Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO)


PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
AMBILAN JUN 2020/2021

INTERVENSI BAHASA UNTUK


MURID BERKEPERLUAN KHAS
MASALAH GAGAP

NAMA PELAJAR : SHAHRIL BIN MAHUSIN

ANGKA GILIRAN : 2020112430018

NO. KAD PENGENALAN : 820509-06-5223

KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN KHAS (PITO) / PK2

KOD & NAMA KURSUS : PKUK2013P / PENGENALAN


BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID BERKEPERLUAN KHAS

NAMA PENSYARAH : PN. FARAH DILLA BINTI RAMLI

TARIKH HANTAR : 1 NOVEMBER 2020


PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN
2-3

INTERVENSI PERTUTURAN UNTUK MURID GAGAP


4-7

INSTRUMEN AKTIVITI MENIUP UNTUK TERAPI MURID GAGAP &


LANGKAH PENGUJIAN 8

MODUL PENGUJIAN UNTUK TERAPI MURID GAGAP


9-12

SKALA PENENTUAN UJIAN TERAPI PERTUTURAN MURID GAGAP


13

INSTRUMEN PENGUJIAN UJIAN TERAPI PERTUTURAN UNTUK MURID


BERKEPERLUAN KHAS MASALAH GAGAP (AKTIVITI BERGAMBAR) 14-16

KESIMPULAN
17-18
RUJUKAN
19

1
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

PENGENALAN

Menurut Abdul Rahim Razali (2005), kanak-kanak berkeperluan khas ialah kanak-kanak
yang mengalami kecacatan atau ketidakupayaan mempunyai peluang mendapat pendidikan
sama seperti murid yang normal dan peluang pendidikan ini terbuka kepada semua
warganegara tanpa mengira agama dan bangsa. Proses pembelajaran bahasa dalam
perkembangan kanak-kanak dilihat sangat penting agar mereka dapat berkomunikasi dengan
baik. Kemahiran komunikasi berfungsi untuk memberi atau menghantar dan menerima
maklumat antara dua individu atau lebih dalam kehidupan seharian. Bahasa merupakan alat
setiap orang untuk berkomunikasi, dalam hal ini, kanak-kanak boleh belajar sesuatu bahasa
yang baharu dengan lebih cepat daripada orang dewasa. Ini kerana, semasa kanak-kanak
membesar dan dengan otak yang masih berkembang, pembelajaran mengenai perkara-perkara
yang baharu menjadi lebih mudah bagi mereka. Ini membantu mereka membina kemahiran
komunikasi mereka. Mengembangkan kemahiran komunikasi kanak-kanak dapat membantu
mereka untuk menyatakan pendirian mereka dengan lebih jelas dan berkeyakinan kepada
orang-orang di sekeliling mereka. Kanak-kanak juga digalakkan untuk mempelajari bahasa
baharu yang akan dapat membantu mereka mengatasi masalah halangan bahasa dan
berkomunikasi dengan lebih ramai orang seterusnya dapat membantu dalam peluang kerjaya
mereka di kemudian hari.

Masalah bahasa bagi kanak-kanak masalah pembelajaran menurut Pearl L. Siedenberg


dalam Deena K. Bernstain dan Tiegerman (1993) menyatakan bahawa kelemahan bahasa
merupakan salah satu daripada ciri-ciri kanak-kanak tersebut di mana mereka akan mengalami
kelambatan dalam pertuturan dan sukar untuk memahami dan menggunakan bahasa
percakapan. Secara umumnya, masalah bahasa kanak-kanak masalah pembelajaran boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bentuk bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan
bahasa. Bentuk bahasa terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis, kandungan bahasa
dikelompok sebagai semantik manakala penggunaan bahasa dikelompok sebagai pragmatik.
Manakala, Vogel (1975) telah mengkategorikan kanak-kanak yang tidak boleh membaca ke
dalam kelompok masalah bahasa seperti berikut : Metalinguistik adalah kesedaran tentang
bahasa dan konsep-konsep linguistik. Manakala, Dena (1993) menyatakan ianya adalah
kefahaman tentang penggunaan bahasa, berfikir, bercakap tentang bahasa dan bagaimana
menggunakan bahasa sebagai alat untuk menganalisis serta menggunakannya untuk bercakap

