Anda di halaman 1dari 4

Nama

: LING IK SIN
KUMPULAN
: PISMP PJ (A) SEMESTER 4 AMBILAN JANUARI 2014
NO. KAD PENGENALAN: 930701-13-5989

REFLEKSI
Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa
perkhemahan unit beruniform yang telah dilaksanakan di Kem Nur Hijrah pada 14
Septmber hingga 17 September 2015 yang lalu. Perkhemahan ini sebenarnya
merupakan fobia bagi saya selama semester ini memandangkan majoriti
perkhemahan ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus menguji
ketahanan mental dan fizikal saya. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira
kerana saya dapat bertahan sehinggalah perkhemahan ini berakhir selepas 4 hari 3
malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan
perolehi daripada aktiviti ini.
Pertama sekali, saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting
demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar
dengan masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti
telah bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau
aktiviti yang seterusnya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan
kadar yang lebih cepat dan menyebabkan kami menghadapi kekurangan masa bagi
sesuatu sesi atau slot aktiviti. Sepanjang perkhemahan ini, saya sentiasa patuh akan
masa dan menasihati atau memberitahu akan rakan yang lain supaya membuat kerja
mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, kami dikehendaki berada di
Dewan Nur Hihrah 10 minit lebih awal bagi aktiviti senaman pagi telah diamanahkan
oleh setiap kumpulan. Oleh itu, apabila tiba masanya untuk pergi ke dewan, kami
akan terus melepaskan segala kerja dan tugasan yang kami sedang buat dan pergi
ke dewan bagi memastikan kelancaran sesuatu aktiviti. Pendek kata, saya
berpendapat bahawa sikap menepati masa haruslah dipupuk dari semasa ke
semasa bagi memastikan sesuatu aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar.
Selain itu, perkhemahan unit beruniform ini juga berjaya membina keperibadian
saya yang sempurna, seperti memupuk sikap keterbukaan, toleransi, kerjasama,
tolong-menolong, kerajinan, kesabaran, ketabahan, dan sebagainya dalam diri saya.
Hal ini demikian kerana sepanjang 4 hari dan 3 malam ini, saya dan juga rakanrakan yang lain terpaksa melakukan banyak perkara yang tidak pernah saya lakukan
dalam seumur hidup saya, seperti mendirikan gajet, night walk, menghidupkan api
dan memasak di hutan rimba dan kawat kaki. Saya sedar bahawa tanpa nilai-nilai
yang saya perkatakan di atas, semua itu mustahil dapat dilaksanakan dan dilakukan.
Malah daripada perkhemahan ini, saya sedar bahawa kerjasama yang sepenuh dan
keluhuran dalam kalangan ahli kumpulan adalah penting demi menyiapkan sesuatu

Nama
: LING IK SIN
KUMPULAN
: PISMP PJ (A) SEMESTER 4 AMBILAN JANUARI 2014
NO. KAD PENGENALAN: 930701-13-5989
tugasan tepat pada masanya. Oleh itu, perkhemahan ini telah berjaya memupuk
nilai-nilai moral yang baik dalam diri saya, membina modal insan yang lebih
sempurna dan menjadikan saya seorang yang lebih baik dalam semua aspek.
Malah, saya juga sedar bahawa mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan adalah amat penting. Hal ini demikian untuk memastikan
keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak
diingini berlaku. Oleh itu, saya pelajari bahawa kita haruslah mematuhi semua
peraturan dan undang-undang kerana setiap peraturan yang ditetapkan mempunyai
kewajaran dan rasionalnya. Contohnya, apabila kami mula sampai ke Kem Nur
Hidayah, kami telah diberi taklimat ringkas oleh Encik Rizam, Penyelaras
perkhemahan ini tentang peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi
sepanjang 4 hari 3 malam ini. Dalam taklimatnya, beliau telah menegaskan tentang
aspek pengangkutan, pakaian, kawasan larangan, pergerakan, kebersihan, bilik air,
menepati masa, tempat makan, adab makan, keselamatan, kecemasan, tazkirah,
dan sebagainya. Begitu juga untuk setiap aktiviti, seperti night walk arahan dan
peraturan telah dijelaskan terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang aktiviti.
Pada pengamatan saya, ini penting, khususnya semasa di dalam hutan kerana saya
tidak tahu membezakan arah pada waktu malam dan dengan peraturan dan arahan
yang dibagi akan memastikan saya sentiasa selamat dan tidak berada dalam
keadaan yang membahayakan. Oleh itu, bersyukur kerana dengan arahan jelas yang
diberi, saya dapat selamat menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.
Lantas, saya percaya dan berpegang kuat kepada prinsip kita haruslah berani
mencuba sesuatu yang baharu dan tidak mengalah kalah sehingga kita mencuba
dengan sedaya upaya. Sebagai contoh, kumpulan kami, iaitu kumpulan 2
dikehendaki mempersembahkan persembahan drama dan tarian untuk malam
persembahan tersebut. Walaupun tidak ada orang dalam kalangan kami yang pandai
menari dan memain peranan, namun kami tetap mencuba dengan menggunakan
kaedah dan cara yang tersendiri. Berkat hasil daripada usaha dan kerjasama setiap
ahli kumpulan, kami berjaya mempersembahkannya dengan agak berjaya pada
malam persembahan tersebut. Jadi, ini jelas membuktikan bahawa semua perkara
akan berhasil dan menampakkan kejayaan sekirannya kita berusaha gigih dan
mempunyai iltizam untuk membuat perkara tersebut.
Saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna melalui
perkhemahan ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam
masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa
kawan, memandangkan manusia adalah golongan yang hidup berkumpulan,

Nama
: LING IK SIN
KUMPULAN
: PISMP PJ (A) SEMESTER 4 AMBILAN JANUARI 2014
NO. KAD PENGENALAN: 930701-13-5989
berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang
lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang
dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita
menyelesaikan masalah kita. Dengan mengambil contoh perkhemahan ini, saya
telah berjaya mendapatkan banyak bantuan daripada rakan sekumpulan saya dan
juga rakan dari kumpulan yang lain dengan berkenalan dan berkomunikasi dengan
mereka, sama ada semasa memasak, mendirikan khemah, memasang khemah,
membina gajet, menhidupkan api, terlibatan dalam kawalan sentri, kawat kaki dan
sebagainya. Tanpa bantuan daripada rakan yang lain, adalah mustahil saya dapat
melaksanakan semua ini. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah
sangat penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang
lain dengan baik. Perkhemahan ini juga secara langsung merapatkan hubungan
silaturahim sesama rakan sekelas dan juga rakan-rakan juga kumpulan yang lain.
Semua ini tidak dapat saya pelajari jika tidak menjalankan perkhemahan pada
semester ini.
Terdapat beberapa kelemahan pada diri saya yang telah saya perasan dan
sedar sepanjang saya menjalankan kem ini. Antaranya termasuklah, saya mendapati
bahawa saya agak lemah dari segi mental dan fizikal. Dari segi mental, dahulu saya
sering mengambil alternatif mudah dengan memutus asa apabila berhadapan
dengan masalah yang meruncingkan. Saya juga tidak begitu kuat dalam konteks
melakukan

aktiviti-aktiviti

fizikal

seperti

dalam

berkawat,

memasang

khemah,orentaring dan sebagainya. Saya sedar bahawa semua aktiviti yang


dirancang dalam perkhemahan adalah bertujuan untuk memupuk, menguji, dan
meningkatkan ketabahan dan keberanian diri sebagai seorang guru melalui semua
aktivti tersebut. Mengetahui kelemahan saya itu sekarang, jadi saya bertekad
menjadi seorang yang sentiasa sihat dan kuat dari aspek mental dan fizikal. Saya
juga akan sentiasa melatih dan meningkatkan aspek fizikal dan mental saya, seperti
bersenam pada masa lapang, membaca buku-buku motivasi, sentiasa berbual-bual
dan mendapatkan nasihat yang berguna dan padat dengan senior ataupun guru
pensyarah saya. Nescaya selepas menjalani kem ini dan mempraktikkan semua
langkah yang telah saya cadangkan di atas, saya akan menjadi seorang yang cerdas
dan cergas pada masa yang akan datang.
Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis kerana menyediakan
aktiviti yang begitu bermakna untuk guru-guru pelatih untuk mengisi masa lapang
kami dan juga untuk melatih kami untuk menjadi seorang guru yang sentiasa tabah

Nama
: LING IK SIN
KUMPULAN
: PISMP PJ (A) SEMESTER 4 AMBILAN JANUARI 2014
NO. KAD PENGENALAN: 930701-13-5989
menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan meningkatkan
semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan
pekerjaannya. selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Encik Zuraimee selaku kem komander Perkhemahan Tahun 2015 kerana sentiasa
membantu kami sepanjang kem ini. Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujuakan
kepada pensyarah-pensyarah lain atas segala tunjuk ajar, nasihat dan juga
pertolongan mereka sepanjang kem perkhemahan ini. Saya yakin bahawa tanpa
usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang
bersempena dengan kem ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Secara keseluruhannya, kem ini dijalankan dengan lancar dan juga telah
menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan
kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang. Ternyata banyak
manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan semasa
perkhemahan. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya
aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Saya berasa
seronok dan bersemangat menyertai aktiviti perkhemahan ini. Diharapkan agar
aktiviti ini dijalankan setiap tahun. Saya juga belajar untuk memberi kerjasama yang
jitu dan bertolak ansur dengan ahli kumpulan. Saya dapat rasakan satu ikatan terjalin
semasa aktiviti perkhemahan ini. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada
saya untuk menyertai aktiviti ini.

Anda mungkin juga menyukai