Anda di halaman 1dari 27

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO)

MODUL PENDIDIKAN KHAS (UMUM)

PKUKP2063
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN DAN KESIHATAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai JUN 2020


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan


yang tidak ada kepentingan komersial, tidak
dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan
buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-
apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH
OPSYEN (PITO)

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Cetakan Jun 2020
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

KANDUNGAN
MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Hak Cipta i


Kandungan ii
Panduan Pelajar iii

Pengenalan iv

Agihan Tajuk dan Unit v


UNIT 1 Pengenalan kepada Pendidikan Jasmani Suaian

UNIT 2 Pergerakan Asas dan Manipulasi Alatan

UNIT 3 Kemahiran Asas Olahraga dan Permainan

UNIT 4 Gaya Hidup Sihat

UNIT 5 Gaya Hidup Sihat : Rekreasi dan Kesenggangan

UNIT 6 Kesihatan Diri dan Emosi

UNIT 7 Kesihatan Sosial

UNIT 8 Kesihatan Persekitaran dan Jangkitan Penyakit

UNIT 9 Keselamatan di Sekolah

Bibliografi
Panel Penggubal
Simbol Pembelajaran

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan
pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini juga memberi peluang
kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Sasaran kursus ini adalah kepada pelajar Program Intervensi Tamah Opsyen (PITO)
yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang


pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar
dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar
mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)
Perguruan Malaysia dilaksanakan secara sepenuh masa dalam bentuk Kursus Dalam
Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan
hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukkan 30-60%
daripada jumlah jam Pembelajaran Teradun. Jumlah keseluruhan jam pembelajaran
teradun ialah tidak melebihi 60% daripada keseluruhan JPP (pembelajaran teradun +
pembelajaran kendiri)

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari
Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL


Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui alat media
yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Penulisan modul ini menggunakan ikon tertentu untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas mereka akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran dilaksanakan berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Soalan peperiksaan


adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah dijajarkan kepada pentaksiran hasil
pembelajaran kursus (HPK) dalam Maklumat Kursus (MK) secara interaksi bersemuka
dan modul.

PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan Pendidikan
Jasmani Suaian dan Pendidikan Kesihatan untuk diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah.

Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan konsep pendidikan jasmani suaian dan pendidikan kesihatan MBK
merangkumi kesihatan persekitaran dan jangkitan penyakit serta keselamatan
di sekolah.
2. Mengaplikasi pendidikan jasmani suaian, penjagaan kesihatan diri dan sosial
MBK dalam program gaya hidup sihat di sekolah.
3. Membuat laporan tentang program gaya hidup sihat MBK yang dilaksanakan di
sekolah dengan rujukan dari pelbagai sumber.

AGIHAN UNIT DAN JAM PEMBELAJARAN


Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah


pembelajaran secara bersemuka dan ePembelajaran diperuntukan 30-60% daripada
jumlah jam Pembelajaran Teradun. Jumlah keseluruhan jam pembelajaran teradun
ialah tidak melebihi 60% daripada keseluruhan JPP (pembelajaran teradun +
pembelajaran kendiri).

JUMLAH JAM
(PEMBELAJARAN TERADUN)
PEMBELAJARAN
KESELURUHAN TERARAH PEMBELAJARAN TERARAH
TAJUK/ TOPIK BERSEMUKA TIDAK BERSEMUKA
(KULIAH/ 35 JAM
TUTORIAL/
AMALI)
60 JAM 25 JAM MODUL EPEMBELAJARAN
11 JAM 24 JAM

1. Pengenalan kepada 4 2 0
Pendidikan Jasmani Suaian
● Sejarah dan 2
perkembangan pendidikan
jasmani suaian
● Definisi dan konsep
pendidikan jasmani suaian

● Definisi, konsep
Pendidikan Kesihatan

● Kepentingan pendidikan
jasmani suaian

● Pengajaran &
pembelajaran pendidikan
jasmani & kesihatan di
sekolah
- Kurikulum
- Penyesuaian
- Masalah

2. Pergerakan dan 7 5 0 2
Manipulasi Alatan
● Lokomotor
- Berjalan
- Berlari
- Melompat
- Skipping
- Berjalan di kawasan
pelbagai medium
(rumput, berpasir,
berair, berbatu)

● Bukan lokomotor
- Berdiri
- Duduk
- Membongkok
- Menghayun
- Memusing
- Mengilas
- Merebah
- Bangkit
- Menjengket

● Kemahiran Manipulasi
Alatan
- Melambung
- Menyambut
- Melantun
- Meleret
- Membaling
- Menggolek
- Menendang
- Menangkap
- Imbangan
● Modifikasi pergerakan dan
manipulasi alatan

● Keselamatan dan
pengurusan
3. Kemahiran Asas Olahraga
dan Permainan
● Olahraga asas
- Undang-undang &
peraturan
- Balapan
- Padang
- Modifikasi olahraga
asas

● Permainan
- Undang-undang &
10 4 0 6
peraturan
- Modifikasi permainan
- Goal ball
- Futsal
- Boling
- Boccia
- Permainan lain yang
bersesuaian dengan
MBK

● Keselamatan dan
pengurusan
4. Gaya Hidup Sihat
● Definisi Gaya Hidup Sihat:
- Komponen dan
kepentingan gaya hidup
sihat
- Makanan &
Pemakanan 11 3 3 5
- Senaman
- Penyalahgunaan
Bahan
5. Gaya Hidup Sihat : 8 5 2 1
Rekreasi dan Kesenggangan
● Permainan melibatkan
motor halus

● Permainan melibatkan
motor kasar

● Permainan tradisional
- Ketinting
- Ayam dengan musang
- Belalang Belatuk

● Permainan Dalaman
- Catur
- Sahiba
- Monopoli
- Permainan lain yang
bersesuaian
dengan MBK

● Perkhemahan
6. Kesihatan Diri dan Emosi
● Kesihatan Diri:
- Anggota badan: sulit
dan tidak sulit bagi
lelaki dan perempuan
- Akhil baligh dan
pengurusannya

● Perasaan dan Emosi


- Jenis perasaan dan 5 2 2
emosi 1
- Hubungan emosi dan
kesihatan seksual

● Penderaan Seksual
- Definisi
- Bagaimana
menguruskan simpton
penderaan seksual
(handling disclosure)
7. Kesihatan Sosial
● Sentuhan:
- Sentuhan selamat
- Sentuhan tidak
selamat

● Kemahiran Bersosial: 5 2 2 1
- Kemahiran asas
bersosial dan
berkomunikasi
- ‘Circle relationship’
- Perhubungan serta
batas-batas
8. Kesihatan Persekitaran
dan Jangkitan Penyakit
● Persekitaran dan Kaitan
Dengan Kesihatan

● Jenis-jenis Pencemaran
- Pencemaran Udara
- Pencemaran Air
- Pencemaran Darat 5 2 0
3
● Langkah-langkah
Keselamatan dan
Pencegahan
- Hierarki Pencegahan
Pencemaran
- Panduan Keselamatan
Persekitaran
- Langkah-langkah
Pengawalan dan
Pencegahan
Pencemaran

● Penyakit Berjangkit
- Penyakit kulit
- Penyakit bawaan air
dan makanan
termasuk keracunan
makanan
- Penyakit jangkitan
seks
- Penyakit cegahan
vaksin
9. Keselamatan di Sekolah
● Peraturan Keselamatan di
Sekolah:
- Bilik darjah, kantin,
tandas, dan bilik-bilik
khas
- Persekitaran sekolah
- Bilik Khas
Kesihatan(sick bay)
Sekolah
- Peralatan dan bahan
- Prosedur rujukan
penggunaan 5 2 0 3
- Peti pertolongan
cemas:
o Bahan dan
penggunaan
o Rawatan bantu
mula yang
bersesuaian
o dengan murid
o masalah
o pembelajaran

JUMLAH 60 JAM 25 JAM 11 JAM 24 JAM

Nota: Bersemuka (B), Modul (M) dan Dalam Talian (DT)


Pengenalan kepada Pendidikan Jasmani Suaian
UNIT 1
(PJ Suaian)

1.1 Sejarah dan Perkembangan PJ Suaian


1.1.1 Dunia

Pada tahun 1883 Sekolah Perkins telah memperkenalkan pendidikan jasmani untuk
masalah penglihatan dalam bentuk latihan secara terbuka. Manakala pada tahun 1840,
mereka telah pergi ke Boston untuk latihan gimnastik bagi murid bermasalah
penglihatan dan mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan kategori tersebut.

Semasa abad ke-20, didapati ramai askar yang telah tercedera dan mengalami
kecacatan kekal serta hilang upaya semasa perang dunia telah digalakkan untuk
menyertai aktiviti fizikal dan sukan rekreasi. Ia sebagai pemulihan menjalani kehidupan
seharian seperti sedia kala sebagaimana insan lain yang normal dikenali sebagai
’Therapeutic Recreation’. Konsep ’Therapeutic Recreation’ telah berkembang secara
terancang di Amerika di mana hospital dan sekolah meneruskan penggunaan kaedah
rekreasi sebagai salah satu terapi.

Ketika salah sebuah hospital di United Kingdom menggunakan model


’Therapeutic Recreation’ Amerika, konsep kesukanan dan pertandingan bagi orang
kurang upaya telah disedari pertama kalinya oleh Guttmann di Hospital Stoke
Mandeville, England. Walaupun objektif bagi intervensi Guttmann adalah untuk
menghasilkan aktiviti rekreasi terapi pada mulanya, beliau kemudiannya menyedari
potensi sukan untuk pertandingan yang lebih luas lagi. Berikutan peristiwa tersebut,
Guttmann dan Pertubuhan Sukan Stoke Mandeville antarabangsa telah dikenali
sebagai inspirasi dan pelopor perkembangan awal sukan bagi orang kurang upaya.
Salah satu pertandingan antarabangsa yang terawal untuk orang kurang upaya
diadakan pada tahun 1948. Kelab-kelab sukan dan hospital-hospital dijemput pada
tahun itu ke Stoke Mandaville yang kebetulan pada tahun yang sama Sukan Olimpik
turut diadakan di London.

1.1.2 Malaysia
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak normal telah lama diajar di
semua sekolah kerajaan dan swasta sejak sebelum merdeka lagi. Walau bagaimana
pun tahap pengajaran telah menurun secara mendadak selepas kemerdekaan
terutamanya pada tahun 1970 an (Hamdan Mohd. Ali, 2002). Antara masalah yang
dikenal pasti ialah pengabaian mata pelajaran Pendidikan Jasmani kerana tidak diuji di
dalam peperiksaan, kekurangan guru terlatih dalam bidang ini, kemudahan dan
peralatan yang tidak mencukupi, tiada sokongan dari masyarakat sekolah dan ibu
bapa, cuaca tidak mengizinkan dan guru yang tidak jelas dengan matlamat pendidikan
jasmani (Hamdan 2002, de Vries 1995, Abu Bakar Miskon 1987, Daud Salleh 1985,
Chee Swee Ming 1985). Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang
dijalankan di sekolah-sekolah khas, walaupun terdapat garis panduan yang dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Pendidikan Khas 1979-1991 tetapi sehingga kini belum terdapat
satu garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan aktiviti tersebut di sekolah-
sekolah khas (Unit Pendidikan Khas, 1992).

PJ Suaian merupakan kursus wajib yang diperkenalkan untuk semua bakal


guru Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan khas yang ditawarkan oleh Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Lebih seribu orang guru yang mempunyai
pendedahan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian telah dikeluarkan oleh
UKM sejak kursus ini diperkenalkan pada tahun 1995.

