Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO)


(SECARA DALAM TALIAN)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DOKUMEN YANG PERLU DITERIMA OLEH KAMPUS IPG SELEWAT- LEWATNYA 20 OGOS 2020

1. Cetak dan lengkapkan semua borang di dalam kit pendaftaran serta pos laju ke IPG
masing-masing.

1.1 Pihak kampus IPG (Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar) perlu
menerima dokumen-dokumen & gambar pelajar selewat-lewatnya pada 20
Ogos 2020.

1.2 Dokumen & gambar yang tidak diterima pada 20 Ogos 2020 akan
menyebabkan tawaran dibatalkan.

1.3 Pastikan anda membuat 1 salinan dokumen di atas untuk simpanan sendiri
sebelum dihantar ke kampus IPG masing-masing.
1.4 Semua dokumen & gambar hendaklah dipos laju kepada:

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus ..................


(u.p. Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

2. Bayaran pendaftaran pelajar baharu:-


2.1 Pecahan kadar bayaran Pendaftaran Pelajar Baharu adalah seperti berikut:-

BIL PERKARA JUMLAH CATATAN


a. FAIL 15.00 RM30.00 dibayar secara tunai di koperasi IPG
b. KAD MATRIK 15.00 semasa interaksi hari pertama secara
JUMLAH 30.00 bersemuka / fizikal.

3. Dokumen-dokumen lain yang perlu dimuat turun, dibaca, dan disimpan untuk
rujukan pelajar adalah seperti berikut:-
a. Buku Peraturan Pelajar IPG
b. Ak 174

4. Pendaftaran Calon

4.1 Pendaftaran pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian di kampus IPG
yang telah ditetapkan pada tarikh dan masa seperti yang tertera dalam surat tawaran.

4.2 Taklimat Pengurusan Pelajar Baharu akan dilaksanakan secara dalam talian
mengikut jadual dan mekanisme yang telah ditetapkan oleh kampus IPG masing-
masing.

4.3 Pelajar yang didapati mengandung atau baru melahirkan anak dan masih belum
melepasi tempoh 60 hari bersalin boleh mendaftar setelah menerima tawaran ini.
Namun, pelajar perlu mendapatkan surat perakuan daripada pihak hospital/klinik
bahawa pelajar sihat dan boleh meneruskan pengajian.

2
4.4 Calon tidak dibenarkan mendaftar sekiranya mendapat kemalangan/sakit dan
memerlukan tempoh rawatan yang panjang.

4.5 Semua pelajar WAJIB mematuhi Akta 174 dan Peraturan Pelajar Institut Pendidikan
Guru.

4.6 Pendaftaran anda terbatal sekiranya anda tidak mendaftar secara dalam talian pada
tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

4.7 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG tetapi


gagal dalam peperiksaan/tidak menamatkan pengajian dan pernah/sedang
disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan
mahkamah tidak layak mendaftar.

4.8 Calon yang tidak menghantar dokumen yang lengkap akan menjejaskan proses
pengesahan pendaftaran pelajar baharu oleh pihak kampus IPG masing-masing.

PUSAT HAL EHWAL


PELAJAR IPGM KPM
OGOS 2020

Anda mungkin juga menyukai