Anda di halaman 1dari 56

1

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Acara sukan lompat jauh pada asalnya dikenali dengan nama lompatan luas
atau broad jump. Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawal
tahun 708 Sebelum Masihi iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece.
Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh
Chionis, peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang
dibuat amat berlainan daripada lompatan pada masa kini. Berdasarkan bukti-
bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada zaman itu,
lompatan dibuat secara berkali-kali, sama ada lompatan dalam bentuk
multiple, double-triple atau quin-triple. Apabila Sukan Olimpik Moden
dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk sebagai acara padang bagi
salah satu acara kejohanan olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah
satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai
peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke
semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang.

Sukan lompat jauh merupakan salah satu sukan yang merangkumi aspek
kelajuan, kekuatan dan ketangkasan untuk mendarat sejauh mungkin dari
tempat pelepasan. Peserta akan berlari pada tahap maksima di atas landasan
larian landas dan melakukan lompatan sejauh mungkin melalui papan kayu
yang dijadikan sebagai tempat pelepasan (take off) dan mendarat di atas
pasir. Tempat jatuhan peserta akan ditanda dan ia menunjukkan jarak yang
dibuat oleh peserta dari tempat pelepasan. Sukan lompat jauh ini di bahagikan


2

kepada empat fasa lakuan. Ianya meliputi teknik larian landas (run), lonjakan
(take off), layangan badan di udara (flight) dan teknik mendarat (landing).
Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari
berbanding acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang
mampu melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peraturannya perlu
dipelajari dengan betul bagi mendapatkan lompatan yang baik. Ini kerana,
sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari daripada risiko kecederaan.
Justeru, ilmu pengetahuan mengenainya perlu dipelajari bagi menjamin
daripada mengalami kecederaan.

Teknik-teknik lompatan baru telah diperkenalkan daripada kajian-kajian
saintifik yang dilakukan keatasnya. Rekod lompatan terjauh, yang pada suatu
masa dahulu diramalkan menjadi rekod paling lama, kini sudah pun
diperbaiki. Atlet Amerika Syarikat, Bob Beamon telah melakukan lompatan
sejauh 8.90 meter dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico dan rekod ini
telah dipecahkan pula oleh seorang lagi peserta Amerika Syarikat, iaitu Mike
Powell di dalam World Championships Athletics (1991) di Tokyo dengan
lompatan sejauh 8.95 meter. Ini menunjukkan bahawa rekod pencapaian
sesuatu kejohanan akan sentiasa meningkat dan setiap rekod akan
dipecahkan. Semua ini disebabkan adanya bentuk latihan, pembaharuan
teknik dan keazaman yang tinggi daripada peserta itu sendiri.

Melihat kepada sejarah sukan lompat jauh, pengkaji telah melihat bagaimana
sesuatu bentuk latihan dapat membantu mempertingkatkan prestasi di dalam


3

sukan lompat jauh. Pengkaji telah mengenalpasti fasa lonjakan telah menjadi
masalah di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah
dijalankan. Sukan lompat jauh lebih banyak menumpukan kepada teknik
larian dan teknik layangan badan di udara dalam sesi latihan berbanding
teknik lonjakan (take off).

Antara faktor kebarangkalian mengapa fasa lonjakan tidak diambil tumpuan
adalah disebabkan fasa ini sukar untuk dikenalpasti kerana kemahiran
lonjakan ini berlaku dalam jangka masa yang pendek. Melalui latihan ansur
maju yang dijalankan oleh pengkaji, ternyata murid tidak mampu untuk
melonjak tinggi . Justeru, kajian ini bertujuan untuk merangka satu bentuk
latihan yang dapat meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki. Hasil pembacaan
dan rujukan pengkaji, latihan yang dapat menghasilkan kuasa ialah dengan
menggunakan latihan pliometrik. Pliometrik dikenali sebagai latihan yang
bertujuan menghubungkan kekuatan dan kepantasan untuk menghasilkan
eksplosif (jenis pergerakkan yang reaktif) iaitu merujuk kepada kuasa (Chu,
1992). Latihan pliometrik merupakan salah satu latihan yang membolehkan
otot sampai pada tahap maksimum atau boleh menghampiri kekuatan
maksimum dalam tempoh masa yang singkat. Ia menggunakan simpanan
tenaga elastik (keanjalan) daripada eccentric contraction kepada concentric
contraction.

Bagi menjalankan latihan pliometrik, pengkaji perlu mengambil kira
mengenai risiko kecederaan otot. Latihan pliometrik merupakan latihan yang
menggunakan semaksimum mungkin bahagian otot hamstring dan quadrisep


4

di bahagian kaki. Pengkaji perlu melakukan aktiviti pemanasan badan (warm
up) dan regangan otot sebelum memulakan latihan.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Ekoran dari latihan ansur maju yang dijalankan, guru mendapati semasa
menjalankan aktiviti didapati terdapat masalah di kalangan murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran tersebut.

Pengkaji telah menjalankan aktiviti ansur maju bagi kemahiran lonjakan di
dalam lakuan lompat jauh. Aktiviti tersebut dijalankan terhadap 32 orang
murid lelaki Tahun 5 Al-Ghazali. Pengkaji telah merancang tiga aktiviti ansur
maju iaitu berlari dengan mengangkat lutut tinggi, berlari dan melonjak
melepasi halangan dan berlari dan menanduk belon tergantung. Bagi aktiviti
tersebut, pengkaji mendapati terdapat segelintir murid yang tidak mempunyai
daya lonjakan. Setelah diteliti, pengkaji dapat mengenalpasti murid tersebut
iaitu seramai lapan orang. Pengkaji memberikan arahan serta demonstrasi
teknik yang betul kepada murid tersebut bagi membantu mereka memahami
bagaimana aktiviti lonjakan tersebut dilakukan. Di dalam aktiviti pertama,
iaitu berlari dan mengangkat lutut tinggi, murid tersebut tidak dapat
mengangkat lutut ke paras tinggi seperti yang dikehendaki. Mereka juga tidak
mampu untuk berlari sambil mengangkat lutut dengan baik.



5

Bagi aktiviti kedua, murid-murid tersebut menghadapi masalah untuk
melonjak melepasi halangan. Mereka hanya mampu melompat sedikit sahaja
dan tidak melepasi had ketinggian halangan yang diletakkan oleh pengkaji.
Seterusnya, bagi aktiviti menanduk belon tergantung, mereka tidak mampu
untuk melonjak tinggi untuk menanduk belon. Pengkaji merendahkan sedikit
ketinggian belon, namun murid-murid tersebut masih tidak mampu melonjak
ke tahap yang dikehendaki oleh guru. Pengkaji telah membuat andaian
kendiri bahawa murid-murid ini mampu melakukan aktiviti tersebut tetapi
mempunyai masalah di dalam kuasa ekplosif kaki. Pengkaji telah menemu
bual lapan orang murid tersebut. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak
mampu untuk melompat dan melonjak ke tahap yang diinginkan oleh guru.
Mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah diajar cara melompat dan
melakukan latihan yang dibentuk oleh guru. Sebelum ini, mereka hanya
melompat dan tidak mengetahui fasa-fasa lakuan dalam lompat jauh. Di
dalam kejohanan sukantara sekolah, mereka hanya mendapat satu markah dan
tiada markah kerana melebihi papan lonjakan.

Lantaran itu, pengkaji telah mendapat gambaran awal bahawa murid-murid
ini mempunyai masalah di dalam kekuatan otot kaki dan kuasa ekplosif kaki
untuk melompat. Pengkaji perlu merangka satu siri latihan yang dapat
membantu dan meningkatkan prestasi murid-murid tersebut terutamanya
dalam memperbaiki fasa lonjakan bagi membantu meningkatkan prestasi
lonjakan dalam sukan lompat jauh.




6

1.3 Refleksi Sorotan Literatur

Di dalam kajian ini, pengkaji telah membuat pembacaan ilmiah berkenaan
kekuatan otot dan kuasa ekplosif kaki. Setiap jenis sukan memerlukan
kecergasan fizikal bagi menjamin sesuatu kemahiran dicapai dengan baik dan
cemerlang. Kekuatan otot memainkan peranan penting kerana setiap kali
bersukan, otot akan bekerja keras dan berfungsi dalam keadaan semaksimum
mungkin bagi mencapai hasil yang terbaik. Perkara ini disokong kerana Dick
(2002) menyatakan bahawa kekuatan adalah komponen asas dalam
menentukan keberkesanan pencapaian dalam bidang sukan. Manakala
Coleman (2002) menyarankan bahawa kekuatan perlu diberi keutamaan
sebelum melatih kemahiran, kelajuan, kuasa dan daya tahan. Tanpa asas yang
kuat pada tubuh badan, atlet tidak mampu beradaptasi dengan bentuk latihan
kelajuan atau kuasa yang berintensiti tinggi. Selain itu, tanpa asas kekuatan
yang baik, atlet juga tidak mampu untuk melakukan latihan yang berulang-
ulang untuk meningkatkan kemahiran dan daya tahan otot (Asmadi, 2007).
Fox dan Mathews (1981) menjelaskan bahawa kekuatan adalah kemampuan
otot atau sekumpulan otot dalam mengatasi rintangan bagi menghasilkan
daya atau kerja. Baechle (1994) mendefinisikan kekuatan otot sebagai
kemampuan otot atau sekumpulan otot menghasilkan daya pada tahap
kelajuan tertentu. Bompa (1999) pula menyatakan bahawa kekuatan adalah
kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi rintangan.
Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa kekuatan otot
adalah merujuk kepada kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk


7

mengatasi jumlah beban yang dikenakan bagi menghasilkan daya (Asmadi,
2007).

Bagi mendapat lompatan yang maksimum, kuasa eksplosif kaki diperlukan
kerana otot akan menghasilkan momentum lonjakan yang tinggi. Bagi sukan
lompat jauh, keperluan kekuatan dan kuasa ekplosif kaki merupakan
keperluan bagi mencapai kejayaan. Di dalam konteks ini, kekuatan otot dan
kelajuan pergerakan memainkan peranan penting untuk menghasilkan kuasa
otot (Asmadi, 2007). Kuasa boleh ditakrifkan sebagai kekuatan yang
dibahagikan dengan masa yang diambil untuk melakukan sesuatu pergerakan.
Kuasa ialah jumlah kerja yang dilakukan dibahagikan dengan perubahan
masa. Kuasa juga boleh ditakrifkan sebagai tindakan kekuatan dan kelajuan
dalam pergerakan (Croxdale & Morris, 2007). Gabungan antara komponen
kecergasan fizikal iaitu kelajuan dan kekuatan otot akan menghasilkan kuasa
otot. Manakala kuasa eksplosif gerakan pula dapat diaplikasikan daripada
kerja otot menentang kelajuan rintangan (Bompa, 1999). Penggunaan kaedah
latihan yang berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa eksplosif otot dengan
lebih efisien. Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa terdapat
beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa
otot antaranya ialah latihan bebanan dan latihan pliometrik (Zatsiorsky, 1995;
Hewet, 1996;Scott, 1999; Rimmer & Slievert, 2000). Melihat kepada
kenyataan-kenyataan daripada kajian terdahulu, pengkaji melihat latihan
pliometrik adalah kaedah latihan terbaik untuk meningkatkan keupayaan
kuasa eksplosif kaki murid.



8

Sejarah latihan pliometrik mula diperkenalkan pada tahun 1960 oleh Yuri
Veroshanki, seorang jurulatih atlet warga Russia. Kejayaan beliau dalam
latihan ini terbukti apabila atlet Russia, Valery Borzov telah berjaya di dalam
acara pecut 100 meter dan 200 meter. Hasil kejayaan itu, latihan pliometrik
mula menjadi perhatian dan Yuri Veroshanki dipanggil sebagai bapa
penelitian pliometrik (Godfrey,2006). Istilah Plyometrics adalah kombinasi
perkataan yang berasal dari bahasa Latin, iaitu plyo dan metrics yang
bermaksud peningkatan yang dapat diukur (Chu,1992). Meskipun istilah itu
mulai dikenalkan sejak pertengahan tahun 1960 atau 1970an, Bompa (1999)
menyatakan bahawa latihan plyometric sudah diamalkan pada jangka waktu
yang lama. Hal ini kita ketahui dengan pasti kerana kanak-kanak telah
bermain lompat tali atau lompat scotch, bentuk-bentuk permainan seperti
latihan pliometrik. Pliometrik dikenali sebagai latihan yang bertujuan
menghubungkan kekuatan dan kepantasan untuk menghasilkan eksplosif
(jenis pegerakkan yang reaktif) iaitu merujuk kepada kuasa (Chu, 1992).

Latihan pliometrik adalah berasaskan latihan kepantasan dan kekuatan
dengan beban tetap (berat badan) dan latihan yang mendorong kepada
pergerakkan yang pantas dan isipadu (set dan ulangan latihan) (Hedrick,
2003). Latihan pliometrik adalah subset kepada stretch-shorten cycle yang
menekankan peningkatan julat regangan pergerakkan yang pantas dan
maximal ballistic activation of muscle (LaChance, 1995). Jurulatih yang
melaksanakan program latihan pliometrik harus memikirkan prinsip latihan
asas apabila merancang program latihan tersebut. Latihan pliometrik mestilah
spesifik untuk setiap atlet berdasarkan jenis sukan yang diceburi. Jurulatih


9

akan memberi tindakbalas kepada atlet bagaimana prestasi dalam
melaksanakan latihan tersebut. Kaedah latihan yang berkesan hendaklah
melalui suatu proses perancangan latihan yang sistematik bagi mendapatkan
kesan latihan yang maksimum (Zatsiorsky,1995).

Hasil daripada pembacaan ilmiah ini, pengkaji telah merumuskan bahawa
kaedah latihan pliometrik merupakan langkah terbaik dan sesuai untuk
dijadikan program bagi memperbaiki teknik lonjakan kepada murid yang
bermasalah . Pengkaji akan merangka bentuk latihan yang bersistematik dan
bersesuaian dengan responden supaya kesan latihan dapat meningkatkan
prestasi lonjakan kaki responden.















10

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Fokus kajian ini adalah untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah di
dalam fasa lonjakan di dalam kemahiran sukan lompat jauh. Melalui kaedah latihan
pliometrik, murid-murid dapat meningkatkan kuasa eksplosif kaki. Pengkaji juga
berharap murid-murid dapat memahami konsep latihan yang sesuai dan bersistematik
dapat mempengaruhi pencapaian di dalam prestasi mereka.

2.1 Tinjauan Masalah

Sebelum melakukan kajian, pengkaji telah membuat tinjauan awal
permasalahan dengan melihat permasalahan tersebut dari pelbagai aspek.
Pengkaji ingin memastikan permasalahan yang dikaji dapat memberi kesan
jangka panjang terhadap murid-murid malahan untuk diaplikasikan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sukan lompat jauh.

2.1.1 Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian pengkaji di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran lepas, pengkaji mendapati subjek mempunyai masalah
dalam melakukan aktiviti lonjakan yang melibatkan kuasa eksplosif
otot kaki. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
pendidikan jasmani yang dijalankan, pengkaji telah melihat beberapa
orang murid kerap melakukan kesalahan semasa proses ansur maju


11

latihan kemahiran lonjakan bagi sukan lompat jauh. Beberapa aktiviti
ansur maju pada sesi perkembangan menunjukkan beberapa
responden tidak dapat menguasai kemahiran melonjak untuk melepasi
halangan-halangan di dalam aktiviti tersebut.


Rajah 1: Kesalahan-kesalahan sepanjang aktiviti lonjakan

Rajah 1 menunjukkan pemerhatian awal yang dijalankan oleh
pengkaji, terhadap murid-murid yang bermasalah dan diasingkan
daripada kumpulan murid yang lain. Pengkaji meminta murid-murid
bermasalah tersebut melakukan aktiviti tersebut dengan baik. Namun,
murid-murid tersebut tetap melakukan kesalahan yang sama seperti
hilang kawalan badan, jatuh, melanggar kon dan tidak berjaya
melepasi halangan.






12

2.2 Analisis Masalah

Selepas meneliti kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid
tersebut, pengkaji telah membuat refleksi kendiri dengan melihat punca
masalah tersebut berpunca daripada kekuatan kaki murid, iaitu berkaitan
kuasa eksplosif untuk melonjak ke udara. Bagi memastikan andaian pengkaji
tepat, satu sesi temubual dijalankan selepas sesi P&P bagi melihat respon
daripada murid berkenaan.

Jadual 1: Transkrip temu bual umum
Respons
Pengkaji Kenapa cikgu tengok awak susah sangat nak menguasai
kemahiran tadi? Kamu ada masalah atau awak sengaja
buat-buat tak boleh?
Murid 1 Memang saya tak boleh, cikgu. Saya dah cuba, tapi tak
mampu, saya rasa malas dah ni, cikgu.
Murid 2 Susah la, cikgu. Ni sampai rasa sakit dah kat belakang peha
saya. Saya tak main-main pun cikgu suruh tadi.
Murid 3 Tak mampu la, cikgu. Saya memang tak boleh.
Murid 4 Minta maaf, cikgu. Saya tak nak dah buat.


Daripada jadual 1, pengkaji telah dapat membuat kesimpulan awal bahawa
andaian awal pengkaji adalah tepat. Empat murid yang ditemu bual secara
umum menunjukkan mereka memang tidak berupaya menguasai kemahiran


13

lonjakan tersebut. Dengan ini, pengkaji telah merumuskan bahawa masalah
ini perlu dikaji kerana penguasaan kemahiran lonjakan amat penting di dalam
sukan lompat jauh, malahan kepada sukan-sukan yang lain seperti lompat
tinggi, lompat kijang dan sebagainya.

2.2.1 Ujian Pengesanan

Setelah pengkaji mengenal pasti masalah yang dihadapi murid, ujian
pengesanan dilakukan dengan lebih terperinci bagi mendapatkan
sampel kajian yang bermasalah untuk dijadikan responden terhadap
kajian yang akan dijalankan. Dengan menggunakan ujian lompat jauh
berdiri sebagai instrumen pengesanan sampel, pengkaji telah
membuat saringan terhadap murid Tahun Lima Al-Ghazali dan
mengenal pasti lapan sampel yang bermasalah.





14


Rajah 2: Ujian pengesanan sampel

Rajah 2 menunjukkan murid-murid Tahun Lima Al-Ghazali menjalani ujian
pengesanan awal melalui kaedah ujian lompat jauh berdiri bagi melihat skor
mereka. Melalui ujian pengesanan ini, pengkaji dapat mengenalpasti murid
yang benar-benar bermasalah dan dijadikan responden untuk sampel kajian.

Lonjakan badan adalah teknik yang dilakukan pada fasa lonjakan sebelum
melayangkan badan di udara. Lonjakan memerlukan kusaa eksplosif kaki
yang bertenaga untuk membawa berat badan ke udara. Oleh itu pengkaji
ingin melihat bagaimana latihan pliometrik dapat membantu subjek dalam
meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki. Satu bentuk latihan pliometrik iaitu
standing jump over barrier dan bentuk ujian iaitu lompat jauh berdiri
digunakan ke atas responden. Pengkaji telah membuat pembacaan ilmiah
berkenaan latihan pliometrik dan kaitannya dengan kuasa eksplosif kaki, dan
dapat melihat dengan jelas bahawa tindakan ini dapat memberi peluang
penambahbaikan di dalam penguasaan murid di dalam sukan lompat jauh.




15

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah berhasrat untuk mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Umum.
3.1.1 Untuk meningkatkan kuasa eksplosif kaki.

3.2 Objektif Khusus.
3.2.1 Untuk membentuk satu bentuk latihan pliometrik yang sesuai dengan
murid dan mencapai objektif kajian.
3.2.2 Untuk mempertingkatkan kuasa eksplosif kaki bagi murid yang
menghadapi masalah.

3.3 Untuk mencapai fokus dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan
jawapan kepada persoalan berikut:
3.3.1 Adakah bentuk latihan yang dirancang dapat meningkatkan prestasi
murid dalam ujian yang dijalankan?
3.3.2 Adakah bentuk latihan yang dijalankan dapat menyelesaikan masalah
yang dihadapai oleh murid di dalam penguasaan kemahiran lonjakan
lompat jauh?



16

3.4 Batasan Kajian.

Kajian ini terbatas terhadap murid lelaki Tahun Lima Al-Ghazali di Sekolah
Kebangsaan Seri Budiman II pada sesi 2011. Masalah yang timbul adalah tertumpu
kepada responden yang mengalami masalah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan pengkaji. Dengan ini, segala dapatan kajian tidak boleh
digeneralisasikan dengan lain-lain responden di tempat lain.




















17

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian telah dijalankan ke atas lapan orang murid lelaki Tahun Lima Al-Ghazali,
SK Seri Budiman II, Kuala Terengganu, yang telah dikenal pasti mempunyai
masalah di dalam fasa lonjakan sukan lompat jauh di dalam fasa perkembangan
ansur maju sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.





















18

5.0 TINDAKAN

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah mengaplikasikan model
Kemmis dan McTaggart (1988) untuk mengumpul dan menganalisis data. Proses
kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang
hendak ditangani. Pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi
masalah dan melaksanakan pelan yang dihasilkan. Dalam proses pelaksanaannya,
pengkaji perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan
pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat
diatasi, maka pengkaji perlu memulakan proses semula ke Gelungan Kedua dengan
proses yang sama tetapi corak latihan dan frekuensi diubah supaya bersesuaian
dengan objektif kajian sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua
pengkaji perlu mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan yang telah
dijalankan.

Rajah 3: Model Kemmis dan McTaggart (1988)


19

Rajah 3 menunjukkan gelungan proses tindakan mengikut Model Kemmis dan
McTaggart (1988) di mana pengkaji telah mengambil langkah mereflek, merancang,
bertindak dan memerhati. Pengkaji telah merangka satu pelan tindakan hasil adaptasi
daripada model tersebut.



Rajah 4: Pelan Tindakan mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1988)

Pengkaji telah meneliti permasalahan yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) bagi kemahiran lompat jauh. Hasil daripada catatan refleksi,
pengkaji mula meneliti masalah yang timbul dan mengkaji permasalahan tersebut.
MEREFLEK
pengkaji telah melakukan
refleksi tehadap sesi P&P yang
telah dijalankan.
MERANCANG
pengkaji telah merancang
program latihan pliometrik
enam minggu hasil dari
pembacaan dan rujukan.
BERTINDAK
pengkaji bertindak dengan
mengaplikasi program latihan
yang dirancang terhadap
responden yang telah
dikenalpasti.
MEMERHATI
pengkaji membuat pemerhatian
dengan mengumpul data
melalui skor ujian dan sesi
temubual.


20

Apabila pengkaji telah mengenalpasti masalah yang timbul, tindakan selanjutnya
ialah merancang untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Di
dalam proses merancang, pengkaji telah membuat semakan literatur dan meninjau
kajian-kajian terdahulu berkenaan masalah di dalam kemahiran lonjakan lompat
jauh. Perancangan yang disusun mengambil kira semua aspek terutamnya berkaitan
keselamatan responden. Setelah meneliti dan membuat pembacaan yang teliti, satu
program latihan telah dirangka iaitu latihan pliometrik. Protokol dan prosedur latihan
dibentuk supaya dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki serta memastikan
responden mudah memahami hasrat pengkaji. Seterusnya, pengkaji mula bertindak
dengan melakukan latihan pliometrik enam minggu terhadap responden. Sepanjang
proses latihan berlaku, pengkaji telah merekod data temubual bersama responden
bagi melihat keberkesanan latihan. Selain itu, skor ujian pra dan pos turut direkodkan
bagi melihat peningkatan prestasi responden terhadap program latihan yang
dijalankan. Setelah selesai tempoh latihan pliometrik dan ujian pos lompat jauh
berdiri, pengkaji telah menganalisis data dari segi pemerhatian dan skor data yang
diperolehi bagi melihat keberkesanan latihan dan peningkatan prestasi di dalam fasa
lonjakan setiap responden.

