Anda di halaman 1dari 10

LUXOR NETWORK SDN. BHD.

2011
1.0 PENDAHULUAN Pengurusan sumber manusia adalah satu komponen terpenting di dalam pengurusan sesebuah organisasi. Pengurus sumber manusia akan bertindak sebagai perantara di antara pekerja dan juga pihak atasan bagi menyelesaikan sesuatu masalah ataupun kemusykilan yang berlaku. Di dalam sistem pengurusan sumber manusia pula terdapat satu komponen yang penting iaitu penilaian prestasi pekerja. Penilaian prestasi ditakrifkan sebagai apa jua prosedur yang melibatkan penetapan piawaian kerja, penilaian prestasi sebenar pekerja berbanding piawaian dan pemberian maklum balas kepada pekerja (Dessler G., 2003). Prosedur ini bertujuan untuk memotivasikan pekerja bagi mengurangkan jurang perbezaan prestasi atau terus meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih baik. Di sini kita akan membuat penilaian terhadap keperluan demografi pekerja dari aspek generasi. Kajian mengenai perbezaan penilaian prestasi terhadap generasi X dan generasi Y akan dijalankan. Menurut Codrington dan Marshall dalam bukunya yang bertajuk Mind The Gap, generasi X merupakan individu yang lahir antara tahun 1965 1976 dan generasi Y yang lahir antara tahun 1977 1998. Kini generasi X sudah semakin berkurangan dalam dunia pekerjaan atau mungkin sudah hampir ke tahap persaraan. Generasi Y pula semakin bertambah dalam dunia pekerjaan. Terdapat banyak perbezaan diantara kedua-dua generasi ini terutamanya perbezaan dalam cara melaksanakan kerja, cara penerimaan arahan, penerimaan teknologi, dan juga perbezaan dari sudut penilaian kepuasan kerja. Statistik di bawah menunjukkan pola penduduk Malaysia mengikut generasi.

LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011


Suatu sesi temuduga dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan generasi X dan generasi Y dalam organisasi tersebut. Organisasi yang dipilih ialah Luxor Network Sdn Bhd. Organisasi ini beralamat di Level 15, Persoft Tower, 6B Persiaran Tropicana, Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya, Selangor. Luxor Network Sdn Bhd merupakan salah sebuah ahli Kumpulan Syarikat Yow Holdings dan Luxor Holdings. Organisasi ini prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan sering mengembeleng tenaga untuk memenuhi tanggungjawab ini yang merupakan teras organisasi ini. Luxor Network giat melaksanakan pelbagai projek pembangunan masyarakat, termasuk sumbangan dan tajaan serta menganjurkan acara-acara khas jika perlu. Organisasi ini juga aktif mengusahakan pelbagai sektor ekonomi yang merangkumi perkilangan, pembangunan hartanah, ladang dan kilang sawit, pengangkutan bas awam, kosmetik, penjagaan kulit dan makanan kesihatan tradisional. Jenama-jenama produk milik Kumpulan ini yang dikenali ramai termasuklah JeliGamat Luxor, Cyanotech Spirulina Pacifica, HINO, Algotherm, H20+, Babor dan Yves Rocher.

LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011


2.0 CIRI-CIRI GENERASI X DAN GENERASI Y 2.1 Generasi X Generasi X merupakan satu istilah yang menggambarkan sekumpulan orang yang dilahirkan pada 1965 hingga 1981. Kenyataan ini boleh disokong dengan merujuk kepada pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik antaranya, menurut Pham (1997) generasi ke-13 telah dilahirkan di antara 1961 dan 1981. Generasi X lebih dikenali dalam satu kumpulan yang dilahirkan pada 1965 dan 1975. Mereka bekerja untuk cintakan kerja tersebut dan bukan hidup untuk kerja (Zemke, Raines dan Filipezak, 1999). Generasi X tidak percaya dengan bekerja secara lebih masa tetapi percaya bahawa kerja yang sekejap dapat memberikan kesan yang terbaik. ini termasuklah pilihan mereka untuk bekerja dalam suasana yang mesra, tidak formal di tempat kerja, mereka mahukan mereka bebas untuk menyatakan pendapat mereka. Suasana persekitaran tempat kerja seperti ini membuatkan mereka keluar dari kepompong mereka dalam kalangan mereka sendiri boleh memberi idea dan boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik. Selain itu, Generasi X bekerja mengikut apa yang dirancang dan dianjurkan. Generasi X, umumnya berpengetahuan tinggi, celik teknologi dan bersifat independent. Kumpulan ini dikatakan sering menjangkakan fleksibiliti di tempat kerja, seorang yang kreatif, inovatif tetapi dengan cara tersendiri. Kumpulan ini dimotivasikan dengan penawaran peningkatan kerjaya, peningkatan peluang memperbaiki kerjaya serta pengiktirafan peribadi. Ini selaras dengan pendapat Neil Howe dan William Strause dalam Harvard Business Review (2007) yang menyatakan generasi X cenderung inginkan kebebasan mengikut cara mereka, mahukan kepercayaan dari pengurusan dan melihat kepada imbuhan atas apa yang mereka lakukan.

2.2 Generasi Y Generasi Y diklasifikasikan kepada kumpulan penduduk yang dilahirkan selepas Generasi X. Generasi ini lahir pada tahun 1981 dan 1996 (Projek Guru, 2000). Generasi Y adalah sifat yang dilabelkan kepada orang-orang yang lahir pada tahun 1980-an dan awal 1990-an. Bagi generasi Y atau dikenali tenacious go-getters dengan semangat I can do anything dan sangat sukakan persekitaran yang mencabar. Generasi Y berkembang dengan teknologi dan bergantung kepadanya
3

LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011


untuk menjalankan tugas-tugas mereka dengan lebih baik. Berbekalkan BlackBerrys, komputer riba, telefon bimbit dan alat-alat lain (Fairhurst & Shaw, 2008). Generasi Y lebih suka jadual yang fleksibel tetapi untuk generasi-generasi yang lebih tua ramai yang melihat sikap ini sebagai komitmen dan disiplin narsisistik atau kekurangan. Generasi Y adalah generasi yang mempunyai harapan yang tinggi dalam setiap pekerjaan yang dibuat. Mereka mahukan pengurus yang adil dan secara langsung terlibat dalam pembangunan pekerja. Generasi Y hidup subur pada cabaran-cabaran baru dan menjangka untuk menunjukkan rasa hormat dan tanggungjawab yang diberikan dari awal pada dalam pekerjaan mereka (Glass, 2007, Martin, 2005). Generasi ini mahu pengiktirafan terhadap apa yang mereka lakukan dan ingin menjadi terkenal dan dikenali kerana pencapaian mereka. Generasi Y kurang memberi respons kepada arahan berbentuk tradisional atau berbentuk wujudnya kawalan dari pengurusan. Mereka dilahirkan dalam persekitaran yang banyak mempersoalkan kenapa itu dan ini berlaku. Menurut Carol Verret, kumpulan ini boleh diurus dengan wujudnya penjelasan yang terperinci mengenai sesuatu yang mereka patut lakukan, mengiktiraf setiap tugasan yang mereka lakukan, puji mereka secara terbuka dan jadikan mereka seorang bintang dalam organisasi, kerap memberi maklum balas dan jadikan tempat kerja suatu tempat yang menyeronokkan bagi mereka.

LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011


3.0 PENILAIAN PRESTASI MENGIKUT GENERASI

3.1 Kemahiran Komunikasi

Komunikasi merupakan satu elemen penting dalam pengurusan. Komunikasi yang baik dapat memberikan hubungan yang baik dalam kalangan pekerja. Kemahiran berkomunikasi juga merupakan salah satu ciri yang sering dinilai dalam sistem penilaian prestasi. Berdasarkan temubual dengan dengan syarikat Luxor Network, kami mendapati bahawa kemahiran komunikasi Generasi X adalah lebih lebih baik berbanding generasi Y. Bukan dari segi bahasa yang digunakan tetapi kandungan maklumat yang ingin disampaikan juga adalah lebih menepati keperluan tugas, dan juga mudah difahami. Pada masa kini, kita dapat lihat bahawa generasi Y kurang mahir dalam berkomunikasi. Mereka lebih menyukai cara berkomunikasi dengan menggunakan teks dan jaringan sosial. Mereka lebih banyak mendiamkan diri dan kurang memberi pendapat dalam sesuatu perbincangan. Manakala generasi X lebih banyak memberi cadangan-cadangan dan kadang kala lebih kerap membuat bantahan atau hujahan jika berlaku sebarang ketidakpuasan hati. Generasi X lebih mudah bersuara jika dibandingkan dengan generasi Y. Generasi X lebih bersikap terbuka dalam berkomunikasi. Mereka akan mendengar dan mengeluarkan pendapat sekiranya terdapat kekurangan. Kurang kemahiran dalam berkomunikasi juga akan membawa masalah dalam organisasi. Sesuatu tugas tidak akan berjalan lancar jika berlakunya salah faham dalam komunikasi. Oleh itu mesej yang ingin disampaikan tidak berjaya dan boleh menyebabkan kekeliruan.

