Anda di halaman 1dari 2

KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

Komunikasi adalah amat penting dalam kehidupan kita seharian. Setiap hari kita
berkomunikasi dengan masyarakat di sekitar kita sama ada dalam situasi formal ataupun tidak
formal. Komunikasi juga sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan
sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi
melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Selain itu,
komunikasi merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan manusia. Setiap manusia akan
berkomunikasi atau berinteraksi sama ada dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan,
masyarakat, rakan sepejabat dan sebagainya. Sebagaimana isi dan kuku, komunikasi dalam
sesebuah perniagaan juga tidak dapat dipisahkan. Saodah, Narimah dan Mohd Yusof (2003)
menerangkan komunikasi merupakan suatu yang asas seperti mana keperluan kita untuk
makanan, tempat tinggal dan pakaian. Kakitangan sesebuah perniagaan akan berkomunikasi
sama ada antara rakan sepejabat atau dengan pihak atasan untuk melancarkan tugas harian
mereka. Kebiasaannya ia melibatkan proses pertukaran dan koordinasi maklumat. Justeru itu,
komunikasi merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam menentukan kecekapan dan
kemajuan sesebuah entiti perniagaan. Komunikasi yang baik dapat menyampaikan hasrat hati
dengan baik. Walau bagaimanapun, satu hakikat yang tidak dapat kita nafikan adalah ramai
yang tidak mampu berkomunikasi dengan baik. Sekiranya masalah komunikasi ini berlaku dalam
sesebuah organisasi, maka sudah tentu kelancaran gerak kerja dan hala tuju sesebuah
organisasi itu akan terbantut. Hal ini kerana sesebuah organisasi mempunyai misi dan visi
tertentu yang ingin dibawa dan digerakkan bersama.

Dalam organisasi atau syarikat ADIDAS, komunikasi merupakan alat perhubungan


antara pemimpin dengan orang yang dipimpin. Pemimpin mestilah mempunyai matlamat dan
misi yang jelas tentang apa yang ingin dicapai oleh organisasinya. Pemimpin atau pengurus
perlu memastikan orang-orang yang dibawahnya agar memahami matlamat organisasi
seterusnya melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mencapai objektif organisasi.
Antara matlamat utama komunikasi dalam syarikat ADIDAS adalah memberi kefahaman pada
penerima, memastikan penerima memberi tindak balas positif, membentuk perhubungan positif
antara penyampai dan penerima dan membina perasaan muhibah antara penerima dengan
organisasi.
Selain itu, komunikasi terhadap sesebuah perniagaan adalah penting untuk menjaga
hubungan dalaman sesebuah entiti perniagaan dan semestinya ADIDAS mempunyai misi dan
visi yang telah ditetapkan. Setiap warga perniagaan perlu sentiasa berusaha untuk mencapai
matlamat organisasi mereka. Pihak pengurusan perlu bijak menggunakan komunikasi yang
bersesuaian agar situasi kondusif dapat diwujudkan dalam permis mereka dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti perniagaan mereka.

Seterusnya adalah komunikasi sebagai alat perhubungan antara pekerja dalam


perniagaan. Komunikasi yang terdapat dalam perniagaan bukan semata-mata untuk
menjalankan tugas dan aktiviti yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan sahaja tetapi
komunikasi juga dibentuk untuk mewujudkan jaringan perhubungan antara rakan sekerja dan
juga pihak atasan. Komunikasi yang terjalin antara pekerja dalam sesebuah perniagaan
melibatkan hubungan secara formal dan juga bukan formal. Kedua-dua hubungan tersebut
perlu seimbang bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni, tanpa tekanan dan tanpa
sebarang konflik peribadi.

Komunikasi dalam organisasi mereka juga adalah berkaitan dengan hubungan dengan
pihak luar. Kepentingan komunikasi perniagaan bukan sahaja tertakluk kepada warga kerja di
sesebuah organisasi tertentu sahaja malah ianya juga penting dalam menjaga hubungan baik
sesebuah perniagaan dengan pihak luar seperti agensi-agensi kerajaan, masyarakat umum,
pembekal dan para pelanggan secara konsisten. Ini kerana sesebuah entiti perniagaan akan
diadili melalui komunikasi lisan dan bukan lisan oleh pihak luar khasnya para pelanggan
mereka. Oleh itu, mereka akan menjadikan komunikasi ini sebagai saluran untuk
menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai