Anda di halaman 1dari 6

SULIT

SULIT PKUK2013P

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO)


Semester 1

KUIZ

KAMPUS : INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

ANGKA GILIRAN : 2 0 2 0 1 1 2 4 3 0 0 1 8

KOD KURSUS : PKUK2013P


PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN
KURSUS :
KOMUNIKASI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
MASA : 1 JAM
JUMLAH MARKAH : 40

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian soalan struktur (40 markah)

2. Jawab semua soalan.

1 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
SULIT PKUK2013P

KUIZ
( 40 markah )
Jawab semua soalan.

a. Murid berkeperluan khas kebiasaannya mengalami masalah komunikasi, bahasa


atau pertuturan. Menjadi tanggung jawab guru-guru bagi mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh setiap individu murid yang diajar. Oleh itu, sebagai guru anda
perlu memahami ketiga-tiga konsep ini dengan lebih terperinci.

a. Jelaskan konsep komunikasi secara umum.

Komunikasi adalah proses pemindahan pengetahuan, maklumat atau


pendapat, keperluan dan hajat yang melibatkan sekurang-kurangnya dua
oran atau lebih pihak melalui bahasa.

[5 markah]

b. Huraikan hubung kait antara konsep bahasa dan pertuturan.

Bahasa suatu sistem simbol yang digunakan dan ditetapkan untuk


berkomunikasi bagi menyampaikan sesuatu maksud Bahasa juga
mempunyai simbol-simbol arbitrari yang mana mempunyai simbol tertentu
untuk mewakil sesuatu perkara atau perwakilan benda. Bahasa juga bersifat
generatif iaitu mempunyai satu set perkataan dan peraturan-peraturan yang
ditetapkan dan persetujui oleh komuniti.
Komunikasi pula satu proses pemindahan pengetahuan atau maklumat dan
biasanya berlaku diantara dua atau lebih orang melalui bahasa yang lebih
dikenali sebagai linguistik. Biasanya komunikasi dilengkapi dengan pic,
intonasi, suara, kadar dan stres (tekanan) yang mana merupakan komponen-
komponen linguistik dihasilkan. Namun, komunikasi juga boleh berlaku tanpa
bahasa yang lebih dikenali sebagai tingkah laku pragmatik seperti mimik
muka, gerak tubuh badan, gesture tangan dan sebagainya sebagai
menyampaikan sesuatu perkara, hajat, pendapat dan komen.
Dalam aspek pertuturan pula ditakrifkan sebagai tingkah laku untuk
menghasilkan satu kod bahasa dengan membentuk pola-pola bunyi yang
sesuai. Pertuturan dibahagikan kepada dua komponen iaitu segmental

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
SULIT PKUK2013P
(artikulasi) dan bukan segmental (suprasegmental/prosody). Artikulasi yang
baik menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan yang tepat dan jelas dengan
menggunakan bibir, lidah dan lelangit. Selain artikulasi yang
sempurna,komponen bukan segmental juga dilihat dapat menghasilkan
pertuturan yang lancar dan berkesan hasil daripada intonasi, kelancaran,
kualiti suara, kelajun dan kadar pertuturan yang bersesuaian.
Kesimpulannya, ketiga-tiga komponen ini sangat penting dimana bahasa
dan pertuturan menjadi medium utama untuk berkomunikasi. Pertuturan yang
lancar dan berkesan dapat menyampaikan bahasa dan akhirnya komunikasi
wujud dalam pelbagai cara, tempat, situasi dan keadaan.

[5 markah]

b. Terdapat dua elemen pertuturan iaitu aspek segmental dan non-segmental.


Jelaskan salah satu elemen pertuturan tersebut.

Komponen non-segmental atau dikenali sebagai suprasegmental/prosodi.


Mempunyai kesan terhadap makna seperti unsur stress (penekanan), intonasi,
kelancaran, kualiti suara dan kelajuan atau kadar yang digunakn semasa bertutur.

[5 markah]

3. Komunikasi yang berkesan memainkan peranan penting dalam proses


pengajaran dan pembelajaran. Kemukakan ciri-ciri komunikasi berkesan.
a. Kesefahaman – mesej yang disampaikan difahami oleh penerima atau
pendengar. Pendengar terus membuat rangsangan.
b. Keseronokan – membantu komunikasi menjadi lebih berkesan
c. Bersifat terbuka – menerima pendapat orang lain dan mewujudkan kerjasam
serta mengelakkan dari ketidaksefahaman.

[5 markah]

3 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
SULIT PKUK2013P
4. Terdapat beberapa teori yang menjelaskan perkaitan perkembangan bahasa,
pertuturan dan komunikasi kanak-kanak seperti Teori Psiko-linguistik, Teori
Semantik-kognitif dan Teori Pragmatic-interactionist. Jelaskan salah satu teori
tersebut.