3.2 Kecekapan Menjalankan Tugas

Tujuan penilaian prestasi adalah untuk melihat hasil kerja dan komitmen pekrja terhadap syarikat. Oleh itu, kecekapan dalam melaksanakan tugas amat penting untuk melihat sama ada pekerja tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik dan mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Generasi X lebih gemar membuat kerja secara humane touch.
5

LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011


Generasi Y menjalankan tugas dengan lebih bersemangat dan cepat kerana kebanyakan mereka lebih mahir dalam teknologi. Mereka mudah beradaptasi dengan tekhnologi baru dann mampu melakukan tugas dengan lebih cekap kerana mereka lebih bermotivasi jika dibandingkan dengan generasi X yang santai dalam menguruskan kerja. Selain itu, generasi Y lebih cenderung untuk mencari informasi atau belajar secara hand on. Di dalam syarikat Luxor Network generasi X lebih berfikiran terbuka dan juga mampu membuat pertimbangan yang tepat berdasarkan keadaan semasa malah mampu membuat keputusan sendiri. Manakala generasi Y pula dapat melaksanakan tugas-tugas dengan lebih cepat namun kadang kala mempunyai masalah dalam melakukan keputusan dan memerlukan bantuan rakan sekerja atau majikan (membuat perbincangan).

3.3 Aplikasi Teknologi

Generasi Y lebih mudah mengadaptasi teknologi baru yang dibawa masuk ke dalam syarikat. Mereka mudah menerima perubahan dan lebih selesa bekerja dengan teknologi semasa. Pada pendapat mereka teknologi banyak membantu mereka dalam menyelesaikan tugas dengan cepat dan tangkas. Contohnya penggunaan internet banyak membantu mereka dalam mencari maklumat yang diperlukan dalam jangka masa yang singkat. Generasi X pula memerlukan masa yang lebih lama berbanding pekerja Y untuk membiasakan diri dengan teknologi baru yang diperkenalkan. Generasi X berasa kurang selesa terhadap teknologi dan lebih gemar menjalankan tugas secara manual. Tetapi pengalaman mereka lebih banyak dan dan mereka lebih memahami keperluan kerja berbanding generasi Y. Di syarikat ini, pekerja generasi X dilihat lebih mudah memahami setiap gerak kerja yang diberikan berbanding pekerja Y yang masih baru dan juga tidak mempunyai pengalaman. Hal ini kerana generasi X lebih berpengalaman melakukan urusan-urusan syarikat berbanding pekerja Y yang kebanyakannya lebih mengetahui teori daripada perlaksanaan tugas berkenaan.

LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011


3.4 Jangkaan Matlamat

Setiap pekerja mempunyai matlamat peribadi untuk dicapai dalam bekerja disamping berusaha mencapai matlamat organisasi. Pada kebiasaannya matlamat yang ingin dicapai oleh setiap pekerja adalah berbeza mengikut generasi. Seperti mana yang kita tahu golongan muda atau generasi Y lebih tertumpu kepada ganjaran berbentuk wang ringgit. Manakala golongan yang lebih berumur iaitu generasi X akan tertumpu kepada kepuasan dalam melaksanakan tugas dan hasil tugas tersebut. Generasi Y lebih komited dalam menjalankan tugas untuk mendapatkan ganjaran yang lebih. Bagi mereka hasil usaha mereka perlu dibayar dan dinilai dengan sewajarnya. Manakala generasi X lebih fokus kepada tahap kualiti kerja yang dilakukan. Hasil kerja yang sempurna memberikan mereka kepuasan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Ini dapat dilihat dalam kajian yang dijalankan di dalam syarikat Luxor Network. Dalam organisasi ini, generasi X lebih tertumpu kepada kepuasan bekerja kerana mereka merupakan tunjang utama syarikat sejak mula beroperasi dahulu, manakala generasi Y lebih menumpukan kepada ganjaran. Sikap yang sentiasa mementingkan wang ringgit dalam semua urusan pekerjaan akan menyebabkan mereka sendiri akan mengalami kerugian. Ini kerana dalam urusan perundingan contohnya sikap yang sentiasa mementingkan keuntungan akan menyebabkan proses rundingan tidak akan berjaya. Kedua-dua pihak perlu berunding untuk memajukan organisasi mereka dan bukan hanya memikirkan mengenai nilai wang ringgit yang akan di peroleh oleh mereka.

3.5 Personaliti

Generasi X mempunyai personaliti yang lebih bersifat terbuka, mudah untuk berbincang dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kesukaran semasa menjalankan tugas. Manakala generasi Y lebih kepada sikap memberontak atau bertindak mengikut hati. Semasa berdepan dengan majikan, generasi X lebih bersopan dan tertib. Mereka bersifat terbuka dan menerima teguran dari pihak atasan. Berlainan dengan generasi Y yang sering menganggap bahawa apa yang
7

LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011


dilakukan oleh mereka adalah tepat. Generasi Y mempunyai tahap kesabaran yang kurang dalam mengahadapi masalah dan tidak boleh menerima teguran secara terbuka. Generasi Y bukanlah pekerja yang setia dengan satu-satu syarikat. Mereka celik teknologi, inovatif, dan kreatif. Untuk mengekalkan mereka dalam organisasi, majikan perlu menawarkan faedah yang mereka anggap bernilai untuk mengekalkan gaya hidup mereka, dan majikan perlu menyesuaikan gaya pengurusan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada mereka. Generasi X lebih setia kepada organisasi kerana mereka telah lama berkhidmat dalam organisasi dan meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada majikan dan begitu juga sebaliknya. Mereka lebih berminat untuk memberi sumbangan dan berkhidmat kepada organisasi dalam mencapai matlamat organisasi dan juga kepuasan kerja sendiri.

LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011


4.0 KESIMPULAN

Menurut kajian, generasi Y mempunyai ciri-ciri yang agak istimewa, namun ia tidak lagi mempunyai kelebihan berbanding kelompok yang lain jika mereka diurus dengan kaedah atau pendekatan yang tidak munasabah. Realitinya, kita tidak berkuasa mengubah masa lepas kerana ia sudah jauh meninggalkan kita. Kita juga tidak berupaya menguasai masa hadapan kerana tidak diketahui apa yang bakal menanti. Apa yang ada sekarang hanyalah masa kini yang perlu dibentuk dengan acuan yang betul agar masa hadapan dapat dinikmati dengan sebaiknya. Masa depan syarikat seterusnya terletak di tangan generasi Y. Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa Generasi Y begitu berbeza daripada generasi X dari pelbagai aspek. Golongan generasi Y perlu berubah sikap dengan membuang segala perkara yang negatif yang ada dalam diri mereka. Pihak organisasi memainkan peranan yang penting untuk kesesuaian individu-individu generasi Y dalam memasuki sesebuah organisasi dan bekerjasama dengan generasi X. Dengan berpegang kepada matlamat organisasi serta kesugguhan yang tinggi daripada pihak organisasi, individuindividu generasi Y dan generasi X ini akan sentiasa dapat mempertingkatkan prestasi dari semasa ke semasa. Setiap generasi mempunyai keperluan dan kepentingan tersendiri dalam organisasi. Generasi X diperlukan untuk memberi tunjuk ajar kepada pekerja baru seperti generasi Y berdasarkan pengalaman dalam menjalankan tugas. Manakala generasi Y pula diperlukan untuk pengendalian teknologi masa kini yang lebih sesuai dengan gaya hidup mereka jika hendak dibandingkan dengan generasi X yang kurang mahir dengan transformasi teknologi. Hubungan yang baik antara generasi X dan generasi Y juga penting dalam organisasi. Sikap saling membantu dalam menjalankan tugas atau tunjuk ajar daripada individu yang lebih berpengalaman dan mahir haruslah diterima dengan hati terbuka. Saling memahami di antara satu sama lain dapat membantu memudahkan kita mencapai matlamat masing-masing. Dengan wujudnya hubungan seperti ini, ia dapat mengeratkan dan meningkatkan kerjasama dalam perlaksanaan tugas serta dapat mengelak wujudnya pertembungan budaya.

LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011


5.0 RUJUKAN

Broadbridge A. M, Maxwell G. A, Ogden S. M, (2007) "13_2_30: Experiences, perceptions and expectations of retail employment for Generation Y", Career Development International, Vol. 12 Iss: 6, pp.523 - 544 Hani Suraiya Jamaluddin.(2010). Retention factors towards organization commitmen among baby boomers, Generation X and Generation Y: A Survey on executive in Tenaga Nasional Berhad. Martin C. A. (2005) "From high maintenance to high productivity: What managers need to know about Generation Y", Industrial and Commercial Training, Vol. 37 Iss: 1, pp.39 44 Sue Shaw, David Fairhurst, (2008) "Engaging a new generation of graduates", Education + Training, Vol. 50 Iss: 5, pp.366 - 378

10

Anda mungkin juga menyukai