Anda di halaman 1dari 3

NAMA : NUR AKILAH BINTI AHMAD

NO. ID : 257614

TAJUK : TUGASAN 1 - INDIVIDU

Dalam era globalisasi yang semakin maju pada masa kini, komunikasi penting kerana dengan
adanya komunikasi yang berkesan, dunia informasi dapat disampaikan dan disebarkan ke serata
dunia. Ini adalah kerana komunikasi adalah salah satu proses dimana manusia menghantar serta
menerima mesej antara satu sama lain. Manusia berkomunikasi pada setiap masa dalam pelbagai
bentuk. Antaranya ialah komunikasi secara lisan mahupun bukan lisan. Sebagai contoh
komunikasi secara lisan ialah melibatkan diri dengan menggunkan bercakap ataupun mendengar
melalui telefon. Manakala bukan lisan ialah menulis surat untuk menyampaikan mesej kepada
seseorang. Tambahan pula, bahasa isyarat yang diguna pakai oleh golongan kurang upaya adalah
sebahagian daripada komunikasi.
Maksud komunikasi menurut Sillars (1998), komunikasi adalah penghantaran, penerimaan
ataupun pertukaran maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau
mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan
jelas oleh sesiapa yang terlibat dalam proses komunikasi yang berlaku. Komunikasi juga di
definasikan sebagai proses berlaku dimana seseorang itu mencipta mesej serta berinteraksi dengan
individu-individu yang lain.
Komunikasi yang berkesan akan berlaku sekiranya terdapat komunikasi dua hala. Komunikasi
dua hala ialah komunikasi yang melibatkan penghantar kepada penerima. Sekiranya komunikasi
yang disampaikan kepada penerima itu jelas, maka komunikasi itu berkesan. Komunikasi boleh
berlaku dimana-mana termasuklah di sebuah organisasi seperti antara pengurus dan pekerjanya.
Menurut Robbin (1996), pengurusan ialah salah satu proses perlaksanaan dan koodinasi tugas
yang ditujukan bagi mencapai matlamat organisasi. Pengurus perlu ada beberapa kemahiran
komunikasi supaya dapat berinteraksi dengan baik kepada pekerja-pekerjanya.
Saya sebagai pengurus perlu mengambil tahu langkah-langkah keperluan kemahiran
komunikasi yang saya perlu ada untuk penentu pencapaian matlamat organisasi saya. Cara yang
pertama saya sebagai pihak pengurus harus berkomunikasi dengan pekerja-pekerja yang lain. Ini
kerana sekiranya saya ingin organisasi saya maju kehadapan, saya sebagai pengurus mestilah
berkomunikasi agar dapat mewujudkan pendekatan ataupun memberi inovasi terhadap organisasi
saya.
Seterusnya, kemahiran komunikasi yang perlu ada untuk pencapaian matlamat ialah
keberanian untuk melakukan perubahan dalam sistem organisasi. Seorang pengurus perlu
mengambil langkah berani untuk melakukan perubahan besar seperti perubahan sesuatu
perancangan hingga mempengaruhi seluruh sistem organisasi. Sebagai contoh, sebelum saya
melakukan perubahan, saya perlu menanyakan pendapat atau idea para pekerja saya kerana
perubahan yang akan dilakukan mungkin akan mempunyai pandangan yang berbeza-beza antara
para pekerja.
Selain itu, saya sebagai pengurus perlu menangani apa-apa masalah sekiranya timbul dalam
organisasi saya. Saya perlu bertanggungjawab dengan masalah yang berlaku serta menyelesaikan
dengan cara berkomunikasi supaya masalah yang dihadapi dapat ditanggani. Tambahan juga, saya
perlu bersedia dengan apa jua halangan komunikasi mahupun masalah yang akan berlaku
disebabkan salah tanggapan.
Seterusnya sebagai pengurus, saya perlu memastikan pekerja-pekerja berinteraksi di antara
pihak pengurus dan pekerja. Sekiranya komunikasi antara kedua pihak tidak berlaku, maka akan
terjadi garis sempadan terhadap pengurus dan pekerja. Oleh itu, organisasi saya mewujudkan
sukan tahunan antara pekerja dan pengurus supaya mereka boleh berinteraksi tanpa sempadan
melalui sukan.
Saya sebagai pengurus perlu mengenalpasti konsep asas dalam pengurusan iaitu perancangan,
penyusunan, kepimpinan, kawalan dan motivasi bagi mempraktiskan kemahiran komunikasi
terhadap organisasi saya. Konsep asas ini amat penting untuk dijadikan garis panduan kepada
pengurus dan pekerja.
Oleh sebab itu, saya sebagai ketua pengurusan perlu melakukan perancangan terhadap
pengurusan. Komunikasi adalah satu proses melibatkan pertukaran idea, maklumat ataupun
merancang sesuatu strategi. Perancangan boleh berlaku melalui lisan mahupun bukan lisan.
Sebagai contoh, saya dan pekerja-pekerja saya akan mengadakan pertemuan pada setiap awal
bulan untuk membicang tentang idea-idea mengembangkan syarikat.
Konsep asas yang seterusnya yang harus saya praktis ialah penyusunan. Penyusunan berlaku
adalah untuk menyusun aturan kerja serta tanggungjawab pekerja kepada syarikat. Penyusunan
boleh dilakukan melalui lisan, bertulis ataupun visual. Sebagai contoh yang saya boleh ambil
melalui bertulis sebagai pengurus ialah, penyusunan dari segi menulis polisi syarikat serta prosedur
khusus pekerja di syarikat.
Selain itu, komunikasi melalui kepimpinan. Selaku seorang pengurus, fungsi saya di dalam
syarikat adalah untuk memimpin serta mengarah supaya kerja lebih teratur. Saya
bertanggungjawab mengarah dan memimpin pekerja saya kerana tangggungjawab saya adalah
untuk memimpin pekerja-pekerja di bawah saya. Kepimpinan boleh berlaku melalui lisan ataupun
bertulis. Sebagai contoh melalui bertulis, setiap tugas yang dilakukan dalam organisasi adalah
dibawah kepimpinan saya untuk menentukan carta aliran visual.
Konsep asas yang keempat yang perlu ada untuk kemahiran komunikasi sebagai pengurus ialah
kawalan. Saya harus memantau dan memastikan seluruh perancangan yang telah dirancang seperti
yang ditetapkan dapat dicapai bersama-sama dengan pekerja saya. Kawalan boleh berlaku melalui
bertulis mahupun lisan. Contohnya kawalan melalui bertulis ialah saya menganalisa pekerja-
pekerja saya dan memberi markah untuk prestasi yang ditonjolkan oleh pekerja-pekerja saya.
Konsep asas yang terakhir ialah motivasi. Komunikasi melalui motivasi amat penting dalam
organisasi saya kerana dengan adanya komunikasi motivasi pekerja-pekerja meningkat serta dapat
menaikkan semangat para pekerja. Sebagai contoh, saya sebagai pengurus selalu memberi
motivasi kepada pekerja saya sehinggakan mereka bersungguh-sungguh melakukan kerja dan
dapat dianugerahkan anugerah ‘Pekerja Terbaik Tahunan’ di organisasi saya.
Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah komunikasi amat penting di dalam
organisasi tidak kira jawatan ataupun pangkat. Dengan adanya komunikasi, pekerja dan pengurus
dapat berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi dalam organisasi perlu melibatkan semua
peringkat supaya komunikasi dapat berlaku dengan berkesan. Sebagai pengurus, kemahiran dalam
komunikasi perlu ada untuk digunakan di dalam organisasi. Tanpa kemahiran dalam komunikasi,
komunikasi mungkin tidak berkesan dan tidak dapat menerima maklumbalas maklumat.

Anda mungkin juga menyukai