5.1 Prosedur Tindakan

Responden akan menjalani latihan pliometrik di bawah pengawasan
pengkaji selama tiga kali seminggu selama enam minggu. Latihan
pliometrik dijangka akan berjalan pada 28 Mac 2011 sehingga 06 Julai
2011. Pengkaji akan menggunakan masa sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani di waktu pagi atau masa terluang murid pada waktu


21

petang. Pengkaji akan menggunakan 30 minit setiap pagi untuk
melaksanakan latihan pliometrik yang dirancang. Seterusnya, pengkaji juga
akan melakukan latihan tersebut pada sebelah petang iaitu antara jam 1.30
petang hingga 2.00 petang. Secara keseluruhannya, pengkaji akan
melakukan latihan tersebut selama 90 minit dalam tempoh tiga kali
seminggu. Tempoh 30 minit bagi setiap sesi tersebut meliputi sesi regangan
otot selama lima minit, latihan pliometrik selama 20 minit dan gerak kendur
selama lima minit.

National Association for Sports and Physical Education (NASPE) (2005)
menjelaskan bahawa prinsip latihan perlu memanipulasikan bentuk latihan
dan juga jumlah set dan pengulangan. NASPE juga menyatakan bentuk
latihan yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 9-11 tahun mengikut garis
panduan FITT (fitness, intensity, time, type) ialah:

Jadual 2: Jadual prinsip latihan mengikut garis panduan FITT

Umur 9- 11 tahun
Kekerapan (frequency) 2 -3 hari per seminggu
Intensiti (intensity) paling ringan
Masa (time) sekurang-kurangnya 1 set ( perlu lakukan 2 set ),
6-15 kali ulangan, sekurang-kurangnya 20-30 minit.
Jenis (type) kumpulan otot major







22

Chu (1992) telah menggambarkan skala intensiti untuk latihan pliometrik
seperti berikut:

High
Depth jumps
Box drills
Multiple hops and jumps
Standing jumps
Low Jumps-in-place
Exercises


Rajah 5: Skala intensiti latihan pliometrik




Berdasarkan kepada prinsip latihan mengikut garis panduan FITT dan skala
intensiti latihan pliometrik, pengkaji telah merangka protokol program latihan
yang bersesuaian dengan umur responden. Melalui tindakan protokol ini,
responden dapat melakukan sesi program latihan dengan teratur dan
sistematik.








23

Jadual 3: Protokol program latihan pliometrik enam minggu

Minggu
Latihan
Drill Pliometrik
Set x
Ulangan
Intensiti
Latihan

Minggu 1 Standing Jump Over
Barrier
2 x 8 Rendah
Minggu 2 Standing Jump Over
Barrier
2 x 8 Rendah
Minggu 3 Standing Jump Over
Barrier
2 x 8 Rendah
Minggu 4 Standing Jump Over
Barrier
2 x 8 Rendah
Minggu 5 Standing Jump Over
Barrier
2 x 8 Rendah
Minggu 6 Standing Jump Over
Barrier
2 x 8 Rendah


5.1 Cara Mengumpul Data


5.1.1 Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah yang sesuai untuk
mengumpul data dan maklumat :
Borang Skor Ujian
Soal Selidik Berstruktur






24

5.1.2 Berikut ialah alat kajian atau instrumen yang digunakan untuk
program latihan pliometrik dan mengukur kekuatan dan kuasa
eksplosif kaki responden yang terlibat :
Latihan pliometrik (standing jump over barrier)
Ujian Lompat Jauh Berdiri

5.1.3 Alatan dan kemudahan bagi latihan pliometrik (standing jump over
barrier) dan ujian lompat jauh berdiri ialah:
Pita lekat
Pita ukur
Skitel 30 sm
Penanda
Pembaris panjang
Pelapik getah
















25

5.1.4 Pengurusan dan organisasi:
Latihan pliometrik.


Rajah 6: Latihan pliometrik standing jump over barrier

Lapan skitel 30 sm disusun secara selari di atas padang.
Jarak di antara skitel adalah 1 meter.

Prosedur:
1. Latihan ini dijalankan dengan murid memakai pakaian dan kasut sukan
yang sesuai.
2. Responden 1 (R1) akan berdiri dalam keadan sedia di garisan permulaan.
3. Kedua-dua belah kaki dirapatkan dengan keadaan selesa.
4. Lutut dibengkokkan.
5. Hayun kedua dua belah tangan.
6. Lompat melepasi ketinggian skitel dengan membawa berat tubuh badan
ke hadapan.
7. Serap daya lompatan dengan membengkokkan lutut dan merendahkan
pusat graviti tubuh.


26

8. Ulang langkah 3 7 sehingga selesai di garisan penamat.
9. Responden 2 (R2) akan bergerak selepas R1 selesai hingga ke garisan
penamat.
10. Latihan akan ditamatkan sekiranya R1 :-
- Tidak melepasi skitel.
- Melompat dengan sebelah kaki.
- Menyentuh skitel.
- Tidak dapat meneruskan lompatan dan berhenti

Ujian lompat jauh berdiri.









Pita pengukur

Rajah 7: Organisasi ujian lompat jauh berdiri

Prosedur:

1. Responden wajib memakai pakaian dan kasut sukan yang bersesuaian.
2. Murid berdiri di belakang garisan mula dalam keadaan sedia.
3. Kaki dibuka seluas bahu dan mengikut keselesaan responden.


27

4. Rendahkan tubuh dengan membengkokkan lutut.
5. Hayunkan tangan dan lompat dengan membawa berat tubuh ke
hadapan.
6. Mendarat dengan menyerap daya lompatan dengan membengkokkan
lutut.
7. Berdiri statik untuk diambil ukuran lompatan.
8. Ujian akan terbatal sekiranya :
a. Murid melompat dengan sebelah kaki.
b. Melompat melebihi garisan mula.

5.3 Cara Menganalisis Data

Responden juga diminta untuk melengkapkan butiran-butiran peribadi diri yang
disediakan seperti nama, berat, tinggi, dan umur. (Rujuk Lampiran C). Setelah
selesai mengisi borang yang disediakan para responden bersedia untuk menjalani
ujian pre-test pada hari pertama di minggu yang pertama. Sebelum melakukan ujian
ini subjek diminta untuk melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan
terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan. Selesai sahaja
ujian tersebut para responden akan menjalani program latihan pliometrik enam
minggu yang telah ditetapkan oleh pengkaji mengikut jadual yang telah dirancang.
Responden akan diambil kedatangan setiap kali latihan dijalankan dengan mengisi
kad kedatangan yang telah disediakan oleh penyelidik.



28

Jadual 4: Norma Ujian Lompat Jauh Berdiri
TAHAP
TAHAP 2
10 TAHUN 11 TAHUN 12 TAHUN
Cemerlang
LEBIH DARI
175.55
LEBIH DARI
183.31
LEBIH DARI
192.04
Sangat Baik
151.70
175.54
157.52 183.30 170.26 192.03
Baik
127.85
151.69
131.71 157.51 148.51 170.27
Sederhana
104.00
127.84
105.92 131.70 126.75 148.50
Lemah
KURANG
DARI 103.99
KURANG DARI
105.91
KURANG DARI
126.74

Jadual 4 menunjukkan norma ujian bagi lompat jauh berdiri dengan meletakkan lima
tahap pencapaian iaitu lemah, sederhana, baik, sangat baik dan cemerlang.
Penganalisisan data bagi kajian yang dijalankan ini ialah dengan menggunakkan
norma yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Ujian
Talent Identification (TID)

Setelah selesai sahaja latihan dijalankan pengkaji sekali meminta para responden
untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan. Motifnya ialah untuk mengelakkan
dari berlakunya sebarang kecederaan yang tidak diingini terjadi. Di akhir setiap
kali latihan dijalankan para responden akan dibekalkan dengan minuman berglukosa.



29

Pada akhir ujian kecergasan ini sekali lagi para responden akan menjalani ujian.
Ujian ini dipanggil ujian post-test atau ujian selepas, di mana setelah selesai
mengharungi latihan selama enam minggu bagi melihat sama ada terdapat sebarang
peningkatan ataupun tidak. Sekali lagi ujian lompat jauh berdiri akan dijalankan bagi
membandingkan keputusan ujian sebelum dan selepas latihan. Data akan diambil dan
diproses ke dalam program berbantukan komputer.





















30

6.0 ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

Dapatan kajian pra dan pos akan dilakukan pengkaji dengan menggunakan ujian
lompat jauh berdiri. Setelah melakukan ujian, pengkaji akan merujuk kepada skala
markah keseluruhan berdasarkan norma ujian lompat jauh berdiri untuk menentukan
tahap pencapaian responden bagi tujuan pemerolehan data. Ujian akan dilaksanakan
sebelum dan selepas tamat tempoh rawatan latihan. Rawatan yang diberi kepada
subjek ialah dengan menjalani latihan pliometrik iaitu standing jump over barrier.
Pengkaji akan membandingkan hasil dapatan tersebut bagi melihat keberkesanan
rawatan.

Hasil dapatan data akan dianalisis menggunakan perisian berbantukan komputer
bagi melihat keberkesanan latihan terhadap responden. Selain itu, pengkaji akan
membuat soal selidik separa berstruktur bagi mengetahui kesan latihan terhadap
responden dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh latihan. Gred-gred
yang diperolehi melalui norma akan dianalisis oleh pengkaji. Memandangkan
pengkaji menggunakan data kuantitatif, maka pengkaji akan menggunakan analisis
berbentuk deskriptif. Analisis deskriptif mengkehendaki pengkaji mencari kekerapan
dan peratusan serta min dan sisihan piawai bagi data yang diperolehi.





31

6.1 Adakah bentuk latihan yang dirancang dapat meningkatkan
prestasi murid dalam ujian yang dijalankan?

6.1.1 Analisis Data Ujian Pra dan Pos

Dalam mengumpulkan data kajian,satu borang telah diedarkan kepada
semua responden. Borang tersebut mengandungi nama, jantina, berat,
tinggi, Body Mass Index (BMI) dan data-data tentang latihan dan ujian
lompat jauh berdiri yang akan dijalani.(Rujuk Lampiran A). Setelah
selesai menjalankan ujian pra dan pos terhadap semua responden, data
mentah yang dicatat dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan
nilai min, sisihan piawai dan peratusan data. Data yang berbentuk
kuantitatif telah dianalisis menggunakan perisian berbantukan
komputer.

Jadual 5: Kumpulan responden, bilangan, umur dan jantina
Kumpulan Bilangan Umur Jantina
Tahun 5 Al-Ghazali Lapan Orang 10 Tahun Lelaki

Jadual 5 di atas menunjukkan data yang berkaitan dengan responden
untuk kajian ini yang terdiri daripada kumpulan murid tahun empat di
Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2. Bilangan responden adalah


32

seramai lapan orang. Umur responden kesemuanya berusia 10 tahun.
Responden yang di uji hanya terdiri daripada jantina lelaki sahaja.

Jadual 6: Skor ujian pra mengikut responden
Sampel
Skor Ujian Pra
Percubaan Skor Terbaik Tahap
R1 152 156 149 156 Baik
R2 140 138 136 140 Baik
R3 155 162 160 160 Sangat baik
R4 142 140 138 142 Baik
R5 152 147 150 152 Baik
R6 128 132 131 131 Baik
R7 124 121 121 124 Sederhana
R8 142 140 145 145 Baik





33


Rajah 8: Markah ujian pra bagi setiap responden.

Hasil analisis ujian pra lompat jauh berdiri, pengkaji telah melakukan dengan
memberikan tiga percubaan kepada responden. Daripada tiga percubaan
tersebut, skor terbaik akan diambil kira sebagai skor ujian untuk dianalisis.
Responden mempunyai tiga peluang percubaan dan bagi setiap percubaan
responden bebas mengambil masa untuk memastikan skor yang diperoleh
menunjukkan prestasi terbaik responden. Jadual 6 menunjukkan seorang
sampel sahaja mendapat skor pada tahap sangat baik (157.52 183.30cm),
enam responden berada pada tahap baik (131.71 157.51cm), dan seorang
berada pada tahap sederhana (105.92 131.70cm). Ukuran tahap adalah
merujuk kepada norma ujian lompat jauh berdiri ujian Talent Identification
0
20
40
60
80
100
120
140
160
180
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8
S
k
o
r


Responden
Markah Ujian Pra
Markah Ujian Pra
140
156
160
142
152
131
124
145


34

(TID). (Rujuk Lampiran G). Daripada analisis ini, pengkaji telah membuat
ramalan awal supaya selepas menjalani latihan pliometrik enam minggu,
responden akan memperolehi peningkatan skor dan berada pada tahap
sekurang-kurangnya sangat baik (157.52 183.30cm). Penekanan akan
diberikan secara khusus sepanjang latihan dan faktor ralat diambil kira
supaya tindakan yang dilakukan pengkaji memperolehi peningkatan skor.

Jadual 7: Markah ujian pos bagi setiap responden
Sampel
Markah Ujian Pos
Percubaan Skor Terbaik Tahap
R1 176 174 177 177 Sangat Baik
R2 155 152 157 157 Sangat Baik
R3 180 180 181 181 Sangat Baik
R4 159 157 157 159 Sangat Baik
R5 169 172 170 172 Sangat Baik
R6 159 162 158 162 Sangat Baik
R7 162 165 163 165 Sangat Baik
R8 179 179 177 179 Sangat Baik



35


Rajah 9: Markah ujian pos bagi setiap responden.

Merujuk kepada analisis ujian pos, pengkaji telah melihat peningkatan skor
ujian selepas tempoh latihan pliometrik. Jadual 7 menunjukkan semua
responden mencapai tahap skor sangat baik (157.52 183.30cm). Skor
minimum telah dicapai oleh R2 dengan lompatan sejauh 157cm, diikuti oleh
R4 sejauh 159cm, R6 sejauh 162cm, R7 sejauh 165cm, R1 sejauh 177cm, R8
sejauh 179cm dan skor maksimum telah berjaya dicapai oleh R3, iaitu sejauh
181cm. Daripada hasil ujian pos, pengkaji telah membuat perbandingan
dengan skor ujian pra.




145
150
155
160
165
170
175
180
185
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8
S
k
o
r

Responden
Markah Ujian Pos
Markah Ujian Pos
177
157
181
159
172
162
165
179


36

Jadual 8: Perbandingan markah ujian pra dan pos setiap responden
Responden Ujian Pra Tahap Ujian Pos Tahap
R1 156 Baik 177 Sangat Baik
R2 140 Baik 157 Sangat Baik
R3 160 Sangat baik 181 Sangat Baik
R4 142 Baik 159 Sangat Baik
R5 152 Baik 172 Sangat Baik
R6 131 Baik 162 Sangat Baik
R7 124 Sederhana 165 Sangat Baik
R8 145 Baik 179 Sangat Baik


Jadual 8 menunjukkan peningkatan skor ujian antara ujian pra dan ujian pos.
R1,R2,R4,R5,R6 dan R8 menunjukkan peningkatan daripada tahap baik
dengan purata skor baik (131.71 157.51cm), kepada tahap sangat baik
dengan purata skor sangat baik (157.52 183.30cm). R3 telah menunjukkan
peningkatan dari segi skor ujian, tetapi masih berada pada tahap yang sama
iaitu sangat baik. R7 menunjukkan peningkatan yang mendadak apabila
meningkat dariapada tahap sederhana kepada tahap sangat baik.



37


Rajah 10: Perbandingan markah ujian pra dan pos setiap responden.

Rajah 10 di atas menunjukkan graf bagi ujian sebelum dan ujian selepas ujian
lompat jauh berdiri untuk komponen kekuatan dan kuasa eksplosif kaki. Graf
menunjukkan semua hasil keputusan bagi setiap responden yang di uji iaitu
seramai lapan orang. Berlaku sedikit peningkatan terhadap semua responden
bagi skor ujian selepas. Pengkaji mendapati peningkatan skor keseluruhan
bagi semua responden berlaku dengan peratus keseluruhan sebanyak 14.88%.






0
20
40
60
80
100
120
140
160
180
200
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8
S
k
o
r

Responden
Perbandingan Skor Ujian Pra dan Pos
Ujian Pra
Ujian Pos


38

Jadual 9: Jadual min dan sisihan piawai bagi ujian pra dan ujian pasca
RESPONDEN SKOR UJIAN PRA SKOR UJIAN POS
Min 143.75 169
Responden N 8 8
Sisihan
Piawai
12.268 9.457

Jadual 9 menunjukkan bacaan nilai min bagi skor ujian pra keseluruhan
responden adalah 143.75cm. Bagi ujian pos, nilai bacaan min bagi skor ujian
pos keseluruhan responden ialah 169cm. Jadi, dapat disimpulkan bahawa
terdapat peningkatan skor min bagi keseluruhan responden bagi ujian pra dan
ujian pos. Bacaan nilai sisihan piawai bagi ujian pra ialah 12.268 manakala
bacaan nilai sisihan piawai bagi ujian pos ialah 9.457. Situasi tersebut
menggambarkan serakan skor bagi semasa ujian pra adalah lebih besar
berbanding serakan skor semasa ujian pos.


Rajah 11: Perbandingan skor min bagi ujian pra dan ujian lompat jauh berdiri
130
135
140
145
150
155
160
165
170
175
Ujian Pra Ujian Pos
S
k
o
r

m
i
n

Ujian pra dan pos
Skor Min Ujian Pra Dan Pos
Graf Min
143.75
169


39

Kesimpulannya, merujuk kepada Rajah 11, terdapat peningkatan nilai min
tahap penguasaan kuasa kaki responden di dalam ujian lompat jauh berdiri
yang dijalankan. Latihan pliometrik enam minggu yang dijalankan oleh
pengkaji menunjukkan keberkesanan terhadap responden dengan peningkatan
daripada segi min skor ujian pra 143.75 kepada min skor ujian pos 169.
Peningkatan min skor adalah sebanyak 25.25 iaitu 14.95%.















40

6.2 Adakah bentuk latihan yang dijalankan dapat menyelesaikan masalah
yang dihadapai oleh murid di dalam penguasaan fasa lonjakan lompat
jauh?

6.2.1 Analisis Transkrip Temu Bual Berstruktur
Sesi temu bual dijalankan melalui dua peringkat iaitu temu bual awal
dan temu bual akhir. Temu bual awal diadakan sebelum latihan
pliometrik dijalankan dan temu bual akhir diadakan selepas tamat ujian
pos terhadap semua responden yang terlibat. Sesi temu bual dijalankan
secara berstruktur dengan pengkaji telah menetapkan matlamat temu
bual dijalankan disamping mengambil kira penerangan responden
mengenai perasaan mereka terhadap program latihan yang dijalankan.
Sesi temu bual ini berbentuk santai dengan guru menetapkan soalan-
soalan yang ingin diajukan sambil mengambil keterangan lain daripada
responden. Tujuan dan rasional sesi temu bual ini dijalankan ialah
untuk melihat samada bentuk latihan yang diadakan dapat membantu
murid mengatasi masalah mereka di dalam menguasai fasa lonjakan
lompat jauh.

6.2.2 Analisis Transkrip Temu Bual Awal
Temu bual awal dijalankan selepas ujian pra di dalam bilik kaunseling.
Tujuan pengkaji menjalankan temu bual selepas ujian pra ialah untuk
menunjukkan prestasi murid tanpa menjalani sebarang latihan khusus
untuk menjalani ujian pra tersebut.


41

Temu bual diadakan secara berstruktur, iaitu soalan disediakan oleh
pengkaji bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan disamping
mengambil kira soalan-soalan lain secara semi-formal. Pengkaji telah
menyediakan empat soalan yang hendak diajukan kepada semua
responden. Tujuan temu bual awal ini diadakan ialah untuk mencungkil
persepsi dan pendapat responden terhadap keberkesanan sistem latihan
terutamanya terhadap masalah prestasi kekuatan dan kuasa eksplosif
kaki.

Jadual 10: Transkrip temu bual awal
Respons

Pengkaji

Apakah perasaan kamu apabila melihat keputusan
ujian lompat jauh berdiri yang telah cikgu jalankan?
Responden 1 Tak puas hati, cikgu.
Responden 2 Dekat sangat, nak buat sekali lagi.
Responden 3 Tak boleh jauh la, cikgu.
Responden 4 Dekat, cikgu. Orang lain jauh lagi.
Responden 5 Nak buat lain, cikgu
Responden 6 Nak buat lain.
Responden 7 Tak puas hati ni, cikgu. Buat semula.
Responden 8 Dekat la, cikgu.




42


Pengkaji

Adakah kamu tahu sebab dan masalah yang
menyebabkan keputusan awak sebegini?
Responden 1 Tak tahu la, cikgu. (sambil tersenyum)
Responden 2 Kaki saya tak kuat nak lompat, cikgu.
Responden 3 Kaki tak kuat, cikgu.
Responden 4 Rasa dok rok la, cikgu. (dialek Terengganu)
Responden 5 Saya memang tak suka lompat-lompat ni, cikgu.
Responden 6 Saya rasa lemah nak lompat, cikgu.
Responden 7 Ntahsebab tak pernah main macam ni, cikgu.
Responden 8 Sama jekaki dok rok cetong. (dialek Terengganu)

Pengkaji Adakah kamu pernah menjalani latihan untuk
meningkatkan kuasa eksplosif kaki kamu?
Responden 1 Tak pernah,cikgu
Responden 2 Sama la, cikgu. Tak pernah pun.
Responden 3 Tak, cikgu.
Responden 4 Tak pernah langsung, cikgu.
Responden 5 Saya tak minat, cikgu.
Responden 6 Tak, cikgu.
Responden 7 Tak, cikgu.
Responden 8 Dop, cikgu.







43


Pengkaji

Adakah kamu berminat mengikuti latihan pliometrik,
iaitu latihan khusus untuk memperbaiki prestasi
kamu?

Responden 1 Kalau cikgu yang ajar, saya nak. (dengan nada seronok)
Responden 2 Tak tahu la cikgu, saya malas la.
Responden 3 Tak jadi menda gak, cikgu
Responden 4 Malas la saya, cikgu.
Responden 5 Main bola sedap lagi, cikgu
Responden 6 Saya nak, cikgu
Responden 7 Boleh, cikgu
Responden 8 Saya ikut cikgu jer.

6.2.3 Analisis Temu Bual Awal

Pengkaji telah menentukan soalan bagi mendapatkan jawapan yang
menjurus kepada kehendak kajian. Jadual 10 menunjukkan hasil temu
bual semua responden yang mempunyai masalah berkaitan dengan
prestasi mereka. Hasil ujian pra lompat jauh berdiri menjadi rujukan
kepada prestasi awal mereka. hasil temu bual mendapati murid tidak
berpuas hati dengan pencapaian mereka. Responden turut mengakui
mereka mempunyai masalah di dalam menguasai kemahiran melonjak
untuk mendapatkan skor yang baik. Pengkaji turut melihat punca
permasalahan ini berkaitan dengan perkembangan responden di dalam


44

penguasaan kuasa ekplosif kaki memandangkan responden tidak
pernah menjalani latihan berkaitan dengan aspek kuasa eksplosif kaki.
Responden juga berminat untuk menjalani latihan bagi memperbaiki
prestasi mereka.

Jadual 11: Analisis Kekerapan Temu Bual Awal.
Items Kekerapan

Prestasi skor ujian pra
Skor tidak mencapai tahap yang diingini.

8
Masalah kuasa eksplosif kaki
Lemah di dalam lonjakan

8
Tidak pernah menjalani latihan
Tiada latihan khusus berkaitan kuasa
eksplosif kaki

8
Berminat menjalani latihan
Memperbaiki prestasi
Menyelesaikan masalah

4

Jadual 11 menunjukkan hasil analisis temu bual awal yang dijalankan
pengkaji. Di dalam item pertama sesi temu bual tersebut, semua
responden menyatakan skor ujian pra lompat jauh berdiri tidak
mencapai tahap yang diingini. Bagi item kedua, pengkaji mengajukan
soalan berkenaan masalah yang menyebabkan skor mereka tidak


45

mencapai tahap terbaik. Semua responden menjawab masalah tersebut
berpunca daripada kekuatan kaki mereka, iaitu merujuk kepada kuasa
eksplosif kaki yang lemah. Mereka bersependapat masalah tersebut
berpunca apabila tidak mampu untuk melonjak tinggi bagi mencapai
skor terbaik. Bagi item ketiga, pengkaji telah mengajukan soalan
berkenaan latihan yang pernah dijalani oleh responden pada masa
lalu, khusus pada bahagian kaki. Semua responden menyatakan
mereka tidak pernah menjalani latihan khusus untuk meningkatkan
kuasa eksplosif kaki mereka. Di dalam item yang keempat, hanya
empat responden berminat untuk menjalani latihan yang akan
dijalankan. Empat responden lain beranggapan, latihan tidak mampu
merubah skor ujian mereka kerana faktor lain seperti malas dan tidak
mahu berusaha memperbaiki prestasi mereka.

6.2.4 Analisis Transkrip Temu Bual Akhir.

Pengkaji menjalankan sesi temu bual akhir bersama semua responden
selepas selesai tempoh latihan pliometrik enam minggu dan ujian pos
lompat jauh berdiri. Tujuan dan rasional pengkaji ialah untuk
mendapat maklum balas berkenaan latihan yang dijalankan dan
keberkesanan latihan tersebut terhadap masalah yang dihadapi
responden.





46

Jadual 12: Transkrip temu bual akhir
Respons

Pengkaji

Apakah perasaan kamu selepas melihat
peningkatan skor di dalam ujian tadi?
Responden 1 Bangga la cikgu. Banyak tu.(sambil menunjukkan
kad skor)
Responden 2 Seronok, cikgu. Tak sabar nak tunggu main lagi.
Responden 3 Tak sangka la, cikgu.
Responden 4 Seronok, rasa nak buat lagi.
Responden 5 Gagah, cikgu.
Responden 6 Seronok, cikgu.
Responden 7 Boleh dah wakil sekolah ni, cikgu. (sambil tersenyum)
Responden 8 Sedap tengok markah, cikgu.

Pengkaji Adakah kamu rasa masalah kamu dah selesai?
Puas hati tak?
Responden 1 Puas hati dah ni, cikgu. Nak sama dengan markah
cikgu dahhehe. (sambil ketawa)
Responden 2 Selesai la cikgu. Skor dah sampai tahap ni.
Responden 3 Puas hati, cikgu.
Responden 4 Puas, cikgu. Patot cikgu buat awal lg sebelum
sukantara.
Responden 5 Yakin sikit nak lompat, cikgu. Memang puas hati.


47


Responden 6

Suka la, cikgu. Sebab apa cikgu tak buat masa awal-
awal lagi?
Responden 7 Puas hati, cikgu. Orang tak gelak dah tengok saya
lompat.
Responden 8 Sedap la, cikgu. Puas hati. Dop caye rasa(dialek
Terengganu)

Pengkaji Adakah kamu setuju kalau cikgu cakap faktor
kejayaan kamu ni hasil latihan yang kita jalankan
bersama?
Responden 1 Memang dah, cikgu. Selalu lompathaha (sambil
ketawa)
Responden 2 Memang la, cikgu.
Responden 3 Cikgu la.
Responden 4 Setuju sangat-sangat, cikgu.
Responden 5 Memang la, cikgu. Cikgu kan bijakhaha (sambil
ketawa)
Responden 6 Latihan yang kita buat kan, cikgu.
Responden 7 Memang. Saya setuju.
Responden 8 Setuju, cikgu.

Pengkaji Adakah kamu yakin, dengan latihan yang kita
jalani selama enam minggu ini, dapat membantu
kamu dalam sukan lompat jauh akan datang?


48


Responden 1

Yakin, cikgu.
Responden 2 Patut cikgu buat awal lagi.
Responden 3 Yakin, cikgu.
Responden 4 Boleh menang dengan darjah lima lagi, cikgu.
Responden 5 Yakin sangat la, cikgu.
Responden 6 Sama la, cikgu. Yakin jugak.
Responden 7 Sekarang yakin, cikgu.
Responden 8 Yakin, cikgu.


6.2.5 Analisis Temu Bual Akhir

Di dalam sesi temu bual akhir, pengkaji telah meletakkan matlamat temu bual
untuk melihat keberkesanan program ke atas masalah kuasa eksplosif kaki
mereka. Hasil analisis temu bual telah dibentuk di dalam jadual kekerapan
bagi memudahkan analisis data dijalankan.







49

Jadual 13: Analisis kekerapan temu bual akhir.
Items Kekerapan
Prestasi skor ujian pos
Skor mencapai tahap yang diingini

8
Masalah kuasa eksplosif kaki
Dapat diatasi dengan baik

8
Jalan penyelesaian masalah
Menjalani latihan khusus berkaitan kuasa
eksplosif kaki

8
Berminat menjalani latihan
Memperbaiki prestasi
Meningkatkan prestasi akan datang

8

Jadual 13 menunjukkan jadual kekerapan bagi empat item temu bual akhir
yang dijalankan ke atas lapan responden. Pengkaji telah menetapkan item
soalan bagi sesi temu bual akhir bagi melihat sejauh manakah keberkesanan
program latihan pliometrik enam minggu terhadap masalah responden di
dalam penguasaan kemahiran lonjakan. Bagi item pertama sesi temu bual
tersebut, semua responden menyatakan mereka mendapat skor terbaik bagi
ujian pos yang dijalankan. Semua responden telah melihat perubahan yang
berlaku apabila mereka mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan.
Data ujian pra dan pos ujian lompat jauh berdiri menunjukkan peningkatan,
dan semua responden berpuas hati dengan pencapaian tersebut. Bagi item
kedua, pengkaji melihat peningkatan yang berlaku hasil dari latihan
pliometrik yang dijalankan telah membantu menyelesaikan masalah


50

responden. Respon yang diterima menunjukkan responden berpuas hati dan
merasakan program latihan tersebut banyak membantu mereka menguasai
kemahiran lonjakan lantas menghasilkan skor terbaik. Item ketiga, pengkaji
melihat hasil perubahan yang berlaku menunjukkan keberkesanan latihan
tersebut. Hasil temu bual yang dijalankan menunjukkan semua responden
bersetuju dan menyatakan hasrat supaya latihan ini terus dijalankan. Di dalam
item keempat, pengkaji mendapati semua responden berminat untuk
meneruskan latihan kerana melalui latihan ini, mereka dapat merasai dan
melihat perubahan yang positif dan berharap latihan ini diteruskan untuk sesi
akan datang.
















51

7.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Di dalam bab ini, pengkaji telah membuat kesimpulan bagi setiap dapatan data yang
dianalisis. Setiap dapatan data yang diperoleh telah mencapai objektif dan menjawab
persoalan kajian.

7.1 Adakah bentuk latihan yang dirancang dapat meningkatkan
prestasi murid dalam ujian yang dijalankan?
Peningkatan skor ujian pos di dalam ujian lompat jauh berdiri
menunjukkan program latihan pliometrik yang dijalankan oleh
pengkaji berkesan terhadap lapan responden tersebut. Program latihan
ini adalah sangat signifikan dalam meningkatkan keupayaan
responden di dalam kuasa eksplosif kaki. Hasil kajian lampau juga
menunjukkan bahawa latihan yang boleh digunakan untuk
meningkatkan kuasa otot adalah latihan pliometrik (Rimmer &
Slivert, 2000). Dengan menggunakan latihan pliometrik standing
jump over barrier, usaha meningkatkan kuasa eksplosif kaki
responden telah berjaya. Kejayaan kajian ini bergantung kepada jenis
latihan pliometrik yang sesuai dengan keupayaan responden dengan
meneliti set dan ulangan latihan. Latihan pliometrik adalah berasaskan
latihan kepantasan dan kekuatan dengan beban tetap (berat badan) dan
latihan yang mendorong kepada pergerakan dan isipadu (set dan
ulangan) (Hendrik, 2003). Tempoh latihan selama enam minggu turut
menjadi faktor kejayaan di dalam peningkatan skor responden.


52

Latihan selama enam minggu merupakan latihan yang ekonomi
(paling singkat) untuk melihat kesan latihan (Turner, 2003).

Melihat kepada skor ujian pra dan pos, peningkatan skor ujian adalah
jelas apabila setiap responden menunjukkan kesan positif. Keputusan
skor ujian pra lompat jauh berdiri menunjukkan pencapaian seorang
responden di tahap sederhana,lima responden berada pada tahap baik
dan seorang sahaja di tahap sangat baik. Selepas menjalani latihan
pliometrik, keputusan skor ujian pos lompat jauh berdiri menunjukkan
peningkatan positif apabila semua responden sudah berada pada tahap
sangat baik. Nilai min bagi ujian pra ialah 143.75 dan min ujian pos
ialah 169. Nilai peningkatan min keseluruhan responden ialah
15.385% membuktikan bahawa perlaksanaan latihan pliometrik
berkesan di dalam meningkatkan kuasa eksplosif kaki.

7.2 Adakah bentuk latihan yang dijalankan dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapai oleh murid di dalam penguasaan fasa
lonjakan lompat jauh?
Hasil kajian menunjukkan bentuk latihan yang dijalankan pengkaji
dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid di dalam
penguasaan fasa lonjakan. Masalah yang dihadapi oleh responden
lebih tertumpu kepada keupayaan kuasa kaki di dalam melakukan
lonjakan yang berulang-ulang. Sesi temu bual yang dijalankan turut
menunjukkan responden mempunyai masalah di dalam penguasaan


53

lonjakan kerana tidak berupaya untuk melonjak. Responden dapat
mengenal pasti masalah yang dihadapi apabila ujian pra lompat jauh
berdiri yang dilakukan menunjukkan skor mereka yang tidak
mencapai tahap yang diingini. Dengan menggunakan kaedah temu
bual, pengkaji telah mencungkil persepsi responden tentang skor ujian
pra mereka. Hasilnya, responden mengakui mereka lemah di dalam
aktiviti melompat yang menggunakan kuasa eksplosif kaki. Setelah
menjalani latihan pliometrik yang dijalankan pengkaji, peningkatan
skor ujian pos lompat jauh berdiri menyebabkan responden merubah
persepsi berkenaan masalah yang mereka alami. Hasil temu bual akhir
membuktikan responden bersetuju bahawa kaedah latihan yang dipilih
berkesan di dalam meningkatkan kuasa eksplosif kaki.

7.3 Kesimpulan
Hasil analisis data yang dijalankan, pengkaji berjaya membuktikan
latihan pliometrik yang dirancang oleh pengkaji berhasil
meningkatkan skor ujian lompat jauh berdiri. Perancangan yang teliti
dari segi jenis, intensiti dan set latihan diambil kira bagi memastikan
latihan pengkaji berkesan. Temu bual yang dijalankan turut
membuktikan latihan pliometrik berkesan di dalam menyelesaikan
masalah responden di dalam penguasaan kuasa eksplosif kaki.





54

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Setelah selesai dan memperolehi hasil dalam menjalankan kajian tindakan ini,
pengkaji ingin membuat beberapa saranan kepada kajian akan datang yang untuk
menjalankan kajian berlandaskan kajian ini. Bagi menghasilkan kajian yang baik dan
berkualiti, seseorang pengkaji perlu berhati-hati memilih latihan yang ingin
dilakukan sama ada menjurus kepada objektif kajian. Terdapat pelbagai latihan di
dalam Pendidikan Jasmani tetapi pemilihan latihan haruslah menepati kehendak
objektif kajian supaya kesan latihan yang dilakukan mendapat kesan maksimum
terhadap responden.

Kajian akan datang juga perlu memantau subjek untuk menjalani latihan yang telah
ditetapkan. Sekiranya pengkaji tidak mampu berbuat demikian, pengkaji boleh
menyuruh individu yang boleh dipercayai bagi memantau responden menjalani
latihan. Apabila ada pemantauan, responden akan menjalani latihan dengan
bersungguh-sungguh. Jesteru, ia akan mengelakkan terdapat sebarang ralat dalam
pemerolehan keputusan kelak. Selain itu, pengkaji yang akan datang mestilah
memberi penerangan tentang prosedur kajian dengan jelas teratur kepada subjek. Hal
ini adalah bagi mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan kepada subjek.

Bilangan responden yang lebih besar dicadangkan untuk kajian yang lebih luas dan
menyeluruh. Pengkaji dapat mewujudkan kumpulan responden kawalan dan
kumpulan responden rawatan. Melalui kaedah ini, keputusan kajian kajian dapat
menguji keberkesanan latihan pliometrik ini dengan lebih tepat dan jelas. Selain itu,
kajian ini juga dapat digeneralisasikan kepada bilangan populasi.


55

Pengkaji juga menyarankan agar bagi kajian seterusnya, latihan yang dikenakan
perlu mengambil kira aspek keselamatan terutamanya aspek kecederaan otot. Asmadi
(2007) menyatakan bahawa kecederaan serius akan berlaku disebabkan oleh jenis
latihan pliometrik yang digunakan melebihi keupayaan otot. Kesimpulannya, jenis
latihan dan intensiti latihan yang dipilih haruslah bersesuaian bagi mengurangkan
risiko kecederaan.




















56

SENARAI RUJUKAN

Asmadi Ishak. (2007). Kesan Periodisasi Model Non-Linear Latihan Pliometrik dan
Latihan Bebanan Terhadap Kuasa Otot Kaki Pada Atlet Bola Tampar
Universiti.Diperoleh pada April 17, 2011, daripada
http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/KesanPeriodisasi.htm

Ahmad Wafi. (1996). Seri Teras Sukan Olahraga Padang. Kuala Lumpur: Godmark
Enterprise.
Bompa, T.O. (1999). Periodization: Theory and Methodology of Training (4th Ed.).
Champaign: Human Kinetics.

Baechle, T.R. (1994). Essentials of Strength Training and Conditioning: National
Strength and Conditioning Association. Champaign: Human Kinetics.

Chu, Donald. A., Jumping into Plyometrics. Champaign, Illinois: Human Kinetics
Pub., 1992.

Croxdale, K., Morris, T. (2007). Plyometric Bench Press Training for More Strength
and Power. Diperoleh pada April 17, 2011, daripada
www.plyobenchpress.htm

Helen Tan. (1997). Manual Olahraga. Selangor: Setiakawan Sdn Bhd

Hedrick, A., Dahoda, J., Rogers, R., Bennett, S., (2003), Learning From Each Other:
Plyometric Training, Strength and Conditioning Journal, Vol. 25 (6), pp.
53-54

National Association for Sports and Physical Education. 2005. (2nd ed.). The
Physical Best Teachers Guide. Physical Education for Lifelong Fitness.
United States of America: Human Kinetics

Richard Godfrey. (2006)Detraining Why a change really is better than a rest p.1.
Diperoleh pada April 17, 2011, daripada
(http://www.pponline.co.uk/encyc/detraining.htm)

Rimmer, E., & Slievert, G. (2000). Effective of a Plymetrics Intervention Program on
Sprint Performance. The Journal of Strenght and Conditioning Researh,
14(3) , 295-301

Turner, A., (2003) Improvement in Running Economy After 6 Weeks of Plyometric
Training, Journal of Strength and Conditioning Research, 2003, 17(1), 60
67

Anda mungkin juga menyukai