Anda di halaman 1dari 21

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM

SEMESTER MEI 2021

SBFS1103

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

NO. MATRIKULASI : 9700112016697001

NO. KAD PENGENALAN : 9700112-01-6697

NO. TELEFON : 011-18615426

E-MEL : shirosofy@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KEDAH LEARNING CENTRE (ALOR SETAR)

1
ISI KANDUNGAN

TUGASAN 1..............................................................................................................................2

1.0 PENGENALAN.............................................................................................................3

2.0 KENAL PASTI MASALAH............................................................................................4

3.0 ANALISIS DAN CADANGKAN PENYELESAIAN MASALAH................................6

3.1 Penghuraian masalah atau submasalah..................................................................6

3.2 Meminta wang jaminan melalui email..........................................................................6

3.3 Kawan lama yang lama tidak berhubung......................................................................7

4.0 Kesimpulan....................................................................................................................8

TUGASAN 2..............................................................................................................................9

1.0 PENGENALAN...........................................................................................................10

2.0 KENAL PASTI DAN MENGANALISIS MASALAH /ISU...................................11

2.1 ANALISIS DAN PERTIMBANGAN UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK


KHABAR ANGIN SEPERTI YANG DIDAKWA..............................................................13

3.0 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH............................................................16

3.1 Analisis menentukan matlamat akhir (Means-end)......................................................16

3.1.2 Masalah Rakan Sekerja................................................................................................16

4.0 HURAIAN PENYELESAIAN MASALAH..............................................................17

5.0 KESIMPULAN.................................................................................................................18

Rujukan....................................................................................................................................19

2
TUGASAN 1

3
1.0 PENGENALAN

Dalam kehidupan seharian, kita sering kali mendapat pelbagai masalah yang timbul dan masalah yang hadir
itu boleh datang dengan pelbagai bentuk masalah. Masalah juga sering diperkatakan seperti nasib yang
buruk atau musibah yang menimpa kerana masalah akan membuatkan seseorang itu dalam keadaan yang
susah. Selain itu, masalah yang hadir itu kadangkala bukannya membawa keburukkan tapi hadir sebagai
peluang untuk memperbetulkan kelemahan dalam diri sendiri dan ianya bergantung kepada cara kita dan
situasi dalam menanginya. Dengan kehadiran masalah yang secara langsung kita boleh memotivasikan atau
menolak seorang individu untuk menggunakan aspek pemikiran tindakan yang memberi penyelesaian
masalah yang sedang dihadapi untuk bergerak ke hadapan untuk mencapai sesuatu matlamat iaitu jalan
penyelesaian pada masalah yang berkesan. Ini kerana sesuatu masalah yang datang kita tidak boleh lari dan
membiarkannya , kerana masalah yang datang mesti ada jalan penyelesaiannya dan haruslah selesaikan
dengan pemikiran yang kreatif. Selain itu, perlu kita ketahui penyelesaian masalah adalah merupakan
matlamat utama dalam proses pertolongan, tetapi untuk mencapai matlamat yang berjaya dalam
menyelesaikan masalah bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai kerana ia melibatkan kemahiran-
kemahiran tertentu dan tahap pemikiran yang digunakan. Manakala masalah pula merujuk kepada suatu
situasi,keadaan atau pengalaman yang boleh memberi kesan kepada ketidakseimbangan seorang individu
dari segi aspek emosi, pemikiran, tindakan dan adakalanya fizikal (Compton,Gallaway & Cournoyer, 2005).
Seterusnya, dalam kemahiran berfikir terdapat dua bahagian cara berfikir, yang pertama kemahiran berfikir
secara kritis dan kedua kemahiran berfikir secara kreatif, dua kemahiran ini akan digunakan dalam
menghadapi masalah apabila untuk mencari jalan penyelesaian.

Oleh itu , objektif tugasan kali ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti masalah dan membuat
sedikit perbincangan mengenai masalah yang dihadapi, dimana saya mendapat emel daripada kawan yang
sekarang berada di Zimbabwe, Afrika yang mana dia kesana untuk bercuti dan sedang menghadapi masalah
yang besar apabila dia ditahan oleh pihak kerajaan Zimbabwe, Afrika kerana ada beberapa kesalahan
undang-undang dan meminta saya untuk mengikat jamin dengan wang tunai , tetapi ia menjadi masalah bagi
pihak saya untuk membuat keputusan kerana beberapa faktor. Faktor pertama saya sudah lama tidak
menghubunginya dan yang kedua adalah saya berasa curiga kerana wang yang dia minta perlu diserahkan
pada seseorang yang berada di Switzerland yang bukan sama negara dengan saya. Maka dengan pengenalan
yang ringkas ini objektif tugasan ini saya akan menyelesaikan masalah yang dialami dengan cara pemikiran
yang berkesan dan membawa kebaikan kepada semua pihak, Seterusnya dapat mengaplikasikan kaedah
pemikiran penyelesaian masalah yang telah dipelajari

4
2.0 KENAL PASTI MASALAH

Tidak dinafikan jika berada dalam keadaan bermasalah kita akan menghubungi
sesiapa sahaja untuk meminta pertolongan apatah lagi jika seseorang yang kita minta
pertolongan tersebut mempunyai keyakinan dan mampu membantu kita, mungkin dia seorang
yang kaya harta atau mempunyai jawatan dalam sektor kerajaan. Seterusnya, berdasarkan
tugasan yang diberikan ini melibatkan konflik antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Afrika
jika benar kawan yang menghantar email itu sedang dalam tahanan undang-undang. Justeru
itu, dengan gambaran tulang ikan ini serba sedikit dapat mengenal pasti masalah yang
sedang dibincangkan supaya dapat menyelesaikan masalah ini dengan pemikiran yang kritis
dan dapat membuat keputusan yang selamat, kerana isu ini melibatkan negara dan ia bukan
perkara yang boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja.

Dalam isu ini masalah pertama yang menjadi perbincangan ialah yang menghantar
email tersebut. Ia menjadi persoalan pada diri saya adakah benar email itu dari kawan lama
saya, kerana pada hari ini terdapat pelbagai modus operandi dalam mencuri wang dari bank
orang awam. Ini lah menjadi keraguan pada diri saya untuk mempercayai emel yang saya
dapat. Kerana pelbagai cara untuk mereka mencuri wang , jika saya tersilap langkah tanpa
berfikir panjang dan mengikut emosi sudah tentu saya akan berikan wang sepertimana yang
diminta dari kawan saya itu dan menyebabkan butiran bank dan butiran peribadi saya
terdedah kepada mereka , dan sudah tentu ini akan menjadi risiko yang sangat besar dan
membolehkan mereka mengambil wang dari bank saya dengan mudah. Dan jenayah ini lebih
dikenali sebagai jenayah siber, dengan dunia yang semakin canggih ini bagi pihak yang tidak
bertanggungjawap ini telah menggunakan kemajuan pada jalan yang salah. (Ghani, 2015)
Salain itu, jenayah siber juga telah menjadi penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di
negara yang maju seperti negara-negara Eropah, Amerika dan Jepun. Ini menjadi kesusahan
untuk menangkap mereka kerana jenayah siber ini tidak seperti jenayah lain yang mempunyai
bukti-bukti fizikal bagi memudahkananalisis mencari penjenayah, kerana biasanya jenayah
siber ini akan melibatkan jenayah komersial seperti “rompakan” atau pemindahan wang yang
banyak kepada akaun penjenayah dengan cara penipuan tanpa kita sedar. (Rahim, 2014)

5
Seterusnya , masalah yang kedua boleh kita ketengahkan ialah mengenai isu negara,
melalui email yang saya dapat dia meminta pertolongan kerana ditahan atas kesalahan
melanggar undang-undang negara. Jadi, sekiranya benar dia ditahan dibawah kerajaan disana
lagilah buat saya ragu untuk memberi pertolongan kepadanya. Kerana kita sedia maklum jika
kita berada diluar negara dan terdapat masalah mengenai undang-undang kita boleh merujuk
kepada kedutaan Malaysia yang ada disana. Berdasarkan pengalaman saya ketika belajar di
Mesir, kami diajar oleh pihak kedutaan untuk sentiasa mengingat nama pegawai kedutaan
Malaysia dan No telefon mereka supaya jika berlaku apa-apa tindakan dari pihak kerajaan
disana kami boleh menghubungi pihak yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah dan
hanya telefon sahaja yang boleh digunakan dalam tempoh tahanan. Maka, disini sangatlah
jelas ada sesuatu yang meragukan kerana dia meminta bantuan dengan menggunakan email
sedangkan dia memberitahu dia sedang dalam tahanan undang-undang.

Selain itu, masalah yang menjadi keraguan kepada saya untuk membantu kawan saya
itu ialah kami sudah lama tidak berkomunikasi dan bagaimana dia dapat menghubungi saya
dengan menggunakan email. Jadi ini boleh dijadikan satu alasan yang kukuh untuk saya tidak
membantu dia, kerana kemungkinan besar ada pihak yang menggunakan butiran peribadi
kawan saya untuk kepentingan diri. Selain itu, bagaimana dia boleh mengharapkan saya
sedangkan kami sudah lama tidak ketemu, kemungkinan besar dengan kesenangan yang ada
pada diri saya membuatkan dia sendiri ingin mengambil kesempatan. Sebab pada zaman
sekarang sudah banyak bukti yang kawan kita akan dekat dengan kita bila kita senang sahaja
jika sebaliknya pasti tidak ada kawan yang nak berkawan dengan kita. (GHAZALI, 2019)

6
3.0 ANALISIS DAN CADANGKAN PENYELESAIAN MASALAH

3.1 Penghuraian masalah atau submasalah

Strategi yang diaplikasikan dalam penyelasaian masalah ini akan menggunakan strategi
penghuraian masalah atau submasalah , dengan strategi yang digunakan ini memudahkan untuk
memecahkan masalah yang kompleks kepada set urutan masalah dengan menyelesaikan
masalah yang mudah dahulu sebelum pergi ke masalah yang susah. Oleh itu, proses untuk
menyelesaikan masalah menggunakan kaedah ini boleh dilakukan kepada beberapa tahap iaitu
dengan membuat pecahan masalah besar kepada komponen-komponen kecil seperti rajah diatas.
Dengan penghuraian masalah yang dilakukan ini membolehkan kita memahami masalah yang
sedang dihadapi.

3.2 Meminta wang jaminan melalui email


Email yang saya dapat itu adalah satu keraguan buat saya untuk mempercayainya. Kerana email adalah salah
satu hak peribadi dan hanya kenalan sahaja yang mengetahuinya. Ini kerana saya telah lama tidak
menghubunginya dan bagaimana dia boleh mendapat email saya. Seperti kenyataan diatas yang saya
nyatakan ini adalah salah satu teknik jenayah siber untuk membuat penipuan kepada akaun bank saya untuk
mendapatkan wang dengan cara penipuan dan lakonan sebagai sahabat lama. Oleh itu, dengan dunia yang
serba canggih ini saya cadangkan untuk identify email yang menghantar memo untuk meminta pertolongan
supaya dengan kaedah ini saya boleh mengenalpasti sama ada akaun tersebut dari sahabat saya yang betul
atau dari penjenayah. Akhir sekali, kebaikana yang saya perolehi dengan menggunakan kaedah submasalah

7
ini saya boleh mengenalpasti masalah yang lain dan tidak terlepas pandang apabila hendak membuat
keputusan.

3.3 Kawan lama yang lama tidak berhubung

Masalah yang saya hadapi melibatkan kawan lama , tetapi kami berdua sudah lama tidak berhubung
mahupun di atas talian. Saya berasa kurang yakin dengan dia jika benar email yang sampai pada
saya adalah benar dari dia, kerana risau dia mengambil kesempatan atas diri saya . Dan dengan
kaedah penyelesaian masalah ini saya cadangkan untuk membuat aduan kepada MCMC untuk
tindakan lanjut dan memeriksa jika ada unsur jenayah , kerana dalam rekod jenayah diatas talian
adalah berada ditangga teratas dan fakta ini dikeluarkan sendiri oleh pihak yang bertanggungjawab.
(KPDNHEP, 2019)

3.4 Libatkan hubungan dua negara

Masalah ini menjadi berat kerana melibatkan hubungan dua negara, sekiranya langkah penyelesaian
yang dilakukan salah ia akan menjejaskan hubungan diplomatik antara dua negara ini. Sekiranya
hubungan dua negara tidak kukuh kebangkitan negara kita dalam menjalankan ekonomi menjadi rumit
kerana apabila timbul krisis. Sebagai contoh baru-baru ini Korea Utara menarik kembali
kepercayaannya pada Malaysia dan memutuskan hubungan diplomatik, apabila terjadinya perkara
seperti apa yang perlu dirisaukan adalah nyawa rakyat kerana takut ada ancaman yang berlaku.
(Mangku, 2017) Seterusnya saya menolak untuk mempercayai email ini dan walau benar sekalipon
saya tidak mungkin dapat membantunya. Dengan ilmu cara menyelesaikan masalah ini saya cadangkan
supaya masalah ini perlu diberitahu kepada pihak kedutaan Malaysia, kerana mereka lebih arif soal
masalah di luar negara disamping menjaga hubungan diplomatik ketika menyelesaikan sesuatu
masalah.

8
4.0 Kesimpulan

Melalui permasalahan diatas, kesimpulan yang boleh dibuat ialah penyelesaian masalah
adalah satu ilmu dang pengalaman yang sangat penting kepada manusia untuk menjalani
kehidupan yang penuh dengan ujian, kerana realiti kehidupan pada hari ini tidak boleh lari
dari masalah dan perlu untuk menghadapinya. Seterusnya, dengan ilmu penyelesaian masalah
ini jika datangnya masalah nescaya kita boleh mengatasinya dengan cara dan teknik yang
terbaik untuk mencapai keputusan yang bagus. Dengan berfikir secara positif, dengan
membuat keputusan tidak mempercayai email tersebut adalah cara terbaik daripada masuk ke
perangkap penjenayah. Oleh itu, keputusan ini diambil untuk menyelamatkan ramai pihak dai
terlibat terutamanya diri saya sendiri. Akhir sekali, ia menjadi pengajaran pada diri dan yang
lain supaya berhati-hati dalam membuat keputusan ketika saat panik kerana boleh
mengundang bahaya pada diri sendiri.

9
TUGASAN 2

10
1.0 PENGENALAN

Dalam kehidupan seharian kita tidak boleh elak dengan masalah yang menimpa
kerana kehidupan itu sendiri adalah satu ujian., maka kita perlu bersedia untuk menghadapai
pelbagai masalah yang hadir dalam pelbagai bentuk. Selain itu, masalah juga dikaitkan
dengan bencana atau musibah yang menimpa dan sering disalah erti sebagai nasib yang buruk
menimpa. Namun, sebagai seorang yang berpendidkan kita perlu pandang masalah yang
hadir itu sebagai peluang untuk memperbetulkan kelemahan dalam diri sendiri dan dalam
masa yang sama melatih mental kita dalam menghadapi masalah. Dengan permikiran yang
sentiasa positif ini apabila masalah yang hadir tanpa dijangka akan meletakkan seseorang
individu itu dalam keadaan sentiasa bermotivasi dengan diri sendiri dan siap sedia
manghadapi masalah dengan kemampuan berfikir untuk buat tindakan yang mencapai
matlamat diri.

Objektif penulisan dalam tugasan 2 ini ialah untuk menghuraikan mengenai proses-
proses penyelesaian masalah yang merangkumi pengenalpastian dan penganalisian masalah,
pengaplikasian penyelesaian masalah serta perkaitan dengan kitaran membuat keputusan
berpandukan bukti. Kesemua huraian proses tersebut adalah berdasarkan kepada kajian kes
yang diberikan dalam soalan tugasan iaitu masalah peribadi saya iaitu mengenalpasti keadaan
emosi dalam membuat keputusan untuk mencari kerja selepas mengalami kemalangan jala
raya. Saya perlu berfikir secara kritis dengan membandingkan masalah peribadi dan mengejar
kejayaan untuk diri sendiri demi kelangsungan hidup dan membantu keluarga walau terdapat
kecederaan yang serius. Seterusnya , ialah masalah di tempat kerja yang perlu saya
menangani masalah tersebut dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam
menangani bualan orang yang mengatakan khidmat saya tidak diperlukan lagi kerana
kecederaan . Disini saya perlu berfikir dengan matang dan kreatif samada mencari kerja baru
atau merayu untuk kekal di syarikat tersebut. Ujian yang saya hadapi ini bukan permintaan
diri tetapi adalah satu ujian dan musibah, maka tidak rasional untuk memperlakukan saya
sebegini. Menurut (Ahmad, 2014) jika ingim menyelesaikan masalah, setiap orang perlu

11
perlu memikiran strategi yang berkesan dan berfikir dengan menggunakan alat pemikiran
suapaya dapat keluar dari masalah ini.

2.0 KENAL PASTI DAN MENGANALISIS MASALAH /ISU

Tidak di nafikan kecederaan akibat kemalangan jalan raya ini adalah ujian paling
besar dan sudah tentu mendatangkan kesedihan yang mendalam. Apatah lagi jika kecederaan
ini akan menyebabkan kehilangan kerja. Dengan ujian yang menimpa atas diri yang kerdil
dan serba kekurangan secara tiba-tiba ini akan menyebabkan masalah kemurungan dan
konflik kewangan berlaku di dalam keluarga apatah lagi untuk membantu kewangan
keluarga. Merujuk kepada Rajah Tulang Ikan dibawah saya dapat mengenal pasti serba
sedikit masalah dan isu dari segenap aspek. Masalah yang pertama dihadapi ialah masalah
peribadi, dimana berlaku kecederaan yang serius akibat kemalangan yang mengakibatkan
tidak lagi boleh membuat kerja keras atau lasak. Disebabkan musibah yang terjadi pada diri
ini membuat saya fikir bagaimana nasib dan cara untuk saya membayar yuran pengajian saya
dan membantu keluarga dalam memastikan sumber kewangan sentiasa stabil agar menjamin
keselesaan mereka. Oleh itu, tidak dapat tidak masing-masing dalam keluarga perlu belajar
dan memantapkan lagi pengurusan kewangan supaya tidak mengalami derita kewangan untuk
masa akan datang. Selai itu, perlu diambil berat derita kewangan ini adalah satu punca
seseorang itu dibebani dengan hutang. Oleh yang demikian, situasi ini memberikankesan
yang tidak baik kepada diri saya segi mental kerana memikirkan nasib keluarga jika
kedudukan saya ditempat kerja di isi oleh pekerja baru.

Keduanya ialah masalah di tempat kerja, dimana kawan baik saya iaitu fauzi
menyatakan pada saya yang pengurus ingin memberhentikan khidmat kerana mengalami
kecederaan yang serius yang membuatkan syarikat tidak lagi menerima diri ini. Oleh sebab
kecederaan yang memakan masa berbulan menjadikan syarikat membuat keputusan secara
mengejut supaya tidak berlaku kerugian dalam membayar gaji pekerja yang tidak bekerja.
Tetapi berita yang disampaikan oleh Fauzi itu khabarnya adalah khabar angina dan tidak ada
berita sahih dari pihak atasan. Dengan berita yang sebegini walau tidak benar , situasi ini
amat menekan emosi saya ketika sakit sebegini dan merasa hilang semangat untuk sihat
seperti selalu kerana asyik memikir jika benar berlaku apakah nasib diri saya dan keluarga.
Saya tidak pasti sumber manakah yang benar kerana masalah antara manusia berlaku dimana-

12
mana sahaja, sumber yang tidak mencukupi, percanggahan pendapat dan persepsi, salah
anggap menyebabkan sebab-sebab timbulnya masalah ini. Ianya berlaku dimana terdapatnya
hubungan manusia terutamanya apabila mereka perlu berkomunikasi dan bekerja bersama
untuk mencapai matlamat yang sama tetapi berlainan peranan, tanggugjawab dan keperluan.

Masalah ketiga yang dapat saya kenal pasti ialah masalah dalam syarikat itu sendiri
yang banyak khabar angin yang menyatakan syarikat tersebut ingin mengecilkan
pengoperasian dan akan memberhentikan pekerja sedia ada. Maka dengan kecelekaan yang
jadi pada diri ini menjadi satu peluang untuk pihak pengurusan memberhentikan saya dengan
menggunakan alasan saya sakit dan tidak memerlukan khidmat dari seorang pesakit. Oleh
yang demikian, masalah ini menambah tekanan dalam diri saya, dan saya memerlukan
sokongan daripada rakan sejawat atau ketua untuk membantu emosi saya untuk berada di
tahap yang stabil. Walau bagaimanapun tekanan berlebihan dan tidak terurus boleh memberi
kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikalsaya selain menjejaskan produktiviti
organisasi.

Masalah keempat yang dapat saya kenal pasti ialah mengenai khabar angin
mengatakan syraikat yang saya bekerja itu mengalami masalah kewangan dan pendapatan
kerana ekonomi dunia merosot akibat pandemic kovid, saya mendapati bahawa berita yang
saya dapat tentang masalah syarikat hanyalah khabar angin. Maka saya perlu menyelidik
lebih mendalam dan terperinci supaya berita ini dapat dipastikan dengan jelas supaya saya
tidak berada dalam keadaan dilema untuk memikirkan untuk cari kerja yang lain.

Dengan semua maklumat yang diperolehi ini saya dikehendaki untuk menyelesaikan
masalah tersebut samada dalam bentuk lisan atau tulisan dalam arahan yang diberi kepada
diri saya. Sudah pasti ini adalah masalah yang rumit yang perlu saya selesaikan, dan saya
memerlukan penaakulan dan analisis yang logik untuk memudahkan menyelesaikan masalah
dengan lebih spesifik supaya dapat mengetahui samada jalan untuk mencapai matlamat ini
betul atau salah. Masalah wujud ketika seseorang merasakan jurang antara dimana ia harus
menyeberangi tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyeberangi jurang tersebut. (Hiang,
2000)
Masalah peribadi Tempat kerja

Kemalangan Fauzi fikir negetif

Yuran pengajian Kawan lain fikir positif


13
Kewangan dan
kecederaan
Buang pekerja
Huru-hara pekerja lain

Kecilkan operasi
Tekanan pada diri
2.1 ANALISIS DAN PERTIMBANGAN UNTUK
Masalah MENERIMA ATAU MENOLAK
syarikat
KHABAR ANGIN SEPERTI YANG DIDAKWA
Khabar angin

Terdapat khabar angin yang dibawa oleh rakan sekerja yang mendakwa syarikat yang saya sedang
bekerja mengalami masalah dalaman antaranya masalah kewangan dan pengurusan dalaman.
Seterusnya, berita yang mereka memberitahu pada saya mendakwa bahawa syarikat ini dalam proses
cuba mengecilkan operasi dan akan mengurangkan kos kewangan dengan memberhentikan pekerja.
Rakan sekerja saya menyatakan bahawa masalah syarikat yang sedang dihadapi itu sahih dan saya
amat mengenali mereka daripada mulanya saya bekerja dan kemungkinan dakwaan yang mereka
sampaikan itu berita yang benar. Namun saya tidak boleh mempercayai rakan saya tanpa mengkaji
kerana berkemungkinan juga dia menyampaikan berita yang tidak benar atau dia pun mendengar
khabar dari pihak yang ingin menjatuhkan syarikat. Maka, dengan sedikit pengalaman saya harus
melakukan analisis dahulu sebelum mendakwa mengenai khabar angina ini. Ramai juga rakan sekerja
yang lain menyuruh untuk abaikan saja berita tersebut kerana ia hanya khabar angin dan masih tidak
ada lagi hitam putih dari pihak atasan. Oleh kerana banyak pihak mengutarakan pendapatan dan
dakwaan yang berbeza-beza, jadi saya perlu melakukan perancangan saya sendiri dengan sistematik
untuk menilai dakwaan itu benar atau tidak.Terdapat beberapa persoalan tentang penerimaan sesuatu
dakwaan yang akan membawa kepada pertimbangan terhadap kepastian dakwaan yang diberikan maka
saya harus menganalisis terlebih dahulu dengan menggunakan Enam (6) langkah di bawah dalam

SEJAUH MANAKAH PASTINYA DAKWAAN ITU…???

menilaikebolehpercayaan sesuatu dakwaan :-


ADAKAH KONTEKS DAKWAAN MEMPENGARUHI PENERIMANYA

APAKAH DAKWAAN MEMERLUKAN PAKAR UNTUK MENENTUKANNYA

ADAKAH IA DIKETAHUI DAN DIPERCAYAI RAMAI

14
SEJAUH MANAKAH DAKWAAN ITU SESUAI DENGAN KEPERCAYAAN KITA DAN YANG LAIN ?
Rajah : Enam (6) langkah di bawah dalam menilai kebolehpercayaan sesuatu dakwaan

Sejauh manakah pastinya dakwaan tersebut? Saya perlu menganalisis dakwaan


daripada sumber yang boleh dipercayai melalui pihak . Seterusnya , dari sumber yang saya
perolehi dari rakan saya iaitu Fauzi kemungkinan besar dia memberitahu berita yang benar
kerana saya sudah mengenalinya dari zaman persekolahan lagi dan Fauzi salah seorang
kakitangan di Jabatan sumber manusia. Berkemungkinan besar dakwaan yang mereka
memberitahu pada saya adalah benar dan diterima akal dalam masa yang sama ianya bagi
memberi amaran awal untuk saya, membuat persediaan dan membuat keputusan yang tepat
jika diberhentkan kerja dalam masa terdekat. Selain berita yang dibawa oleh Fauzi itu saya
merasakan dakwaan yang menyatakan syarikat akan mengecilkan operasi dan akan
memberhentikan pekerja mungkin benar disebabkan kebelakangan ini sikap pengurusan
syarikat yang kerap menghadapi masalah , dimana yang saya dapat selidik syarikat ini
mengeluarkan belanja yang besar untuk menghasilkan produk, tetapi dalam tujuan pemasaran
mereka tidak mengeluarkan belanja yang besar yang mengakibatkan produk tidak terjual
kerana pakar pemasaran yang dilantik dalam syarikat ini tidak mahir dalam strategi
pemasaran. Akhir sekali, pertumbuhan ekonomi dunia pada masa sekarang dijangka terus
menyusut bagi bagi tahun 2020 disebabkan pandemik ini dan kemungkinan akan berlarutan
ke tahun akan datang jika Malaysia gagal untuk mengawalnya dengan baik. (Amin, 2020)

Adakah konteks dakwaan mempengaruhi penerimanya? Sama ada dengan konteks itu
membolehkan saya buat dakwaan itu diterima. Seterusnya , dengan langkah ini saya
sepatutnya mengambil kira pendapat dari orang sekeliling dan pihak pengurusan agar
keputusan yang saya buat ini tidak membuta tuli dan silap dalam membuat pilihan. Dan betul
setiap pekerja masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri dan saya memahami
bukan semua pekerja kerja di satu unit yang sama . Oleh itu, saya perlu bijak membuat
keputusan tanpa dipengaruhi khabar angin yang tidak releven dan tidak tepat kerana
kemungkinan besar di unit lain yang ingin memberhentikan pekerja. Jika khabar angin sangat
penting dan perlu dipercayai, ia adalah satu keputusan yang silap kerana khabar angin

15
dibawak dari mulut orang dan sudah tentu ada penambahan cerita supaya cerita menjadi
kebih menarik dan gempak.

Adakah dakwaan memerlukan pakar/kajian untuk menentukannya? Dengan dakwaan


ini, saya perlu membuat keputusan untuk mengetahui dan mendapatkan berita yang
sebenarnya dengan bertanya daripada pihak atasan. Kerana dakwaan ini telah tersebar ke
seluruh pekerja syarikat saya. Oleh itu, tindakan yang saya lakukan ini adalah langkah yang
baik iaitu mengkaji berita yang disebarkan kerana kita tidak boleh percaya sesuatu khabar
angin tanpa selidik dengan teliti dan ia akan menjadikan keadaan menjadi keruh. Seterusnya,
sekiranya saya memperolehi maklumat yang tepat, setidaknya saya sempat buat persediaan
lebih awal dan dapat mengatur langkah dengan baik.

Adakah ia diketahui atau dipercayai ramai? Anggapan saya kakitangan syarikat ini
telah mengetahui tentang khabar angin tersebut kerana terdapat banyak kakitangan yang
menyatakan mereka mengetahui perkara yang sebenarnya iaitu mengenai dakwaan organisasi
yang akan dikecilkan dan membuang pekerja. Oleh itu, dengan berita yang buruk ini sudah
pasti pekerja-pekerja menjadi amat takut dengan dakwaan ini dan ada yang cuba
menyedapkan hati dengan menyatakan dakwaan ini hanyalah khabar berita. Namun begiu,
saya tetap mengambil keputusan untuk menilai & menganalisis apa yang diluahkan oleh
rakan-rakan sebelum membuat keputusan agar dapat mengetahui perkara yang sebenar.
Perkara ini juga sedikit banyak jika benar mengakibatkan saya kena bekerja keras untuk
mencari kerja dengan keadaan yang masih dalam kecederaan. (Harian, 2021)

Langkah terakhir dalam menilai kebolehpercayaan sesuatu dakwaan itu boleh


dipercayai dan sumbernya daripada mana? Punca berita ini daripada Fauzi yang memberitahu
saya tentang isu ini dan dia juga turut menyatakan bahawa masalah syarikat yang dihadapi
itu sahih. Namun berita yang tersebar ini tidak dipercayai oleh rakan sekerja yang lain kerana
mereka menganggap berita itu hanya khabar angin. Kedua-dua dakwaan ini mempunyai
sumber yang berbeza dan kepercayaan masing-masing kerana lain orang lain cara untuk
menerimanya. Seterusnya dengan penyampai maklumat yang salah ini adalah punca utama
yang membuatkan hal ini semakin kelam kabut. Oleh itu , cara terbaik adalah dengan

16
merujuk Bahagian Pengurusan sumber manusia seperti yang saya sarankan seperti diatas
kerana tempat ini akan memberi sumber yang sahih. Dengan sumber yang saya dapat dari
Bahagian Sumber Manusia iaitu mereka menyatakan sumber itu benar dan syarikat akan
memberhentikan sekurang-kurangnya 7 orang pekerja.

3.0 STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

3.1 Analisis menentukan matlamat akhir (Means-end)

Analisis menentukan matlamat akhir (Means-end) menjadi pilihan saya dan strategi
ini merupakan strategi yang mudah bagi saya dalam memecahkan masalah iaitu dengan cara
membahagikan masalah besar ke dalam masalah yang sederhana atau dari masalah yang
khusus ke masalah yang lebih umum sehingga mendapatkan rumusan mengenai kajian untuk
dijadikan pembelajaran. Seterusnya perlu kita tahu langkah-langkah dalam strategi Means
End Analysis adalah seperti berikut iaitu dengan mendahulukan petunjuk/arahan dari
pernyataan awal sampai pernyataan tujuan, atau kita boleh terbalikkannya dengan memulai
dari pernyataan tujuan sampai kepada pernyataan awal

.3.1.1 Syarikat sedang mengecil (downsizing)

Khabar angin yang sampai dekat saya ialah mengenai syarikat yang sedang
mengecilkan operasi dan akan membuang perkerja. Perkara ini amat membimbangkan untuk
saya tambahan pula saya ada mendengar bahawa berberapa orang pekerja perlu diberhentikan
dala masa terdekat untuk menstabilkan kewangan syarikat. Dengan keadaan sebegitu saya
sangat bimbang dengan kedudukan saya dalam syarikat kerana dengan keadaan diri yang
masih dalam kecederaan dan perlu menjalani rawatan lagi ini, maka saya akan cuba
berbelanja secara minimum sambil membuat persiapan untuk mencari kerja baru.

3.1.2 Masalah Rakan Sekerja

17
Ianya berlaku apabila saya keliru untuk mempercayai maklumat yang disampaikan
oleh rakan baik saya Fauzi yang mengatakan bahawa masalah yang sedang syarikat dihadapi
itu adalah benar, ini kerana terdapat kekurangan dalam pengurusan di pihak atasan. Namun
berita yang diceritakan dari rakan yang lain adalah bertentangan , mereka mengatakan itu
hanyalah khabar angin yang ingi menjatuhkan reputasi syarikat sedangkan syarikat tersebut
masih kukuh berdiri dan dalam keadaan yang baik.

4.0 HURAIAN PENYELESAIAN MASALAH

Kemahiran berfikir adalah satu alat yang berkesan untuk digunakan apatah lagi ketika kita
sedang menghadapi masalah. Dengan analisis yang dilakukan saya membuat keputusan untuk
menyelesaikan masalah dengan menggunakan kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri
saya atau alat ini lebih dikenali sebagai :

- Strength (Kekuatan)

-Weakness (Kelemahan)

-Opportunity (Peluang)

-Thread (Ancaman)

S- Strength (Kekuatan)

Dimana saya boleh menguruskan adik-adik saya untuk kesekolah seperti biasa, dengan
membantu kewangan mereka dengan menjual nasi lemak atau membuka gerai makan untuk
mendapatkan wang , dan pengalaman ini saya telah hadapi ketika zaman saya melanjutkan
pengajian ke luar negara dan cuba menjual makanan untuk membayar yuran pengajian. Dan

18
saya masih mempunyai ahli keluarga yang menyokong dari setiap aspek, walau saya dalam
cedera sebegini mereka membantu saya untuk membayar yuran pengajian saya. Seterusnya,
dengan keadaan ini saya beruntung kerana saya merupakan pelanggan syarikat insuran AIA.
Dengan itu saya akan menggunakan pampasan dari syarikat yang saya tengah bekerja dan
insuran untuk melangsungkan kehidupan sebelum mendapat tempat kerja yang baru. Akhir
sekali saya akan pulang ke kampung supaya dapat minimumkan lagi kos sara hidup
disamping dapat berniaga secara kecil-kecilan.

W-Weakness (Kelemahan)

Saya perlu bekerja keras walau keadaan saya masih dalam permulihan akibat kemalangan.
Dan saya perlu pulang cari kerja yang berdekatan dengan keluarga apabila sihat sepenuhnya
kerana keluarga risau.

O-Opportunity (Peluang)

Hanya satu peluang yang saya Nampak bila balik bekerja di kampung ialah mengusahakan
dusun buah-buahan dan bendang yang satu-satunya harta pusaka dari arwah nenek.

T-Thread (Ancaman)

Saya perlu bekerja keras untuk kelangsungan hidup dan tidak dapat menerima yang nasib
kehidupan saya macam ini jalan ceritanya.

Analisis Dalaman - Mengkaji kekuatan dan kelemahan syarikat, dan memberikan nilai
keupayaan kepada organisasi supaya pengurus berminat untuk mengekalkan saya.

Analisis Luaran - Daripada fakta utama, dalam analisis persekitaran, saya mengenalpasti
peluang dan ancaman.

5.0 KESIMPULAN

Melalui permasalahan diatas, kesimpulan yang boleh dibuat ialah penyelesaian


masalah adalah satu proses yang sangat penting kepada manusia, kehidupan ini tidak boleh
lari dari masalah. Dan sebagai manusia kita seringkali berhadapan dengan pelbagai bentuk
masalah. Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut kita perlu memastikan cara dan teknik

19
yang terbaik untuk mendapatkan keputusan yang bagus. Dengan berfikir secara positif,
mencari pekerjaan yang baru merupakan jalan yang terbaik untuk memulakan hidup yang
baru. Kehidupan akan lebih teratur dan sistematik, ini merujuk kepada keputusan yang
diambil untuk berpindah di kampung. Dalam masa yang sama keluarga dan membantu saya
untuk melakukan apa-apa pekerjaan ketika diri masih dalam tempoh pemulihan.

Rujukan

Ahmad, R. (2014). Stategic HRM. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Amin, K. (2020). Bersedia hadapi kemelesetan besar akibat Covid-19. Kuala lumpur: Sinar
harian.

Ghani, M. S. (2015). Pengurusan privasi facebook penjawat awam. Malaysian Journal of


Communication, 61-82.

GHAZALI, N. A. (2019). Ciri-ciri kawan yang anda perlu jauhi. KUALA LUMPUR:
BERITA HARIAN.

Harian, S. (2021). Kesedaran sivik elak sebar berita palsu. Kuala Lumpur: Sinar Harian.

Hiang, P. S. (2000). Kemahiran Berfirki secara Kritis dan Kretif. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

KPDNHEP, B. (2019). Aduan Penipuan Dalam Talian Ambil Alih Kedudukan Teratas.
putrajaya: portal rasmi KPDNHEP.

Mangku. (2017). Penerapan Prinsip Persona Non Grata. Hubungan diplomatik Malaysia dan
korea utara, 2.

Rahim, A. M. (2014). The influence of social networking. International Journal of, 247-254.

20
21

Anda mungkin juga menyukai