Anda di halaman 1dari 7

DIPLOMA PENGURUSAN

MEI / 2021

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD


KE-21

NO. MATRIKULASI : 810418085107001


NO. KAD PENGENALAN : 810418-08-5107
NO. TELEFON : 012-533 4306
E-MEL : shahrizal_abrazak@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MANJUG


PENGENALAN

Pendidikan kewarganegaraan global adalah jenis ilmu kewarganegaraan


yang melibatkan partisipasi aktif pelajar dalam projek-projek terkait isu sosial,
politik, ekonomi, dan lingkungan global. Bagi memperoleh kefahaman yang lebih
mendalam dan lebih baik tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan
pembangunan lestari dan sikap prihatin terhadap alam sekitar, pendidikan dan
kesedaran terhadap alam sekitar akan digalakkan secara menyeluruh dengan
penggabungan penyebaran maklumat dan latihan isu pendidikan alam sekitar telah
diberi tumpuan utama utama yang dibincangkan ialah bagaimana untuk
mengorientasikan semula sistem pendidikan alam sekitar ke arah pengkhususan,
pengawasan dan pembangunan berterusan. Di samping itu juga, penekanan
diberikan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan kepekaan orang awam terhadap
alam sekitar serta memperkenalkan latihan-latihan tertentu bagi pengurusan dan
pengawalan terhadap alam sekitar.

ISI KANDUNGAN BAHAGIAN A

Tanpa memikirkan langsung kesan buruk terhadap alam sekitar, manusia


kini lebih sibuk dan rakus mengeksploitasi alam sekitar untuk kepentingan setiap
individu yang tamak haloba. Antara yang terjejas teruk akibat perbuatan manusia
yang tidak bertanggungjawab ini adalah sungai. Oleh yang demikian, punca-punca
yang menyebabkan terjadinya pencemaran ini perlulah dikenal pasti dan ditangani
segera atau mahukah kita menunggu sehingga keadaan sungai kita menjadi
sungguh teruk kemudian barulah kita akan mengambil tindakan. Sungai merupakan
anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Di samping membekalkan sumber air
untuk kehidupan makhluk di bumi, sungai juga merupakan habitat bagi sesetengah
makhluk, menjadi alat perhubungan serta bertindak sebagai sumber bekalan
makanan dan minuman yang penting kepada kehidupan.
KANDUNGAN BAHAGIAN B

KEPENTINGAN SUNGAI DI MALAYSIA. (2020, April 19). [Video]. You Tube


https://www.youtube.com/watch?v=juLUpw-7-Xg

3 DIMENSI KONSEP UTAMA PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL


(GCED). (2020, December 3). [Video]. YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=uP_DRUn0CS4

Global Citizenship Education. (2015, March 12). [Video]. YouTube.


https://www.youtube.com/watch?v=kVr8SH0t8EI
KANDUNGAN BAHAGIAN C

Tiga dimensi konsep utama dalam menyelesaikan kewarganegaraan global iaitu


kognitif, sosio-emosi dan tingkahlaku bermanfaat kepada masyarakat dalam
menyelesaikan isu pencemaran sungai dengan;
 Memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kita semua adalah warga global
dandunia adalah tanggungjawab kita. Dan kita seharuslah bergerak aktif untuk
mencapai matlamat pembangunan lestari.
 Dari segi kognitif, masyarakat dapat memperoleh pengetahuan dan seterusnya
menggunakan keupayaan berfikir mereka untuk memikirkan secara mendalam
apakah cara terbaik yang boleh dilakukan bermula dengan diri sendiri untuk
melindungi sungai daripada rosak dek tangan manusia sendiri. Dengan ilmu dan
kesedaran ini, seorang warga global dapat menjadi contoh kepada orang ramai
dalam menjalankan tanggungjawab seorang warganegara global.
 Dari segi Sosio-emosi pula, dengan wujudnya rasa tanggungjawab terhadap
dunia, masyarakat akan lebih berusaha untuk melakukan yang terbaik demi
melindungi dunia daripada kemusnahan. Kesedaran akan kenyataan bahawa kita
berkongsi tanggungjawab dalam melindungi kemakmuran dunia dengan
mengelakkan diri dan orang disekeliling daripada sebarang tindakan yang
mengganggu keamanan dunia. Sosio-emosi juga melahirkan rasa hormat kepada
perbezaan. Nilai ini penting untuk dimiliki oleh seorang warganegara yang tinggal
dibumi bersama ratusan juta manusia yang datang dari latar belakang yang
berbeza ini kerana sehingga hari ini, masih banyak peperangan yang berlaku
berpunca daripada sikapyang tidak menghormati akan perbezaan. Apabila jiwa
manusia dipenuhi rasa cinta, empati, solidarity dan tanggungjawab, kemusnahan
alam sekitar akan tidak akan berlaku kerana sebarang perbuatan yang merosakkan
alam sekitar hanyalah mampu dilakukan oleh seorang manusia yang tidak punya
rasa tanggungjawab terhadap dunia yang didiaminya.
 Pelajar Kewarganegaraan Global mestilah mengambil langkah yang berkesan.
Bermula dengan tindakan yang diambil secara tempatan oleh setiap warganegara
global, pasti akan memberi kesan kepada seluruh dunia. Contohnya, apabila setiap
warganegara global mengambil sebarang tindakan yang dikuasai oleh rasa
tanggungjawab terhadap keamanan dan kebersihan alam seperti dengan tidak
merokok dan tidak menebang pokok, isu pencemaran udara pasti dapat
diselesaikan.

KESIMPULAN

Pencemaran air telah menyebabkan kualiti air tidak memenuhi piawai yang
ditetapkan. Maka, pelbagai langkah perlu diambil supaya kualiti air terpelihara.
Tindakan undang-undang yang keras adalah perlu demi untuk menjaga warisan ini
untuk generasi akan datang. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, pencemaran
air berlaku akibat proses semula jadi namun kebanyakkan pencemaran yang berlaku
adalah berpunca daripada kegiatan manusia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa
penerokaan terhadap sumber alam semula jadi amat penting untuk kemajuan, namun
sikap tamak manusia telah memburukkan keadaan. Ancaman yang terjadi akibat
pencemaran air tidak hanya menjejaskan tanaman dan ekosistem semula jadi alam
malahan ia juga turut mengancam kesihatan manusia dan mengundang maut.
Manusia sepatutnya kembali kepada agama dalam menuntut penyelesian terhadap
krisis alam sekitar termasuklah pencemaran air yang semakin serius pada masa kini.
Dari segi agama Islam, kaedah kefahaman tersebut mestilah bertitik tolak dari
kefahaman manusia terhadap peranan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh
itu, Islam hendaklah dijadikan panduan untuk membentuk cara hidup serta
membangunkan sains, teknologi dan peradaban. Kesemua unsur ini diperlukan untuk
digembleng bagi mengatsi krisis alam sekitar dan sebagainya. Oleh itu, dalam
memastikan pencemaran air tidak berterusan dan dapat dikawal, semua pihak perlu
berganding bahu termasuklah anggota masyarakat kerana masalah pencemaran air ini
merupakan tanggungjawab bersama.
Daripada penulisan ini, jelaslah bahawa pencemaran air sememangnya menjadi
isu penting dari tahun ke tahun dan penyelesainnya memerlukan kesedaran bersama
oleh semua pihak. Justeru itu, adalah penting pembangunan lestari atau dikenali juga
sebagai pembangunan mapan atau pembangunan seimbang diwujudkan, dikekalkan
dan seterusnya diteruskan agar sumber alam yang ada pada masa kini dapat dinikmati
oleh generasi akan datang. Di samping itu, memastikan agar industri pengeluaran tidak
merosakkan alam sekitar seperti pencemaran yang berlaku termasuklah pencemaran
air. Maka, pengurusan alam sekitar secara perundangan iaitu berdasarkan Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 dan bukan perundangan seperti peranan pihak tertentu dalam
membangkitkan kesedaran melalui kempen, program dan sebagainya adalah penting
agar dapat memelihara dan memulihara alam sekitar. Oleh itu keindahan dan sumber
alam semula jadi yang ada pada hari ini perlu dijaga untuk memastikan generasi akan
datang dapat menikmatinya juga.

REFLEKSI KENDIRI

Pertama sekali saya ingin panjatkan kalimah Alhamdulillah, syukur


kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan kepada saya iaitu Kemahiran Belajar Abad Ke-21 (OUMH1603) ini
dalam masa yang telah ditetapkan. Walaupun pada mulanya saya menghadapi
sedikit kesukaran kerana kekurangan sumber rujukan, namun saya berusaha
untuk mendapatkan serba sedikit sumber daripada internet untuk dijadikan
sebagai contoh untuk meneruskan penulisan tugasan saya. Melalui sumber yang
saya lihat dari internet, saya juga dapat memahami kehendak yang diminta dalam
soalan tugasan yang diberikan kepada saya.
Dengan adanya tugasan ini, saya dapat mempelajari isu-isu yang
berkaitan dengan GCED dan juga isu-isu alam sekitar. Saya juga dapat mencari
sebuah video yang berkaitan dengan GCED dan juga tentang isu alam sekitar
seperti yang diminta di dalam tugasan saya. Walau bagaimanapun, saya sangat
bersyukur dengan adanya tugasan ini kerana dapat memberikan saya peluang
untuk lebih focus terhadap isu-isu yang ada di dalam mahupun luar negara.
Akhir sekali, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari dalam
tugasan ini antaranya ialah bagaimana untuk melakukan perbincangan secara
kreatif dan kritis, apakah 3 dimensi utama pendidikan kewarganegaraan global,
apakah isu yang berkaitan dengan pencemaran udara dan jug acara-cara untuk
menyelesaikan isu pencemaran udara.
RUJUKAN

 KEPENTINGAN SUNGAI DI MALAYSIA. (2020, April 19).


[Video]. You Tube
https://www.youtube.com/watch?v=juLUpw-7-Xg

 3 DIMENSI KONSEP UTAMA PENDIDIKAN


KEWARGANEGARAAN GLOBAL (GCED). (2020, December 3).
[Video]. YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=uP_DRUn0CS4

 Global Citizenship Education. (2015, March 12). [Video].


YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=kVr8SH0t8EI

Anda mungkin juga menyukai