Anda di halaman 1dari 2

LEE EONG PIN

920313-03-5653
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang menarik dan menyeronokkan
membantu murid-murid sekolah rendah memperolehi
badan yang cergas serta minda yang cerdas

Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah rendah sangat banyak dan tidak
dapat dinafikan lagi. Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan
Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua
perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Memandangkan
Pendidikan Jasmani merupakan keperluan Negara dalam membentuk modal insan. Saya
bersetuju sangat bahawa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang menarik
dan menyeronokkan dapat membantu murid-murid sekolah rendah memperolehi badan
yang cergas serta minda yang cerdas.
Beritahu saya,saya lupaTunjuk saya,saya fahamLibatkan saya,saya ingat
Pengajaran

dan

pembelajaran

Pendidikan

Jasmani

yang

menarik

dan

menyeronokkan haruslah menggunakan model pengajaran gabungan Bunker and Thorpes


Teaching Games for Understanding(TGFU) yang menekankan konsep berfikir, mengajar,
berlatih dan seterusnya bermain dengan rasa seronok kerana pengajaran pendidikan
jasmani tradisional didapati kurang menarik minat murid-murid. Selain itu, TGFU
diaplikasikan sebagai pendekatan penyelesaian masalah melalui teknik bermain sambil
belajar. Murid-murid akan didedahkan dengan teknik pembelajaran di dalam suasana
bermain di mana mereka bebas untuk berseronok dan meneroka menggunakan model yang
dipantau oleh guru. Menurut Almy (1964, Fagen), kanak-kanak bermain tanpa mengambil
kira tujuan bermain dapat membebaskan murid-murid daripada rasa bosan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini juga bermakna mereka dapat menggunakan
kedua-dua otak kanan dan kiri secara maksimum. Ini selaras dengan ciri-ciri kurikulum abad
ke 21 yang mengandungi elemen kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif dalam
menyelesaikan masalah dan sentiasa berdaya saing.
Di samping itu, pengajaran Pendidikan Jasmani tradisional yang bersifat kemahiran
lebih mengutamakan kebolehan menguasai teknik tertentu dan bukannya kegembiraan
untuk menjadi sebahagian daripada teknik itu. Maka ia akan mengurangkan motivasi dan
keseronokan

murid-murid

untuk

menikmati

proses

pembelajaran

dan

seterusnya

menghilangkan minat mereka. Permainan adalah permainan kegemaran semulajadi kanakkanak. Oleh itu unsur TGFU haruslah diselitkan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani
untuk menarik minat murid kerana TGFU membentuk persekitaran pembelajaran yang
kondunsif semasa aktiviti bermain dijalankan dan membebaskan murid-murid mencorak

LEE EONG PIN


920313-03-5653
tahap bekerjasama dan meningkatkan keyakinan diri dan kumpulan. John Dewey (1852
1859)menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana
aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak. Melalui latihan dan kemahiran
asas pula ia dapat membantu kanak-kanak membina kecekapan dan keyakinan dalam
segala kegiatan. Selain itu, ia dapat memperbaiki penyelarasan daya otot saraf, daya
tenaga asas, ketangkasan dan timbangan dalam penggunaan alatan.
Tambahan pula, TGFU juga merupakan salah satu cara untuk mencabar daya
pemikiran kanak-kanak dengan adanya sesuatu permainan. Contohnya di dalam model
TGFU berbentuk serangan (invasion), murid-murid akan memikirkan strategi untuk
mengalahkan pihak lawan dan membuat keputusan seperti kebolehan membuat keputusan
dalam masa yang singkat, tepat dan pantas amat sukar. Maka kaedah What, How, When,
diajar kepada murid-murid untuk mereka mengenalpasti situasi dan memilih tindakan yang
bersesuaian untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, murid-murid dapat menggunakan
pendekatan BAGAIMANA dan BILA untuk mencari kaedah terbaik dan pantas pada situasi
yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, TFGU memfokuskan pendekatan taktikal secara tidak langsung
seperti cara berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan teknik merangsang minda
murid-murid tentang pelajaran tersebut bukannya menggunakan teknik pengajaran secara
langsung seperti pengajaran Pendidikan Jasmani tradisional. Pendekatan TGFU bukan
sahaja mirip kepada permainan yang mencabar minda, ia juga boleh menggunakan taktik
dan boleh diubah suai untuk kemajuan permainan. Murid-murid dapat menguasai kemahiran
yang berlaku dalam suasana permainan yang direka khas dengan pemahaman kendiri.
Dengan melalui TGFU, murid-murid dapat menguasai ketangkasan, keseimbangan dan
koordinasi secara seronok, mencabar dan tersusun. Seterusnya murid-murid akan lebih
cepat menguasai berlari, melompat, membaling, menyambut dan memukul yang mana
dapat dilakukan dalam permainan pada masa lapang untuk mencapai badan yang cergas.
Light dan Fawns (2003) mencadangkan penggunaan TGFU dalam pengajaran permainan
menawarkan satu pengalaman pembelajaran yang holistik untuk pelajar yang memberi
tumpuan kepada minda dan badan.
Kesimpulannya, TGFU memang sesuai kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak
dan permainan tidak boleh dipisahkan. Murid-murid harus diberi kebebasan belajar dalam
keadaan yang santai dan gembira melalui kaedah TFGU terutama aktiviti yang melibatkan
banyak pergerakan sama ada pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka lebih
cergas dan gembira semasa bermain dibandingkan dengan aktiviti pengajaran tradisional
yang lebih mengongkong minda mereka.

Anda mungkin juga menyukai