Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Komunikasi merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan manusia. Setiap

manusia akan berkomunikasi atau berinteraksi sama ada dengan ibu bapa, keluarga, kawan

kawan, masyarakat, rakan sepejabat dan sebagainya. Sebagaimana isi dan kuku,

komunikasi dalam sesebuah perniagaan juga tidak dapat dipisahkan. Saodah, Narimah dan

Mohd Yusof (2003) menerangkan komunikasi merupakan suatu yang asas seperti mana

keperluan kita untuk makanan, tempat tinggal dan pakaian. Kakitangan sesebuah

perniagaan akan berkomunikasi sama ada antara rakan sepejabat atau dengan pihak

atasan untuk melancarkan tugas harian mereka. Kebiasaannya ia melibatkan proses

pertukaran dan koordinasi maklumat. Justeru itu, komunikasi merupakan sebahagian

daripada elemen penting dalam menentukan kecekapan dan kemajuan entiti perniagaan.

FUNGSI DAN KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM PERNIAGAAN

Komunikasi terhadap sesebuah perniagaan amat penting dan dipecah kepada empat

kategori utama iaitu hubungan dalaman organisasi, perhubungan antara individu dalam

perniagaan, hubungan dengan pihak luar dan juga sebagai alat penyaluran maklumat.

Fungsi dan kepentingan terhadap sesebuah perniagaan amat penting bagi menjaga

hubungan sesebuah entiti perniagaan. Sebagai mana yang dijelaskan, sesebuah entiti

perniagaan mempunyai misi dan visi yang telah ditetapkan. Setiap warga perniagaan perlu

sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat organisasi mereka. Bertitik tolak daripada itu,

komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalinkan hubungan baik pihak atasan

dan pihak subordinat. Pada hari ini, kecanggihan teknologi membolehkan proses

1
pengarahan untuk melaksanakan sesuatu tugas dapat dikeluarkan dalam pelbagai bentuk

sama ada memo, surat, email, telefon dan sebagainya. Pihak pengurusan perlu bijak

menggunakan komunikasi yang bersesuai agar situasi kondusif dapat diwujudkan dalam

premis mereka dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi kerja dan

produktiviti perniagaan.

Selain itu fungsi komunikasi juga adalah sebagai alat perhubungan antara individu

dalam perniagaan. Menurut Mohd Fadzilah Kamsah dan Md. Yadi Said (2005), komunikasi

yang terdapat dalam perniagaan bukan semata-mata untuk menjalankan tugas dan aktiviti

yang telah dibentuk untuk mewujudkan jaringan perhubungan antara rakan sekerja dan juga

pihak atasan. Komunikasi yang terjalin antara individu dalam sesebuah perniagaan

melibatka hubungan secara formal dan juga tidak formal. Kedua-dua hubungan tersebut

perlu seimbang bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni tanpa tekanan dan tanpa

sebarang konflik peribadi.

Fungsi seterusnya adalah hubungan dengan pihak luar. Kepentingan komunikasi dalam

perniagaan bukan sahaja tertakluk kepada warga kerja didalam sesebuah organisasi sahaja

malah ianya juga penting dalam menjaga hubungan baik sesebuah perniagaan dengan

pihak luar seperti agensi kerajaan, masyarakat umut, pembekal, media dan para pelanggan

secara konsisten. Ini kerana sesebuah entiti perniagaan akan diadili melalui komunikasi

lisan dan bukan lisan oleh pihak luar khasnya, para pelanggan. Teori ini disokong oleh

(Joseph Lark dan Harry Hont) melalui Teori Tingkap Johari dan idea Imam Al-Ghazali

(Saodah, Narimah dan Mohd Yusof,2003) Imam Al-Ghazali menyatakan tidak semua

perkara yang pemimpin tahu diketahui oleh pengikut, begitu juga sebaliknya. Secara tidak

2
langsungnya imej melalui komunikasi tanpa lisan dan lisan boleh memperbaiki kekurangan

lahiriah dan batiniah.

Memberi Inpirasi juga merupakan fungsi komunikasi dalam sesebuah organisasi.

Contohnya seorang pemimpin itu perlulah melatih diri agar dapat membina komunikasi yang

baik dengan semua pihak. Hal ini kerana, dalam sesebuah organisasi memerlukan banyak

idea serta maklumat bagi melancarkan gerak kerja yang berkualiti. Apabila semua orang

dapat berkomunikasi dengan baik, maka wujud pelbagai idea dan sekaligus ia akan

memberi inspirasi kepada mereka yang pada awalnya tidak mempunyai sebarang idea

mengeluarkan idea yang begitu menarik. Itulah yang menjadi kepentingan dalam

komunikasi. Apabila wujudnya komunikasi, maka akan terbitlah kekreatifan dalam pelbagai

inspirasi idea menarik (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2001)

Alat penyaluran maklumat juga merupakan salah satu fungsi komunikasi. Lazimnya,

sesebuah perniagaan menjadikan sebagai satu mekanisma untuk menyalurkan maklumat

kepada masyarakat umum dan juga kepada warga kerja. Pihak pengurusan menggunakan

saluran komunikasi untuk menyampaikan maklumat sama ada melalui medium komunikasi

khasnya kepada kakitangan dari pelbagai latar jawatan. Komunikasi berkesan mampun

bertinfak sebagai anjakan paradigma dan penggerak kepada motivasi para pekerja untuk

meningkatkan produktiviti syarikat. Media baru seperti komputer dan internet harus dijadikan

medium utama pilihan pihak pengurusan untuk menyampaikan segala informasi kepada

pekerja. Selain itu juga, ia dapat menangani sebarang bentuk konflik yang wujud dalam

seseuah perniagaan. Justeru bagi memastikan semua keputusan pengurusan dilaksanakan

dengan berkesan, teknologi komunikasi pada hari ini di lihat sebagai tidak bergerak secara

3
sendiri kerana perkembangan teknologi komunikasi yang tidak dibendung. Justeru,

teknologi maklumat turut membantu dalam menjalankan urusan kepimpinan antaranya faks,

telefon, email, komputer, memo dan lain-lain lagi. Masalah jarak tidak lagi wujud pada hari

ini kerana pengusaha boleh berkomunikasi dengan pekerja tanpa mengira di mana ia

berada. Selain itu, organisasi juga mempelbahaikan bentuk komunikasi mereka dengan

masyarakat umum seperti melalui iklan sama ada di media elektronik atau media cetak.

KESIMPULAN

Komunikasi dalam sesuatu perniagaan merupakan nadi uatama dalam memastikan

sesebuah entiti perniagaan mencapai matlamat mereka. Komunikasi merupakan wadah

utama yang menghubungkan sesebuah perniagaan dengan masyarakat umum. Malah,

komunikasi yang berkesan membolehkan setiap kakitangan sesebuah entiti perniagaan

menguruskan perniagaan denga lebih cekap dan tersusun. Oleh yang demikian, secara

tidak langsung ia berupaya memberi pulangan keuntungan kepada entiti perniagaan

tersebut. Ringkasnya komunikasi yang efektif memberi implikasi positif kepada organisasi

dan semua para pelenggan.

RUJUKAN

[1] Bovee,C.L & Thill, J.V (2000). Business Communication Today. New Jersey

[2] Emery.R. , Ault.P. & Agee, W.K. (1965). Introduction to Mass Communication

[3] Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd Yusof Hussain. (2003). Teori-teori Komunkasi

[4] Mohd Fadzilah Kamsah dan Md. Yadi Said. (2005). Anda berkuasa apabila...?

[5] Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2001). Komunikasi Untuk Pemimpin

Anda mungkin juga menyukai