Anda di halaman 1dari 11

BUKU CERITA

AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG KEPADA KANAK-KANAK

ALFAD DENGAN SANG LOBAK MERAH


1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLIS.
KDPM-KDC KEMAS/PERPADUAN (PENGAJIAN PRASEKOLAH) NOVEMBER 2010

KERJA KURSUS PROJEK PERINGKAT DUA NAMA PELAJAR NO K/P KUMPULAN/UNIT MATAPELAJARAN NAMA PENSYARAH : ZARINA BT HUSSIN : 720813-02-5770 : KUMPULAN A/ KDPM-KDC KEMAS /PERPADUAN : PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN : EN. BADRUL ZAMAN BIN ABD. LATIFF : 05 OGOS, 2011

TARIKH SERAHAN

ALFAD DENGAN LOBAK MERAH


Seperti biasa, selepas pulang dari sekolah, Alfad terus pergi ke rumah neneknya. Apabila sampai di rumah neneknya : nenek, nenek! Jari Alfad luka. Mengapa jari Alfad luka? Di sekolah tadi, jari Alfad tersepit di pintu. Cikgu beri ubat dan balut jari Alfad. Mari sayang..nenek buka balutan luka itu. Ooopsakitlah nenek! Lukanya sedikit saja. Nenek, luka ini boleh baik cepat ke? OoohAlfad hendak luka ini baik cepat ya? Hari ini nenek ada sesuatu yang istimewa untuk Alfad. Nenek mahu Alfad makan sup sayur-sayuran supaya luka Alfad cepat sembuh
3

Alfad menuju ke meja di dapur. Dia ternampak semangkuk sup sayursayuran yang lazat baunya. Alfad memasukkan garpu ke dalam mangkuk sup sayur-sayuran itu lalu mencucuk sesuatu benda dan menunjukkan kepada nenek : Rupa sayur ini pelik saja nenek, sedap ke rasanya? Kata Alfad. Alfad kena rasa dulu baru tahu. Kalau Alfad hendak sihat dan supaya luka cepat sembuh, Alfad mestilah selalu makan semua jenis sayur jawab nenek.

Apa nama sayur ini nenek? Ini sayur bunga kubis, iaitu sejenis makanan daripada kumpulan sayursayuran. Apakah makanan sayur-sayuran nenek? Makanan sayuran adalah yang berkaitan. kumpulan

kumpulan sayursejenis makanan

Contohnya sayur-sayuran hijau dan kuning, tomato, lobak merah, kubis, timun dan makanan lain yang ada sayur seperti sup sayur, ulam-ulaman dan kerabu.

Alfad memasukkan garpu sekali lagi ke dalam mangkuk sup sayur-sayuran itu lalu mencucuk sesuatu benda dan menunjukkan kepada nenek. Apa pula nama sayur ini nenek? Haayang ini ialah Sang lobak merah.

Tiba-tiba sang lobak merah yang besar berjalan masuk ke dapur. Sang lobak ini ada dua tangan, dua kaki berkasut dan wajahnya tersenyum.

Apa khabar Alfad? Saya sang lobak merah, saya daripada kumpulan sayur-sayuran.
Alfad tidak dapat berkatakata. Alfad tidak pernah lihat sang lobak yang pandai bercakap.
7

Sang lobak merah tolong jelaskan kepada Alfad makanan kumpulan sayur-sayuran.
Seperti juga sang roti dan makanan kumpulan bijirin, makanan kumpulan sayur-sayuran ada banyak zat. Tetapi kumpulan sayur-sayuran ada zat yang berbeza iaitu vitamin, serat dan mineral. Apakah itu zat vitamin, serat dan mineral?

Zat vitamin, serat dan mineral ialah benda-benda yang baik dalam makanan yang dapat mencegah dan menyembuhkan penyakit.
8

Sesudah habis makan sup sayursayuran, alfad berkata Alfad suka sup sayur ini. Mulai hari ini, Alfad akan makan semua jenis sayu supaya Alfad sihat dan tidak ada penyakit. Bagus Alfad., itu penting sebagai gaya makan yang sihat. Gaya makan yang sihat ialah makan lima kumpulan makanan setiap hari. Alfad melihat dan membilang jarinya. Haa.. Alfad juga akan makan makanan daripada kumpulan bijirin supaya ada banyak tenaga dapat pergi ke sekolah dan bermain. Bagus sayang Sekarang ucapkan terima kasih kepada sang lobak merah. Selepas ini, nenek akan ajarkan lagu tentang kumpulan sayur-sayuran.
9

LAGU SAYUR-SAYURAN
(Dllagukan mengikut rentak Trek tek tek)

Sayur-sayuran banyak khasiatnya Bayam, kangkung, sawi petola Timun, terung, tomato peria Tiada sakit dan sihat sejahtera

(trek tek tek) (Trek tek tek)

Sayur-sayuran banyak khasiatnya Sayur tumis, rojak, sambal petai Sup kerabu, sedap semuanya Tiada sakit dan sihat sejahtera.

(Trek tek tek) (Trek tek tek)

10

Rujukan : Prof. Madya Norhashimah Hashim dan Prof. Aminah Ayob PANDUAN PEMAKANAN PRASEKOLAH siri prasekolah Diterbitkan oleh PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abditted.wordpress. Syahirul.com.anime-cartoon-12jpg Epkhas.ses.usm.my Solopos.com Wattieshomemadecakes.blogspot.com

11

Anda mungkin juga menyukai