[5 markah]

Teori Pragmatik Interaksionis – Peranan Komunikasi

Teori ini berasaskan pemerhatian bahawa orang mengguna bahasa untuk


berkomunikasi. Maka ia memberi fokus terhadap fungsi komunikasi dalam bahasa.
Menurut teori ini, perkembangan bahasa berlaku semasa kanak-kanak belajar
memilih bentuk linguistik yang memboleh mereka meluahkan hajat komunikasi
dengan berkesan. Teori ini menekankan kepentingan terhadap apa yang berlaku
dalam persekitaran kanak-kanak. Kanak-kanak belajar berbahasa melalui
pendedahan kepada bahasa. Teori Pragmatik-Interaksionis kurang menekankan
peranan pengukuhan. Ia mengakui kepentingan kematangan fisiologi dalam
menentukan tahap komunikasi yang boleh dilaksanakan oleh kanak-kanak. Teori ini
boleh dianggap sebagai satu usaha untuk memberi kepentingan kepada peranan
environmen dan peranan proses biologi dalam perkembangan bahasa. Kelebihan
teori ini juga berdasarkan fakta bahawa kanak-kanak kecil boleh berkomunikasi
keperluan mereka sebelum mereka memperoleh bahasa. Tambahan pula, terdapat
bukti bahawa kanak-kanak yang mempunyai kurang peluang untuk berinteraksi
dengan orang dewasa mengalami lebih kesukaran dalam memperolehi bahasa.
Kekurangan teori ini adalah bahawa ia tidak menjelaskan bagaimana hampir semua
kanak-kanak menunjukkan pola turutan perkembangan bahasa yang serupa pada
masa yang sama. Jika kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa dalam
persekitarannya untuk input bahasa, maka adalah logikal untuk menjangka bahawa
kualiti dan kuantiti input akan berbeza, mengakibatkan output bahasa dalam
kalangan kanak-kanak turut berbeza.

5. Merujuk kepada Bloom dan Lahey (1978), bahasa mempunyai tiga komponen.
Senaraikan komponen-komponen tersebut berserta elemen-elemen yang
terdapat di dalamnya. [5 markah]
a. Bentuk (form)
b. Kandungan (content)
c. Penggunaan (use)

4 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
SULIT PKUK2013P

6. Terdapat tiga aspek penting dalam asas pemerolehan bahasa iaitu aspek
fisiologi, psiko-sosial dan kognitif. Terangkan bagaimana aspek kognitif
memainkan peranan dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak berkeperluan
khas.

i. Menurut Piaget (1952), kognitif / pengetahuan / persepsi mendahului bahasa.


Bahasa adalah salah satu fungsi simbolik yang berkembang dalam kanak-kanak
melalui ketumbuhan dan interaksi dengan persekitaran. Beberapa asas pencapaian
kognitif (seperti distancing, object permanence) harus berlaku sebelum
perkembangan bahasa di mana kanak-kanak beralih daripada dunia fizikal ke dunia
simbolik.

ii. Menurut Vyotsky (1962) bahasa dan kognitif adalah saling bergantung dan
berkembang scara berasingan. Pada peringkat awal, bahasa berlaku kerana
interaksi dengan orang lain. Kemudian ia diinternalized. Pada peringkat ini, bahasa
dan pemikiran mulai sealiran membenarkan kanak-kanak menjalankan pemikiran
abstrak dan penaakulan simbolik. Menurut Vygotsky, pemikiran tidak akan
berkembang seterusnya tanpa bahasa.

iii. Kedua-dua bahasa dan kognisi bergantung kepada kematangan fizikal. Kebolehan
berbahasa dan berfikir berkembang seiring dengan perkembangan sistem saraf
pusat. Semasa sistem saraf pusat mencapai kematangan, bahasa dan kognisi juga
berkembang dan mungkin berkembang secara berasingan. Menurut pandangan ini,
kecelaruan bahasa dan kognisi disebabkan oleh disfungsi fisiologi.

iv. Menurut Whorf (1956), bahasa mempengaruhi persepsi. Jika kita mempunyai
perkataan(bahasa) untuk memperihalkan sesuatu perkara, kita akan mempunyai
persepsi atau kefahaman terhadap perkara tersebut

[5 markah]

5 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
SULIT PKUK2013P
7. Faktor persekitaran merupakan faktor penting dalam mempengaruhi
perkembangan bahasa, komunikasi dan pertuturan seseorang kanak-kanak.
Huraikan.

Faktor persekitaran berkait rapat dengan keadaan keluarga. Perkembangan bahasa


lebi pesat sekiranya kanak-kanak membesar dalam lingkungan persekitaran yang
sihat. Jika persekitaran kanak-kanak dikelilingi dengan orang pandai dan sopan
dalam tuturkata, maka mereka terbiasa dengan percakapan yang sopan dan baik
dari segi pertuturan serta perbendaharaan yang betul dan lebih luas serta mudah
difahami dengan jelas dan berkesan.

[5 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

6 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai