarakat. Proses ini melibatkan peralihan minda kepada cara pemikiran
serta sikap dan perlakuan yang mendorong kepada penguasaan kemahiran serta
pengetahuan baru dalam bidang teknologi. Kajian-kajian lampau banyak
membuktikan bahawa terdapat perkaitan positif antara budaya dengan perwatakan
diri, gelagat organisasi, penguasaan ilmu, penguasaan IT, kemampuan inovasi,
perlakuan yang berdaya saing dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Kemajuan

teknologi sesebuah bangsa ditunjangi oleh amalan serta nilai-nilai yang membentuk
budaya teknologi bangsa berkenaan. Budaya ilmu dan pembelajaran, amalan
penyelidikan serta inovasi perlu disemai dan diterapkan bagi mengukuhkan lagi
pengetahuan dan pencapaian dalam bidang teknologi untuk kekal berdaya saing.
Budaya berserta struktur ekonomi dan politik sesebuah negara turut mempengaruhi
keupayaan untuk mendorong dan menyokong inovasi. Dunphy dan Herbig (1994)
menyenaraikan lima halangan kepada inovasi dalam masyarakat seperti berikut:1. struktur masyarakat itu sendiri dan keadaan institusi perniagaan, politik dan
pendidikan;
2. sistem ganjaran masyarakat berkenaan atau kekurangannya;
3. sikap dan konsep di kalangan tenaga kerja dan falsafah mereka yang terlibat dalam
memberi sumbangan tenaga mereka kepada pengeluaran dan inovasi;
4. kuasa-kuasa politik yang mempengaruhi keseluruhan ekonomi;
5. piawai-piawai, jika ada, yang berasaskan kepada produk daripada jangkaanjangkaan prestasinya (Dunphy and Herbig, 1994: 52).

Dalam bidang industri, Jepun mempunyai ideologi kebangsaan yang mengutamakan


pembaikan diri dalam meningkatkan kualiti dan kecekapan yang lebih baik. Ideologi
ini menjadikan Jepun berada jauh ke hadapan dalam mengeluarkan barangan
berkualiti. Barang keluaran Jepun jarang sekali rosak atau cacat kerana syarikatsyarikat Jepun telah menanam sifat menganggap masalah seperti itu sebagai sesuatu
yang memalukan dan mencerminkan ketidakjujuran syarikat. Tabiat kebangsaan inilah
yang menyokong ketinggian mutu barangan Jepun. Penekanan terhadap kualiti
sebagai teras budaya menjadikan barangan keluaran Jepun terus berdaya saing di
pasaran antara bangsa. Teknologi Jepun mendapat nama baik kerana mengeluarkan
barangan bermutu dengan kos yang rendah.
Bagi negara Amerika Syarikat yang mengalami pertembungan budaya, kemajuan
yang dicapainya adalah melalui kepandaiannya menggunakan tenaga manusia dan
pengetahuan daripada semua negara Eropah. Kejayaannya adalah hasil daripada
cantuman manusia dan pengetahuan dan daripada perhubungan kedua-duanya kepada
perniagaan (Masanori, 1985: 156). Pada umumnya, orang-orang Amerika telah
menggunakan sains dan teknologi sebaik mungkin bagi mendapatkan keuntungan dari
segi penggunaan dan kewangan. Ini terbukti dengan hasil-hasil ciptaan seperti telefon
oleh Alexander Graham Bell dan kapal terbang oleh Wright Bersaudara. Inovasi
Amerika berkembang pesat sepanjang abad ke 19 dari berbentuk amatur berubah
kepada aktiviti profesional. Banyak syarikat-syarikat besar membina makmal-makmal
mereka sendiri seperti General Electric,
Penggunaan Teknologi Dalam Kehidupan Seharian
Seperti yang kita semua tahu, teknologi memainkan peranan yang besar dalam
kehidupan harian masyarakat dan membawa manfaat kepada kita. Ada yang
menggunakan teknologi sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran, ada yang
menggunakan sebagai medium untuk perniagaan dan ada segelintir juga yang

menggunakan sebagai perantara komunikasi. Walau apa pun kegunaan ataupun fungsi
teknologi, tetapi masih terdapat keburukan dalam penggunaan teknologi masa kita.
Antara contoh penyalahgunaan yang sering kita hadapi adalah laman web lucah,
pornografi, plagiat, jenayah kolar biru dan lain-lain. Teknologi seharusnya digunakan
untuk kebaikan, tetapi jika disalahgunakan ia boleh membawa keburukan. Jika
masalah ini tidak dipantau, makin berleluasalah penyalahgunaan teknologi.
KESAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru boleh mendapatkan maklumat dengan lebih cepat melalui internet serta
menyampaikan kepada pelajar dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik apabila guru menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar
seperti penggunaan powerpoint, flash, video. Melalui cara ini proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar
akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk
difahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang
ditunjukkan melalui ICT.
2. Mewujudkan suasana yang menyeronokkan.

Guru dapat mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan ICT serta


memperoleh maklumat dengan cepat dan berkesan.Kemahiran menggunakan internet
membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini
dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya
dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Guru dapat melakukan pelbagai aktiviti
dengan menggunakan ICT yang akan menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara
aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan aktif daripada pelajar
akan mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan pelajar akan lebih minat untuk
belajar.
3. Dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.
Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar
akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti
komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya. Proses
pengajaran yang melibatkan ICT secara tidak langsung akan melibatkan guru dan pelajar
menggunakan ICT. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan
kemahiran guru dan pelajar dalam penggunaan teknologi. Guru dan pelajar akan
mempelajari sesuatu yang baru dan akan berusaha untuk menerokai ICT supaya mereka
tidak ketinggalan.
4.Dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang
pelbagai keupayaan.
Guru boleh menggunakan ICT untuk menghasilkan bahan pengajaran yang
menarik mengikut minat pelajar. Jadi, guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan
dengan lebih berkesan dengan bantuan ICT. Contohnya, guru boleh menggunakan video
untuk pelajar yang lebih suka kepada gambaran. Oleh itu, guru dapat menarik minat
pelajar dan pelajar akan lebih fokus kepada pengajaran guru kerana minat. Jadi, guru

akan memberi peluang yang sama kepada semua murid dengan menggunakan ICT dan
diaplikasikan mengikut kehendak murid atau kebohupayaan seseorang murid itu.

Anda mungkin juga menyukai