2
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

tentang bahasa itu sendiri. Pertuturan pula adalah bentuk ekspresi bahasa yang memerlukan
kordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol
yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea,
maklumat dan bertukar-tukar fikiran atau pendapat. Menurut Kamarudin Husin (1988), bertutur
adalah aktibiti melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan dan merupakan
kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa oleh manusia. Kemahiran bertutur yang
berkesan memerlukan kanak-kanak menuturkan bentuk pertuturan yang terdapat dalam
sesuatu bahasa. Kemahiran yang perlu dikuasai termasuklah prosodi iaitu nada dan irama serta
fonem dan morfem.

Kelewatan perkembangan bahasa merupakan antara masalah dalam kalangan murid


berkeperluan khas. Contoh masalah komunikasi yang dihadapi oleh murid-murid bekeperluan
khas antaranya ialah masalah kelancaran atau dikenali sebagai gagap. Terdapat terapi dan
intervensi yang boleh dilakuakan untuk membantu murid berkeperluan khas ini dalam
memperbaiki masalah mereka hadapi. Istilah intervensi awal juga didefinisikan sebagai suatu
proses yg menyediakan perkhidmatan, pelajaran untuk menyokong kanak-kanak khas yang
telah didiagnosis mempunyai ketidakupayaan mental dan fizikal serta kanak-kanak menghadapi
masalah atau terbantut dalam perkembangan mindanya. Secara umumnya, tujuan intervensi
awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-
kanak yang mempunyai risiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal
atau mental seterusnya mempengaruhi perkembangan pembelajaran.

3
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

INTERVENSI PERTUTURAN UNTUK MURID GAGAP

Murid-murid berkeperluan khas mempunyai pelbagai masalah sama ada


ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi
kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Mereka terdiri daripada pelbagai masalah dalam
pembelajaran. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah
pembelajaran mencapai perkembangan tersebut. Oleh yang demikian, setiap murid Pendidikan
Khas yang mempunyai kelemahan, kecacatan, halangan atau rintangan tertentu yang
mengganggu mereka menjalani kehidupan seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri
dalam terapi yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh membantu
mereka dalam setiap kekurangan tersebut. Sebagai contoh, jika murid berkenaan mempunyai
masalah dalam pertuturan, dia boleh menjalani terapi pertuturan. Jika dia menghadapi masalah
dalam pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor), dia boleh didedahkan dengan terapi
fisio atau cara kerja. Intervensi yang dipilih ialah dengan pelaksanaan kaedah terapi. Kaedah
terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan
seperti doktor atau pakar kesihatan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang
boleh dijalankan sendiri oleh ibu bapa dan guru seperti terapi muzik, terapi seni, terapi
pertuturan dan terapi pergerakan. Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak
berkenaan haruslah mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui
pembacaan atau rujukan pada pakar. Terapi merupakan rawatan pemulihan ke atas pesakit
yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau kecederaan (Kamus Perubatan Mosby,
2001). Ini bermaksud terapi sangat berkait rapat dengan rawatan yang membantu seseorang
pulih semula dari kecederaan atau masalah yang dialami. Menurut konteks pendidikan pula,
terapi merupakan kaedah membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu
aktiviti atau kemahiran. Hal ini meliputi pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi
membantu murid memberi tindak balas terhadap proses pembelajaran. Jarang-jarang sekali kita
menemui kanak-kanak yang boleh bercakap dengan lancar dan baik intonasinya.
Memandangkan mereka masih di peringkat kanak-kanak, mereka hanya boleh meniru atau
mengikut percakapan orang di sekeliling mereka termasuk ibu bapa. Seawal usia satu atau dua
tahun kanak-kanak sudah mampu mengeluarkan beberapa patah perkataan yang tidak berapa
betul butir perkataannya tetapi masih boleh dijangka maksud atau perkara yang ingin

4
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

disampaikannya. Tanggapan pertama yang diberikan apabila bertemu dengan kanak-kanak


yang gagap ialah selalu ditertawakan dan sukar difahami maklumat yang ingin disampaikan.
Perlakuan seperti sering bercakap secara berulang-ulang dan tercungap-cungap untuk
menghabiskan satu ayat yang dituturkan. Kanak-kanak ini diklasifikasikan menghadapi
gangguan dalam kelancaran pertuturan atau gagap. Pertuturan tersekat, sukar mengeluarkan
perkataan, bunyi atau suku kata berulang-ulang malah ada masa berlaku sebutan terhenti dan
ayat yang ingin disampaikan tidak dapat dibina. Masalah artikulasi yang dihadapi oleh mereka
tidak membolehkan mereka bercakap dengan sempurna seperti kanak-kanak lain. Pakar kanak-
kanak mengatakan bahawa kanak-kanak gagap turut mengalami pergerakan luar kawalan pada
muka seperti mata berkedip-kedip dan gerakan pada otot pipi atau leher.

Kanak-kanak gagap ini sering rasa bimbang diketawakan kerana kebanyakan orang
yang mendengar perbualan kanak-kanak gagap ini agak lucu dan menarik perhatian. Justeru,
kanak-kanak gagap ini akan cuba mengelak keadaan tertentu seperti memberi ucapan,
bercakap melalui telefon dan melakukan persembahan di khalayak ramai. Implikasinya pada
masa hadapan ialah ia memberi kesan psikologi seperti hilang keyakinan, sering mengasingkan
diri dan enggan bergaul dengan rakan. Ramai beranggapan orang gagap menghadapi masalah
pembelajaran tetapi sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan kecerdasan otak. Bagaimanapun,
gagap boleh menjejaskan kecemerlangan dalam pekerjaan atau pembelajaran. hal ini kerana ia
berkait rapat dengan ketidakbolehan berkomunikasi dan menyampaikan buah fikiran sehingga
gagal meyakinkan orang lain. Kajian mendapati 60% kanak-kanak gagap mempunyai ahli
keluarga yang juga gagap. Selain faktor genetik,gagap disebabkan individu itu sendiri gagal
mencari perkataan yang betul, mengambil masa yang lama utk mencari butir perkataan yang
patut dituturkan, dan bercakap cepat.

Terdapat beberapa panduan untuk mengatasi gagap iaitu menerusi aktiviti membaca.
Perkara yang paling asas ialah menjadikan buku sebagai bahan utama dalam mengatasi dan
memperbaiki masalah gagap dalam kalangan murid berkeperluan khas. Aktiviti membaca juga
dapat dijadikan sebagai aktiviti mengisi masa lapang supaya sambil membaca mereka dapat
menuturkan dan membunyikan setiap perkataan yang dibaca. Setiap bait perkataan
memerlukan pembacaan yang dibaca dengan suara yang kuat. Cara membaca dengan suara
yang kuat juga dikatakan adalah kaedah yang efektif untuk mengesan perkembangan kanak-
kanak berbanding dilakukan secara senyap. Kaedah ini juga antara cara untuk membina
perbendaharaan kata, kefahaman dan keyakinan kanak-kanak untuk bertutur. Dalam

5
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah gagap, peranan ibu bapa ialah sentiasa ada
menemani ketika kanak-kanak membaca. Cari waktu yang tepat untuk duduk disisinya dan
memperbetulkan apa yang salah. secara tidak langsung boleh mengetahui kelemahan anak
dan memperbetulkan kesilapannya.

Terapi pertuturan adalah cara untuk membetulkan dan mengatasi masalah dan
gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh
faktor fizikal atau mental. Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu,
ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan
atau intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti
pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar. Terapi pertuturan juga merupakan
kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut
perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi
bahasa dan melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas
tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran
dengan melakukan terapi terlebih dahulu. Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau
intevensi awal supaya dapat membantu murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang
boleh dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan
mengetap bibir. Terapi pertuturan dapat membantu murid untuk mempunyai masalah dengan
alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing dan sebagainya. Terdapat beberapa
kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah melatih murid menguasai kemahiran
tertentu. Sebagai contoh, jika terapi pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid
menguasai kemahiran bertutur khususnya. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari
semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan. Kedua, membantu murid menghasilkan bunyi
bahasa. Terapi pertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang
lebih bermakna. Kebanyakkan murid yang mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan
bunyi yang kurang difahami oleh orang lain. Dengan pelaksanaan terapi pertuturan murid dapat
menghasilkan bunyi bahasa yang lebih bermakna. Ketiga ialah meningkatkan kefungsian
kognitif, emosi dan sosial. Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat meningkatkan
keyakinan murid untuk berhadapan dengan orang lain. Sebagai contoh, jika murid yang
mengalami masalah pertuturan, sifat rendah diri mereka untuk bergaul dengan orang lain akan
kurang. Apabila mereka dapat bertutur walaupun bukan sepenuhnya, tahap keyakinan mereka
untuk bergaul dengan orang lain akan meningkat. Selain itu, tahap kognitif mereka juga akan
meningkat daripada pengalaman bergaul dengan orang lain. Keempat ialah meningkatkan

6
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

tahap keupayaan murid. Sebagai contoh, apabila murid yang mengalami masalah pertuturan
dapat bertutur hal ini dapat memberi kesan positif dalam diri murid termasuk tahap keupayaan
murid dalam bidang lain seperti pelajaran. Kelima, membantu dan merangsang pertuturan dan
komunikasi. Terapi pertuturan ini dapat membantu merangsang alat-alat pertuturan murid dan
meningkatkan tahap komunikasi murid-murid yang mengalami masalah pertuturan. Sebagai
contoh, apabila terapi pertuturan dilakukan, secara langsung alat-alat pertuturan seperti mulut,
lidah, gigi dan gusi akan bergerak dan bertindak balas antara satu sama lain. Hal ini akan
membantu murid-murid bertutur dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Selain itu, apabila
murid-murid sudah mula menggunakan alat-alat pertuturan dengan betul, hal ini dapat
membantu murid-murid berkomunikasi dengan lebih baik. Keenam, membantu murid
menyampaikan maklumat kepada individu lain di mana terapi pertuturan dapat membantu
murid-murid menyampaikan maklumat dengan betul kepada orang lain dan meluahkan
perasaan mereka dengan cara yang betul. Sebagai contoh, apabila murid-murid bermasalah
pertuturan sudah mula pandai bertutur, mereka akan meluahkan perasaan mereka dengan
orang yang bersesuaian. Apabila mereka mahu makan, mereka akan beritahu dan tidak terus
mencapai makanan yang mereka mahu. Ketujuh, membantu meningkatkan kemahiran
sosial. Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini akan meningkatkan kemahiran sosial murid-
murid. Murid-murid akan tahu kemahiran sosial dengan lebih baik. Sebagai contoh, mereka
akan tahu cara untuk bercakap pada tempat dan situasi yang sesuai. Hal ini juga bermaksud,
mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan lebih baik apabila bergaul dengan
orang lain. Kelapan ialah memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri. Hal ini bermaksud,
murid-murid akan dapat meingkatkan diri dalam hidup dan dan dalam pergaulan apabila terapi
pertuturan ini berkesan. Sebagai contoh, apabila mereka dapat bertutur dengan lebih baik,
peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan pada tahap yang lebih tinggi akan wujud dan
keyakinan mereka. Beberapa alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ini
seperti wisel, bola ping pong, straw minuman, peniup hari jadi, lilin, kertas dan alat muzik
seperti harmonika dan rekorder boleh digunakan. Alat terapi pertuturan diberikan kepada
individu yang mengalami masalah ketidakupayaan bertutur atau mengeluarkan suara dengan
baik. Antara masalah yang diberi terapi pertuturan adalah kecelaruan perkembangan
bahasa,kecelaruan bahasa perolehan, kecelaruan bunyi pertuturan, masalah pendengaran,
kecelaruan suara, kecelaruan resonan/ sengau, kecelaruan kelancaran pertuturan, masalah
penelanan dewasa/ kanak-kanak (Dysphagia) dan kecelaruan deglutasi (feeding).

7
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

INSTRUMEN AKTIVITI MENIUP BAGI TERAPI MURID GAGAP

Alat-alat seperti belon, lilin, straw, kertas dan alatan muzik boleh digunakan dengan cara
murid membuat aktiviti meniup alat-alat menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan
keupayaan mulut kanak-kanak yang mengalami masalah gagap. Antara berikut adalah aktiviti
terapi yang boleh dilakukan menggunakan alat-alat yang dijadikan sebagai instrumen
membantu murid yang mempunyai masalah gagap. Untuk melakasanakan instrumen ini,
terdapat 10 ujian yang diboleh dirancang oleh guru di dalam kelas untuk membantu murid
berkeperluan khas yang mempunyai masalah gagap. Berikut adalah ujian-ujian yang boleh
dijalankan bagi instrumen ini:

Ujian 1 Meniup belon

Ujian 2 Meniup wisel

Ujian 3 Meniup rekorder

Ujian 4 Meniup lilin

Ujian 5 Meniup peniup hari jadi

Ujian 6 Meniup bola ping pong di dalam bekas berisi air

Ujian 7 Meniup kertas di atas meja

Ujian 8 Meniup buih

Ujian 9 Meniup straw menghasilkan corak

Ujian 10 Meniup kacang hijau dengan straw

LANGKAH-LANGKAH PENGUJIAN

Arahan untuk penguji.

1. Pengujian ini dilakukan secara peringkat demi peringkat.


2. Pengujian ini bergantung pada kesesuaian dan kondisi kesihatan murid.
3. Pengujian ini perlu dilakukan ditempat yang terbuka bagi keselesaan murid.
4. Pengujian ini tidak semestinya berlaku dalam satu masa.
5. Tandakan YA atau TIDAK pada skala pengujian.

8
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

MODUL PENGUJIAN UNTUK TERAPI PERTUTURAN MURID GAGAP

SKALA PENGUJIAN
BIL UJIAN 1
YA TIDAK
1 Meniup belon

1.1 Murid meniup belon dengan satu tiupan dan lepas.

1.2 Murid meniup belon dengan dua kali tiupan dan lepas.

1.3 Murid meniup belon dengan tiga kali tiupan dan lepas.

1.4 Murid meniup belon dengan empat kali tiupan dan lepas

1.5 Murid meniup belon dengan lima kali tiupan dan lepas.

SKOR 1

SKALA PENGUJIAN
BIL UJIAN 2
YA TIDAK
2 Meniup wisel

2.1 Murid meniup wisel dengan dua kali tiupan.

2.2 Murid meniup wisel dengan empat kali tiupan.

2.3 Murid meniup wisel dengan enam kali tiupan.

2.4 Murid meniup wisel dengan tiupan pendek.

2.5 Murid meniup wisel dengan tiupan panjang.

SKOR 2

SKALA PENGUJIAN
BIL UJIAN 3
YA TIDAK
3 Meniup rekorder

3.1 Murid meniup rekorder sekali

3.2 Murid meniup rekorder dua kali

3.3 Murid meniup rekorder tiga kali

3.4 Murid meniup rekorder dengan tiupan pendek.

3.5 Murid meniup rekorder dengan tiupan panjang.

SKOR 3

9
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

MODUL PENGUJIAN UNTUK TERAPI PERTUTURAN MURID GAGAP

SKALA PENGUJIAN
BIL UJIAN 4
YA TIDAK
4 Meniup lilin

4.1 Murid meniup sebatang lilin.

4.2 Murid meniup dua batang lilin satu persatu.

4.3 Murid meniup tiga batang lilin satu persatu

4.4 Murid meniup dua batang lilin serentak.

4.5 Murid meniup tiga batang lilin serentak.

SKOR 4

SKALA PENGUJIAN
BIL UJIAN 5
YA TIDAK
5 Meniup peniup hari jadi

5.1 Murid meniup peniup sekali

5.2 Murid meniup peniup dua kali

5.3 Murid meniup peniup tiga kali

5.4 Murid meniup peniup dengan tiupan pendek.

5.5 Murid meniup peniup dengan tiupan panjang.

SKOR 5

10
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

MODUL PENGUJIAN UNTUK TERAPI PERTUTURAN MURID GAGAP

SKALA PENGUJIAN
BIL UJIAN 6
YA TIDAK
6 Meniup bola ping pong di dalam bekas berisi air

6.1 Murid meniup 5 biji bola ping pong keluar dari dalam
bekas berisi air dalam 30 saat. Catatkan bilangan bola
ping pong yang berjaya di keluarkan.

(Skor : 1 biji mewakili 2 mata)

SKOR 6

SKALA PENGUJIAN
BIL UJIAN 7
YA TIDAK
7 Meniup kertas di atas meja

7.1 Murid meniup kertas di atas meja sehingga bergerak.

Catatkan jarak kertas yang bergerak dalam 30 saat


mengikut skala pengujian yang telah ditetapkan.

(Skala : 1 hingga 10)

SKOR 7

SKALA PENGUJIAN
BIL UJIAN 8
YA TIDAK
8 Meniup buih

8.1 Murid meniup air sabun sehingga menghasilkan buih.


Catatkan bilangan buih yang dapat murid tiup dalam 30
saat. Berikan markah mengikut skala.

(Skala : 1 hingga 10)

SKOR 8

11
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

MODUL PENGUJIAN UNTUK TERAPI PERTUTURAN MURID GAGAP

SKALA PENGUJIAN
BIL UJIAN 9
YA TIDAK
9 Meniup straw menghasilkan corak

9.1 Murid meniup straw plastik di atas kertas lukisan.


Catatkan bilangan corak yang dapat murid hasil tiup
dalam 30 saat. (Skala 1 hingga 10)

SKOR 9

SKALA PENGUJIAN
BIL UJIAN 10
YA TIDAK
10 Meniup kacang hijau dengan straw

10.1 Murid meniup kacang hijau menggunakan straw.


Catatkan bilangan kacang hijau yang dapat ditiup
melepasi garisan merah yang disediakan dalam 30 saat.

(Maksimum : 10 biji)

SKOR 10

12
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

SKALA PENENTUAN UJIAN TERAPI PERTUTURAN MURID GAGAP

MARKAH
BIL UJIAN
SKOR JUMLAH

1 UJIAN 1 10

2 UJIAN 2 10

3 UJIAN 3 10

4 UJIAN 4 10

5 UJIAN 5 10

6 UJIAN 6 10

7 UJIAN 7 10

8 UJIAN 8 10

9 UJIAN 9 10

10 UJIAN 10 10

JUMLAH SKOR KESELURUHAN 100

RUMUSAN UJIAN TERAPI GAGAP MENGIKUT SKOR

SKOR TINDAKAN PENGUJI

0 HINGGA 39 ULANG KESELURUHAN UJIAN

40 HINGGA 79 ULANG UJIAN YANG TIDAK BERJAYA SAHAJA

80 HINGGA 100 MURID LULUS PENGUJIAN

13
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

INSTRUMEN PENGUJIAN UJIAN TERAPI PERTUTURAN UNTUK MURID


BERKEPERLUAN KHAS MASALAH GAGAP

UJIAN 1 : Meniup belon

UJIAN 2 : Meniup wisel

UJIAN 3 : Meniup rekoder

14
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

INSTRUMEN PENGUJIAN UJIAN TERAPI PERTUTURAN UNTUK MURID BERKEPERLUAN


KHAS MASALAH GAGAP

UJIAN 4 : Meniup lilin

UJIAN 5 : Meniup peniup hari jadi

UJIAN 6 : Meniup bola ping pong

15
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

INSTRUMEN PENGUJIAN UJIAN TERAPI PERTUTURAN UNTUK MURID BERKEPERLUAN


KHAS MASALAH GAGAP

UJIAN 7 : Meniup kertas

UJIAN 8 : Meniup buih

UJIAN 9 & 10 : Meniup straw

16
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

KESIMPULAN

Mengatasi masalah gagap mengambil masa kerana ada juga yang kanak-kanak
masalah ini kembali menjadi gagap semula selepas menjalani terapi. Ibu bapa perlu memberi
peluang kanak-kanak gagap ini menghabiskan ayat, elakkan mengganggu semasa mereka
sedang bercakap, Beri masa kanak-kanak tersebut untuk menjawab apa yang ditanya. Selain
itu, banyakkan berkomunikasi ketika aktiviti riadah atau masa terluang supaya tahap pertuturan
mereka meningkat. Kajian juga mendapati dengan menyanyi boleh mengurangkan gagap
kerana ia salah satu terapi yang baik. Gagap adalah masalah pertuturan di mana sebutan
(biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Contoh,
gagap pada perkataan "saya" akan menjadi samaada "s-s-s-s-...s-saya" or "sa-sa-sa-sa-...-sa-
saya". Ini biasanya berlaku dengan fenom bermula dengan /p/, /b/ atau konsonent plosive yang
lain. Gagap juga merupakan proses luar sedar yang menganggu komunikasi biasa. Walaupun
terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar, dan dapat membantu sesetengah orang, mereka
yang gagap tidak dapat menghentikan proses tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan
meningkatkan lagi masalah tersebut.

Dalam bahasa Inggeris British istilah stammering merujuk kepada tersekat dan terhenti-
henti pada sesuatu perkataan atau syllables sementara istilah stuttering merujuk kepada
pertuturan berulang seperti digambarkan di atas. Gagap mempunyai variasi iaitu daripada
ringan kepada berat. Kalau dalam komunikasi, gagap merupakan salah satu gangguan
kelancaran (disritmia) dalam ujaran. Gagap adalah suatu gangguan perkataan di mana
perkataan terganggu tanpa disedari oleh pengulangan dan pemanjangan suara, suku kata,
kata, atau frasa; serta jeda yang mengakibatkan gagalnya terjemahan suara. Umumnya, gagap
bukan disebabkan oleh proses suara atau proses penerjemahan pikiran menjadi kata . Gagap
juga tak berhubungan dengan tingkat kecerdasan seseorang. Gangguan komunikasi berhubung
dengan kesukaran menghasilkan bunyi yang spesifik untuk bicara atau dengan gangguan
dalam kualiti suara. Ada yang disebut dysfluency atau stuttering atau gagap, iaitu gangguan
bicara dimana aliran bicara terganggu tanpa disedari dengan adanya pengulangan dan
pemanjangan suara, suku kata, kata atau frasa, serta jeda atau hambatan tak disedari yang
mengakibatkan gagalnya penghasilan suara.

17
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

Gagap juga didefinisikan sebagai suatu gangguan bicara iaitu seseorang yang
mengulang kata, suku kata atau frasa dalam berbicara. Orang yang gagap akan lebih sukar
untuk berbicara lancar jika mengalami stres, keletihan untuk berbicara di depan orang ramai.
Tapi kebanyakan orang yang gagap akan lebih mudah berbicara jika dalam suasana yang
santai. Beberapa tanda yang biasa ditunjukkan oleh orang yang mengalami gagap adalah saat
untuk bercakap kata, frasa atau kalimat, mengulangi kata atau suku kata, mata berkedip
dengan cepat, bibir bergerak, muka seperti gementar saat ingin berbicara, menggunakan kata
seperti 'ehmmm' dan rahang gementar.Seseorang itu dikatakan gagap apabila penyebutan
sesuatu perkataan didapati berulang ulang, terhenti henti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak
dan tulang dada. Ia disebabkan oleh gangguan pernafasan yang berpunca dari penyelarasan
otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap menyebabkan penuturnya seperti tergamam untuk
mengeluarkan sesuatu perkataan dan sering diikuti perkataan yang tergantung. Gagap berlaku
secara berselang-seli antara pertuturan normal dan mengikut ketegangan dan kelonggaran otot
pertuturan.

Program terapi pertuturan merupakan satu program yang penting bagi membantu
kanak-kanak bermasalah pertuturan dan komunikasi untuk bertutur. Guru Pendidikan Khas
perlu didedahkan proses mendapatkan perkhidmatan, proses pengesanan awal, pengetahuan
asas terapi pertuturan agar langkah-langkah yang perlu diambil bersesuaian dengan keperluan
murid. Guru Pendidikan Khas disarankan memainkan peranan lebih proaktif dalam mengesan
sebarang masalah komunikasi dalam kalangan muridnya. Guru perlu menjalankan ujian
diagnostik bagi mengenal pasti tahap dan kebolehan murid untuk berkomunikasi dan dapat
mengesan lebih awal masalah yang dihadapi oleh murid. Pemantauan secara berterusan oleh
guru terhadap perkembangan komunikasi murid bertujuan untuk mengetahui tahap murid dan
mengenalpasti keperluan murid. Guru atau pakar terapi pertuturan akan melakukan program-
program terapi secara bersistem dan berjadual. Justeru itu data-data perkembangan pertuturan
dan komunikasi murid sentiasa diperlukan. Guru juga perlu bersedia melakukan inovasi dan
teknik memberi terapi kepada kanak-kanak bermasalah pertuturan yang memerlukan perhatian
lebih bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran bertutur sedikit demi sedikit. Murid-
murid bermasalah komunikasi dan pertuturan perlu dibantu. Persekitaran murid-murid khas juga
menjadi faktor penting yang membantu perkembangan mereka. Guru Pendidikan Khas, ibu
bapa dan masyarakat perlu memastikan murid-murid ini sentiasa bertutur dan melibatkan diri
dalam pertuturan walaupun cara mereka bertutur itu tidak betul.

18
PENGENALAN KEPADA BAHASA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MURID BERKEPERLUAN KHAS PKUK2013P

RUJUKAN

Modul Program Interveni Tambah Opsyen. (2020). Pengenalan Kepada Bahasa dan Kemahiran
Komunikasi Murid Berkeperluan Khas. Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kama Shaffie, Abdul Rahim Razali, Shamsul Rizal Khalil (2019). Jurnal Tahap Amalan
Pengajaran Guru Pendidikan Khas di Malaysia. UniversitiPendidikan Sultan Idris.

Norzila Zakaria (2018), Kompilasi Kisah Masalah pembelajaran. Penerbit Universiti Sains
Malaysia. Pulau Pinang

Modul Pengajian Jarak Jauh Sarjana Pendidikan Khas. (2016). Pendidikan Khas. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim

Zamri Mahamod. Ruslan Amir. Mohamed Amin Embi.(2015). Kepelbagaian Pelajar dan
Perbezaan Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Zalizan Mohd Jelas. (2012). Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan
Amalan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Ramlan Salim (2011), Pengurusan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kuala Lumpur

Haliza Hamzah. Joy N. Samuel.(2009).Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah


Sarjana Muda Perguruan. Edisi Kedua. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Yasmin Hussain (2009), Terapi Dalam Pendidikan Khas, Pekan Ilmu Sdn.Bhd. Kuala Lumpur

19

Anda mungkin juga menyukai