Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Kesan positif terhadap ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran ini, , iaitu Seni
visual, Muzik dan Pergerakan.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui
penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk
menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera.
Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep
Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni
Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan
kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini
juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang
melibatkan kepekaan deria kanak-kanak

Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan
kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan
perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi
perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu
membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.

Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan
kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat
disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang
sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah
penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima
deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang
berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum
dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat
bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna
harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual
menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.

Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu kerana seringkali
digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak.
Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya,
pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran,
mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan
memberi peluang kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses
individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan
kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.


2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-
program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh
dilakukan dengan beberapa cara seperti

1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses penghubungkaitan
pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya.
Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata
pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat

2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat
mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk
membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial
agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap
kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan
bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang
setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun
kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains
dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan
keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak
memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka
datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai
sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan
keseluruhan dan pembangunan minda pelajar.
Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.

Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian
dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.

Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar
menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.

Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang
diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif
ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat
penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri
sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan
menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam
tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar
memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.


3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk anda gunakan dalam
pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema.

Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema Persekitaran : Pokok

Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara
membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta
melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai
alat muzik.

Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan
menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan,
sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat.

Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu,
- untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)
- mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik)
- menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual)
- melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)



3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;

Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh
digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh
menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala
dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan
seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.

Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan
memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat
dijalankan dengan berkesan.

Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada
masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara
perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.

Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang
dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan
langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P

a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan
suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini
berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu,
sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi
penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa
kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.

2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi
pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan
merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata
pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan
mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa
mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.

3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-
nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,
ketuhanan dan sebagainya.

4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang
mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti
pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.

5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat
kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi
sederhana atau pintar cerdas.
3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang lain
mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antaranya :

(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila
seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang
pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka
untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka
telah mempunyai kelebihanmedia yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam
menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan
menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila
setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses
penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi
menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam
pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan,
baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada
program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah


3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka,
memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini
kepada proses pengajaran dan pembelajaran?

Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka
pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan
setiap aktiviti pembelajaran.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan
persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan
sekolah. Ini dapat meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira
bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka
berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan
dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.

Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta
menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi
seorang yang benar-benar lebih berimaginatif.

Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran
kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan
memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat
eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan
bijak membuat pilihan.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada
pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual
mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti
seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara
langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka
dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.

Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang
penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi
peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan
dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan
mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk
menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

Rujukan

MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM
Sdn. Bhd

Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo
Enterprise Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai