Anda di halaman 1dari 18

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER JANUARI / 2022

OUMH1603

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

NO. MATRIKULASI : 950330125674001


NO. KAD PENGENALAN : 950330125674
NO. TELEFON : 014-3559971
E-MEL : hermione08@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU LEARNING CENTRE


ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Pengenalan 1
1.0 Perkembangan Kolaboratif dalam perbincangan 2-3
2.0 Kemahiran Komunikasi 4
2.1 Skor dan Tafsiran Skor 4

2.2 Refleksi Kuiz Komunikasi 4-5


3.0 Kemahiran Pemikiran Kristis dan Menaakul 6
3.1 Masalah yang dihadapi 6
3.2 Keputusan yang dibuat dan sebab-sebabnya 6-7
3.3 Refleksi Proses Pemikiran Kritis dan Menaakul 7
4.0 Kreativiti dan Pemikiran Inovatif 8
4.1 Elemen/Idea Kreatif dalam Pekerjaan 8
4.2 Elemen/Idea Inovatif dalam Pekerjaan 8-9
4.3 Refleksi menjadi Lebih Baik 9
5.0 Literasi Digital 10
5.1 Alat digunakan dalam MyInspire 10
5.2 Penilaian Maklumat berdasarkan Celik Maklumat 10 - 11
5.3 Penilaian Maklumat berdasarkan Celik Media 12
6.0 Pendidikan Kewarganegaraan Global dan Isu Penebangan Hutan 13 - 14
Kesimpulan 15
Rujukan 16
PENGENALAN

Kemahiran pembelajaran abad ke-21 sangat penting kerana ianya merupakan satu
kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada zaman
millennium. Kemahiran abad ke-21 ialah kemahiran yang meliputi beberapa kemahiran
berkomunikasi iaitu kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains
dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Selain itu, kemahiran
pembelajaran abad ke-21 sangat membantu para pelajar untuk mendapatkan bahan
rujukan dengan lebih mudah. Contohnya dengan menggunakan carian dalam internet
sahaja disebabkan oleh perkembangan teknologi yang semakin pesat. Hal ini
membolehkan kita dapat menjalankan pembelajaran dengan lancar sesuai dengan zaman
yang moden ini. Sebagai pelajar di dalam abad ke-21, kita perlu mempersiapkan diri
dengan kemahiran yang tepat untuk membantu memenuhi keperluan pembelajaran abad
ke-21 dan mempunyai kecekapan dalam mendapatkan, menyatupadukan,  dan
menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan juga berupaya
menggunakan pengetahuan baru  dalam konteks berbeza. 

1
1.0 KEMAHIRAN KOLABORATIF DALAM PERBINCANGAN

Etika Pengetahuan

Nilai

Rajah 1.1 Kepentingan kemahiran pembelajaran abad ke-21

Pengetahuan
Sikap

Rajah 1.2 Balasan posting daripada rakan sepengajian

Pengetahuan
Etika

Rajah 1.3 Kemahiran pembelajaran abad ke-21 yang tidak dinyatakan dalam kursus.

2
Etika Pengetahuan

Rajah 1.4 Pendapat rakan sepengajian.

Etika Pengetahuan

Rajah 1.5 Bersetuju dengan pendapat rakan sepengajian

3
2.0 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
2.1 SKOR DAN TAFSIRAN SKOR SAYA

Rajah 2.1.1 Hasil skor bagi ‘Kuiz Komunikasi’

2.2 REFLEKSI DARIPADA KUIZ KOMUNIKASI


Melalui penilaian komunikasi ini, saya baru menyedari akan tahap komunikasi
diri kerana sebelum ini saya menganggap bahawa saya mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik. Menurut Yassin et. al. (2010), proses komunikasi merupakan
tunjang utama dan tidak dapat dielakkan bagi seseorang itu dalam menjalankan aktiviti
harian mereka. Oleh itu, saya telah mempelajari beberapa kepentingan kemahiran
komunikasi yang berkait rapat dengan kehidupan saya.

