Anda di halaman 1dari 18

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/310773147

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional


Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

Conference Paper November 2016

CITATIONS READS

0 458

3 authors, including:

Faizah Abd Majid


Universiti Teknologi MARA
30 PUBLICATIONS 73 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

GE attributes View project

All content following this page was uploaded by Faizah Abd Majid on 24 November 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan
strategi

Faizah Abd Majid


Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi MARA, Malaysia
faiza404@salam.uitm.edu.my

Abstrak

Fokus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025 adalah peningkatan
taraf sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju.
Faktor guru merupakan salah satu daripada penentu kualiti sistem pendidikan. Kajian lepas
banyak mempersoalkan kualiti guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Malahan, dokumen PPPM (2013-2025) turut mengakui bahawa hanya 50% pengajaran
disampaikan dengan berkesan. Perkara ini menimbulkan satu persoalan berkenaan usaha yang
boleh diambil oleh setiap guru untuk sentiasa memperbaiki mutu P&P mereka. Usaha yang
dimaksudkan ialah dengan menjalankan Kajian Tindakan (action reserach). Lebih sedekad
yang lalu, kementerian telah menetapkan setiap jabatan di sekolah melaksanakan kajian
tindakan . Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa isu yang perlu diberi perhatian
untuk memastikan amalan kajian tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Oleh itu,
kertaskerja ini akan membincangkan cabaran dan strategi para guru di dalam menjalankan
kajian tindakan. Perbincangan ini bakal memberi manafaat kepada para guru dan guru pelatih
dalam usaha mereka untuk menjadi lebih aktif dalam menjalankan kajian tindakan untuk
memperbaiki mutu P&P masing-masing. Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk
meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara agar sama taraf dengan sistem pendidikan di
negara maju.

Katakunci: Kajian Tindakan, P&P, Pembangunan Profesional guru, Cabaran dan strategi

Pengenalan
Di dalam menghadapi cabaran globalisasi dan Pandangan 2020 (Vison 2020), sistem
pendidikan di Malaysia sentiasa perlu terkehadapan di dalam menyediakan sebuah sistem
yang berinovasi. Sistem yang berinovasi ini hanya boleh direalisasikan dengan keupayaan
para guru untuk mengambil tindakan yang proaktif dan dinamik di dalam
mengimplementasikan tugas dan peranan mereka. Guru yang berinovasi adalah guru yang
senang disanjung tinggi. Kenyataan ini disokong oleh Soon (2007) apabila beliau
menyatakan, ...Salah satu usaha yang boleh menjadikan profesion perguruan disanjung tinggi
adalah melalui kajian tindakan (h. 2).

Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil penyelidikan dan tinjauan literatur, amalan kajian
tindakan di kalangan guru-guru di Malaysia masih lagi dibelenggu dengan beberapa cabaran

1

(Mohd Nakhaie, dipetik dari http://www.scribd.com/doc/10434400/ayie, 23 Mac 2016).
Namun di dalam menangani cabaran-cabaran tersebut, para guru telah mengambil langkah
atau strategi tersendiri (Soon,2007).

Tujuan kertaskerja ini adalah untuk membincangkan peranan kajian tindakan dan
pembangunan profesionalisma guru-guru. Perbincangan ini akan dilengkapkan dengan
perbincangan mengenai cabaran dan strategi menjalankan kajian tindakan. Para guru, guru
pelatih, dan pentadbiran sekolah adalah diantara pihak yang boleh mendapat manfaat daripada
perbincangan kertaskerja ini.

Kajian Tindakan
Terdapat beberapa definisi yang diberikan kepada kajian tindakan di dalam literatur. Walau
bagaimanapun, definisi yang telah diberikan oleh Carl dan Kemmis (1986) merupakan antara
yang kerap menjadi rujukan. Menurut mereka,
Action research is a form of self-reflective enquiry
undertaken by participants (teachers, students or
principals, for example) in social (including
educational) situations in order to improve the
rationality and justice of (a) their own social or
educational practices, (b) their understanding of
these practices, and (c) the situations (and
institution) in which these practices are carried
out.
Pernyatan mereka disokong oleh Gay dan Airasian (2000) yang menyatakan bahawa kajian
tindakan adalah,
a process in which individual or several teachers
collect evidence and make decisions about their own
knowledge, performance, beliefs, and effects in
order to understand and improve them. (p. 593)

Ringkasnya, kajian tindakan adalah ...kombinasi tindakan dan kajian. Ia merupakan satu
bentuk inkuiri di mana penyelidik cuba memahami,memperbaiki dan membaharui amalan
(Hopkins, 1985) dan ...satu kajian sistematik yang mencantumkan tindakan dan refleksi
dengan tujuan untuk meningkatkan amalan (Ebbutt, 1985).

Terdapat beberapa jenis penyelidikan di dalam bidang pendidikan. Namun begitu, kajian
tindakan mendapat tempat yang paling utama di dalam membantu para guru untuk menilai

2

kekuatan dan kekurangan mereka sendiri semasa mengajar dan berhubung dengan pelajar.
Penilaian sendiri ini bakal membantu para guru untuk memikirkan cara untuk sentiasa
membaiki mutu pengajaran dan cara mereka berhubung dengan anak-anak murid. Seterusnya,
usaha ini akan membuahkan pembangunan profesionalisma guru itu sendiri.

Yang menariknya, kajian tindakan tidak sahaja boleh dijalankan di dalam bilik darjah.
Dewasa ini, dengan penglibatan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders), kajian
tindakan telah dilaksanakan dengan melibatkan komuniti selain daripada guru dan murid-
murid. Antara yang boleh terlibat adalah ibubapa, masyarakat setempat dan sebagainya.
Walau apapun jenis dan tahap penglibatannya di dalam kajian tindakan, tujuan
perlaksanaannya tetap sama iaitu untuk memperbaiki mutu implementasi sistem pendidikan
yang boleh memberi kesan samada kepada guru atau/dan murid.

Menurut Cresswell (2005), terdapat dua jenis kajian tindakan iaitu kajian tindakan amalan
(practitioner action research) dan kajian tindakan penyertaan (participatory action
research). Kertaskerja ini hanya akan memfokuskan kepada kajian tindakan amalan
memandangkan jenis kajian tindakan ini mempunyai kesan yang langsung kepada
pembangunan profesionalisma para guru (Cresswell, 2005).

Kajian tindakan boleh dijalankan di dalam beberapa kitaran dan setiap kitaran mempunyai
empat peringkat yang utama. Setiap peringkat memerlukan guru sebagai penyelidik untuk
mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif. Berikut disenaraikan keempat-empat peringkat
tersebut.

Peringkat 1: Refleksi
Di dalam peringkat ini, guru-penyelidik menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran
dan pembelajaran yang hendak ditangani. Diantara contoh isu-isu tersebut adalah bagaimana
hendak meningkatkan penglibatan murid yang samarata di dalam aktiviti secara berkumpulan
atau bagaimana menggalakkan murid untuk berani bersuara di dalam kelas. Selalunya, isu
yang akan dikenalpasti melalui sesi refleksi ini adalah merupakan isu yang dianggap
terpenting oleh guru tersebut dan mampu untuk ditangani melalui penyelidikan di peringkat
bilik darjah yang terancang.

3

Peringkat 2: Perancangan
Di dalam peringkat ini, guru-penyelidik akan memikirkan cara atau strategi terbaik di dalam
menangani isu tersebut. Kaedah dan strategi yang difikirkan adalah bersesuaian dengan
kemampuan dari segi masa dan fizikal. Di samping itu, kaedah dan strategi yang dirancang
harus harmoni dengan perjalanan dan objektif P&P di dalam kelas.

Peringkat 3: Pelaksanaan perancangan


Selepas memikirkan perancangan kaedah dan strategi yang sesuai, guru-penyelidik seterusnya
melaksanakannya. Perlaksanaan ini akan dijalankan mengikut seperti yang telah
dirancangkan. Namun di dalam perlaksanaan tersebut, kemungkinan berlakunya perubahan
terhadap perancangan awal. Ini adalah kerana guru-penyelidik sentiasa membuat pemerhatian
dan akan bertindakbalas mengikut hasil pemerhatian mereka. Justeru, peringkat ini juga
berkait rapat dengan peringkat yang seterusnya.

Peringkat 4: Pemerhatian
Di akhir kitaran pertama kajian tindakan, guru-penyelidik akan membuat pemerhatian
keseluruhan bagi memastikan kesan perlaksanaan perancangan beliau di dalam menangani isu
yang telah dikenalpasti. Hasil pemerhatian ini juga merupakan refleksi guru-penyelidik untuk
keperluan kitaran seterusnya di dalam kajian tindakan ini. Secara tidak langsung, ini
membawa kepada peringkat pertama kajian tindakan di dalam kitaran kedua.

Satu perkara yang menarik dan membezakan diantara kajian tindakan dan jenis penyelidikan
yang lain adalah kajian tindakan boleh melibatkan beberapa kitaran. Setiap kitaran akan
bermula dengan peringkat Refleksi dan diakhiri dengan peringkat Pemerhatian. Bilangan
kitaran ini adalah tidak tetap dan boleh ditentukan sendiri oleh guru-penyelidik sendiri
memandangkan keperluan untuk meneruskan kajian tinadakan ke kitaran yang seterusnya
adalah berdasarkan kepuasan beliau berdasarkan hasil pemerhatian di dalam kitaran yang
terakhir. Yang utama adalah guru-penyelidik tersebut telah berpuashati dengan hasil kajian
tindakannya yang telah menghasilkan kesan yang positif ke atas isu yang dikaji. Gelung
kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) seperti di Rajah 1 berikut dapat merumuskan
proses yang telah dihuraikan tersebut.

4

Reeksi Reeksi

Pemerha6an Perancangan Pemerha6an Perancangan

Perlaksanaan Perlaksanaan

Kitaran 1 Kitaran 2

Rajah 1: Gelung kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988)

Kajian tindakan di dalam sistem pendidikan Malaysia


Kajian tindakan telah diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946. Menariknya, pada
awal pengenalan, beliau telah menjalankan penyelidikan ke atas perubahan terhadap sikap dan
perlakuan manusia dalam beberapa bidang sosial. Idea beliau ini kemudiannya digunapakai di
dalam bidang perkilangan selepas Perang Dunia Kedua.

Di dalam bidang pendidikan, kajian tindakan mula mendapat tempat apabila Teachers
College, University of Columbia menjalankan sebuah penyelidikan pendidikan berkenaan
penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisma perguruan. Usaha ini seterusnya
mencetuskan populariti kajian tindakan di dalam dunia pendidikan di seluruh dunia.

Di Malaysia, kajian tindakan telah diperkenalkan oleh Profesor Stephen Kemmis kepada 41
orang pegawai Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan para
pensyarah Maktab Perguruan Malaysia di dalam sebuah bengkel pada 11- 20 Disember 1988.
Seterusnya, pada 1990 kursus guru sebagai penyelidik telah dijadikan sebahagian daripada
kurikulum pendidikan guru dan latihan dalam perkhidmatan (LDP).

Bahagian Perancangan Dasar dan Polisi Kementerian Pelajaran Malaysia kemudiannya telah
melancarkan sebuah program yang dinamakan Programme for Innovation Excellence and

5

Research (PIER) pada tahun 1993 yang mana program ini menunjukkan komitmen pihak
Kementerian untuk menggalakkan perlaksanakan kajian tindakan di kalangan guru-guru.
Dewasa ini, kajian tindakan merupakan salah satu kursus wajib di dalam mana-mana program
pendidikan guru di Malaysia. Ini jelas di dalam PIPP (2006 -2010) dimana usaha untuk
memantapkan latihan perguruan adalah dengan memberi penekanan kepada Penyelidikan
dan Pembangunan (R & D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik
guru (h. 114).

Pembangunan profesionalisma guru menerusi kajian tindakan


Kajian tindakan amalan yang merupakan fokus kertaskerja ini merupakan sebuah
penyelidikan yang dijalankan oleh seseorang guru itu ke atas proses P&P di dalam kelas
beliau sendiri. Antara matlamat kajian tindakan amalan ini adalah untuk memperbaiki mutu
P&P yang secara tidak langsung boleh membantu pembangunan profesionalisma guru-
penyelidik.

Pembangunan profesionalisma seseorang guru banyak berkait rapat dengan kemampuan dan
kemahiran melaksanakan tugasan sebagaimana yang sewajaranya (Mohd Hasani, D., Salleh,
A.R dan Mohammed Sani, I, 2006, h. 11). Menurut Kagan (1992), pembangunan
profesionalisma guru dapat dikategorikan di dalam beberapa domain. Berikut disenaraikan
domain tersebut.
i) Pertambahan ilmu dalam kalangan guru tentang pelajar, bagaimana mereka belajar
dan latar belakang mereka
ii) Peralihan fokus daripada diri sendiri sebagai aktor di dalam bilik darjah kepada
pelajar yang diajar secara langsung
iii) Keperluan untuk berfikir pada setiap saat berkurangan kerana rutin di dalam
pengajaran telah menjadi automatik
iv) Pertambahan metakognitif berdasarkan kesedaran terhadap impak pengajaran
terhadap pelajar
v) Pertambahan kemahiran menyelesaikan masalah pengajaran yang bercorak
kepelbagaian, multidimensi dan spesifik kepada konteks

Berdasarkan domain tersebut, dapat dirumuskan bahawa ...pembangunan profesionalisma


guru adalah kompleks tetapi atas kesedaran bahawa ilmu berkaitan dengan pengajaran
terbentuk dalam pelbagai bentuk (Shulman, 1986 di dalam Mohd Hasani, D., Salleh, A.R
dan Mohammed Sani, I, 2006, h. 12). Ini adalah lebih jelas lagi memandangkan konteks
pengajaran guru-guru adalah sentiasa berubah mengikut kumpulan pelajar yang diajar,
matapelajaran yang diajar serta keadaan sekeliling dari masa ke masa. Kajian tindakan amalan

6

merupakan sebuah platform untuk guru-guru mengembangkan profesionalisma mereka
berdasarkan ciri-ciri kajian tindakan seperti berikut.

i) menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu


kerja/amalan mereka
ii) memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat
iii) merupakan proses pembelajaran yang teratur
iv) membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri
v) menggalakkan fikiran yang terbuka.
vi) membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak
vii) mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses
penyelidikan
viii) berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) - satu
lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian
serta renungan
ix) melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal)
x) dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan,
kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

(Dipetik dari http://www.teachersrock.net/AR1.htm pada 27 Mac 2016)

Cabaran melaksanakan kajian tindakan


Di dalam menjalankan kajian tindakan, para guru sentiasa berhadapan dengan beberapa
cabaran. Beberapa tinjauan yang dijalankan oleh beberapa penyelidik sebelum ini (Soon, 2007
dan Mohd Nakhaie, dipetik dari http://www.scribd.com/doc/10434400/ayie, 23 Mac 2016)
telah dapat mengenal pasti cabaran-cabaran tersebut. Berikut dihuraikan setiap cabaran
mengikut kategorinya iaitu kategori pentadbiran, individu dan fizikal.

Kategori pentadbiran
Antara cabaran pertama yang dihadapi oleh para guru adalah dari pihak pentadbiran. Di dalam
konteks ini, pentadbiran boleh dirujuk kepada dua iaitu pentadbiran di peringkat Kementerian
serta Jabatan Pendidikan dan di peringkat sekolah.

Setiap pegawai pendidikan di Malaysia yang berkhidmat di dalam Kementerian Pelajaran


Malaysia adalah secara tidak langsung tertakluk kepada setiap akta yang telah ditentukan oleh
Kementerian. Di samping itu, mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi Key
Performance Indicators (KPI) yang telah ditentukan Kementerian. Seperti yang telah
dihuraikan di dalam PIPP (2006 2010), setiap sekolah dan guru amnya diamanahkan untuk
mengambil langkah inovatif di dalam memperbaiki kualiti proses pengajaran dan

7

pembelajaran (P&P). Salah satu kaedah yang diwajibkan adalah keperluan menjalankan
kajian tindakan. Perlaksanaan kajian tindakan ini pula akan dipantau dan dinilai oleh
Jawatankuasa Nazir sekolah. Pada dasarnya, keperluan untuk memenuhi KPI ini adalah
wajar. Menurut PIPP (2006-2010),
...guru perlu kreatif dan efektif dalam penyampaian
mereka. Secara umumnya, guru boleh menjadi efektif
dalam penyampaiannya dengan membuat adaptasi
terhadap situasi setempat. Ini kerana pendekatan bagi
satu kumpulan pelajar yang baik mungkin tidak boleh
digunakan bagi satu kumpulan pelajaran yang lemah.
Bagi membolehkan guru efektif, maka mereka perlu
sentiasa memikirkan pendekatan baru dan
menyesuaikan amalan mereka kepada kehendak pelajar.
Penggunaan kaedah kajian tindakan boleh menjadi satu
platform bagi guru menuju ke arah penambah-baikan
keberkesanan (h. 3).

Pihak pentadbiran di peringkat sekolah pula lazimnya mentafsirkan keperluan perlaksanaan


kajian tindakan ini sebagai suatu tuntutan untuk mereka penuhi selaku pihak yang
bertanggungjawab terus kepada pihak Jawatankuasa Nazir. Akhirnya, terbit suatu keperluan
untuk memastikan kajian tindakan dijalankan oleh setiap jabatan di sekolah dan selalunya ini
diterjemahkan di dalam bentuk perintah dari seorang pengetua kepada para guru. Seperti
kelaziman, sesuatu perintah wajib dipenuhi. Akhirnya, ini membuahkan hasil yang sesuai
untuk dokumentasi di peringkat sekolah tetapi malangnya tidak menjaminkan kepuasan secara
profesional dan peribadi kepada guru yang terlibat di dalam kajian tindakan tersebut. Secara
tidak langsung, cabaran ini telah memesongkan keperluan dan tujuan yang sepatutnya untuk
guru menjalankan kajian tindakan.

Kategori individu
Cabaran yang setreusnya adalah berkait rapat dengan sikap guru sebagai seorang individu.
Tinjauan literatur (Mohd Nakhaie, dipetik dari http://www.scribd.com/doc/10434400/ayie, 23
Mac 2016 dan Soon, 2007) mendapati bahawa terdapat segelintir guru yang kurang berminat
untuk menjalankan kajian tindakan. Terdapat beberapa faktor yang telah sedikit sebanyak
menyumbang kepada sikap dingin para guru terhadap kajian tindakan. Menariknya, faktor-
faktor ini boleh disub-kategorikan kepada personaliti dan motivasi. Berikut diperincikan
faktor-faktor tersebut mengikut sub-kategorinya.

8

i) Faktor personaliti
Tidak dapat dinafikan bahawa ada di kalangan guru-guru yang tidak pernah berminat untuk
menjalankan sebarang penyelidikan. Mereka mempunyai tanggapan bahawa penyelidikan
hanya dijalankan oleh kumpulan penyelidik profesional yang dilantik. Kebetulan di dalam
sistem pendidikan di Malaysia terdapat sebuah jabatan yang bertanggungjawab untuk
menjalankan penyelidikan untuk membantu Kementerian dan kerajaan amnya membentuk
garispanduan dan polisi yang berkaitan. Bahagian yang dimaksudkan adalah Bahagian
Perancangan Dasar dan Polisi Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan utama bahagaian ini
adalah untuk menjalankan penyelidikan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai mereka yang
terlatih atau melalui pelantikan penyelidik kontrak yang selalunya merupakan sekumpulan
pensyarah dari institusi pengajian tinggi di Malaysia maupun luar negara. Dewasa ini,
bahagian ini telah memainkan peranan mereka dengan baik dan sumbangan mereka banyak
terbukti melalui pembaharuan dasar dan polisi di peringkat kebangsaan.

Selain daripada itu, guru-guru yang kurang berminat untuk menjalankan kajian tindakan ini
mempunyai kepercayaan bahawa tugas utama mereka adalah untuk mengajar. Malang sekali,
kepercayaan ini tidak dikaitkan dengan keperluan untuk menjadi kreatif dan inovatif di dalam
pengajaran selari dengan keperluan PIPP (2006 2010) yang menyatakan,
as the most significant and costly resource in
schools, teachers are central to school improvement
efforts. Improving the efficiency and equity of
schooling depends, in large measure, on ensuring
that competent people want to work as teachers, that
their teaching is of high quality, and that all students
have access to high quality teaching. (h.4)

Salah satu penyebab kepada kepercayaan yang kurang lengkap ini adalah kerana guru-guru
berkenaan tidak pernah dilatih untuk menjalankan kajian tindakan semasa mereka mengikuti
program pendidikan guru memandangkan kebanyakan mereka adalah guru veteren yang mana
kurikulum mereka dahulu belum mewajibkan kursus Kajian Tindakan. Apatah lagi setelah
sekian lama mengajar dan telah lali dengan cara mereka yang tersendiri, keperluan untuk
mengubah kepercayaan dan cara mengajar adalah sukar. Lebih malang, sikap ini membawa
implikasi yang negatif. Menurut Mohd Nakhaie (dipetik dari
http://www.scribd.com/doc/10434400/ayie, 23 Mac 2016),
...guru lebih selesa dengan keadaan sedia ada.
Apabila guru mempunyai sifat sebegini, ia akan
memberikan kesan yang negatif dalam jangka masa

9

panjang. Hal ini kerana, apabila guru tidak
mempunyai perasaaan untuk memajukan diri, ia ia
tidak dapat memberikan input yang terbaik kepada
para pelajar.

ii) Faktor motivasi


Cabaran seterusnya di dalam kategori personaliti adalah motivasi para guru menjalankan
kajian tindakan. Isu ini berkait rapat dengan peranan pentadbiran seperti yang telah dihuraikan
sebelum ini. Seperti yang dinyatakan di dalam literatur, kajian tindakan amalan adalah sebuah
penyelidikan yang dijalankan oleh guru dengan tujuan memperbaiki kualiti P&Pnya dan
kebiasaannya ianya dijalankan di peringkat bilik darjah guru itu sendiri. Beliau mempunyai
kegusaran berkenaan sesuatu isu yang hanya berkaitan dengan dirinya sebagai pendidik dan
anak-anak muridnya dan merasakan perlu untuk mencari penyelesaian bagi memajukan
proses P&P di dalam kelas beliau. Dalam kata lain, kajian tindakan ini dijalankan bukan
untuk memberi jawapan kepada pihak kedua atau ketiga memandangkan hasil pemerhatian
kajian tindakan bakal dijadikan rujukan oleh guru yang menjalankan kajian itu sendiri.

Malang sekali, disebabkan faktor yang berkaitan dengan pihak pentadbiran, para guru telah
diwajibkan untuk menjalankan kajian tindakan dan menghasilkan dokumentasi bagi tujuan
pemantauan dan penilaian pihak Jawatankuasa Nazir Sekolah. Ini secara tidak langsung telah
memberi dorongan yang bersifat luaran (extrinsic motivation). Jarang sekali guru dapat
merasakan kepuasan peribadi (self-satisfaction) di dalam menjalankan kajian tindakan
memandangkan perlaksanaan kajian tindakan tersebut adalah sebagai keperluan untuk
memenuhi perintah yang telah dikeluarkan pihak atasan.

Faktor motivasi ini juga boleh dikaitkan dengan penghargaan dan bantuan serta sokongan
yang diberikan oleh pihak sekolah kepada mereka yang menjalankan kajian tindakan secara
sukarela. Memandangkan perlaksanaan kajian tindakan di kalangan guru-guru memerlukan
sebuah budaya kerja berasaskan penyelidikan di sekolah itu sendiri, pengharagaan dan
sokongan pihak pentadbiran sekolah seharusnya tersedia. Walau bagaimanapun, budaya
menghargai dan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada para guru yang ikhlas berminat
untuk menjalankan kajian tindakan ini kurang diterapkan di kebanyakan sekolah. Isu ini dapat
dijelaskan lagi di dalam perbincangan cabaran seterusnya di dalam kategori fizikal.

10

Kategori Fizikal
Usaha untuk menjalankan kajian tindakan tidak dapat lari daripada cabaran yang berbentuk
fizikal. Di dalam konteks ini, cabaran fizikal merangkumi masa, dan sumber maklumat. Dari
segi masa, seseorang guru sentiasa mengahdapi cabaran untuk melakukan pelbagai tugas
sampingan selain mengajar. Tugas sampingan tersebut termasuk menjalankan paperwork
dan tugas-tugas perkeranian, dan juga hal-ehwal murid seperti kebajikan dan aktiviti ko-
kurikulum. Para guru juga sering dari masa ke masa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat
atau menyertai bengkel dan kursus yang diatur oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri ataupun
Kementerian.

Terdapat beberapa implikasi tatkala para guru terpaksa meninggalkan kelas untuk menyertai
kegiatan luar seperti mengiringi pelajar, menyertai kursus atau bengkel. Salah satu
implikasinya adalah keperluan untuk mencari masa bagi mengganti kelas-kelas yang telah
ditinggalkan. Di dalam mencuri masa mengganti kelas, ada kalanya guru-guru terpaksa
mempercepatkan proses P&P bagi mengejar masa yang telah suntuk.

Seperti sedia maklum, menjalankan kajian tindakan memerlukan tempuh masa yang
bersesuaian dan proses yang terlibat seharusnya lancar tanpa halangan seperti terkandas
dipertengahan jalan (contohnya ketika guru terpaksa meninggalkan kelas untuk menyertai
kegiatan luar sekolah). Proses kajian tindakan memerlukan tumpuan dan perhatian guru-
penyelidik tersebut kerana beliau perlu menjalankan refleksi dan membuat pemerhatian di
sepanjang masa. Kebanyakan guru mula merasa tercabar di dalam usaha mereka menjalankan
kajian tindakan apabila masa serta tumpuan mereka sering diambil untuk kegiatan lain.

Akhir sekali, cabaran dalam bentuk fizikal merangkumi keperluan sumber maklumat yang
tersedia dan tepat. Seperti penyelidikan yang lain, kajain tindakan memerlukan penyelidik
untuk membuat refleksi dan merancang yang terbaik. Proses ini memerlukan sokongan
sumber maklumat yang tersedia dan tepat.

Perkara tersebut kadang-kala boleh menjadi cabaran kepada para guru memandangkan
kebanyakan sekolah masih lagi di dalam proses mengumpul laporan kajian-kajian tindakan
yang telah lepas. Secara tidak langusng, ini menyebabkan kekurangan sumber maklumat yang
berkenaan untuk dijadikan rujukan. Terdapat juga sekolah yang menjaga laporan-laporan ini
sebagai dokumen yang bernilai memandangkan ia adalah bahan bukti aktiviti penyelidikan

11

sekolah yang boleh ditunjukkan kepada Jawatankuasa Nazir, wakil Kementerian atau pihak
luar yang berkenaan. Lantas, ini menyukarkan para guru yang berminat untuk mendapatkan
laporan yang berkenaan untuk dijadikan salah satu sumber rujukan.

Strategi menghadapi cabaran kajian tindakan


Memandangkan kajian tindakan mempunyai potensi yang besar di dalam membantu para guru
untuk mengembangkan profesionalisma mereka, agak malang sekali sekiranya para guru tidak
mampu menghadapi cabaran di dalam melaksanakannya. Berdasarkan perbincangan
mengenai cabaran-cabaran tersebut, berikut dihuraikan pula beberapa strategi yang boleh
diamalkan.

Cadangan strategi yang pertama adalah berkaitan dengan pihak pentadbiran sekolah. Pihak
pentadbiran sekolah dicadang untuk menggunakan kekuatan motivasi intrinsik dan ekstrinsik
di dalam menggalakkan para guru menjalankan kajian tindakan. Sebagaimana semua pihak
yang berkenaan sedia maklum, kajian tindakan amat ditekankan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia. Penekanan mereka ini telah menerbitkan keperluan pentadbiran sekolah
untuk mengeluarkan perintah bagi memastikan perlaksanaan kajian tindakan di kalangan
guru-guru. Akhirnya, perintah ini telah menyebabkan kebanyakan guru menganggap
menjalankan kajian tindakan adalah sebuah beban bagi memenuhi perintah dan keperluan
pihak atasan.

Bagi menggalakkan perlaksanaan kajian tindakan disamping mengelakkan rasa terbeban


oleh para guru, adalah dicadangkan pihak pentadbiran sekolah contohnya Pengetua, Penolong
Kanan serta Ketua Jabatan mengamalkan kaedah motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Kaedah
motivasi intrinsik mungkin memerlukan tempuh yang agak lama berbanding kaedah motivasi
ekstrinsik bagi melihat kesannya. Ini adalah kerana kaedah motivasi intrinsik memerlukan
komitmen berpanjangan pihak pengurusan di dalam memberi galakan dan meningkatkan
kesedaran di kalangan guru-guru berkenaan kepentingan kajian tindakan dan pembangunan
profesionalisma setiap guru. Soon (2207) ada menggariskan beberapa panduan kepada pihak
pentadbir sekolah untuk memberi dorongan secara intrinsik.
i) penglibatan guru penting terhadap proses membuat keputusan;
ii) proses membuat keputusan yang demokratik dan konsentual perlu ada;
iii) nilai, kepercayaan dan matlamat perlu disebarkan;
iv) peserta diberi hak yang sama dalam perbincangan;

12

v) hak yang sama dalam menentukan dasar;
vi) hak yang sama dalam pemilihan keputusan; dan
vii) akauntabiliti dan tanggung jawab dipikul bersama

Selain daripada itu, kaedah motivasi ekstrinsik juga dapat membantu. PIPP (2006 2010) ada
menyentuh tentang penambahan kuota guru cemerlang ke gred DGA 32 dan DG 44. Ianya
juga telah dijelaskan bahawa salah satu kriteria yang akan dipertimbangkan di dalam
menentukan kenaikan pangkat ke guru cemerlang adalah kebolehan guru untuk menjalankan
kajian tindakan. Secara tidak langsung, penglibatan guru dalam kajian tindakan boleh
mendatangkan banyak manfaat terhadap pembangunan profesionalisma mereka. Kebolehan
menjalankan kajian tindakan dan bagaimana ia merupakan salah satu kriteria kenaikan
pangkat ini wajib diumumkan kepada setiap guru. Penghargaan yang diberikan kepada
mereka yang menjalankan kajian tindakan adalah munasabah umpama serampang dua mata;
satu sebagai daya tarikan menjalankan kajian tindakan dan satu lagi meningkatkan jumlah
guru yang terlibat di dalam kajian tindakan dan bukannya disebabkan oleh faktor ekstrinsik
seperti memenuhi keperluan dan menjalankan perintah pihak atasan.

Seterusnya bagi membantu menangani cabaran menjalankan kajian tindakan, setiap guru
mampu menjalankan langkah-langkah yang dicadangkan berikut. Langkah-langkah yang
disarankan ini boleh dijalankan di peringkat individu dan juga secara berkumpulan.

Di peringkat individu
Setiap guru mampu untuk memulakan usaha menjalankan kajian tindakan. Sebagai seorang
individu, guru yang berkenaan adalah tidak dikongkong oleh mana-mana pihak yang akan
membuat keputusan atau penilaian terhadap perjalanan dan hasil penyelidikan. Justeru di
peringkat individu, guru-guru adalah disarankan untuk mengambil beberapa langkah untuk
memastikan kajian tindakan mereka mampu untuk dilaksanakan dan bakal membuahkan hasil.
Langkah yang dimaksudkan adalah;
i) Memilih isu yang mampu untuk dikaji di dalam bilik darjah sendiri (tidak perlu
melibatkan pihak lain atau luar)
ii) Isu yang dipilih harus mencerminkan semangat guru tersebut untuk memperbaiki
mutu P&P di dalam kelasnya sendiri
iii) Merancang pengumpulan data atau maklumat yang tidak membabitkan masa, kos
dan sumber yang banyak
iv) Sesi perlaksanaan perancangan dan pemerhatian yang harmoni dengan perjalanan
P&P
v) Menggunapakai bahan dan sumber yang sediada untuk menjalankan kajian

13

vi) Melaporkan secara bertulis kajian tindakan amalan yang telah dijalankan dan hasil
kajian yang mencerminkan peningkatan mutu P&P kepada umum

Kesemua cadangan di peringkat individu ini merupakan langkah asas kepada perlaksanaan
kajian tindakan yang efektif. Langkah-langkah yang disarankan tersebut mudah dan mampu
diambil oleh mana-mana guru. Selain daripada itu, langkah-langkah ini sebenarnya
membuktikan kemampuan guru-penyelidik untuk sentiasa membuat refleksi dalam membuat
keputusan dan pemerhatian yang terbaik. Ini secara tidak langsung bakal mengembangkan
profesionalisma guru itu sendiri. Akhirnya, langkah melaporkan secara bertulis kepada umum
berkenaan kajian tindakan yang telah dijalankan serta hasilnya adalah sebenarnya sebuah
langkah yang besar di dalam melatih guru sebagai seorang penyelidik yang profesional. Ini
adalah kerana setiap laporan bertulis yang disediakan untuk pihak umum memerlukan
perlaksanaan kajian tindakan yang berkesan dan kebolehan menulis yang tinggi mutunya.
Sekali lagi, usaha ini boleh membantu pembangunan profesionalisma para guru dengan secara
tidak langsung.

Di peringkat kumpulan
Selain daripada peringkat individu, para guru juga disarankan untuk bertindak sebagai satu
kumpulan di dalam usaha mereka untuk menjalankan kajian tindakan. Bekerja sebagai satu
kumpulan banyak membantu terutama di dalam membuat refleksi, merancang dan membuat
pemerhatian. Kehadiran pihak lain selain diri sendiri mampu mendorong guru yang
menjalankan kajian tindakan itu untuk;
i) Membuat keputusan yang terbaik melalui perbincangan dan pemberian buah
pandangan
ii) Membuat pemerhatian yang lebih kritis melalui pemerhatian pihak yang tidak
berkepentingan di dalam proses P&P guru-penyelidik
iii) Membuat andaian berdasarkan pemerhatian yang bijak dan sewajarnya menerusi
perbincangan bersama
iv) Berkongsi bahan dan sumber yang sesuai di dalam menjalankan kajian tindakan
yang mampu menjimatkan kos dan masa
v) Merasa sentiasa bermotivasi dan terdorong untuk meneruskan usaha
memandangkan ada pihak lain yang turut sama terlibat secrara tidak langsung dan
berkongsi minat

Selain langkah-langkah secara individu, langkah-langkah secara berkumpulan yang


dicadangkan ini juga sebenarnya mempunyai kebaikan tambahan dalam mengembangkan
profesonalisma guru. Cadangan yang diberikan ini adalah berdasarkan prinsip scaffolding
yang telah diperkenalkan oleh Bruner (1962), Zone of Proximal Development yang

14

diperkenalkan oleh Vygotsky (Clay dan Cazden, 1990) dan Dialogic Pedagogy yang
dipelopori oleh Socrates di dalam senatnya yang kemudiannya diadaptasi di dalam bidang
pendidikan (Copeland, 2005).

Scaffolding adalah sebuah konsep yang menekankan kemampuan seseorang untuk mencapai
sesuatu yang lebih tinggi dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan yang mempunyai
kelebihan masing-masing berbanding jika bekerja bersendirian. Perbezaan pencapaian bekerja
bersama rakan-rakan yang mempunyai kelebihan dan pencapaian bekerja secara sendiri ini
adalah yang dimaksudkan dengan Zone of Proximal Development. Adalah dipercayai
kesemua cadangan yang tersenarai di atas merupakan pencapaian yang lebih tinggi di dalam
Zone of Proximal Development itu. Dialogic Pedagogy pula menekankan pemikiran yang
kritis dan kreatif melalui sesi dialog diantara ahli kumpulan.

Sesi dialog yang berkesan adalah sebuah perbincangan yang sentiasa dipandu oleh soalan-
soalan berbentuk Socratic (Socratic Questions) dikalangan ahli kumpulan (Alexander,
2005; Freire,1985). Antara soalan-soalan berbentuk Socratic adalah, a) soalan mengenai
soalan b) soalan mencari penerangan c) soalan mencari bukti atau bahan kepada pendapat dan
sebagainya. Maka, jelas sekali apabila guru-penyelidik perlu mencari jawapan dan membuat
keputuan yang terbaik untuk menghasilkan kajian tindakan yang berkesan, bekerja secara
kumpulan adalah penyelesaiannya. Bantuan rakan-rakan melalui scaffolding dan hasil
perbincangan melalui Dialogic Pedagogy mampu menggalakkan guru-penyelidik untuk
lebih kritis dan kreatif dalam membuat refleksi, perancangan, perlaksanaan perancangan dan
pemerhatian.

Penutup
Kertaskerja ini telah menghuraikan peranan kajian tindakan di dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Perbincangan telah dimulakan dengan keperluan kajian tindakan untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan aspirasi PPPM (2013-
2025) untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan setara dengan sistem pendidikan di
negara maju. Menurut PPPM (2013-2025), kajian yang telah dijalankan mendapati hanya 50%
pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Perkara ini telah membuktikan keperluan
para guru untuk menjalankan usaha untuk sentiasa memperbaiki kualiti mereka dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran. Salah satu usaha ynang dicadangkan adalah menjalankan
Kajian Tindakan. Dalam mengupas isu Kajian Tindakan dalam kalangan guru-guru

15

Malaysia, beberapa cabaran dalam menjalankannya telah dikenalpasti dan strategi
menanganinya juga telah dibincangkan. Adalah diharapkan kertaskerja ini telah meningkatkan
kesedaran pembaca berkenaan peranan kajian tindakan di dalam pembangunan
profesionalisma guru dan bagaimana cabaran menjalankan kajian tindakan dapat dihadapi
dengan mengamalkan strategi-strategi yang telah dicadangkan. Menariknya, strategi yang
dicadangkan juga secara tidak langsung turut mampu membantu mengembangkan
profesionalisma para guru sekaligus membantu mencapai hasrat PPPM (2013-2025) dalam
meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.

Rujukan
Alexander, R.J. (2005). Culture, dialogue and learning: notes on an emerging pedagogy.
Keynote address, International association for Cognitive Education and Psychology, 10th
International Conference, University of Durham, UK. 10-14 July 2005.

Bruner, J.S. (1962). On knowing: essays for the left hand. Cambridge: Harvard University
Press.
Clay, M.M & Cazden, C.B . (1990). A Vygotskian interpretation of Reading Recovery. In
L.C. Moll (Ed.). Vygotsky and Education. Cambridge: CUP.
Carl, W. & Kemmis, S. (1986). Becoming critical education, knowledge and action research.
London: Falmer Press.

Copeland, M. (2005). Socratic Circle: fostering critical and creative thinking in middle and
high school. Maine:Stenhouse Publishers.
Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
nd
quantitative and qualitative research. 2 ed. Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.

Ebbutt, D. (1985). Educational action research: Some general concerns and specific
quibbles. Dalam R. Burgess (ed.) Issues in educational research: Qualitative
methods. Lewes: Falmer, 152 174.

Freire, P. (1985). The politics of education: culture, power and liberation. South Hadley,
Mass: Bergin & Carvey.
Gay, L.R. & Airasian, P. (2000). Educational Research: Competencies for analysis and
th
applications. 6 Ed. Upper Saddle River: Prentice Hall.

Hopkins, D. (1985). A teachers guide to classroom research. Milton Keynes: Open


University Press.

Kagan, D. (1992). Professional growth among preservice beginning teachers. Review of


Educational Research, 62 (2).

16

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.

Mohd Hasani, D., Salleh, A.R., dan Mohammed Sani, I. (2006). Konsep Profesionalisma
Keguruan. Dalam Kesediaan Profesionalisme Guru Novis. Institut Pengajian Tinggi Awam,
Bahagian Pendidikan Guru, Jawatankuasa Penyelerasan Pendidikan Guru. Bangi: Penerbitan
Fakulti Pendidikan, UKM.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006 2010. (2006). Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya: Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Pelan Pembnagunan Pendidikan Malaysia , 2013-2025. (2013). Kementerian Pengajian


Tinggi. Putrajaya: KPT.

17

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai