Anda di halaman 1dari 15

SBFS1103

SBFS1103

ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
1.1 DEFINISI MASALAH
1.2 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
1.3 APAKAH PENYELESAIAN MASALAH?
1.4 APAKAH ALAT-ALAT PENYELESAIAN MASALAH?
2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENEBANGAN HUTAN
BERLAKU
2.1 PENGENALAN
2.2 GAMBAR RAJAH SEBAB DAN KESAN
2.3 LIMA FAKTOR BERLAKUNYA PENEBANGAN HUTAN
2.3.1

FAKTOR 1 : AKTIVITI PEMBANGUNAN

2.3.2

FAKTOR 2 : AKTIVITI PERTANIAN

2.3.3

FAKTOR 3 : AKTIVITI PEMBALAKKAN HARAM

2.3.4

FAKTOR 4 : KELEMAHAN PENGUATKUASAAN

2.3.5

FAKTOR

KURANG

KESEDARAN

TERHADAP

PEMELIHARAAN HUTAN
3. STRATEGI-STRATEGI YANG DILAKSANAKAN OLEH NEGARANEGARA UNTUK MENGURANGKAN

MASALAH PENEBANGAN

HUTAN
3.1 STRATEGI 1 : PENGUATKUASAAN SISTEM PERUNDANGAN
3.2 STRATEGI 2 : PENGURUSAN HUTAN STRATEGIK
3.3 STRATEGI 3 : KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN MENGENAI
ALAM SEKITAR
4. KESIMPULAN

SBFS1103

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN AKTIVITI PENEBANGAN


HUTAN DAN STRATEGI-STRATEGI UNTUK MEMBENDUNG MASALAH INI
DARIPADA BERLARUTAN.
1. PENGENALAN
Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses
pembuatan keputusan. Namun, matlamat ke arah penyelesaian masalah bukanlah
suatu yang mudah untuk dicapai kerana ia melibatkan tahap-tahap dan penggunaan
kemahiran-kemahiran tertentu.

Justeru, dalam tugasan ini akan menggariskan

maksud masalah, penyelesaian masalah serta membincangkan alat-alat penyelesaian


masalah dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara seperti
masalah penebangan hutan yang semakin meruncing bagi banyak negara di dunia.
Penebangan hutan adalah aktiviti pembersihan hutan bumi secara besar-besaran
yang sering mengakibatkan kerosakan kepada kualiti tanah. Hutan masih meliputi
kira-kira 30 peratus daripada keluasan tanah di dunia namun peratusan ini semakin
berkurangan saban tahun dek aktiviti penebangan hutan secara berleluasa. Hal ini
akan menyebabkan hutan hujan di dunia boleh lenyap sepenuhnya dalam seratus
tahun pada kadar semasa penebangan hutan.
Hutan ditebang kerana banyak sebab, tetapi kebanyakan mereka adalah berkaitan
dengan wang ringgit atau rakyat perlu menambah pendapatan untuk menyara
keluarga mereka.

Penebangan hutan memberikan banyak kesan-kesan negatif

terhadap alam sekitar. Kesan yang paling dramatik adalah kehilangan habitat bagi
berjuta-juta jenis spesies biosistem. Tujuh puluh peratus daripada haiwan darat dan
tumbuh-tumbuhan Bumi tinggal di hutan dan banyak yang tidak boleh hidup
diakibatkab oleh penebangan hutan yang memusnahkan habitat mereka.
1.1 DEFINISI MASALAH
Masalah ialah satu persoalan yang dipertimbangkan, diselesaikan atau
dijawab ( The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth
edition, Updated 2009 ).
2

SBFS1103

Kunci kepada definisi masalah yang baik adalah memastikan bahawa anda
berurusan dengan masalah yang sebenar bukannya punca masalah. Contohnya,
jika prestasi dalam jabatan anda adalah sub-standard, anda mungkin berfikir
masalah ini berkaitan dengan individu yang melaksanakan kerja tersebut. Walau
bagaimanapun, jika anda teliti dengan lebih mendalam, isu sebenar yang timbul
mungkin kerana kekurangan latihan, atau beban kerja yang tidak munasabah.
Pada peringkat ini, ia juga penting untuk memastikan bahawa anda melihat isu ini
dari pelbagai perspektif.
1.2 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
1.2.1

Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal.

Manusia

mempunyai pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitif).


1.2.2

Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat :


Proses Penaakulan
-

Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.


Cth : mengapa berlaku pasang surut air laut.

Membentuk konsep
-

Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan


sebagai konsep dan teori.

Memahami fenomena yang diperhatikan.


-

Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita.


Cth : bagaimana kejadian siang dan malam berlaku.

1.2.3

Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dengan hati.

1.2.4

Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan
idea yang bernas.

1.2.5

Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg


positif kepada diri sendiri serta orang lain.

1.2.6

Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir.

1.2.7

Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.

SBFS1103

1.3 APAKAH PENYELESAIAN MASALAH?


Antara ahli teoris yang telah memperkenalkan pendekatan penyelesaian
masalah adalah John Dewey (1910) dan Helen Harris Perlman (1957, 1970, 1986)
(Skidmore, 2000).

Kedua-dua teoris terkenal ini melihat penyelesaian masalah

sebagai satu bentuk kaedah pertolongan yang melibatkan proses-proses tertentu


(Hepworth & Larsen, 2002). Proses penyelesaian masalah (problem solving process)
ini melibatkan proses langkah demi langkah (stepwise) atau tahap-tahap tertentu
yang dikelompokkan sebagai tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap
penamatan. Walau bagaimanapun, setiap tahap ini mengutamakan elemen-elemen
tertentu ke arah pencapaian proses penyelesaian masalah yang berkesan.
1.4 APAKAH ALAT-ALAT PENYELESAIAN MASALAH?
1.4.1

Percambahan minda
Ia adalah satu teknik yang membantu satu kumpulan menjana sebanyak
mungkin idea dalam masa yang singkat.

1.4.2

Penanda aras
Penanda aras adalah proses mengukur dan membandingkan proses-proses
dalaman organisasi dengan proses-proses dalam organisasi lain yang
mempunyai amalan terbaik untuk mengkaji cara memperbaiki proses-proses
tersebut.

1.4.3

Gambar Rajah Sebab dan Kesan


Merupakan teknik yang menggabungkan percambahan minda dengan
kegunaan satu peta konsep.

1.4.4

Carta alir
Satu bentuk gambar rajah sistem yang dipermudahkan untuk mempamerkan
bagaimana langkah-langkah dalam satu proses berkaitan antara satu sama lain.

1.4.5

Analisis SWOT
Satu teknik yang selalu digunakan dalam konteks perniagaan bagi
membolehkan organisasi mengenalpasti bidangnya dalam sesuatu perniagaan.

SBFS1103

1.4.6

Matriks Keutamaan
Satu alat yang berguna untuk mencapai persetujuan dalam satu kumpulan bagi
penyelesaian masalah atau pembuatan keputusan.

2. FAKTOR - FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENEBANGAN HUTAN


BERLAKU
2.1 PENGENALAN
Gambar Rajah Sebab dan Kesan telah dicipta oleh Profesor Kaoru Ishikawa,
perintis pengurusan kualiti, pada 1960-an. Teknik ini kemudiannya diterbitkan dalam
buku beliau pada tahun 1990 yang bertajuk,"Pengenalan kepada Kawalan Kualiti".
Gambar rajah ini dikenali sebagai Ishikawa Diagram atau Fishbone Diagram kerana
gambar rajah ini kelihatan seperti rangka ikan. Walaupun pada asalnya dibangunkan
sebagai alat kawalan kualiti, kini ia juga boleh digunakan untuk menyelesaikan
sesuatu persoalan lain dengan teknik-teknik yang sama. Sebagai contoh, ia boleh
digunakan untuk mencari punca masalah atau mengenal pasti di mana dan mengapa
proses sesuatu keputusan tidak berjaya.
Terdapat empat langkah untuk menggunakan alat ini.
i.

Mengenal pasti masalah.

ii.

Bersenam faktor utama yang terlibat.

iii.

Kenal pasti sebab yang mungkin .

iv.

Analisa rajah anda.

Sekiranya langkah-langkah di atas dapat diikuti dengan baik,anda akan mendapati


kaedah ini amat berguna apabila anda cuba untuk menyelesaikan masalah yang rumit.

SBFS1103

2.2 GAMBAR RAJAH SEBAB DAN KESAN

Contoh Gambar rajah Sebab dan Kesan

Aktiviti
Pembangunan

Aktiviti
Pertanian

Aktiviti
Pembalakkan

Masalah
Penebangan
Hutan

Kelemahan
Penguatkuasaan

Kurang Kesedaran
Rakyat

Gambar rajah 1 : Lima faktor yang menyebabkan wujudnya masalah penebangan


hutan.

SBFS1103

2.3 LIMA FAKTOR BERLAKUNYA PENEBANGAN HUTAN


2.3.1 Faktor 1 : Aktiviti Pembangunan
Aktiviti pembangunan merupakan faktor dan punca utama kepada
kemusnahan hutan dan penebangan pokok. Hal ini demikian kerana, ketika
negara kita berada di dalam situasi yang sedang pesat membangun, maka
aktiviti pembangunan akan pesat dan aktif dijalankan untuk memastikan
impian tersebut tercapai. Fenomena pengembangan kawasan bandar atau
"urban sprawl" semakin jelas mengancam hutan semula jadi di negaranegara maju contonya, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana
yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi satu
faktor.

Pembukaan tanah untuk projek-projek yang besar sangat giat

dilakukan. Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya;
setiap tahun kawasan baru akan dibuka dan semakin banyak kawasan hutan
hilang dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga menyebabkan
kemusnahan flora dan fauna. Projek-projek ini adalah seperti pembinaan
kawasan perumahan, pembinaan bangunan yang tinggi, dan juga
perindustrian. Di pihak lain pula, terdapat mereka yang ingin membuka
kawasan baru, menebang hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau
dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian.

Kadang-kala

mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan semula


jadi. Ratusan bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh
seminggu dua sahaja.
2.3.2 Faktor 2 : Aktiviti Pertanian
Faktor kedua yang menjadi penyumbang kepada penebangan hutan ialah
aktiviti pertanian kekal dan pertanian pindah. Hal ini akan menyebabkan
banyak kawasan hutan yang akan diteroka dan pokok-pokok kayu akan
ditebang untuk menggondolkan tempat-tempat tersebut sebelum aktiviti
pertanian dapat dilaksanakan. Ia bukan sahaja membuatkan satu kawasan
hutan lenyap sekelip mata, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada
kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang

SBFS1103

serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan


flora dan fauna.
Petani membersihkan hutan untuk menyediakan lebih banyak ruang
untuk menanam tanaman baharu. Kebiasaannya, ramai petani kecil masingmasing akan membersihkan beberapa ekar tanah dengan menebang pokok
dan membakarnya dalam proses yang dikenali sebagai tebas dan bakar
(slash and burn). Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka akan
menyebabkan spesis-spesis hidupan terancam yang terdapat di kawasan
tersebut akan musnah.

Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di

Kalimantan dan Sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan


yang berada disekeliling hutan tersebut juga akan pupus dan mati kerana
kehilangan tempat tinggal disebabkan oleh kemusnahan habitat mereka.
Satu lagi contoh kejadian pembakaran terbuka ialah yang pernah berlaku
di Australia. Pastinya, hidupan flora dan fauna yang berada di sekeliling
kawasan tersebut juga akan mati.
2.3.3 Faktor 3 : Aktiviti Pembalakkan Haram
Faktor seterusnya yang telah menyumbang kepada penggondolan hutan
ialah aktiviti pembalakka haram. Menurut laporan Trade Record Analysis of
Fauna and Flora menyatakan di antara tahun 1986 hingga Jun 1990,
sebanyak 500,000 hektar hutan di Malaysia telah di tebang berbanding
kawasan yang dibenarkan iaitu hanya meliputi 320,000 hektar sahaja.
Operasi pembalakkan merupakan pengeluar pertama kepada produk
kayu dan kertas di dunia dan juga merupakan aktiviti yang paling banyak
memotong pokok setiap tahun. Oleh kerana permintaan kepada produk
kayu dan bahan bakar kayu semakin tinggi, maka aktiviti pembalakkan ini
semakin giat dilakukan. Malah, wujud banyak aktiviti pembalakkan haram
dan pembalak tidak mempunyai lesen yang sah untuk melakukan aktiviti ini.
Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti
Meranti dan Cengal. Ia didorong oleh sifat tamak dan juga ingin cepat
untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

SBFS1103

Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis


tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan
memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan
menyebabkan binatnag-binatang yang hidup dikawasan itu kehilangan
habitat dan lari dan mati.
2.3.4 Faktor 4 : Kelemahan Penguatkuasaan
Kelemahan penguatkuasaan dilihat antara punca berlakunya masalah
pencerobohan tanah dan hutan yang berleluasa di kawasan tanah tinggi.
Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap
pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira
masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan
tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup
masyarakat sahaja.

Perkara ini sangat penting untuk membantu

mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada


pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah
organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan
kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang
menyebabkan

masalah

pencemaran

berada

ditahap

yang

semakin

membimbangkan pada masa kini.


Contohnya di Cameron Highlands. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata masalah pencerobohan hutan
dan tanah turut menyebabkan kawasan itu semakin berisiko berlakunya
tanah runtuh dan banjir kilat. "Apa yang kita boleh buat ketika ini ialah bila
berlaku penebangan hutan (pencerobohan tanah dan hutan), kita boleh
hentikan tindakan itu tetapi untuk menghalang perbuatan itu dari peringkat
awal yang menjadi masalahnya. Biasanya kalau dah tebang (pokok) baru
kita (boleh halang). Kita tak sempat pun nak pergi masa orang menebang," Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Beliau berkata apa yang berlaku sebelum ini ialah pihak penguatkuasa sukar
atau lambat mengesan kawasan yang diceroboh.

SBFS1103

2.3.5 Faktor 5 : Kurang kesedaran terhadap pemeliharaan hutan


Walaupun masyarakat kita sudah tahu bahawa pentingnya ekosistem
hutan kepada kehidupan seharian namun, masih ramai pula yang seperti
kurang kesedaran untuk memelihara habitat tersebut.

Buktinya, hampir

saban hari pelbagai isu berkaitan alam sekitar dilaporkan diakhbar-akhbar


tempatan yang secara jelas mencerminkan bahawa tahap kesedaran
masyarakat terhadap aspek pelestarian alam sekitar masih lagi rendah.
Malah, aktiviti pembalakan haram yang berlaku secara berleluasa pada
hari ini perlu dibendung sehingga ke akar umbi bagi mengelakkan
berlakunya kepupusan terhadap khazanah biodiversiti, selain menyebabkan
berlakunya kemusnahan terhadap ekologi hutan yang boleh membawa
kepada perubahan suhu setempat dan juga mengundang berlakunya pelbagai
kejadian bencana alam yang tidak diingini. Selain itu, ia perlu dikawal bagi
mengelakkan berlakunya kemusnahan terhadap ekosistem hutan yang mana
memerlukan masa kira-kira selama 40 tahun untuk pulih semula.
3. STRATEGI-STRATEGI YANG DILAKSANAKAN OLEH NEGARA-NEGARA
UNTUK

MENGURANGKAN

MASALAH

PENENBANGAN

HUTAN

DARIPADA TERUS BERLAKU.


3.1 Strategi 1 : Penguatkuasaan Sistem Perundangan
Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani
isu ini. Pelbagai akta telah diwartakan oleh pihak berkuasa untuk menjaga alam
sekitar. Antara contoh akta yang telah sedia ada ialah Mendokumentasikan
kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada di dalam hutan sebelum sesuatu
tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Selain itu, mewujudkan sistem
pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama
kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan (penanaman
hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan) dan
mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi, taman laut
atau taman negara dengan keluasan yang mencukupi.
10

SBFS1103

Pihak berkuasa perlu memperketatkan akta yang sudah sedia ada dan
mengenakan tindakan undang-undang dalam isu pembalakan khasnya, untuk
mencegah pembalakan haram (membalak di kawasan perlindungan hutan
TAMAN NEGARA) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang
tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid.
Contoh seterusnya ialah, usaha penyelidikan yang dilaksanakan oleh
Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Jabatan Perhilitan dan Jabatan Alam
Sekitar. Antaranya ialah usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak perhilitan
hutan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya (hanya 600 ekor sahaja di
seluruh Malaysia). Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan seperti Akta
127 : Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, Seksyen 29A para 2, sebarang aktiviti
pembakaran terbuka yang disabit kesalahan akan didenda sebanyak lima ratus
ribu ringgit (RM 500,000) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima (5)
tahun atau kedua-duanya..
3.2 Strategi 2 : Pengurusan Hutan Strategik
Pemuliharaan dan penggunaan secara mampan produk hutan dan kawasan
tadahan air akan diberi penekanan untuk menggalakkan pengurusan hutan secara
mampan. Pembangunan sumber kekayaan yang mampan daripada produk hutan
seperti produk herba dan ubat-ubatan, aktiviti eko-pelancongan dan biopenerokaan akan digalakkan.

Pusat Produk Hutan dan Bukan Hutan akan

ditubuh untuk meningkatkan keupayaan pengurusan alam sekitar dan sumber


asli. Sistem MC&I akan diperkukuh untuk memantapkan usaha pengurusan
hutan secara mampan.
Usaha-usaha memelihara habitat kritikal akan dipergiat. Sehubungan itu,
pelan pengurusan sedia ada akan dikaji semula bagi memperkukuhkan lagi
perlindungan flora dan fauna yang terancam. Proses EIA akan dikaji semula
untuk merangkumi penilaian impak terhadap ekosistem.

Kajian Strategi

Pemuliharaan dan Pengurusan Tanah Tinggi di Sabah dan Sarawak akan


dilaksanakan dan Dasar Tanah Tinggi Negara akan digubal semula.

Garis

Panduan Akses dan Perkongsian Manfaat Sumber Biologi akan disediakan bagi
11

SBFS1103

memastikan perkongsian sama rata manfaat daripada penggunaan sumber


biodiversiti dan menangani isu biorompak. Institusi-institusi penyelidikan dan
universiti-universiti

akan

membangunkan

inventori

biodiversiti

yang

komprehensif untuk membantu bio-penerokaan.


Malaysia terus bergerak aktif dalam usaha melaksanakan berbagai-bagai
inisiatif menjaga alam sekitar di peringkat antarabangsanya khususnya
menganjurkan Persidangan Ketujuh Parti-Parti Konvensyen.

Kepelbagaian

Biologi dan Mesyuarat Pertama Parti-Parti Protokol Cartagena pada Februari


2004. Beberapa perjanjian pelbagai hala mengenai alam sekitar dan pindaan
berkaitan telah ditandatangani termasuk Konvensyen Stockholm mengenai
pencemar organik yang berkekalan.

Di samping itu, Protokol Montreal

mengenai bahan-bahan yang memusnahkan lapisan ozon; Konvensyen Basel


mengenai kawalan pergerakan buangan berbahaya merentasi sempadan dan
pelupusannya;

Konvensyen

Rotterdam

mengenai

peraturan

persetujuan

pemberitahuan terlebih dahulu bagi bahan kimia berbahaya dan racun perosak
tertentu dalam perdagangan antarabangsa; Protokol Kyoto kepada Konvensyen
Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim dan
Protokol Cartagena berkenaan bio-keselamatan.
Pengurusan Hutan Strategik adalah salah satu langkah yang sangat efektif
untuk mengawal aktiviti penebangan hutan. Ada dua sistem yang diperkenalkan
iaitu Sistem Sebaya Malaya dan Sistem Tebangan Memilih. Sistem-sistem ini
amat menitikberatkan kaedah penebangan hutan secara sistematik dan berjadual.
Dalam Sistem Sebaya Malaya, hanya pokok yang mempunyai nilai dagangan
dalam sesuatu operasi dan tempoh pusingannya adalah di antara 60-80 tahun
sahaja yang akan ditebang. Manakala, dalam Sistem Tebangan Memilih pula,
satu inventori hendaklah dibuat di kawasan yang hendak ditebang.
3.3 Strategi 3 : Kempen Kesedaran dan Pendidikan Mengenai Alam Sekitar
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), usaha untuk
meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dipergiat di peringkat sekolah,
komuniti dan kebangsaan. Pada tahun 2002, Pertubuhan NGO Alam Sekitar
12

SBFS1103

Malaysia (MENGOs) diwujudkan untuk menggabungkan 18 buah badan bukan


kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan alam sekitar bertujuan untuk
mengukuhkan kerjasama dan integrasi dalam usaha mereka bagi meningkatkan
kesedaran terhadap isu alam sekitar dan sumber asli serta memberi input, komen
dan maklum balas kepada kerajaan.

Bagi menggalakkan pihak berkuasa

tempatan mengamalkan amalan mesra alam, program Bandar Lestari-Anugerah


Alam Sekitar telah dilancarkan pada tahun 2005, dan bandar Kuantan, Pahang
telah muncul sebagai pemenang pertama anugerah tersebut.
4. KESIMPULAN
Hutan merupakan aspek penting dalam kehidupan kita. Setiap orang mempunyai
tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara hutan dengan baik. Bagaimanapun,
kemusnahan hutan telah berlaku dan mendatangkan kesan buruk terhadap alam
sekitar dan manusia.

Hutan mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada

masyarakat dan negara. Tanpa hutan kita tidak akan dapat menikmati keindahan
panorama yang dapat kita nikmati pada waktu ini.

Macapada, hutan semakin

terancam sebagai akibat ketamakan dan kerakusan masyarakat pada zaman ini.
Mereka hanya melakukan sesuatu tindakan berlandaskan hawa nafsu bukannya
berlandaskan fikiran rasional sedangkan mereka mengetahui kesan daripada tindakan
mereka terhadap generasi pada masa hadapan. Oleh sebab itu,semua pihak haruslah
berganding bahu bagi memastikan hutan terpelihara kerana hutan memberikan
manfaat kepada masyarakat dan negara kita.
Kesimpulannya, penebangan hutan yang semakin berleluasa di Malaysia pada hari
ini haruslah ditangani dengan segera. Kerajaan dan orang ramai haruslah berganding
bahu dan bersama-sama memikirkan idea-idea yang lebih kritis untuk mengawal
masalah ini. Hutan-hutan di negara ini perlu diselamatkan supaya alam sekitar ini
tidak terjejas dan generasi yang akan datang dapat mewarisi alam sekitar yang bersih,
sihat dan selamat. Bagi mengatasi masalah ini,faktor penyumbang haruslah dikaji
dengan lebih mendalam terlbih dahulu. Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan
hutan juga haruslah ditingkatkan.

Slogan "Cintailah Hutan Kita" haruslah

dipraktikkan, bukannya sekadar omong kosong sahaja.


13

SBFS1103

APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Chin Lee Mei & Lee Phooi San. (2012). Pendidikan Alam Sekitar : Isu-isu Alam
Sekitar.

Dicapai

pada

20

Jun

2015

dari

http://pasipgktb.blogspot.com/2012/09/isu-isu-alam-sekitar_1553.html
Dr. Haresh KumarKantilal & Dr. Anton Espira (2013). Thinking Skills and Problem
Solving. University Malaysia.
Hepworth, D.H., Rooney, R.H., & Larsen, J.A. (2002). Direct Social Work Practice:
Theory and Skills (6th Edition). California : Brooks/Cole Publishing.
National Geographic (1996-2015).

Deforestation Facts, Deforestation Information,

Effects of Deforestation - National Geographic. Dicapai pada 18 Jun 2015 dari :


http://environment.nationalgeographic.com/environment/globalwarming/deforestation-overview/
The Malaysian Insider. Kelemahan penguatkuasaan punca masalah pencerobohan tanah
di

Cameron

Highlands.

Dicapai

pada

18

Jun

2015

dari

www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kelemahan-penguatkuasaan-puncamasalah-pencerobohan-tanah-di-cameron-highla#sthash.CLJiHdNp.dpuf
Undang-undang Malaysia : Akta 127 : Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Dicapai
pada,

20

Jun

2015

dari

file:///C:/Users/user/Downloads/Akta_Kualiti_Alam_Sekeliling_1974__ACT_12.
pdf
Yana (2010). Penebangan Hutan. Dicapai pada 24 Jun 2015 dari :
http://yana-alamsekitar.blogspot.com/
Yap Soon Li & Chin Ngiong Lee, (2010). Pelupusan Flora & Fauna. Dicapai pada 20
Jun 2015 dari : http://mesra-alam-yapchin.blogspot.com/p/flora-fauna.html.

14

Anda mungkin juga menyukai