Anda di halaman 1dari 15

ISU DAN ETIKA

PENGURUSAN TINGKAH
LAKU
SHAHRIL BIN MAHUSIN
IPGM KAMPUS KOTA BHARU
PITO PENDIDIKAN KHAS MASALAH
PEMBELAJARAN
AMBILAN JUN 2020/2021
PENTADBIRAN
VS
GURU PENDIDIKAN KHAS
PENTADBIRAN
□ Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat
dari segi layanan pihak pentadbir terhadap guru dan
murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua,
kurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang
senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas
mengikuti peperiksaan awam di mana ia akan
menjatuhkan graf peperiksaan awam sekolah.
PENTADBIRAN
□ Kurang persefahaman pengurusan penyelaras
pendidikan khas dengan Guru Besar / Pengetua Dialog
diantara guru pendidikan khas, Guru Besar/Pengetua
dengan Pihak Jabatan Pendidikan Khas secara
berterusan adalah perlu bagi memantapkan lagi
persefahaman tersebut selain daripada penyampaian
maklumat adalah lebih telus dan terkini.
PENTADBIRAN
□ Kurang atau tidak wujudnya perkongsian pintar diantara
pihak Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran dengan Pihak Bukan Kerajaan (NGO)
seperti The National Autism Society of Malaysia
(NASOM), KIWANIS, Sri Mengasih serta pihak swasta
yang lain menyebabkan sekolah-sekolah tersebut
adalah tidak setanding dengan kemudahan, infrastuktur
serta kemahiran yang mereka miliki.
GURU PENDIDIKAN KHAS
□ isu ruang terhad ialah gangguan pembelajaran dari kelas/kumpulan
lain dalam bilik darjah yang sama. Guru terpaksa memberi
perhatian juga kepada kelas/kumpulan murid lain dalam bilik darjah
tersebut sekiranya guru yang sepatutnya lewat atau tidak masuk
mengajar. Selain itu, gangguan juga berlaku apabila guru mengajar
murid masing – masing pada masa yang sama apatah lagi apabila
melibatkan bahan bantu mengajar seperti radio atau alat muzik.
GURU PENDIDIKAN KHAS
□ Kesediaan guru dalam membentuk kemahiran,
kecekapan dan latihan dalam menangani murid
berkeperluan khas ini juga sering menjadi isu sesetengah
ibu bapa terutamanya golongan berpelajaran tinggi.
□ Guru pendidikan khas yang dilantik dan mengajar adalah
guru dari aliran perdana yang tidak mempunyai latihan/
kursus khas mengenai pendidikan khas.
GURU PENDIDIKAN KHAS
□ Kurangnya alat bantu mengajar yang sesuai serta boleh
mengembangkan kemahiran murid juga boleh menjadi
faktor kelewatan penerimaan murid terhadap
pembelajaran.
□ Pada kebiasaannya guru hanya menggunakan
pendekatan seperti mana murid kelas perdana cuma
tahap pengajaran direndahkan sesuai dengan murid.
Pendekatan latih tubi ini sesuai bagi dikalangan murid
yang sudah boleh memegang pensel, mengenal
nombor atau huruf asas.
GURU PENDIDIKAN KHAS
□ Guru Pendidikan Khas selalunya diberikan dibebankan
dengan waktu ganti (relief class) kelas perdana. Ini akan
mengganggu perjalanan sesi pengajaran guru
Pendidikan Khas yang terpaksa meninggalkan kelas
kerana menggantikan kelas guru aliran perdana yang
tidak hadir ke sekolah.
□ Guru Pendidikan Khas juga dibebankan dengan tugas-
tugas bukan mengajar kerana dilantik memegang
jawatankuasa yang mempunyai tugasan berat seperti
setiausaha sukan di sekolah.
PENERIMAAN, PELABELAN &
LATIHAN
ISU UTAMA
□ Program intergrasi ialah murid-murid berkeperluan khas
ini diasingkan daripada kelas normal.
□ Waktu rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran
normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara
murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini.
□ Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya
berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja. Hal ini
menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat
mengenali dan memahami murid-murid yang istimewa ini.
Akibatnya murid-murid yang normal ini tidak mampu
memahami murid-murid bekerpeluan khas ini dengan
sebaiknya
ISU PELABELAN
□ Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada
golongan anak kurang upaya ini. Definisi Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka edisi keempat, pelabelan bermaksud mengecap
seseorang sebagai (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti
jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan
sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan
pandangan individu itu sendiri terhadap sesuatu perkara.
ISU PENGASINGAN
□ Isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis
pengasingan yang berlaku terhadap kanak-kanak
berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali
diletakkan sebagai kumpulan yang asing di sekolah.
□ Pengasingan dalam Pendidikan Khas bermaksud kanak-
kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak-kanak
normal di dalam sistem pendidikan dan juga dari aspek
pengajaran dan pembelajaran.
ISU LATIHAN
□ Kebanyakan guru-guru yang mengajar di Program
Pendidikan Khas adalah tidak terlatih untuk mengajar
murid-murid Pendidikan Khas. Melalui kajian yang
dilakukan oleh Aliza Alias & Mohd Mokhtar Tahar,
Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa :

“Hanya 13.3 peratus sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini
mempunyai bidang pengkhususan masalah pembelajaran. Secara
keseluruhannya 86.7 peratus guru yang mengajar dalam program ini
adalah guru yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak masalah
pembelajaran,”
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai