Anda di halaman 1dari 22

Pengenalan Sekolah Dalam Tamanadalah konsep yang ingin dipertengahkan dalam projek ini.

Konsep ini menggariskan pendidikan sebagai subjek utama dalam pemilihan elemen projek pembinaan taman sekolah di Sk.Unggun,Kota Kinabalu...Konsep ini dipilih kerana bersesuaian dengan peranan sekolah sebagai tempat menimba ilmu maka pendidikan yang dipilih sebagai konsep taman ini dapat mencerminkan Sekolah itu sendiri yang sememangnya sesuai untuk diperindahkan kerana kedudukannya yang terletak di atas bukit. Taman ini akan berfungsi sebagai sebuah taman yang berinformasi serta dapat mendidik dan menambahkan pengetahuan masyarakat khususnya pelajar.Bagi menjadikan taman ini sebagai sebuah taman yang berinformasi dan memberi pendidikan, maka gabungan dari pokok hiasan,sayur-sayuran dan ikan hiasan telah dipilih sebagai unsur yang mendidik dan menarik perhatian pengunjung taman. Konsep Sekolah dalam taman ini yang berelemenkan tanaman hiasan ini adalah merupakan satu gabungan elemen yang sememangnya menarik sekiranya di buat berteraskan sebuah taman botanikal dan digarap menjadi tempat percambahan ilmu di kalangan warga sekolah.Konsep dalam taman ini adalah merujuk kepada konsep Hortikultur landskap adalah cabang hortikultur yang berkaitan dengan pengeluaran dan penggunaan tanaman untuk tujuan hiasan atau mencantikkan persekitaran rumah, bangunan dan juga taman-taman. Contohnya penggunaan tumbuhan hiasan dari jenis renek seperti pokok puding, pokok dewasa seperti pinang raja dan tanaman untuk hiasan jenis penutup bumi seperti kekacang Arachispintoi dan ros Jepun. Manakala ikan hiasan pula ialah ikan yang dipelihara oleh manusia bagi tujuan menikmati sifatsifat unik dan menarik yang ada padanya. Antara sifat-sifat ini termasuk warna yang cantik, saiz dan bentuk badan yang unik, bahagian tertentu badan yang unik dan menarik, dan sifat eksotik lain. Adakalanya pemeliharaan ikan hiasan dikaitkan dengan kepercayaan tradisional yang mengaitkan ikan dengan unsur kebaikan bagi kehidupan manusia. Atas semua alasan ini, manusia memelihara ikan hiasan dalam sekitaran hidupnya seperti di rumah, di tempat kerja dan di kemudahan awam tertentu. Ikan hiasan kini ada kepentingan ekonomi kerana hobi memeliharanya mewujudkan industri pengeluaran dan perdagangan ikan hiasan serta lainlain industri hiliran yang keseluruhannya bernilai berbilion dolar Amerika di peringkat dunia.

Ikan hiasan kini dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri-ciri tertentu. Menghasil dan memelihara ikan hiasan perlukan pemahaman tentang beberapa aspek ekologi dan biologi ikan seperti habitat, makanan, tabiat makan dan pembiakan.

Tanaman sayur-sayuran ini merupakan tanaman yang patut ada di sekolah, dengan adanya tanaman maka pelajar dapat lebih pengetahuan tentang sayur-sayuran dengan lebih dekat.Ini juga akan lebih menarik minat pelajar dalam bidang pertanian.Selain itu pelajar akan lebih mendalami pengetahuan tentang kepentingan sayur-sayuran.Memandangkan pada masa kini dan berdasarkan latar belakang pelajar yang terdapat di sekolah ini memang sesuai jika sekolah ada mengadakan penanaman sayur.

Rasional Pemilihan Dan Jenis-Jenis. 1.Tanaman Hiasan Tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas berdasarkan kegunaan,jenis batang,kitaran hidup dan adaptasi kepada persekitaran.

Pengkelasan berdasarkan kegunaan:

Secara am berdasarkan kegunaan tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada dua kegunaan utama:

a) Tumbuhan Dalam Bangunan Bilangan tumbuhan yang boleh ditanam di dalam atau dipersekitaran bangunan adalah terhad jika dibandingkan dengan tumbuhan yang boleh ditanam dipersekitaran luar.Kebanyakkan tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan adalah tumbuhan yang tidak tahan kepada cahaya matahari yang terik dan sesuai hidup dipersekitaran tertutup. Tumbuhan dalam bangunan biasanya mempunyai rupa bentuk yang menarik seperti bunga setawar,tumbuhan kaktus dan juga tumbuhan bonsai atau mempunyai daun yang berwarna-warni seperti bunga ati-ati.Tumbuhan hiasan dalam bangunan biasanya ditanam di dalam pasu.

b)Tumbuhan Luar Bangunan Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan adalah lebih banyak dari segi pilihan jika dibandingkan dengan tumbuhan hiasan untuk dalam bangunan.Tumbuhan ini terdiri dari pelbagai jenis antaranya dari tumbuhan menjalar sehinggalah pokok yang besar.

Jenis-Jenis. Pokok hiasan merupakan elemen yang sangat penting dalam pembinaan sebuah taman atau landskap di sesebuah kawasan. Tanpa pokok hiasan maka sesebuah taman itu menjadi kurang berseri dan kaku. Justeru itu kita perlu mengetahui jenis-jenis pokok hiasan yang sesuai digunakan untuk taman kita. Sebelum kita menanam pokok hiasan di taman kita , Kita perlulah

mengetahui jenis-jenis pokok hiasan yang hendak kita tanam termasuk kegunaan,bentuk dan ciriciri pokok hiasan itu.Pokok hiasan Terbahagi kepada beberapa kategori

a.Pokok RenekNama biasa Bunga Alamanda Bunga kertas Bunga raya Dracaena Pokok firebrand Pokok Eugenia Jenjarum Janda kaya Puding Misai kucing Kamunting Madasgascar periwinkle Nama saintifik Allamanda catrtica Bougainvillea sp. Hibiscus rosa-sinensis Dracaena reflexa Cordyline fruticosa Syzygium campanulatum Ixora javanica Mussaenda erythrophylla Codiaeum variegatum Orthosiphon aristatus Rhodomyrtus tomentosa Catharanthus roseus

Pokok Kenanga

Pokok Bijan

Pokok Cili Purple

Pokok Senduduk (Melastama Malabathcricum)

B.Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi Tumbuhan hiasan yang biasa digunakan sebagai penutup bumi antaranya termasuklah rumput turf seperti rumput bermuda, rumput tikar dan rumput zoysia, tumbuhan menjalar seperti kekacang pinto dan ros Jepun.Tumbuhan penutup bumi selain daripada memberi keindahan ia juga boleh mencegah hakisan tanah dari berlaku.

Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi Nama biasa Rumput bermuda Rumput tikar Rumput zoysia Kekacang pinto Nama saintifik Cynodon dactylon Axonopus compressus Zoysia matrella Arachis pintoi

Pokok Eugenia (syzygium campanulatum)

Applemint

Anthurium

Tumbuhan Memanjat. Tumbuhan memanjat biasanya akan memanjat pada kayu-kayu sokongan yang dibina dalam bentuk para. Tumbuhan- tumbuhan ini boleh memberi teduhan dan baik digunakan untuk menghias kawasan lorong-lorong berjalan kaki. Tidak kurang juga tumbuhan memanjat ini yang mengeluarkan bunga yang menarik.

Tumbuhan Hiasan Memanjat Nama biasa Akar dani Tapak kuda Tunbergia puteh Maidens Jealousy Himalayan Honeysuckle Odontadenia Nama saintifik Quisqualis indica Bauhinia kockiana Thunbergia grandiflora Tristellateia australasiae Lonicera macrantha Odontadenia macrantha

Quisqualis Indica

Lonicera Japonica

Pokok Palma Pokok palma sesuai ditanam sebagai pembahagi jalan di mana ia mempunyai batang yang tegak dan tidak bercabang. Pokok Hiasan Palma Nama biasa Kelapa sawit Palma botol Palma kipas Palma latan merah Pinang raja Palma Puteri Palma kurma Cycas Jepun Nama saintifik Elaeis guineensis Hyophorbe lagenicaulis Licuala grandis Latania lontaroides Cyrtostachys renda Dictyosperma album Phoenix roebelinii Cycas revoluta

Hyophorbe lagenicaulis

Licuala grandis

2. Jenis Sayur-sayuran Secara amnya sayur-sayuran boleh dikumpulkan kepada beberapa kumpulan berasaskan kepada bahagian pokok yang dimakan. Kita telah mengetahui bagi setiap pokok yang lengkap mempunyai akar, batang, daun, bunga, buah dan biji. Jenis sayur-sayuran dikenal pasti daripada bahagian-bahagian ini dan penggunaannya adalah secara global. Berikut adalah jenis-jenis sayuran berasaskan kepada bahagian yang dimakan:
a.

Sayuran Daun

Sawi (Brassica Juncea)

Kubis

b.

Sayuran Buah

Timun Hercules

Bendi

c.

Sayuran Batang

Halia

Kentang

3. Ikan hiasan Rasional Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara oleh manusia bagi tujuan menikmati sifat-sifat unik dan menarik yang ada padanya. Antara sifat-sifat ini termasuk warna yang cantik, saiz dan bentuk badan yang unik, bahagian tertentu badan yang unik dan menarik, dan sifat eksotik lain. Adakalanya pemeliharaan ikan hiasan dikaitkan dengan kepercayaan tradisional yang mengaitkan ikan dengan unsur kebaikan bagi kehidupan manusia. Atas semua alasan ini, manusia memelihara ikan hiasan dalam sekitaran hidupnya seperti di rumah, di tempat kerja dan di kemudahan awam tertentu. Ikan hiasan kini ada kepentingan ekonomi kerana hobi memeliharanya mewujudkan industri pengeluaran dan perdagangan ikan hiasan serta lainlain industri hiliran yang keseluruhannya bernilai berbilion dolar Amerika di peringkat dunia. Ikan hiasan kini dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri-ciri tertentu. Menghasil dan

memelihara ikan hiasan perlukan pemahaman tentang beberapa aspek ekologi dan biologi ikan seperti habitat, makanan, tabiat makan dan pembiakan.

Jenis Ikan Hiasan i.Ikan hiasan laut -. Antara ikan hiasan laut ialah ikan badut (clownfish), ikan pepari (angelfish), ikan kupu-kupu (butterflyfish), ikan kala jengking (scorpionfish) dan ikan triggerfish. Dianggarkan 1200 spesies ikan hiasan laut dari 45 negara.

ii.

Angelfish Butterfly Fish Ikan hiasan air payau-. Antara ikan hiasan air payau termasuklah ikan buntal berbintik

hijau (green spotted puffer), ikan ketang hijau (green scat), ikan ketang merah (red scat), ikan mono (mono) dan ikan pemanah (archer fish).

archer fish

red scat

iii.

Ikan hiasan air tawar - Antara ikan hiasan air tawar ialah ikan mas (goldfish), ikan koi

(Japanese carp), ikan kalui / sepat (gouramy), ikan rasbora, ikan kelisa (arowana), ikan belaga (betta), ikan duri berperisai atau lebih dikenali sebagai ikan bandaraya (armored catfish), ikan farlohan (flowerhorn) dan ikan diskus (discus).

Gouramy

Flowerhorn

Anggaran Perbelanjaan

ANGGARAN BELANJAWAN PROJEK TAMAN KEMAHIRAN HIDUP. Nama Khusus Program : Sekolah dalam taman. Peruntukan Tahun Semasa ( Kelab Keceriaan) : Tahun 2010 Jumlah Peruntukan Dipohon : Rm 1365

Bil.
01. 02. 03. 04. 05. 06.

Jenis Perbelanjaan
Zink Kayu beluti Baja tanaman Benih Tanah hitam Batu Bata

Kuantiti
5 10 5 5 5 1500

Anggaran Harga
Rm 15 Rm 30 Rm 40 Rm 5 Rm 3 Rm 0.30

Jumlah
Rm 75 Rm 300 Rm 200 Rm 25 Rm 15 Rm 750

Disediakan oleh Tandatangan Cop Rasmi

: : :

Tarikh : ___________

Pengurusan Dan Penyelengaraan Taman Penyiraman Penyiraman dilakukan untuk memastikan jumlah air yang mencukupi untuk diserap oleh tisu tumbuhan.Persoalannya, bagaimana anda mengetahui bila dan berapa banyak air diperlukan oleh setiap pokok? Kita tahu bahawa pokok memerlukan air untuk hidup, tetapi terlalu banyak air boleh menjejaskan pertumbuhan pokok.Dengan ini kita perlu tahu jenis pokok yang ditanam, sesetengah pokok memerlukan sedikit air manakala ada yang memerlukan air dengan banyak. Contohnya pokok Bougainvillea spp. (bunga kertas) tidak memerlukan air yang banyak ,oleh itu penyiraman kawalan perlu dilakukan. Selain dari ini, jenis tanah dan keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti air yang diperlukan. Tanah yang mengandungi liat yang banyak memerlukan sedikit air kerana liat boleh memegang air. Manakala tanah yang berpasir memerlukan air yang banyak. Dalam keadaan cuaca yang panas terik, lebih banyak air diperlukan. Penyiraman tidak diperlukan selepas hujan lebat. Secara umumnya, penyiraman dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk dibuat penyiraman ialah sebelah pagi,selok-eloknya sebelum 11.00 pagi dan antara 3.30 hingga 7.00 petang untuk penyiraman kedua. Elakkan penyiraman di waktu tengahari.

Pemangkasan

Pemangkasan menyebabkan stres, jangan pangkas jika tidak ada tujuan spesifik atau tanpa ide kesannya. Tujuan dibuat pangkasan adalah seperti berikut: Kesuburan Rupabentuk Keselamatan Pengeluaran bunga dan buah Pemangkasan yang betul boleh mencantikkan pokok. Manakala pemangkasan yang salah menyebabkan pokok hilang kecantikkan, bentuk atau akan rosak. Memotong dahan yang mati atau cedera serta membuang tunas air adalah satu tujuan pemangkasan untuk kesuburan pokok. Membuat pemangkasan untuk mengekalkan saiz dan bentuk pokok boleh mencantikkan rupabentuk pokok itu. Memotong

bahagian pokok yang menggangu laluan utiliti atau bangunan adalah untuk menjaga keselamatan pengguna atau penghuni. Pemangkasan dapat menggalakkan pertumbuhan tunas baru dan menambahbaik kualiti dan kuantiti bunga. Untuk menjalankan kerja pemangkasan, peralatan khas seperti gergaji atau secateur yang tajam hendaklah digunakan. Pemilihan peralatan yang betul sangat penting untuk menentukan kerja pemotongan dibuat dengan sempurna. Semasa pemangkasan, pastikan potongan adalah licin dan bersih. Jangan tinggal tunggul dahan dan elak dari kulit terserkah. Pembajaan Baja penting untuk tumbesaran pokok. Ramai berandaian bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuhdengan lebih subur. Sebenarnya kegunaan baja yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok dan mungkin boleh menyebabkan pokok mati. Sebaliknya kekurangan nutrien akan menyebabkan pokok terbantut dan tidak subur.Dengan ini, kadar baja yang betul amat penting untuk mengelak dari pembaziran serta menjaminkan tumbesaran dan pengeluaran bunga yang sihat. Baja boleh dikategorikan kepada dua iaitu organik dan in-organik. Bentuk baja yang terdapat di pasaran adalah: Baja butiran yang lengkap dengan nutrien NPK Baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan daun Baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah Baja yang dikeluarkan secara perlahan-lahan (slow release)

Terdapat berbagai jenis dan jenama yang terdapat di pasaran. Secara umumnya, kadar baja dan masa pembajaan adalah lebih kritikal dari jenis baja yang akan digunakan.

Penjagaan Sayuran Pengairan Air hendaklah disiram dari masa menanam bijih benih atau memindahkan anak pokok sehinggalah selesai memungut hasil.Bagi sayuran buah keperluan air menjadi lebih kritikal semasa diperingkat pembuangan dan pembesaran buah kerana kekurangan air akan mengurangkan kejadian buah dan buah juga akan berkeadaan yang tidak normal bentuknya.menyiram dilakukan pada waktu pagi,dengan cara memberikan air sehingga tanah menjadi lembap iaitu pada kapasiti ladang.Menyiram pada waktu petang juga disyorkan terutama jika waktu panas atau musim kering.Waktu yang sesuai jam 5 hingga 6 petang.

Merumpai Rumpai adalah masalah utama menanam di batas terutama jika anda tidak menggunakan sungkupan dan tanpa meracun rumpai sebelum menyediakan batas.Jika terdapat rumpai,kawal cara manual iaitu dengan cara mencabut menggunakan tangan. Sungkupan Selepas memberikan baja organan,batas bolehlah ditutup dengan rumput kering,daun kelapa atau jerami padi.Penggunaan sungkupan plastic berkilat sangat disyorkan.Ini dapat mengurangkan masalah perosak afid yang membawa penyakit disebabkan oleh virus. Struktur Sokongan Timun memerlukan struktur sokongan untuk membolehkannya memanjat.Gunakan kayu atau tali raffia yang digantung pada dawai besi yang merintangi barisan. Mengawal serangga atau penyakit; Perosak utama adalah kumbang,kumbang makan daun dan menyebabkan daun berlubang.Inya dapat dikawal dengan racun serangga seperti malathion.Kulapok berdebu merupakan penyakit yang sering terdapat pada permukaan daun timun akibat serangga kulat.Permukaan daun diselaputi oleh spora kulat sperti debu putih dan keadaan boleh mengurangkan proses fotosintesis.Daun akan gugur oleh itu perlu disembur dengan racun kulat. Layu bakteria akan menyebabkan pokok menjadi layu dan mati secara tiba-tiba.Ini berlaku disebabkan bakteria akan memenuhi saluran xylem dan menghalang pengangkutan air dari akar kebahagian atas pokok.Tiada kawalan racun dapat mengawalnya.Cabut dan bakar pokok yang didapati kena serang. Selain penyakit,sayuran juga senang diserang lalat buah terutamanya buah cili.Lalat buah menyerang buah cili yang kecil hingga menjadi matang.Buah cili yang diserang akan gugur sebelum masak,sembur dengan racun serangga sebelum buah diserang.

Pengurusan dan Penyelengaraan Ikan Hiasan Hanya ikan-ikan hiasan saja yang dapat memberikan kepuasan kepada orang yang yang menjaganya atau kepada orang lain.Sebagai organisma hidup,ikan hiasan memerlukan makanan,air bersih,udara bersih dan sekitaran tempat tinggal yang bukan saja bersih tapi selesa.Ini semua dapat mempastikan ikan hiasan yang dipelihara dapat hidup sihat dan cantik untuk dinikmati sesiapa saja yang melihat. Ikan hiasan yang dibela dalam akuarium atau kolam memerlukan perhatian setiap hari.Perhatian yang diberikan ini membolehkan akuaris mengetahui keperluan keperluan dan keperluan berkala ikan hiasan. Secara amnya,pengurusan ikan hiasan terdiri dari perkara-perkara berikut: 1. Memberi ikan makan,pemberian makan mesti dilakukan setiap hari. 2. Memantau kualiti air akuarium atau kolam dengan cara memerhati sama ada air mengalami perubahan warna dan sama ada ikan menunjukkan tabiat tertentu yang berkaitan dengan kemerosotan air. 3. Memeriksa kualiti air jika terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kemerosotan kualiti air.Pemeriksaan kualiti air memerlukan alat-alat untuk mengukur kualiti air.aktiviti ini dilakukan hanya bila timbul masalah. 4. Memerhati sama ada sistem-sistem pengudaraan dan sistem penapisan akuarium atau kolam berfungsi dengan baik.Aktiviti ini boleh dilakukan setiap hari kerana sekadar memerlukan pemerhatian. 5. Membaiki sistem-sistem pengudaraan dan penapisan jika timbul masalah.Aktiviti ini dilakukan hanya bila timbul masalah. 6. Memerhati jika terdapat tanda-tanda ikan mengalami penyakit.Ikan akan menunjukkan tanda-tanda atau tabiat-tabiat tertentu jika ia diserang penyakit. Aktiviti ini dilakukan setiap hari kerana sekadar memerlukan perhatian. 7. Merawat ikan jika terjadi penyakit.Aktiviti ini dilakukan hanya jika timbul masalah. 8. Membersih akuarium atau kolam dan aksesori berkaitan.Aktiviti ini dilakukan secara berkala apabila timbul keperluan. Waktu pemberian makan ikan yang sesuai biasanya pada waktu pagi,tengahari dan petang.Sebenarnya dalam memilih waktu memberi makan,memelihara ikan hiasan lebih mementingkan waktu yang sesuai dengan jadualnya dibandingkan waktu yang sesuai untuk ikan sendiri.Beberapa ikan aktif makan pada waktu malam berbanding spesis ikan lain yang aktif pada waktu pagi,tengahari,senja atau subuh.Namun sukar bagi seorang manusia untuk menyesuaikan diri dengan waktu sebenarnya yang diperlukan oleh ikan.

Contoh Gambar Taman Yang Pernah Dilawati

Nexus Resort Karambunai

Nexus Resort Karambunai

Universiti Malaysia Sabah

Nexus Resort Karambunai

Universiti Malaysia Sabah

Universiti Malaysia Sabah

Taman Perumahan Likas

Penutup

Memiliki taman tidak cukup dengan menanaminya saja. Secara berkala perlu dilakukan pemeliharan, agar penampilan tetap terjaga. Ramai orang ingin memiliki taman yang sentiasa teratur dan mudah untuk disenggarakan.Namun ia bukannya semudah yang disangkakan . Memiliki taman yang rimbun dan cantik, tidak cukup dengan memilih dan menanaminya saja. Perlu penjagaan yang baik, agar taman selalu bersih dan rapi. Meskipun rimbun dan hijau, kalau ianya tidak dijaga dan diurus setiap masa, taman hanya dipandang seperti semak samun dan tidak menarik perhatian sesiapa pun yang melihatnya. Untuk memelihara taman sebenarnya tidak sukar dan memakan masa. Penyenggaraan boleh dilakukan seminggu sekali. Itu pun tidak memerlukan tenaga yang banyak, lebih-lebih lagi jika taman tidak luas. Aktiviti penjagaan yang paling ringan, adalah cukup menyiram tanaman sesuai apabila memerlukan sahaja Dalam masa seminggu sekali sahaja, aktivitimerumpai merapikan tanaman yang ada dilakukan. Hamparan rumput hijau mampu membuat taman nampak indah. Tidak demikian halnya jika, hamparan rumput tadi sudah meninggi dan dipenuhi rumput liar. Untuk menghindarinya, lakukan pemangkasan secara teratur, paling tidak dua minggu sekali. Jangan terlalu pendek memangkasnya, cabut rumput liar, jika terlihat mulai tumbuh. Hal demikian, rumput liar akan mengganggu pertumbuhan rumput. dan

Banyak cara membuat tanaman tetap tampil rapi. Khusus untuk tanaman menyemak (perdu), perlu dilakukan pemangkasan secara berkala, untuk mempertahankan bentuknya. Untuk tanaman bunga lain lagi, lakukan pemangkasan segera setelah selesai berbunga. Berhatihatilah, jangan sampai bakal bunganya terpangkas. Dengan adanya tanaman hiasan yang merangkumi tiga elemen pokok hiasan, sayuran dan ikan hiasan dan berkonsepkan Sekolah dalam Tamandapatlah menarik minat dan perhatian pelajar dalam bidang pertanian yang di anggap satu pembelajaran yang tidak penting serta juga membantu pelajar disekolah melepaskan tekanan semasa belajar dan meluangkan waktu semasa rehatapabila berada di taman ini.

Biblografi Mustafa Kamal Mohd. Shariff (2002). Hortikultur hiasan dan landskap. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hill W. F. (1995). Landscape handbook for the tropics. United Kingdom: Garden Art Press. Agriquest, Malaysian Agricultural Directory and Index (2006). Kuala Lumpur: Aagriquest Sdn Bhd, Petaling Jaya.

Bales S. Frutig. (1993). Container gardening, Prentice Hall Gardening, 15 Columbus Circle, New York, NY 10023.

Binsacca Rich (2000). Container gardening, Creative Publishing International, Minnetonka, Minnesota, U.S.A.

Mohamed Sharif, M.D. 1984. Penyakit Ikan: Pengenalan, Cara-cara Pengawalan dan Rawatan Penyakit Ikan. Buletin Perikanan No. 27. Penerbitan Kementerian pertanian Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia. Patimah, I. 1988. Asas Mutu Air untuk Akuakultur. Penerbitan Berkala No. 6. Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Serdang, Selangor, Malaysia.

Pengurusan Dan Penyenggaraan Taman

a) Penjagaan Pokok Hiasan

b)Penjagaan Sayur-sayuran

c)Penjagaan dan Pengurusan Ikan Hiasan

Anda mungkin juga menyukai