Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Komunikasi berasal daripada bahasa latin iaitu communis yang membawa maksud

“sama” dan communication yang membawa makna “melakukan perkara yang sama”.

Perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain.

Massa komunikasi atau perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai. Amnya

komunikasi berhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan

lain-lain mengadakan perhubungan bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat. Manakala

bahasa ialah alat untuk berfikir dan melahirkan buah fikiran mengkomunikasikan

menyebarkan atau menyampaikan maklumat melalui saluran komunikasi (Kamus Dewan

Bahasa Edisi Keempat,). Namun, ramai sarjana-sarjana barat mahupun negara kita sendiri

menyatakan tentang makna komunikasi.

Menurut Rogers dan Lawrence Kincaid, 1981, Komunikasi adalah suatu proses

dimana dua orang atau lebih membentuk atau melakukan pertukaran informasi dengan satu

sama lainnya, yang pada gilirannya akan tiba pada saling pengertian yang mendalam. (Prof.

Dr. Hafied Cangara, M. Sc, 1998:20). Hal ini bermaksud, proses komunikasi yang berlaku

antara 2 individu atau lebih, yang saling berinteraksi bagi mencapai objektif dan mendapat

maklumat.

Menurut Shannon dan Weaver, 1949, Komunikasi adalah bentuk interaksi manusia

yang saling pengaruh mempengaruhi satu sama lainnya, sengaja atau tidak sengaja. Tidak

terbatas pada bentuk komunikasi menggunakan bahasa verbal, tetapi juga dalam hal ekspresi

muka, lukisan, seni, dan teknologi. (Prof. Dr. Hafied Cangara, M. Sc, 1998:20). Hal ini

demikian kerana, komunikasi tidak terhad kepada lisan sahaja, ianya juga boleh dibentuk

dalam kaedah dan cara yang lain. Sebagai contoh, menggunakan teknologi seperti radio,

televisyen, dan telefon pintar.

1
PERKEMBANGAN PENGAJIAN KOMUNIKASI TRADISI AMERIKA

SYARIKAT DAN TRADISI BRITAIN DAN EUROPA

Selepas perang Dunia Kedua, banyak isu-isu yang membimbangkan berlaku dalam

kalangan masyarakat terutamanya di Amerika Syarikat. Antara isu adalah keganasan, seks,

dan hal-hal politik. Hal ini demikian kerana, menjadikan sistem social di negara tersebut

makin merosot. Mereka menggunakan media hanya untuk kepentingan diri dan mencapai

kepuasan sendiri. Oleh itu, sarjana-sarjana barat telah mengkaji kepentingan komunikasi

dalam kalangan masyarakat, dan jalan penyelesaian dalam hal ini.

Perkembangan komunikasi di Amerika bermula pada era 1940-an. Pada awal era

tersebut, wujudlah para pemikir yang berfikiran perspektif secara positivis. Para pemikir

mengemukakan pelbagai teori yang berlainan dan melakukan pelbagai penyelidikan. Para

sarjana melakukan penyelidikan secara empirikal, konseptual dan praktikal.

Dalam kajian tradisi komunikasi Amerika Syarikat lebih banyak melakukan

penyelidikan secara empirikal iaitu berdasarkan fungsionalis, behaviouris, dan positivis.

Positivism bermaksud pengetahuan yang bersifat saintifik serta diterangkan dengan

penilitian. Fungsionalis bermaksud masyarakat adalah satu sistem sosial yang bersepadu yang

sentiasa bergantung antara satu sama lain untuk mengekalkan keseimbangan sosial.

Behaviorism ialah disiplin psikologi yang melihat kepada perubahan tingkah laku manusia.

Tradisi British dan Eropah mempunyai aliran pemikiran dan perspektif secara kritis

iaitu juga dikenali sebagai Marxism. Terdapat empat konsep yang penting dalam falsafah

2
Marx iaitu, ideology, hegemony, superstruktur, dan keazaman yang berlebihan. Ideology iaitu

sistem formal yang dinyatakan makna, nilai dan kepercayaan, juga boleh diabstrakkan

sebagai pandagan dunia serta boleh menjadi kesedaran palsu atau imej palsu. Hegemony

adalah budaya, intelektual dan moral ditetappkan oleh kelas dominan ke atas kelas-kelas

bawahan. Superstuktur didefinisikan sebagai keadaan di mana unsur-unsur yang lain timbul

daripadanya serta mempunyai asas berpandukan struktur ekonomi masyarakat.

Para sarjana Amerika Syarikat berpendapat bahawa, golongan liberal pluralis ini,

masyarakat mengandungi kumpulan sosial yang mempunyai kuasa demokratik melalui satu

sistem iaitu “check and balance”. Hal ini demikian kerana, keadaan ini membolehkan

masyarakat terlibat dalam budaya massa secara bebas tanpa kawalan oleh kuasa dominan.

Justeru, mereka juga percaya kepelbagaian yang digalakkan dalam masyarakat merupakan

satu perubahan yang positif. (Swingewood, 1977:20). Pada abad ke 19 di Britian dan Eropa,

golongan elit bimbang tentang kewujudan dan perkembangan kelas dominan baru yang cuba

mengukuhkan kuasa mereka atas golongan elit serta golongan bawahan. Mengikut Leavis

(Swingewood, 1977), golongan kapitalis adalah golongan yang mempunyai wang yang

banyak dan mampu menguasai ekonomi. Tujuan golongan kapitalis ini juga adalah

menggunakan sistem ekonomi untuk mengaut keuntungan yang maksimum. Walau

bagaimanapun , mereka risau akan golongan kapitalis ini memiliki media massa dan mampu

menguasainya sehingga golongan elit ini kehilangan kuasa.

Marx menghujahkan bahawa perindustrian, struktur kelas dan masyarakat berhirarki

dan kapitalisme sebagai punca masalah-masalah sosial. Masyarakat yang didominasi oleh

golongan elit yang menguasai pengkalan ekonomi masyarakat. Hal ini demikia kerana,

3
golongan elit ini yang kaedah pengeluar seperti tanah, kilang, dan pekerja. Ia juga menguasai

superstruktur masyarakat, iaitu sistem budaya dan menilai masyarakat di mana ideologi

disebarkan. Ideologi yang terdapat dalam sosial juga turut didominasikan oleh golonga elit.

Kesimpulan

Transformasi sosial yang berlaku di Amerika Syarikat dan Britian dan Eropa,

membawa kesan kepada perubahan sistem sosial bagi era tersebut. Malah, perubahan tersebut

turut membawa kepada perkembangan sistem komunukasi di dunia. Walau bagaimanapun,

sistem komunikasi juga disalahgunakan oleh golongan-golongan yang berpengaruh demi

mencapai pendapatan yang maksimum. Mahal, perkembangan komunikasi ini turut

membawa kesan yang negatif kepada sosial masyarakat yang terpengaruh dalam penyebaran

bahan larangan dan propaganda yang disebarkan oleh pemimpin.

4
BIBILIOGRAFI

1. BUKU

Antologi Esei Komunikasi - Teori, Isu dan Amalan, Azman Azwan Azmawati,

Mahyuddin Ahmad, Mustafa Kamal Anuar, Wang Lay Kim, 2015

Miller. K, (2005), Communication Theories: Perspective, Processes, And

Context, McGraw Hill International, New York.

Becker. S, (1984) “Marxist Approach to Media Studies: The British Experience”,

Dalam Critical Studies in Mass Communication, Vol 1, No.1 March, Routledge, Taylor

Francis. 66-80

Memikir Kembali Kesan Media di Ambang Abad ke 2, Wang Lay Kim 1997

Antologi Esei Komunikasi, Teori Isu dan Amalan Universiti Sains Malaysia 2015

2. INTERNET

https://ejournal.unisba.ac.id/index.php/mimbar/article/view/384/300

http://www.academia.edu/624312/Pengantar_komunikasi

Anda mungkin juga menyukai