Anda di halaman 1dari 2

SEJADAH RINDU

(Haikal Aminuddin)

TEMA

Keinsafan di saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon
diberi kesempatan untuk mengulang kembali kehidupan yang lalu kerana penyajak
sudah benar-benar insaf.

Contoh :

(R1;B5;B6)

Merekah keinsafan di hati yang beku

Mengenang dosaku yang terdahulu.

MAKSUD

Rangkap 1

Penyajak termanggu/ terdiam sewaktu mengenang kembali segala kesalahan yang


telah dilakukan dan telah menyesali semua perbuatan tersebut setelah hukuman
gantung dijatuhkan.

Rangkap 2

Penyajak berharap agar diberi peluang untuk memulakan semula kehidupan lalu
memandangkan masa dan peluang yang ada terlalu singkat. Penyajak berharap agar
segala kesalahannya diampunkan sebelum meninggal dunia pada masa yang telah
ditetapkan.

Rangkap 3

Dengan penuh keinsafan dan keikhlasan penyajak berkesempatan untuk bertaubat dan
sujud kepada Tuhan walaupun dalam keadaan yang sangat sedih.
PERSOALAN

1. Persoalan keinsafan seorang pesalah yang menunggu hukuman


Contoh:
(R1; B5;B6)
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu.

2. Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi dia hidup.
Contoh :
(R3;B6;B7)
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

3. Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk memohon keampunan


sebelum meninggal dunia.
Contoh :
(R2;B4;B5)
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku di nisankan.

4. Persoalan ajal maut di tangan tuhan.


Contoh :
(R2;B5;B6)
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang kautetapkan.

Anda mungkin juga menyukai