Sehingga kini, MBK tidak diabaikan kerana Kementerian Pelajaran Malaysia


turut mewujudkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian untuk memberi peluang
kepada golongan ini mengalami proses pembelajaran yang merangkumi aspek
psikomotor, kognitif dan afektif. Oleh sebab itu, kita dapat lihat kelas khusus untuk
pendidikan khas diwujudkan dan terdapat beberapa slot dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka melibatkan PJ Suaian agar tahap psikomotor, kognitif dan afektif
mereka dapat dikembangkan dengan seimbang.

Oleh sebab MBK memerlukan pemerhatian yang lebih agar mereka dapat
dikawal dan mengelakkan berlakunya kecederaan, kebiasaannya guru-guru yang
mengajar mereka akan dibantu oleh pembantu. Senario ini biasa dilihat, kanak-kanak
yang terdiri daripada golongan ini akan dilatih di sekolah tentang cara bagaimana
untuk menggunakan fizikal dan anggota badan mereka dalam pengurusan diri.
Seterusnya, guru akan menambahkan pengetahuan mereka dengan melatih
kemahiran motor halus dan motor kasar mereka. Ianya boleh diaplikasikan dalam
sukan dan permainan yang dipelajari di sekolah. Contohnya menyambut bola besar
(kemahiran motor kasar).

Setelah didedahkan dengan kemhiran-kemahiran tersebut, mereka mampu


melakukan aktiviti fizikal yang lebih berfokus seperti aktiviti dalam sukaneka dan juga
bertanding di di peringkat lebih tinggi dalam bidang sukan bagi membuka peluang
kepada mereka mengembangkan bakat dan kemahiran yang diperolehi. Ternyata
melalui PJ Suaian, MBK dapat mengembangkan kemahiran yang ada dan melatih diri
mereka memaksimumkan penggunaan fizikal dengan betul dan selamat.

1.2 Definisi dan Konsep PJ Suaian


PJ Suaian didefinisi sebagai pelaksanaan pendidikan jasmani yang diajar berdasarkan
kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubah suai berdasarkan keperluan dan kesesuaian
MBK mengikut ketidakupayaan yang dialami. Ia merangkumi perkembangan kecergasan
fizikal dan lakuan motor, perkembangan kognitif, sosial, emosi dan afektif, serta
perkembangan kemahiran-kemahiran seperti sukan, permainan, tarian secara individu atau
kumpulan.
Konsep PJ Suaian disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional,
bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti
program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan berjaya serta mencapai kepuasan diri.
Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan PJ Suaian ialah potensi dan
keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut.

1.3 Definisi dan Konsep Pendidikan Kesihatan (PK)


Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,
meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik
supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial
dan rohani. Pengajaran dakan pembelajaran PK yang terancang dapat meningkatkan
potensi individu ke tahap kesihatan optimum (KPM, 2014).

Kesihatan diri perlu dijaga supaya MBK juga dapat hidup selesa dan gembira.
Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri
dipraktikkan dengan sebaik mungkin. Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri,
MBK dapat melakukan berbagai aktiviti yang mereka suka. Sebagai contoh, mereka
dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya mereka akan
lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang diminatinya. Selain itu,apabila
MBK menjaga kesihatan kita dengan baik, mereka dapat belajar dengan selesa dan
mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan
penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang
penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema, demam, sakit perut dan
lain-lain lagi.

Di samping itu, MBK yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang
halangan yang menyebabkan mereka tidak boleh hadir ke sekolah. Jika mereka sakit
sudah tentu mereka merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-
rakan. Mereka mungkin akan dikuarantinkan di rumah dan menyebabkan mereka
akan kerugian dalam pelajaran. Kesimpulannya, melalui penjagaan kesihatan secara
fizikal dengan baik akan membantu untuk berfikiran secara baik. Bak kata pepatah
minda yang cerdas datang daripada tubuh badan yang sihat.

1.4 Kepentingan PJ Suaian


Kepentingan PJ Suaian bagi MBK ialah untuk;
a) perkembangan, keseimbangan, diskriminasi dan integrasi deria dan fungsi
deria-motor.
b) Perkembangan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor
c) Perkembangan kemahiran kawalan objek
d) Perkembangan bermain, kesenggangan, rekreasi, sukan dan kemahiran
kecergasan fizikal
e) Perkembangan kecergasan untuk kehidupan seharian dan kesihatan
f) Menghalang dan menguruskan keadaan kesihatan diri
g) Perkembangan kemahiran pergerakan untuk hidup berdikari.

1.5 Pengajaran dan pembelajaran PJ Suaian & Kesihatan di sekolah


1.5.1 Kurikulum
Rujuk Kurikulum Pendidikan Khas di Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum.
http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/pendidikan-khas.

1.5.2 Penyesuaian
Pelaksanaan ke arah penyesuaian pendidikan jasmani suaian ini mungkin diperlukan
mengikut kebolehan, keperluan dan di tahap mana ia bersesuaian dengan
persekitaran yang melibatkan aktiviti fizikal. Di bawah disenaraikan faktor-faktor yang
perlu diambil kira dalam membina penyesuaian kepada kanak-kanak kurang upaya ini.
a. Menggunakan semua pancaindera
- teknik untuk merangsang sistem pancaindera
- terangkan secara verbal dan demo
- terangkan secara verbal, sentuh atau gerakkan anggota murid-murid
berkeperluan khas.

b. Gunakan analisis tugasan


- Kaedah analisis tugasan perlu dipraktikkan
- Mulakan dengan pergerakan pertama yang diperlukan dan terus aktiviti
- Beri klu yang membolehkan murid-murid berkeperluan khas meneruskan
aktiviti.

c. Ubah suai bahan


- Buat pengubahsuaian yang perlu sesuai dengan program
- Bina sempadan kawasan
Ubah halangan-halangan yang terdapat bagi pergerakan yang selesa.

d. Tempat
- Pilih tempat yang sesuai mengikut keupayaan murid-murid berkeperluan
khas
- Bila perlu, tempatkan murid-murid di kawasan selamat untuk bermain
- Pastikan berlaku adil semasa membuat tukaran dan pemilihan tempat.

e. Masa penglibatan
- suaikan masa dengan keupayaan murid-murid berkeperluan khas
- beri masa rehat bagi kanak-kanak yang mempunyai kurang tenaga dan
tidak larat
- Gunakan cara lain jika perlu bagi mempastikan rehat dan penyertaan
berterusan.
f. Ubah suai peraturan
- Kerjasama dalam memahami peraturan iaitu peraturan boleh ditukar
- Benarkan berjalan sebagai ganti berlari atau bolehkan menggunakan satu
tangan.

g. Ubah suai peralatan


- Sebagai satu cara memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya
- Gunakan peralatan yang panjang atau pendek yang boleh menarik
perhatian
- Tukar net bakul atau tinggi sasaran
- Gantung objek yang perlu diketuk atau tempatkan di tempat sesuai yang
dilakukan
- Gunakan peralatan yang pelbagai saiz dan berat.

h. Beli alatan keperluan khas


- Cari maklumat pembekal yang menyediakan peralatan ini
- Dapatkan peralatan yang boleh dilakukan di persekitaran sekolah.

i. Mengawasi keperluan perubatan


- Sedar tentang keperluan perubatan murid-murid berkeperluan khas
- Bersedia dengan bahaya akan pergerakan berpusing, membengkok dan
jatuh
- Ubahsuai aktiviti duduk dan baring bila diperlukan.

j. Mengubahsuai cara pengajaran


- Gunakan pengajaran rakan sebaya dan pembelajaran koperatif
- Gunakan sistem stesen untuk pengajaran dan pembelajaran.

1.5.3 Masalah
Masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani kepada MBK yang disuarakan oleh guru-guru di Program Integrasi Pendidikan
Khas dan Sekolah Pendidikan Khas adalah seperti berikut:
- Kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan
- Jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang kondusif
- Peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas
- Pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal
- Cuaca yang panas dan tidak kondusif kepada pelajar khas
- Masalah fizikal bagi pelajar-pelajar khas
- Kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas
- Tingkah laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif
- Masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan
pelajar normal.
Faktor-faktor di atas merupakan beberapa halangan yang menyebabkan
kesukaran untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani walau pun guru-guru
menyedari pentingnya aktiviti ini kepada pelajar khas. Kadang-kadang aktiviti ini tidak
dapat dijalankan langsung kerana faktor-faktur keselamatan kawasan atau peralatan
yang hendak digunakan tidak bersesuaian dan boleh membahayakan pelajar
sekiranya digunakan.

Tugasan ini akan dibincangkan semasa tutorial.


1. Banding beza kurikulum Pendidikan Khas bagi mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan mengikut kategori MBK berikut;
a. Ketidak upayaan Penglihatan
b. Ketidak upayaan Pendengaran
c. Masalah Pembelajaran

UNIT 4 Gaya Hidup Sihat


4.1 Definisi Gaya Hidup Sihat

● Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO , 1948 ) mendefinasikan gaya hidup


sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas serta
bebas dari sebarang penyakit.
● definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi faktor
fizikal dan mental yang sihat, berfungsi serta cergas dan tidak diancam oleh
sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

4.2 Komponan Gaya Hidup Sihat dan Kepentingannya


Murid MBK perlu dididik tentang Pendidikan Kesihatan supaya mereka boleh
menjadikan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka. Amalan gaya hidup
sihat membolehkan mereka menjalani hidup dengan lebih berkualiti dari aspek:
● Penerimaan positif masyarakat terhadap golongan OKU
● Badan yang sihat akan membuahkan emosi yang stabil
● Amalan gaya hidup yang sihat akan menjadi budaya dalam hidup mereka
● Membolehkan mereka berdikari dalam menjaga kesihatan diri

Komponan Gaya Hidup Sihat yang akan dibincangkan dalam modul adalah
seperti berikut

Makanan dan Penyalahgunaa


Pemakanan n Bahan

Senaman Dadah

● Sila tonton video Gaya Hidup Sihat”

● Bagaimanakah ianya boleh memainkan peranan dalam membentuk gaya hidup sihat
mereka?
● Sejauh mana setiap komponen tersebut boleh diaplikasi dalam kontek amalan di
sekolah?
Makanan dan
Pemakanan

Mengapa kita perlu makan?

• Mengekalkan kesihatan tubuh


• Kuantiti yang diperlukan sedikit tetapi masih sangat penting mengambilnya
setiap hari.
• Sumber-sumbernya seperti buah-buahan , sayur-sayuran hijau, susu, telur dan
mentega.

Senaman

4.5 PenyalahgunaanBahan –
MBK perlu didedahkan tentang dadah dan kesan penyalahgunaan dadah. Ini adalah
kerana mereka merupakan golongan yang mudah dipergunakan oleh pihak yang tidak
bertanggung jawab seperti mencuba sesuatu jenis dadah yang mereka tidak ketahui
sehingga menjadi ketagih, menjual dadah untuk mendapatkan wang. Guru harus
memperkenalkan jenis-jenis dadah dan kesan pengambilan dadah terhadap kesihatan
kepada mereka. Penyampaian maklumat boleh dilaksanakan secara tidak formal
dalam aktiviti-aktiviti atau program yang dilaksanakan di sekolah.

Baca dan fahami maklumat mengenai dadah di bawah


myhealth.gov.my/isu-penyalahgunaan-dadah/

UNIT 5 Gaya Hidup Sihat : Rekreasi dan Kesenggangan


5.1 Rekreasi dan Kesenggangan
Aktiviti rekreasi bukanlah satu konsep yang terpisah dari kurikulum pendidikan. Ia
sebenarnya aktiviti amali sebagai lanjutan daripada matapelajaran di dalam bilik
darjah. Pengetahuan mata pelajaran diintegrasikan dalam aktiviti praktikal secara
menjalani gerak kerja dalam bentuk gunaan ( applied ). Dengan kata lain, aktiviti
rekreasi mempunyai berbagai jenis aktiviti yang dapat dijadikan sumber pendidikan
yang bermatlamatkan kesuburan optimum individu. Antara aktiviti rekreasi yang sesuai
dilakukan oleh murid berkeperluan khas ialah sukaneka, perkhemahan, aktiviti
kecergasan fizikal, kembara hutan, senamrobik, bowling, berkuda, berenang, latihan
dalam kumpulan dan sebagainya.

Definisi rekreasi ialah aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi
masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan,
ketengan minda dan merehatkan badan. Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu;
i) Rekreasi dalam (in-door)
Contoh : badminto, squash, bowling

ii) Rekreasi luar (out-door)


Contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan

Definisi senggangan ialah masa terluang yang digunakan untuk melakukan


aktiviti yang menyeronokan dan memberikan kepuasan kepada seseorang individu.
Jenis-jenis kesenggangan terbahagi kepada 3 iaitu;
i) Masa terluang (free time)
ii) Masa senggang (leisure time)
iii) Penggunaan masa lapang

Oleh itu penglibatan, murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi sangatlah
digalakkan  kerana  mendatangkan pelbagai faedah kepada pekembangan kognitif,
emosi, sahsiah, bahasa, dan sosial murid-murid berkeperluan khas ini

5.2 Permainan
Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai apa-apa kegiatan yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi
perkembangan semula jadi kanak-kanak. Manakala sukan mempunyai nilai yang
tertentu di dalam kehidupan seseorang dan mempunyai kepentingan dalam kehidupan
MBK.

Permainan tradisional di Malaysia merupakan permainan yang dimainkan


oleh kanak-kanak dan ibu-bapa mereka. Ia merangkumi semua permainan suku kaum
di Malaysia dan luar Malaysia. Pada hari ini didapati permainan tradisional semakin
kurang atau tidak lagi dimainkan oleh kanak-kanak. Faktor tempat, masa dan jenis
permainan itu sendiri memberi impak terhadap perkembangan permainan tradisional.
Setiap daripada permainan tradisional ini mempunyai nilai tradisi yang tinggi terhadap
masyarakat Melayu dahulu. Permainan tradisional masyarakat Melayu merupakan
permainan warisan yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Agak malang pada
masa kini, permainan tradisional tidak lagi menjadi permainan utama bagi generasi
kini.

Ketinting Konda kindi

5.2 Perkhemahan
Perkhemahan merupakan suatu aktiviti luar yang memberi banyak pengetahuan,
latihan dan pengalaman kepada seseorang. Ia merupakan suatu penerokaan yang
dialami secara langsung oleh para peserta. Pelbagai pengalaman pahit-manis akan
ditempuhi semasa menjalani sesuatu program perkhemahan. Penganjur sesuatu
projek perkhemahan perlu bijak mewujudkan pelbagai suasana ‘adventure’ agar para
peserta dapat menangani pelbagai situasi sesuai dengan kehidupan yang penuh
dengan cabaran.
Sesuatu program perkhemahan yang akan dijalankan mestilah melalui
beberapa prosedur dan perancangan yang teliti. Perancangan yang kemas dan teratur
perlu dilaksanakan demi untuk mengelak terjadinya sesuatu perkara atau kemalangan
yang tidak diingini berlaku. Perkhemahan yang melibatkan murid-murid bermasalah
pembelajaran, sama seperti mana murid-murid normal yang lain harus mengikut
prosedur yang telah ditetapkan. Perancangan harus diambil kira dari sudut
penyusunan aktiviti, logistik, pengangkutan, keselamatan, kebajikan dan sebagainya
sesuai dengan kebolehan murid-murid berkeperlun khas.

5.2.1 Tujuan Perkhemahan


Antara tujuan perkhemahan ialah:-
i. Memberi latihan kecekapan pancaindera
ii. Memberi pengalaman baru
iii. Menikmati keindahan alam
iv. Melatih semangat tabah dan sabar menghadapi kesusahan
v. Mempraktikkan sistem sekawan
vi. Menanam dan menyuburkan kegemaran.

5.2.2 Pelaksanaan Perkhemahan


i. Penerangan/taklimat
ii. Simulasi dan tunjuk cara (demonstrasi)
iii. Perbincangan antara sekawan/berpasukan
iv. Persembahan
v. Membuat laporan

5.2.3 Pemilihan Tapak Perkhemahan


i. Mudah mendapat bekalan air dan kayu
ii. Mudah dihubungi dengan kenderaan
iii. Mudah mendapat bekalan makanan
iv. Kawasan yang bersih dan selamat
v. Hampir dengan penempatan dan mudah mendapat bantuan
vi. Kawasan yang bercerun landai

5.2.4 Surat-menyurat/Borang Berkaitan


i. Surat kebenaran daripada JPN
ii. Surat kebenaran daripada ibu bapa murid
iii. Surat kebenaran daripada ketua kampung/penghulu mukim
iv. Surat meminta polis meronda dan mengawal kawasan kem
v. Surat untuk menempat tempat berkhemah
vi. Surat kepada jurulatih/fasilitator perkhemahan
vii. Surat jemputan kepada tetamu khas
viii. Surat ucapan terima kasih/penghargaan.
ix. Borang kesihatan
x. Borang aduan.

5.2.5 Akhir Perkhemahan


i. Tempat perkhemahan mesti dibersihkan sebagaimana mula tiba.
ii. Jika menggunakan bangunaan kepunyaan orang, eloklah dipanggil tuan
rumah/orang harapannya untuk memeriksanya sebelum kita meninggalkannya
– adakah mereka berpuas hati akan kebersihan itu.
iii. Pastikan murid-murid khas sampai/pulang kepangkuan keluarganya dengan
selamat setelah mengakhiri perkhemahan.
iv. Surat terima kasih kepada orang luar yang telah memberi bantuan semasa sesi
perkhemahan dijalankan (jika ada).

Program perkhemahan untuk murid-murid berkeperluan khas hendaklah dirancang


dengan teliti dengan mengambil kira keperluan berkhemah, tingkahlaku murid,
keselamatan murid dan sebagainya seperti yang telah dibincangkan.

1. Bincangkan nilai-nilai moral yang boleh diterapkan kepada MBK melalui permainan
tradisional.
Kesihatan Diri dan Emosi
UNIT 6

6.1 Kesihatan diri


Anggota Badan: Sulit & Tidak Sulit,Akhil Baligh & pengurusaannya
Perasaan dan Emosi: Jenis Perasaan dan emosi, hubungan emosi dan
kesihatan seksual
Penderaan Seksual: Definisi, Bagaimana menguruskan simpton
penderaan seksual

a. Cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan


perapatan yang sihat antara kanak-kanak dengan individu yang rapat
dengan mereka. dan kanak-kanak dengan pengasuh serta pendidik
mereka

UNIT 7 Kesihatan Sosial

7.1 Sentuhan
Sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat
Kemahiran Bersosial:
Kemahiran Asas Bersosial dan berkomunikasi
“Circle Relationship”
Perhubungan serta batas-batas

PENYELARAS MODUL PITO (PENDIDIKAN KHAS)

Nama Pegawai Akademik

Siti Nabilah binti Kasdi Bidang Pendidikan Khas

PANEL PENGGUBAL
PKUKP2063 Pendidikan Jasmani Suaian & Kesihatan Murid Berkeperluan Khas
(MBK)

Bil
Nama Kelayakan Akademik
.
1 Dr Masitah binti Taib
2 Dr Alijah binti Ujang

SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang


dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada


pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam


modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.


Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang


lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah


dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

Anda mungkin juga menyukai