Anda di halaman 1dari 2

Definisi dan Konsep Kemahiran Asas Gimnastik

Apakah yang anda faham mengenai gimnastik artistik ?

Gimnastik artistik adalah jenis pergerakan yang menekankan empat


aktiviti utama iaitu ketangkasan, imbangan, lombol dan hamburan. Keempat-
empat aktiviti utama tersebut dibahagi kan kepada enam pola pergerakan yang
dominan iaitu pendaratan, statik, gerak edar, putaran, hamburan dan hayunan.

Sinopsis

Dalam tajuk ini anda diberi penerangan tentang definisi dan konsep
kemahiran asas gimnastik. Pola-pola yang menjadi asas perkembangan
kemahiran gimnastik artistik. Seterusnya bagaimana konsep kognitif diterapkan
di samping beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan supaya gimnastik
artistik ini lebih realistik.

1.1 Pola-pola Pergerakan Gimnastik

Pola-pola pergerakan ini menjadi asas untuk perkembangan kemahiran


gimnastik artistik. Kemahiran asas bagi setiap pola pergerakan adalah sebagai
asas persediaan pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran yang lebih sukar
dalam gimnastik artistik.Pendekatan Pola-PolaPergerakan
(Dominant Movement Pattern) dalam pengajaran gimnastik mengklasifikasikan
kemahiran- kemahiran yang diaplikasikan dalam gimnastik. Pola-pola
pergerakan ini merupakan asas pergerakan yang membawa kepad a
kemahiran-kemahiran yang lebih kompleks. Memahami pola-pola ini dapat
membantu para guru untuk menyediakan;
 ansur maju yang sesuai
 persediaan fizikal yang diperlukan oleh pelajar
 pemindahan kemahiran
 program pembelajaran yang seimbang
 aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pertumbuhan dan tahap
kemahiran pelajar

Bagi setiap pola pergerakan, konsep kognitif penting diutamakan iaitu :


(Dipetik dari Modul Pengajaran Gimnastik, Mod Pembelajaran Jarak jauh PPG)
1
2

Anda mungkin juga menyukai