4
Antaranya ialah mesej yang disampaikan dapat diterima dengan cara yang
berkesan. Dalam pekerjaan saya, saya sering menyampaikan informasi melalui email dan
informasi yang saya cuba sampaikan itu kadang-kadang tidak sepenuhnya saya masukkan
dalam email dan seterusnya tidak difahami oleh penerima tersebut. Contohnya, saya
menghantar email yang berkaitan dengan laporan kewangan tahunan kepada juruaudit
syarikat tetapi saya hanya menghantar lampiran tanpa sebarang maklumat tambahan dan
juruaudit syarikat akan menghubungi saya untuk mendapatkan informasi yang lebih
lanjut.

Seterusnya adalah tidak menimbulkan salah faham dan kekeliruan. Dalam soalan
yang ketiga, apabila saya tidak memahami sesuatu, saya kadang-kadang cenderung untuk
menyimpan sendiri dan akan fikirkan kemudian. Hal ini akan membawa kepada salah
faham kerana saya tidak terus bertanya dan saya mungkin akan membuat perspektif saya
sendiri.

Oleh yang demikian, melalui tugasan kemahiran komunikasi ini telah


menyedarkan saya bahawa pentingnya komunikasi yang berkesan bagi mencapai tahap
kepuasan kedua pihak dalam komunikasi. Saya perlu memperbaiki lagi kemahiran
komunikasi saya dengan memperbanyakkan berinteraksi dengan orang lain dan mencuba
untuk mengeluarkan idea apabila diperlukan.

5
3.0 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL.
3.1 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH BOB

Berdasarkan situasi Bob, beliau perlu meneliti beberapa faktor sebelum membuat
keputusan dengan menggunakan kemahiran pemikiran kritis dan menaakul. Menurut
Yansaputra dan Pangestika (2018), pemikiran kristis merupakan kemampuan dasar yang
harus dimiliki oleh setiap orang. Oleh itu, beberapa faktor yang perlu Bob pertimbangkan
dalam membuat keputusan.

Antaranya ialah melakukan perbandingan harga dan kuantiti. Harga bagi sepasang
seluar jeans adalah RM95.00, manakala harga bagi baju, seluar pendek dan beberapa
pasang seluar pendek sukan hanyalah RM100.00 untuk kesemuanya. Melalui
perbandingan yang dibuat, Bob dapat melihat bahawa sepasang seluar jeans tersebut
adalah lebih mahal dan dapat membeli sepasang seluar sahaja berbanding dengan
membeli baju, seluar pendek dan seluar pendek sukan.

Selain itu, Bob perlu membeli menurut keperluan dan kurangkan kehendak.
Beliau perlu meneliti apakah beliau memerlukan seluar jeans berjenama atau semata-
mata hendak memenuhi kehendak dan ingin kelihatan hebat dalam kalangan pelajar
kolejnya. Pembeli zaman moden ini cenderung untuk membeli barangan mengikut
kehendak demi mendapat pujian tanpa mengira keperluan.

3.2 KEPUTUSAN YANG DIBUAT DAN SEBAB-SEBABNYA.

Setelah mengambil kira segala pertimbangan, Bob patut membeli baju, seluar
pendek dan beberapa seluar pendek sukan dengan menggunakan hadiah RM100.00
tersebut. Hal ini kerana Bob akan dapat beberapa jenis pakaian dengan harga RM100.00
berbanding dengan hanya membeli sepasang seluar jeans berharga RM95.00. Padahal,
Bob memerlukan pakaian tersebut dan seluar jeans berjenama hendak dibeli hanya untuk
mendapat populariti di kolej.

6
Di samping itu, selaku pelajar, Bob perlulah berjimat cermat dalam perbelajaan.
Dia tidak sepatutnya menghabiskan wangnya untuk membeli barangan berjenama dan
tidak mengutamakan keperluaan sehariannya.

Selain itu, sekiranya Bob ingin membeli seluar jeans berjenama, dia boleh
membelinya apabila dia sudah mendapat pekerjaan. Dia juga boleh mencari kerja
sambilan dan tidak bergantung daripada orang lain untuk memberi dia duit belanja. Bob
boleh membeli keperluan dan kehendaknya jika dia mempunyai pendapatan sendiri.

3.3 REFLEKSI PROSES PEMIKIRAN DAN PENAAKULAN KRITIS

Saya telah melaksanakan proses Pertimbangkan Segala Faktor (PSF) dengan


menyenaraikan perbandingan kuantiti dan harga barang yang hendak dibeli oleh Bob.
Seterusnya, meneliti antara keperluan dan kehendak Bob dalam membuat pilihan.
Contohnya, membuat penelitian samada sepasang seluar jeans berjenama memberi
kepentingan dalam keperluan sehariannya. Selain itu, saya juga menyatakan masalah
yang dihadapi oleh Bob iaitu mempunyai wang yang terhad untuk berbelanja dan harga
yang mahal untuk sepasang seluar sahaja.

Seterusnya, Alternatif, Kemungkinan, Pilihan (AKP) juga saya terapkan. Saya


mencadangkan agar Bob berbelanja apabila sudah mendapat pekerjaan tetap ataupun
mencari kerja sambilan. Di samping itu, Bob perlu membuat pilihan untuk membeli
barang keperluan berbanding membeli sepasang seluar jeans berjenama.

7
4.0 KREATIVITI DAN PEMIKIRAN INOVATIF
4.1 ELEMEN/IDEA KREATIF DALAM PEKERJAAN

Menurut Prasetyo et. al. (2021), berfikir secara kreatif merupakan pemikiran
individu untuk melakukan idea dan gagasan yang berbeza daripada pola standard. Saya
memilih tempat kerja saya sebagai tempat saya untuk mengeluarkan idea kreatif dan satu
idea kreatif yang saya akan cuba masukkan adalah menciptakan sistem kemasukan data.

Tempat kerja saya menjalankan aktiviti membeli buah kelapa sawit daripada
pembekal dan juga dikenali sebagai pekebun kecil. Syarikat kami mempunyai jumlah
pembekal yang ramai dan risiko untuk menghadapi kesilapan dalam pembayaran adalah
sangat tinggi. Setiap data pembelian hanya direkod di dalam Microsof Excel dan perlu di
periksa secara manual oleh kerani syarikat.

Melalui sistem kemasukan data yang dicipta mampu untuk mengurangkan risiko
tersebut dan segala data pembelian akan dijana secara automatik. Hal ini akan
memudahkan kerja kerani syarikat untuk menyediakan laporan dan pembayaran
seterusnya mengurangkan kesilapan berlaku.

4.2 ELEMEN/IDEA INOVATIF DALAM PEKERJAAN

Menurut Rusdiana (2014), inovasi merupakan perubahan baharu yang mengarah


untuk menuju kebaikan. Melalui idea kreatif di atas, satu idea inovasi yang akan
dilaksanakan adalah dengan mengutarakan idea kreatif ini kepada majikan dan seterusnya
mengupah pengaturcara komputer untuk menghasilkan sistem kemasukan data.

Setelah sistem tersebut dihasilkan, pihak syarikat akan memberikan penerangan


dan juga latihan kepada kerani syarikat dalam menggunakan sistem tersebut
memandangkan sistem tersebut baharu dicipta. Kerani syarikat boleh cuba

8
mempraktikkan sistem baharu yang dipekenalkan dan menurut Berkun (2013) inovasi
adalah perubahan baik yang signifikan. Hal ini yang cuba dilakukan di dalam syarikat.

Sistem ini membuktikan bahawa ianya penting dalam membawa syarikat kepada
perubahan yang baik dan lebih teratur kerana telah mencipta satu sistem yang
memudahkan kerja. Di samping itu, inovasi yang dilaksanakan telah menjadikan syarikat
satu langkah ke hadapan dalam sistem komputer.

4.3 REFLEKSI MENJADI LEBIH KREATIF

Saya boleh menjadi lebih kreatif sekiranya saya cuba untuk melihat dunia dengan
cara yang baharu. Contohnya, saya sebagai pekerja cuba melihat keperluan di dalam
syarikat saya mengikut kesesuaian dan peredaran zaman teknologi. Setelah melihat
keperluan saya cuba untuk mencari jalan penyelesaian dan mungkin penambahbaikan di
dalam syarikat saya.

Seterusnya, adalah mencari pengalaman di tempat baharu, berjumpa dengan orang


dan persekitaran yang baharu juga boleh membuatkan saya lebih kreatif. Hal ini kerana
ianya boleh menyumbang kepada pemikiran yang kreatif disebabkan oleh sesuatu
perkara yang memberi inspirasi kepada saya.

Di samping itu, saya perlu berani untuk mengambil risiko dan keluar daripada zon
selesa saya bagi menjadi lebih kreatif. Segala idea kreatif perlulah disuarakan walaupun
menerima tentangan dan hal ini mampu mengukur kemampuan kreativiti saya dalam
kehidupan seharian.

9
5.0 LITERASI DIGITAL
5.1 ALAT YANG DIGUNAKAN DALAM MYINSPIRE
Sistem pembelajaran OUM kini menggunakan Pembelajaran Ditingkatkan dengan
Teknologi (Technoloy-Enhanced Learning, TEL) mengikut perubahan teknologi moden.
Menurut Subramaniam et al. (2020), TEL dikenali sebagai pembelajaran digital yang
digunakan untuk menerangkan aplikasi maklumat dan komunikasi dalam persekitaran
pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan alat yang digunakan dalam
myINSPIRE dan fungsi-fungsinya;

Alat myINSPIRE Fungsi alat myINSPIRE


Forum - ‘Discussion board’ yang membolehkan tenaga
pengajar dan pelajar OUM berinteraksi dalam bentuk
mesej yang dikirim dalam forum.
E-Buku - E-Buku diterbitkan dalam bentuk digital bagi
memudahkan pelajar OUM mendapatkan module
kursus.
Video Kuliah - Video pendidikan yang dimuatnaik untuk ditonton
oleh pelajar mengikut kelapangan mereka.
E-tutorial - Kelas yang dijalankan atas talian menggunakan
Google Meet dan boleh disaksikan semula bagi
pelajar OUM yang tidak berkesempatan untuk
mengikut kelas yang telah ditetapkan.
Self Practice (MCQ) - Soalan aneka pilihan sebagai latihan kendiri pelajar
sebelum menjawab soalan kuiz sebenar.

5.2 PENILAIAN MAKLUMAT MENGENAI PENCEMARAN UDARA


BERDASARKAN CELIK MAKLUMAT

10
Menurut Subramaniam et al. (2020), celik maklumat adalah menjangkaui kebolehan
meneroka, mencapai, mentafsir, menganalisis, mengurus, mencipta, berkomunikasi,
menyimpan dan berkongsi maklumat. Oleh itu, tangkapan skrin maklumat dibawah
dijadikan sebagai alat untuk penilaian maklumat.

Rajah 5.2.1 : Isu pencemaran udara dari laman web Berita Harian
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/10/86816/pencemaran-udara-jejas-
kesihatan

Kriteria Penilaian Maklumat


Kewibawaan Berita ini ditulis oleh Nasuha Badrul Huzaini dalam Berita
Harian Online
Objektiviti Mengenal pasti faktor yang menjejaskan kesihatan.
Kebolehpercayaan Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Jalan Semarak, Kuala
Lumpur dan Taman Tasik Shah Alam menunjukkan bacaan IPU
yang tinggi iaitu 245 dan 249.
Liputan Berita ini diterbitkan pada 6 Oktober 2015 pada masa 12:05 a.m

11
5.3 PENILAIAN MAKLUMAT MENGENAI PENCEMARAN UDARA
BERDASARKAN CELIK MEDIA
Menurut National Association for Media Literacy Education, n.d., p. 1, celik media
ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mengakses, menganalisis, menilai, mencipta dan
bertindak menggunakan semua bentuk komunikasi. Berikut merupakan pautan yang
dijadikan sebagai alat untuk penilaian maklumat.

https://www.youtube.com/watch?v=OPQMeGNlwYE

Kriteria Penilaian Maklumat


Kewibawaan Berita ini disiarkan oleh Astro Awani
Objektiviti Mengenal pasti jalan penyelesaian bagi isu pencemaran udara.
Kebolehpercayaan Data kematian di seluruh dunia akibat pencemaran udara.
Liputan Berita disiarkan dalam Youtube Astro Awani pada 18 November
2018

12
6.0 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAN GLOBAL (GCED) DAN ISU
PENEBANGAN HUTAN

Pendidikan kewarganegaraan global (Global Citizenship Education – GCED)


merupakan satu inisiatif daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayan Bangsa-
Bansa Bersatu (UNESCO) bagi mewujudkan kewarganegaraan global sebagai salah satu
daripada tiga keutamaan dalam pendidikan. GCED bertujuan untuk memperkasakan
pelajar dari semua peringkat umur unutk memainkan peranan secara aktif dalam
peringkat tempatan dan global, serta membina masyarakat yang lebih aman, bertolak
ansur, inklusif dan selamat. GCED memainkan peranan yang penting dalam menangani
masalah global dan seterusnya mewujudkan satu kerjasama antara masyarakat secara
global bagi menghadapi masalah dan cabaran dunia yang semakin kompleks dan
mencabar. Selain itu GCED juga menyedarkan kita untuk mempunyai sikap untuk
menjaga dan mempunyai rasa empati kepada individu lain dalam persekitaran yang
berkongsi bersama. Melalui GCED ini, saya dapat mempelajari keperluan dunia,
melibatkan diri secara global melalui teknologi yang semakin canggih dan terus mencari
maklumat dan berita mengenai isu semasa dunia.

Isu yang dibincangkan ialah penebangan hutan. GCED memberikan kesan dalam
penebangan hutan dalam dimensi konseptual utama GCED iaitu kognitif. Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), kognitif bermaksud proses mental untuk
mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu iaitu proses pembelajaran termasuklah
pengamatan yang berlaku dalam otak manusia. Dalam isu penebangan hutan, dengan
adanya GCED ini membolehkan seseorang memperolehi pengetahuan dalam isu yang
semakin membimbangkan ini iaitu melalui teknologi moden antaranya media sosial dan
berita digital. Sebagai contoh, penebangan hutan di negara kita semakin
membimbangkan ekoran daripada pembalakan hutan dan berikutan daripada isu ini,
Malaysia berdepan dengan sekatan eksport minyak sawit ke negara Kesatuan Eropah
(EU). Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dalam Berita Harian
pada tahun 2018, beliau mengatakan bahawa  Malaysia berdepan sekatan eksport minyak

13
sawit ke EU susulan negara anggota terbabit mendakwa aktiviti penanaman kelapa sawit
mengakibatkan kemusnahan hutan. Katanya, negara EU menyekat minyak sawit
Malaysia kerana merumuskan negara ini terbabit dalam aktiviti yang menyebabkan
keluasan hutan berkurangan.

Seterusnya ialah dalam konsep sosioemosi. Sumber daripada UNESCO (2015)


mengatakan bahawa sosioemosi ini bertujuan untuk memiliki rasa kepunyaan sesama
manusia, berkongsi nilai dan tanggungjawab, empati, solidariti dan menghormati
perbezaan dan kepelbagaian. Dalam kehidupan yang moden ini, segelintir masyarakat
sudah tidak mengendahkan lagi ‘sense of belonging’ akibat leka dengan kehidupan
masing-masing dan cenderung menggunakan teknologi berbanding berinteraksi sesama
manusia secara nyata. Oleh yang demikian, GCED ini mampu menyedarkan masyarakat
pentingnya sikap kepeduliaan dan negara terutama dalam isu penebangan hutan. Melalui
pelbagai platfrom dalam teknologi moden seperti berita digital, isu penebangan hutan
sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan dan sudah tentu masyarakat sudah sedia
maklum dengan isu ini. Masyarakat yang prihatin pasti mempunyai rasa tanggungjawab
dan nilai empati apabila melihat isu yang membimbangkan ini.

Dimensi konseptual utama GCED yang terakhir ialah tingkah laku. Menurut
sumber UNESCO (2015), tingkah laku bermaksud bertindak secara berkesan dan
bertanggungjawab pada peringkat tempatan, kebangsaan dan global demi mencapai dunia
yang aman dan lestari. Melalui GCED, isu penebangan hutan ini boleh dibendung melalui
beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan juga kerjasama
daripada masyarakat. Sebagai contoh, Dr Xavier Jayakumar memohon kerjasama dalam
program antarabangsa iaitu pemulihan biodiversity, perubahan iklim dan hutan simpan.
The Malaysian Substainable Palm Oil (MSPO) juga merupakan salah satu usaha kerajaan
bagi membendung isu sekatan eksport minyak sawit ke EU.

