Anda di halaman 1dari 24

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

JANUARI / TAHUN 2022

SBFS1103

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

NO. MATRIKULASI : 760323115438002


NO. KAD PENGENALAN : 760323-11-5438
NO. TELEFON : 019-9835616
E-MEL : suriani2303@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA TERENGGANU


SBFS1103
KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT


1. Bahagian I
Tugasan 1 2
Rujukan 9
2. Tugasan 2 10
3. Bahagian II
Penyertaan Kelas Dalam Talilan 20

1
SBFS1103

BAHAGIAN I
TUGASAN 1

1. PENGENALAN

Pekerja senior dapat didefinisikan sebagai pekerja yang berada di usia 45 sehingga
pemghujung 50an yang hampir-hampir bersara. Terdapat juga kajian yang beranggapan
bahawa istilah "pekerja lebih tua" atau veteran biasanya merujuk kepada pekerja berumur
50 atau 55 tahun ke atas (Amelia, M., & Depergola, V., 2013). Pekerja dalam lingkungan
umur ini mempunyai pengalaman kerja yang sangat lama dan sudah pastinya mengetahui
selok belok dunia pekerjaan. Individu yang berada di usia begini memilih untuk masih
bekerja dan bertahan sehingga mencapai titik akhir dalam perkhidmatan . Tidak dinafikan
bahawa, mereka lebih suka untuk bekerja daripada berada di dalam rumah tanpa
melakukan kerja-kerja yang produktif. Meskipun begitu, terdapat juga individu yang terus
berkerja dengan usia yang lanjut atas dasar kelangsungan hidup di mana mereka harus
membayar kos-kos sara hidup yang semakin meningkat . Keadaan ini mendorong mereka
terus bekerja untuk mendapatkan pendapatan bulanan yang stabil.

Teknologi pula memberi maksud kepada sebuah perisian atau aplikasi yang telah
dikembangkan hasil daripada pengetahuan saintifik untuk memudahkan hidup manusia dan
mengubahnya menjadi lebih praktikal. Terdapat banyak aspek kehidupan yang
menggunakan teknologi sebagai pemudahcara dan salah satunya adalah di dalam dunia
pekerjaan. Penggunaan teknologi membantu untuk meningkatkan produktiviti dan mampu
untuk melayan kehendak pelanggan dengan lebih tepat hasil daripada data-data yang telah
dikutip dan disusun secara rapi dengan penggunaan pelbagai perisian . Produktiviti dan
usaha pekerja telah dipertingkatkan, membolehkan mereka memberi lebih penekanan pada
perkara yang lebih penting seperti ketepatan dan kreativiti (Dukes, E. 2022).

Penggunaan teknologi di tempat kerja sangat membantu pekerja untuk memudahkan gerak
kerja dan meningkatkan hasil produktiviti ke tahap yang optimum. Kita beranggapan
bahawa penggunaan teknologi ini akan menjadi sangat membantu kepada pekerja yang
mempunyai pelbagai rintangan untuk menyelesaikan tugasan, terutama sekali, golongan
pekerja yang senior kerana mereka menunjukkan daya tahan yang rendah untuk bekerja

2
SBFS1103

disebabkan oleh usia. Oleh itu, tanggapan bahawa penggunaan teknologi akan mudah
menjadi serasi kepada mereka. Namun begitu, ternyata terdapat beberapa kebimbangan
tentang kekurangan dan kelemahan mereka terhadap pemahaman struktur dan proses
kerja menggunakan teknologi, dan juga sokongan pengetahuan terhadap cara perisian
berfungsi. Tugasan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan
isu-isu atau halangan yang dihadapi oleh syarikat celik digital dalam memaksimumkan
penggunaan digital dalam organisasi. Selain itu, ianya dilihat memberi ruang dan peluang
kepada pelajar untuk berfikir dengan kritis semasa memberi cadangan penambahbaikan
kepada organisasi . Justeru, tugasan ini akan berfokuskan kepada punca-punca kepada
wujudnya isu pekerja senior terhadap teknologi dan cadangan ( penambahbaikan ) dalam
mengatasi dan menyelesaikan masalah tersebut. Rujukan utama tugasan ini ialah modul
OUM SBFS1103, Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah nukilan Dr Haresh Kumar
Kantilal dan Dr Anton Espira.

2. Isu-isu

Terdapat banyak isu tentang kemahiran pekerja senior di dalam bidang kerja yang boleh
diketengahkan. Antara salah satunya ialah, pekerja yang lebih senior adalah kurang
fleksibel, dan lambat bergerak mengikuti teknologi yang semakin maju. Halangan (iaitu,
kekurangan arahan dan bimbingan, kekurangan pengetahuan dan keyakinan, halangan
berkaitan kesihatan, kos); kelemahan dan kebimbangan (iaitu, teknologi yang terlalu banyak
dan terlalu kompleks, perasaan tidak mencukupi, dan perbandingan dengan generasi muda,
kekurangan interaksi sosial dan komunikasi. (Vaportzis, E., Clausen, M. G., & Gow, A. J.,
2017) Secara semulajadi, teknologi akan berubah setiap hari demi memenuhi keperluan
harian manusia dalam berkomunikasi, bekerjasama dan keperluan harian. Misalnya,
terdapat berberapa aplikasi yang memerlukan penggunanya untuk kerap menaik taraf
sistem dengan memuat turun versi terbaharu. Hal ini adalah sukar untuk golongan pekerja
senior kerana mereka tidaklah sentiasa berada dekat dengan perkembangan teknologi dek
kerana komitmen di rumah dan komitmen harian yang pelbagai. Hal ini menyebabkan
sistem dan program yang digunakan berada di tahap yang lemah dan tidak semaju teknologi
yang berada seiring zaman. Hasil kerja yang dilakukan tidak akan menjadi lebih produktif

3
SBFS1103

dan bercirikan abad 21 kerana penggunaan sistem dan program yang ketinggalan zaman.
Justeru itu, sikap amalan ini menjadikan mereka kurang fleksible dengan perubahan
teknologi persekitaran tempat kerja. Hasilnya, kerja kerja yang perlu dilakukan oleh mereka
akan disiapkan dengan lambat atau peralihan pekerja terhadap sesuatu tugas akan
dilakukan, menjadikan satu satu pekerja tersebut terbeban dengan banyak kerja yang perlu
diselesaikan hasil daripada produktiviti pekerja senior yang tidak kompetitif. Justeru itu,
dapatlah ditegaskan bahawa sikap kurang fleksible dalam kalangan pekerja senior menjadi
salah satu punca isu di atas.

Seterusnya, isu yang kedua adalah keengganan pekerja senior untuk menyertai kursus-
kursus atau latihan penyelenggaraan teknologi di tempat kerja. Hal ini disebabkan oleh
perspektif mereka yang mengatakan bahawa teknologi adalah susah untuk diatur.
Menguasai teknologi baru selalunya rumit kerana warga emas tidak mempunyai
pengalaman dalam menggunakan teknologi untuk digunakan sebagai asas. Warga senior
biasanya mempunyai kerangka rujukan yang lebih rendah untuk membolehkan mereka
menyerap pengetahuan baharu (Isolation, N., 2022). Sepertimana yang kita tahu, kewujudan
teknologi yang semakin maju memerlukan penyelenggaran teknologi yang baik. Sebagai
contoh, sekiranya terdapat terlalu banyak program yang dibuka dalam satu satu masa pada
komputer, akan terjadinya pembekuan terhadap program tersebut. Masalah perisian ini
seringkali berlaku di tempat kerja dan menjadi satu kebiasaan. Hasil daripada masalah ini, ia
menjatuhkan motivasi pekerja untuk meneruskan pekerjaan. Hal ini akan mengambil masa
yang lama untuk para pekerja menyelesaikan tugas. Oleh itu, mempunyai kemahiran untuk
menyelenggara perisian teknologi di tempat kerja akan menjadikan cabaran pekerjaan itu
berkurangan. Tambahan pula, pekerja senior hendaklah mempunyai pengetahuan asas
dalam mengikuti perkembangan baharu teknologi kerana setiap naik taraf memerlukan
pekerja bergelut untuk mempelajari aplikasi baharu demi memenuhi standard prestasi
baharu. Tambahan lagi, mereka mesti mempelajari cara untuk menyelenggara teknologi
tersebut agar hasil kerja yang dilakukan akan menjadi lebih berkualiti tanpa perlu
mengeluarkan kos yang banyak.

Selain itu, kos teknologi baharu yang mahal juga boleh menjadi satu faktor dalam kalangan
pekerja senior untuk tidak bergelut dengan teknologi yang sememangnya dianggap rumit.

4
SBFS1103

Inflasi menjejaskan belanjawan IT, membawa peningkatan kos dalam bidang termasuk
pelayan, storan dan perkhidmatan profesional. Persekitaran nampaknya sedang
mempercepatkan peralihan perusahaan oleh CIO kepada awan, yang diramalkan meningkat
lebih daripada 20% pada 2022(Moore, J., 2022). Oleh kerana kelayakan mereka yang tidak
tinggi dan juga hasil daripada komitmen mereka yang lain, mereka mungkin merasakan
bahawa kos teknologi baharu adalah berat dan mereka merasakan tidak mampu untuk
membayar pelaburan awal membeli peralatan dan perisian teknologi yang premium atau
membayar kos penyelenggaraan dan sokongan yang berterusan. Sebagai contoh, untuk
pekerja merasakan pengalaman menggunakan perisian Canva atau Adobe dengan efektif
dan lebih produktif, mereka perlu membayar langganan bulanan untuk mereka
menggunakan elemen-elemen premium. Tambahan pula kos pembelajaran kemahiran juga
boleh menjadi satu cabaran, kerana pekerja perlu membayar kos kelas tambahan tentang
kemhairan teknologi untuk dilatih tentang cara menggunakan teknologi baharu. Oleh kerana
peredaran teknologi sentiasa dipertingkatkan, ia memerlukan peningkatan yang berterusan
dan mahal. Setiap peningkatan memerlukan latihan pekerja, dan mengambil masa untuk kos
pengeluaran. Hal ini akan menyebabkan kehilangan produktiviti yang digabungkan dengan
kos perisian dan pelaksanaan. Hasilnya, ia boleh mengurangkan keuntungan keseluruhan
tempat kerja. Justeru itu, kos sokongan teknikal atau kontrak penyelenggaraan yang
memakan keuntungan menjadi salah satu isu kepada pekerja senior dalam penggunaan
teknologi di tempat kerja.

3. Cadangan penyelesaian

Berdasarkan isu-isu diatas, terdapat berberapa cadangan penambahbaikan yang boleh


dilakukan majikan untuk menangani isu-isu tersebut. Cadangan yang pertama adalah
menjalankan pengurusan secara langsung dengan pekerja. Tidak seperti pekerja yang lebih
muda, yang selalunya lebih selesa melakukan sesuatu dari jauh, pekerja yang lebih tua lebih
menekankan dan menghargai interaksi secara peribadi (Tams, S., 2021). Majikan boleh
berjumpa dengan pekerja dan menilai performance pekerja tersebut. Semasa penilaian
dijalankan, majikan hendaklah mengemukakan pekerja dengan komen komen yang
membina serta memberikan tunjuk ajar untuk memastikan pekerja berada di haluan kerja
yang betul. Sudah tentu, dengan jadual kerja yang kurang fleksible, sesetengah pengurus

5
SBFS1103

tidak mempunyai peluang untuk bekerja dengan pekerja dari hari pertama. Justeru itu,
syarikat boleh menukar jadual pengurus baharu untuk mengambil alih jabatan yang
mempunyai kakitangan yang telah lama bekerja atau sebilangan daripada mereka yang
dianggap sebagai pekerja bermasalah. Hasil daripada penggabungan atau pengambilalihan
ini, pengurus baharu boleh melatih kakitangan senior yang bekerja dalam jabatan yang
tidak diambil oleh pengurus untuk mengaplikasikan teknologi di dalam gerak kerja mereka
secara lebih kerap. Hal ini akan meningkatkan lagi kualiti kerja pekerja senior hasil daripada
bantuan teknologi yang akan memudahkan mereka untuk menyimpan segala data dan
mendokumentasikan segala hal-hal jabatan dengan lebih selamat tanpa ancaman bahaya
dari kehilangan data tersebut. Contohnya, pengurus baharu boleh memantau gerak kerja
kakitangan senior dan melatih mereka untuk menggunakan Microsoft Excel bagi
memudahkan gerak kerja mereka dalam menyimpan maklumat dan statistik data.

Tambahan pula, isu- isu ini boleh diselesaikan dengan penggalakkan pembelajaran
sepanjang hayat. Pertumbuhan tenaga buruh yang semakin tua dan teknologi yang baru
muncul mengubah persekitaran kerja. Persekitaran ini menjadikan gerak kerja semakin pasif
disebabkan oleh kerkurangan mereka dalam ilmu pengetahuan ICT. Oleh itu, pembelajaran
sepanjang hayat boleh membantu untuk menjana keperluan melatih pekerja yang lebih tua
untuk meningkatkan kemahiran mereka dengan lebih mudah. Misalnya, pekerja yang telah
dilatih untuk menggunakan teknologi dalam bidang pekerjaan sedari awal akan sentiasa
berusaha untuk menambah baik kualiti kerja mereka dengan mempelajari pelbagai
kemahiran teknologi yang semakin maju. Pembelajaran sepanjang hayat semakin diiktiraf
sebagai proses penting untuk menghadapi perubahan dan cabaran yang dihadapi individu
dalam masyarakat yang serba pantas hari ini (Thang, L. L., Lim, E., & Tan, S., 2019).
Galakkan pembelajaran sepanjang hayat oleh majikan akan memberikan motivasi kepada
pekerja untuk sentiasa meningkatkan diri dan mencintai ilmu dan mengejar pengetahuan
yang baharu agar hasil kerja menjadi lebih efektif. Bukan itu sahaja, pekerja yang lebih tua
juga mendapat faedah apabila pendekatan latihan yang digunakan telah direka bentuk
dengan baik. Oleh itu, wajarlah bagi majikan untuk mengkaji keperluan latihan dan
pengalaman kerja, serta persepsi ciri pekerja yang ideal. Selain itu, untuk menggalakkan
penggunaan teknologi dalam persekitaran kerja, pekerja harus belajar untuk memahami
secara komprehensif tentang bagaimana satu-satu alat perisian boleh membantu untuk

6
SBFS1103

menyelesaikan tugasan dengan lebih kondusif. Oleh itu, penyelidikan lanjut oleh pengurus
harus menumpukan pada pembangunan amalan kerja yang lebih selamat dan profesional
serta menyokong produktiviti pekerja dengan amalan pembelajaran sepanjang hayat.

Bukan itu sahaja, pelaksanaaan latihan teknologi untuk pekerja juga penting. Berdasarkan
daripada pemerhatian, pekerja yang lebih senior menunjukkan tenaga kerja yang lebih pasif
terhadap menggunakan teknologi baharu. Sebagai contoh, aplikasi komunikasi seperti
Zoom, Teams dan Slack, yang merupakan talian hayat untuk para pekerja bekerjasama
semasa wabak Covid-19 tidak semestinya diterima oleh semua orang lebih-lebih lagi pekerja
yang senior. Hal ini kerana aplikasi baharau tersebut memerlukan mereka untuk
mempelajari pelbagi kemahiran teknologi yang baharu hasil daripada kewujudan elemen
elemen teknologi yang semakin maju seperti pemancaran presentasi menggunakan aplikasi.
Apabila mereka berasa lebih yakin dengan diri mereka sendiri, dan lebih celik IT, pekerja
yang lebih tua bermotivasi untuk menggunakan sepenuhnya apa yang ditawarkan oleh
teknologi tempat kerja (Tams, S., 2021). Oleh kerana itu, adalah wajar untuk pengurus
dalam melatih dan menyediakan semua pekerja dalam organisasi mereka dengan latihan
teknologi yang teliti dan menarik. Solusi ini juga boleh membantu pengurus untuk
mengurangkan jurang ekuiti di tempat kerja terutama sekali apabila WFH. Pengalaman
dengan teknologi yang kurang menjadikan kemahiran teknologi antara pekerja senior
dengan pekerja yang lebih muda tidak sama rata. Oleh itu, dengan menyediakan latihan
teknologi yang merangkumi pelbagai kemahiran berteknologi akan membantu pengurus dan
pekerja untuk bekerja dengan sama rata. Hal ini juga boleh merapatkan jurang antara
pengalaman teknologi kerja dalaman dan jauh dan juga memudahkan persekitaran kerja
hibrid supaya semua orang boleh berada di medan permainan yang sama rata.

7
SBFS1103

4. Kesimpulan
Menjalankan perniagaan dalam abad ke 21 mencabar mental dan fizikal bukan sahaja
pemilik organisasi, malah semua warga kerja sesuatu produksi. Bermula dari pihak bawahan
hinggalah ke pihak paling atas, semuanya tidak terkecuali dalam menerima tempias kesan
perkembangan pesat dalam bidang teknologi dan komuniksi. Abad ke-21 membawa
masyarakat dunia ke satu lagi fasa anjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan
daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi, penggunaan teknologi
manusia kepada penciptaan teknologi tinggi, pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa,
konsep hierarki kepada konsep jaringan, ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa,
dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka Panjang. Kesimpulannya,
mengambil kesempatan daripada teknologi yang telah direka bentuk untuk berkembang
maju adalah tugas utama setiap pekerja dalam memastikan persekitaran kerja yang lancar.
Teknologi sentiasa berubah. Justeru itu, persepaduan ke dalam tenaga kerja adalah sangat
digalakkan kerana ia terus memberi kesan positif pada tahap produktiviti dan prestasi
keseluruhan tenaga kerja. Keadaan ini akan memberi keuntungan kepada kepada kedua-dua
pihak, sama ada pekerja senior mahu pun organisasi.

8
SBFS1103

Rujukan
1. Dr Haresh Kumar Nantilal & Dr Anton Espira. (2017). SBFS1103 Kemahiran
Berfikir dan Penyelesaian Masalah. Open University Malaysia.

2. Thang, L. L., Lim, E., & Tan, S. (2019). Lifelong learning and productive aging
among the baby-boomers in Singapore. Social Science & Medicine, 229, 41–49.
https://doi.org/10.1016/j.socscimed.2018.08.021

3. Dukes, E. (2022b, September 7). 5 Benefits of Technology in the Workplace.


iOFFICE. https://www.iofficecorp.com/blog/5-ways-technology-has-changed-the-
modern-workplace

4. Amelia, M., & Depergola, V. (2013, January 1). The meaning of working for
older workers: A qualitative study in the Italian public sector. ResearchGate.
https://www.researchgate.net/publication/276277616_The_meaning_of_working_
for_older_workers_A_qualitative_study_in_the_Italian_public_sector

5. Vaportzis, E., Clausen, M. G., & Gow, A. J. (2017). Older Adults Perceptions of
Technology and Barriers to Interacting with Tablet Computers: A Focus Group
Study. Frontiers in Psychology, 8. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2017.01687

6. Tams, S. (2021, November 28). How to Help Older Workers Learn New
Technology. WSJ. https://www.wsj.com/articles/how-to-help-learn-old-
employees-learn-new-technology-11637608125

7. Isolation, N. (2022, October 4). Why do many seniors have trouble using
technology? No Isolation. https://www.noisolation.com/research/why-do-many-
seniors-have-trouble-using-technology#:~:text=Most%20technology%20is
%20not%20tailored,user%20interfaces%20can%20be%20overwhelming.

8. Moore, J. (2022, July 21). Technology costs rise as inflation hits hardware,
services. CIO.
https://www.techtarget.com/searchcio/news/252523025/Technology-costs-rise-as-
inflation-hits-hardware-services

TUGASAN 2

9
SBFS1103

1. PENDAHULUAN
Hidup setiap manusia berakal tidak lari dari dihujani masalah dan ianya hadir
dalam pelbagai keadaan. Seringkali masalah dikaitkan dengan nasib malang atau
musibah yang menimpa diri. Dalam pada itu, kita tidak boleh menolak kenyataan
bahawa masalah yang datang sebagai ruang dan pelung untuk manusia
memperbaiki diri dan menjadi lebih matang. Sering juga berlaku masalah telah
memotivasikan diri seseorang untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik atau
melakukan sesuatu yang mustahil dilakukan. Kita tidak boleh lari dari berhadapan
dengan masalah kerana tindakan itu hanya akan menjadikan masalah menjadi
semakin kusut. Namun, perlu diakui terdapat masalah yang sangat rumit yang
tidak hanya memerlukan kepada satu atau dua jalan penyelesaian, malah lebih
daripada itu. Justeru, sebagai hambaNya yang dikurniakan akal yang waras, kita
seharusnya memandang setiap masalah dari sudut yang positif. Berlapang dada
dengan ujian dan redha adalah langkah yang akan menjadikan kita lebih tenang
berhadapan dengan masalah. Ketenangan sangat penting dalam proses menangani
masalah kerana otak akan berfikir dengan lebih baik dalam memikirkan
pertimbangan yang wujud semasa penyelesaian masalah. Dalam tugasan ini, saya
dikehendaki untuk mengenalpasti masalah dan mencari jalan terbaik dalam
menangani masalah yang dihadapi. Ia memerlukan saya menjadi seorang pemikir
yang baik supaya dapat mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi.

2. KENAL PASTI MASALAH / ISU


Tahun 2020 telah menjadi tahun yang penuh duka dalam hidup sepanjang
bergelar pendidik. Tak lama selepas guru dan murid kembali ke sekolah secara
bergilir-gilir setelah menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran dari rumah, saya
telah dikejutkan dengan kehadiran bekas teman lelaki saya di sekolah tempat saya
bertugas, Tambah terkejut apabila saya dimaklumkan bahawa si dia telah
ditukarkan ke sekolah tempat saya bertugas sebagai Ketua Kerani yang baharu.
Bermulalah konflik dalam diri saya apabila saya tidak boleh berhadapan dengan si

10
SBFS1103

dia hanya kerana status dia sebagai bekas teman lelaki saya. Dalam pada saya
berusaha mencari penyelesaian, saya telah berbincang dengan PGB berkenaan
perkara ini. Hasil perbincangan, saya bersetuju untuk bertukar ke sekolah
berdekatan. PGB segera menghubungi pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
untuk tindakan seterusnya. Tidak sampai seminggu, saya telah menerima satu
surat dari PPD yang menjelaskan tentang pertukaran serta merta saya ke sebuah
sekolah yang berjarak kurang 5 kilometer dari sekolah asal. Umpama orang
mengantuk disorongkan bantal, saya berasa sedikit lega. Namun, dalam masa
yang sama perasaan tidak tentu arah menyelubungi diri. Adakah betul tindakan
saya ini?

Lebih sepuluh tahun bertugas di sekolah asal menjadikan hubungan yang terjalin
sesama rakan sekerja sangat indah dan bermakna. Sikap mengambil berat dan
bantu membantu tanpa ada perasaan iri dalam kalangan kami menyebabkan
hubungan erat terjalin dengan sangat indah. Saya jarang mengambil cuti sakit
kerana berada dalam kalangan kawan-kawan yang sangat mengambil berat dan
tidak berkira dalam menjalankan tugas. Saya sendiri tanpa rasa beban sentiasa
bersedia untuk menggantikan kelas kawan-kawan yang diuji dengan kesihatan
yang tidak baik apabila diminta. Semasa cuti sekolah, kami akan meluangkan
masa bercuti bersama-sama. Kami telah melancong ke pelbagai lokasi menarik
bukan hanya dalam Malaysia malah di luar Malaysia. Kasih sayang yang wujud
menyebabkan saya sedih namun akur dengan arahan pertukaran yang diterima.
Maka bermulalah tugas saya di sekolah baharu seminggu selepas menerima
arahan pertukaran tersebut. Dalam kepala saya ketika itu, masalah saya telah
selesai.

Namun, apa yang saya duga meleset sama sekali. Suasana dan layanan dingin
dari Puan Guru Besar (PGB) sekolah baharu telah menjadikan saya sangat
kecewa. Pada hari pertama bertugas di situ,PGB tanpa berselindung telah
menyatakan bahawa dia tidak perlukan saya di situ kerana mahukan guru lelaki
yang cekap komputer untuk bertindak sebagai guru data sekolah. tanpa usul

11
SBFS1103

periksa akan kemampuan saya mengendalikan komputer. Beliau juga telah


menukar jadual asal saya yang sepatutnya mengajar Sains Tahap 2 dan
mengarahkan saya mengajar subjek Bahasa Melayu Tahun 1. Keadaan ini
menambahkan tekanan kepada saya kerana mengajar subjek yang bukan bidang
saya. Saya juga diberikan kelas murid yang tidak pandai membaca dan menulis
sedangkan saya tiada kemahiran dalam mengajar subjek tersebut padahal PGB
sendiri sedia maklum perihal diri saya sebagai seorang guru contoh dalam
Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Video pengajaran saya telah dipertonton
hampir ke seluruh pelusuk tanah air. Beliau juga maklum saya ketika itu
merupakan pemeriksa kertas Sains Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
selama 10 tahun lamanya. Beliau juga maklum saya telah menerima pelbagai
anugerah daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah berhubung kejayaan subjek
Sains sekolah asal saya yang mana saya bertindak sebagai Ketua Panitia Sains
pada ketika itu. Beliau sendiri pernah menjemput saya memberi ceramah
berkaitan strategi dan teknik menjawab soalan ketika bertugas sebagai PGB di
sekolah lama beliau. Pada waktu ini, beliau telah membunuh semangat bekerja
saya secara kejam. Sejak itu, saya menjadi lemah semangat, longlai dan sedikit
murung. Keadaan lebih buruk apabila kerinduan kepada suasana dan kawan-
kawan lama semakin bertambah hari demi hari. Mujur kawan-kawan di situ
memahami dan sering menjaga kebajikan saya. Mereka juga sangat kasihan
kepada saya kerana mereka juga nampak layanan buruk PGB terhadap saya.

Masalah-masalah yang saya hadapi saya ringkaskan seperti di bawah:-


i. Kehadiran bekas teman lelaki yang baru bertugas di sekolah asal.
ii. Hubungan yang tidak baik dengan pentadbir (PGB) sekolah baharu.
iii. Kerinduan kepada rakan-rakan dan suasana sekolah lama.
iv. Tiada kepuasan bekerja apabila diarahkan untuk mengajar subjek bukan
opsyen sebenar.
v. Berasa dipinggirkan dalam setiap aktiviti dan hanya diberikan tugas
berasingan dan bekerja seorang diri daripada kawan-kawan lain.

12
SBFS1103

vi. Masalah kesihatan yang timbul akibat stress dengan pentadbir


menyebabkan saya sering mengambil cuti sakit .
vii. Tidak berasa bahagia berada dalam persekitaran tersebut.

Setelah menganalisis, saya dapati masalah yang paling kritikal yang saya hadapi
adalah masalah tidak disukai oleh PGB kerana bertitik tolak dari masalah inilah
maka timbul masalah-masalah lain. Saya sedaya upaya cuba untuk bersikap
professional dengan mengabaikan layanan buruk PGB terhadap saya, fokus
kepada kerja namun, sikap dingin PGB secara berterusan terhadap saya telah
menjadikan saya semakin tertekan. Saya tidak lagi mampu menyerap tekanan
yang diberikan akibat penat dengan keadaan.

13
SBFS1103

3. Aplikasi Alat / Strategi Penyelesaian Masalah

Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Bagaimana cara kita menanganinya
akan menjadi ukuran apakah kita seorang pemikir yang kritis atau sebaliknya.
Usaha menyelesaikn masalah tidak hanya perlukan satu tindakan bahkan mungkin
memerlukan 2, 3 atau lebih tindakan sehingga ianya betul-betul berkesan. Kita
mempunyai banyak pilihan sama ada untuk menggunakan alat penyelesaian
ataupun strategi penyelesaian yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

Alat penyelesaian masalah dilihat membantu kita untuk memahami situasi yang
rumit dan sukar. Dengan kaedah yang betul, penggunaan alat penyelesaian
masalah ini mampu membantu kita menghuraikan masalah kepada komponen-
komponen yang lebih mudah untuk dikendalikan. Contoh-contoh alat
penyelesaian masalah seperti brainstorming, penanda aras, gambar rajah kesan
dan sebab, carta alir, analisis SWOT dan matriks senarai keutamaan.

Strategi penyelesaian masalh pula merupa dengan masalah ini. Saya sedar perlu
keluar dari kedaan yang sangat teruk ini ukan langkah penting dalam proses
penyelesaian masalah yang membantu kita merancang tindakan. Strategi-strategi
ini wujud berdasarkan pengalaman oleh para pengkajinya. Di antara strategi yang
dikenalpasti wujud adalah seperti:-
i) Penghuraian masalah atau sub masalah;
ii) Melakukan secara mengundur;
iii) Mendaki bukit;
iv) Analisa menentukan matlamat akhir;
v) Perantaian ke depan;
vi) Mempertimbangkan masalah analogi;
vii) Pengkhususan dan generalisasi;
viii) Mempertimbangkan ke ekstrem, dan
ix) Mencampurkan strategi.

14
SBFS1103

Terdapat juga strategi penyelesaian lain seperti analogi, pengkhususan dan


Strategi-strategi ini mungkin digunakan secara bersendiri atau mungkin
digabungkan untuk mencapai penyelesaian masalah yang terbaik.

Dalam kondisi yang saya hadapi, saya telah menggunakan kaedah Carta Alir
sebagai serampang untuk menyelesaikan masalah . Ini kerana kaedah carta alir
membantu saya untuk bertindak seperti yang saya telah rancang dan prosesnya
tidak dilakukan secara membuta tuli. Kaedah carta alir membolehkan saya
mendefinisi dan menganalisis masalah dengan lebih efisien. Ianya juga
memudahkan saya mendapat gambaran langkah demi langkah yang patut diambil
sepanjang proses menyelesaikan masalah tersebut. Pendekatan langkah demi
langkah ini merupakan proses penyelesaian yang lebih spesifik yang memerlukan
penambahbaikan sekiranya impak langkah sebelumnya tidak begitu
memberangsangkan.

Sebagai guru yang pernah memegang jawatan penyelaras Pentaksiran Berasaskan


Sekolah (PBD), kaedah carta alir ini sangat dekat dengan diri saya. Saya
memulakan kaedah ini dengan melukis tiga simbol utama yang dihubungkan oleh
anak panah sebagai mewakili langkah-langkah dan hubungan setiap proses. Tiga
symbol utama digunakan dalam carta alir, iaitu bulatan memanjang mewakili
permulaan proses, symbol segi empat yang bertindak sebagai arahan atau
tindakan dan tiga segi mewakili keputusan. Setiap symbol dilabel untuk
menjelaskan setiap perkara yang diwakili dan semua symbol adalah berkait antara
satu sama lain dengan penggunaan anak panah bertindak mewakili kemajuan
proses.

15
SBFS1103

TIDAK DISUKAI OLEH PGB

PELAN 1
FOKUS KEPADA BIDANG TUGAS
KOMITMEN YANG TINGGI

REAKSI PGB NEGATIF

PELAN 2
TUKAR SEKOLAH
POSITIF

TAMAT
TERUSKAN RUTIN KERJA
SEPERTI BIASA

TAMAT

RAJAH 1: CARTA ALIR STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

16
SBFS1103

4. HURAIAN PENYELESAIAN / KEPUTUSAN


Bagi penyelesaian masalah yang saya hadapi, saya telah memilih konsep
penyelesaian masalah 4 langkah yang diperkenalkan oleh Polya (1957) dan telah
dimurnikan oleh Hayes (1981). Penyelesaian 5 langkah itu saya jelaskan seperti
rajah di bawah :-
.

Mengenal pasti masalah

Merancang penyelesaian

Menjalankan perancangan

Menilai penyelesaian

Mengukuhkan penyelesaian

RAJAH 2 : SUSUNAN KONSEP PENYELESAIAN MASALAH

Saya telah menjalankan rancangan penyelesaian dengan cara yang sangat


profesional. Saya fokus kepada kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepada
saya dengan sangat teratur. Malah saya menunjukkan kepakaran saya dalam
bidang teknologi dengan membantu rakan-rakan menyelesaikan data-data
berkaitan yang perlu di hantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah mahu pun
Jabatan Pelajaran Negeri. Namun begitu, segala macam usaha yang telah saya
buat tidak sedikit pom mengubah layanan PGB terhadap saya. Bukan menyerah
kalah dengan keadaan, sebaliknya atas dasar ingin bekerja dengan bahagia, saya
mengisi borang untuk menjadi Penolong Kanan dan menghubungi pihak PPD
untuk menyokong permohonan saya atas alasan PGB tidak mahu menyokong
permohonan tersebut. Saya sendiri mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang
dengan markah prestasi melebihi 90% selama beberapa tahun. Sebagai Ketua

17
SBFS1103

Panitia Sains di sekolah asal, PPD juga banyak berterima kasih kepada saya
kerana telah menjadi satu-satunya panitia yang berjaya mengatasi pencapaian
panitia Bahasa Melayu dengan peratus lulus subjek Sains paling tinggi pada tahun
semasa iaitu sebanyak 98.88%. Saya telah menerima pelbagai sijil penghargaan
daripada PPD atas kejayaan menjadikan Sains sebagai subjek terbaik di peringkat
sekolah dan daerah. Pihak PPD sangat memahami keadaan saya kerana sebelum
saya pihak PPD sudah menerima banyak aduan mengenai PGB saya melalui guru-
guru lain. Saya juga mengambil keputusan untuk bertukar sekolah kerana kerap
mengambil cuti sakit. Saya bukanlah guru yang kerap mengambil cuti sakit.
Pernah dalam rekod saya sebagai guru, saya tidak pernah mengambil cuti sakit
dalam setahun. Namun, keadaan berbeza ini telah menjadikan saya mengalami
tekanan darah yang tidak stabil. Kadang kala saya mengalami Vertigo
berpanjangan selama dua hingga tiga hari. Dalam usia menuju angka 50, saya
berasa tidak layak untuk berhadapan dengan keadaan sebegini kerana ianya
menganggu gugat kehidupan bahagia yag saya pertahankan selama ini. Saya ingin
bekerja dalam suasana yang baik dan berkesan tanpa memberi kesan kepada
kesihatan diri. Kesihatan yang baik adalah penting untuk menjalankan kerja yang
memberi kepuasan diri. Tidak lama selepas menghantar borang untuk menjadi
Penolong Kanan, saya melalui beberapa siri temuduga. Kemudian saya menerima
surat perlantikan sebagai Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum di sebuah sekolah
tidak jauh dari sekolah tersebut. Kata orang, masalah tak akan selesai selagi kita
bernyawa, namun masalah akan dilalui dengan tenang seandainya kita berada
dalam persekitaran yang positf.

5. KESIMPULAN
Bermula dengan kehadiran bekas teman lelaki di sekolah asal, saya sedikit pun
tidak mejangka akan melalui episode duka yang berpanjangan dalam sejarah
hidup sebagai seorang guru. Saya telah mengenal pasti masalah yang datang
seterusnya berpunca daripada sikap dan layanan PGB terhadap saya. Saya telah
membuat pelbagai usaha untuk menukar perpektif PGB terhadap diri saya.
Namun, bukan kuasa kita untuk mengubah sikap manusia. Maka saya hanya

18
SBFS1103

mampu berdoa diberikan jalan penyelesaian terbaik. Daripada pengalaman , saya


akui diri menjadi semakin matang dan menjadi orang lebih menghargai orang di
sekeliling saya. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan. Bagi saya,
setiap kelemahan yang wujud perlu diperbaiki dengan kesediaan kita untuk
belajar sesuatu yang baharu demi memperbaiki kelemahan diri. Saya tegaskan
kepada diri saya setiap orang perlu diberi peluang untuk menunjukkan kelebihan
dan kemahiran masing-masing. Peluang untuk memperbaiki diri juga perlu
diberikan kepada sesiapa sahaja. Tidak perlu kita mengambil kerja Tuhan dalam
menilai dan menghukum manusia. Permudahkan urusan setiap orang di sekeliling
kita supaya Tuhan juga akan permudahkan urusan kita selanjutnya. Kalau bukan
untuk kita sekali pun, untuk anak cucu kita nanti.

19
SBFS1103

TUGASAN 3

20
SBFS1103

21
SBFS1103

22
SBFS1103

23

Anda mungkin juga menyukai