Kesimpulannya, GCED memberikan kesan yang baik bagi membendung isu


penebangan hutan di negara kita. Selain usaha daripada kerajaan, masyarakat juga perlu
memberi kerjasama bagi membaikpulih hutan di negara kita bagi mengekalkan khazanah

14
negara daripada kemusnahan dan kepupusan. Orang muda juga perlu melibatkan diri
secara aktif dalam menangani isu ini.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kemahiran pembelajaran abad ke-21 ini sangat penting


dalam kehidupan pelajar bagi menjamin pemikiran yang kritis dan mampu berinovasi
selari dengan perkembangan dunia masa kini. Hal ini secara langsung juga mendorong
kita untuk menjadi lebih fleksibel dalam segala perkara dan mampu untuk menyesuaikan
diri dalam apa pun yang diceburi kelak.

Sebagai pelajar, kita perlulah menggunakan segala alat teknologi yang semakin
canggih bagi meningkatkan lagi kemahiran pembelajaran agar memperolehi ilmu
pengetahuan yang luas dan boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain bagi
mengukuhkan lagi pengetahuan sesama.

Oleh itu, kemahiran pembelajaran abad ke-21 ini mampu memberikan sejuta
kebaikan kepada semua pelajar pada zaman teknologi ini dan pelajar perlulah
menggunakan segala kemahiran bagi meningkatkan kualiti kehidupan.

15
(2301 Patah Perkataan)
RUJUKAN
Berkun S. (2013). The Best Definition of Innovation. Dicapai pada 01 Mac 2022 daripada
https://scottberkun.com/2013/the-best-definition-of-innovation/
Dewan Bahasa dan Pustaka (2017). Maksud Kognitif. Edisi Keempat.
Dr. H.A Rusdiana, M.M (2014). Konsep Inovasi Pendidikan. Cetakan ke-1. Bandung:
Pustaka Setia, Januari 2014.
Galih Yansaputra, Rintis Rizkia Pangestika (2018). Pemikiran Kritis dapat dibentuk
melalui Discovery Learning. Indonesia Journal of Primary Education. 2 (2)
Global Citizenship Education: What is Global Citizenship Education?. Dicapai pada 23
Mac 2022 daripada https://en.unesco.org/themes/gced/definition
Huzaini N.B (2015). Pencemaran Udara Jejas Kesihatan. Berita Harian. Dicapai pada 13
Mac 2022 daripada
https://www.bharian.com.my/bhplusold/2015/10/86816/pencemaran-udara-jejas-
kesihatan
Subramaniam N. K, Singh G.S.B, Singh H.K.D, Aziz R. C, Subramaniam T,
Kamarulzaman W, Samad M. H. A, Zulkipli Z, Oo C.K (2020). Kemahiran
Pembelajaran Abad ke-21. Open University Malaysia. Edisi Pertama.
National Association for Media Literacy Education. Our Mission . Dicapai pada 15 Mac
2021 daripada http://18.232.142.12/about-3/.
Prasetyo T, Zulel M.S, Fahrurrozi (2021). Analisis Berfikir Kreatif Mahasiswa dalam
Pembelajaran Daring Bahasa Indonesia. Edukatif: Jurnal Ilmu Pendidikan. 3 (6).
2021: 3617 – 3628.
Rohman M.A.P (2018). Penebangan Hutan sudah jadi Isu Keselamatan Negara. Berita
Harian. Dicapai pada 23 Mac 2022 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/503112/penebangan-hutan-
sudah-jadi-isu-keselamatan-negara
Yassin S.M, Lebar M.S & Bakar A.A (2010). Komunikasi dalam Pengajaran dan
Kepimpinan Pendidikan. Kuala Lumpur: Kamus Publications Sdn Bhd.

16

Anda mungkin juga menyukai