Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS.

JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLIS

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK

BERTEMPAT PADANG BOLA SEPAK IPG PERLIS

PADA 1 2 MAC 2014

ANJURAN PISMP PENDIDIKAN JASMANI SEMESTER 1 AMBILAN JANUARI 2014

1.0 PENDAHULUAN Pertandingan Bola Sepak ini dirancang dan dianjurkan oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2014 opsyen

Pendidikan Jasmani. Pertandingan ini sebagai satu arena yang menyediakan peluang kepada para pelajar untuk menganjurkan pertandingan memainkan peranan biro masing-masing. dan

2.0 MATLAMAT Pertandingan ini dianjurkan bagi mendedahkan para pelajar pengetahuan tentang menganjurkan pertandingan yang mana diperlukan belajar dalam topik pelajaran Kokurikulum- Permainan. Pertandingan ini juga bermatlamat untuk pelajar memperoleh pengalaman dan mempertingkatkan kemahiran dalam pengurusan dan pengelolaan pertandingan.

3.0 OBJEKTIF 3.1 Memenuhi keperluan sukatan Kokurikulum- Permainan yang telah ditetapkan. 3.2 Menanam nilai keyakinan diri yang ada pada diri seseorang supaya berdikari dan menunjukkan ketrampilan diri yang tinggi semasa menjalankan pertandingan. 3.3 Melatih para pelajar agar melengkapi diri dengan nilai kepimpinan yang amat penting semasa melibatkan diri dalam alam pengajaran persekolahan nanti. 3.4 Menyemai sikap bekerjasama dalam kumpulan dan sebagai langkah persediaan awal sebelum para pelajar melibatkan diri dalam alam pengajaran di sekolah pada masa akan datang. 3.5 Membina pelajar yang seimbang dari segi fizikal dan intelektual untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 PELAKSANAAN 4.1Tarikh: 1 hingga 2 Mac 2014 4.2 Masa: 8 pagi hingga 5 petang 4.3 Tempat: Padang Bola Sepak IPG Kampus Perlis

5.0 JAWATANKUASA PENGANJUR Sila rujuk Lampilan 1

6.0 TENTATIF PROGRAM Tarikh: 1 hingga 2 Mac 2014 (Ahad dan Isnin) 8.00am: Taklimat 9.00am: Persediaan 10.00am: Pusingan Pertama Bermula 10.30am: Pusingan Pertama Tamat 11.00am: Minum pagi 11.30am: Pusingan Kedua Bermula 12.00pm: Pusingan Kedua Tamat 12.30pm: Makan tengah hari 2.00pm: Pusingan Ketiga Bermula 2.30pm: Pusingan Ketiga Tamat 3.00pm: Pusingan Keempat Bermula 3.30pm: Pusingan Keempat Tamat 4.00pm: Pusingan Kelima Bermula 4.30pm: Pusingan Kelima Tamat 5.00pm: Bersurai

7.0 BILANGAN PESERTA 30 peserta

7.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN Nama Biro Biro Pendaftaran Fotostat Print Handout RM 15 RM 5 RM 10 RM 30 Anggaran Kos Jumlah

Hadiah Hamper Pengadil Sijil Penyertaan Hamper Pemenang Tanda Mata Jumlah Keseluruhan

RM 100 RM 50 RM 300 RM 100 RM 450

RM 480

8.0 PENUTUP Kertas kerja tersebut telah disediakan dengan penuh prihatin. Jadi,

diharapkan kertas kerja cadangan tersebut dapat memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti yang telah dirancang. Semoga En. Tan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya dan meluluskan kertas kerja tersebut. Hal ini amat signifikan agar kehendak sukatan Kokurikulam- Permainan dapat dicapai serta segala yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Disediakan oleh,

.. (TENG JINGWEI) Setiausaha Pertandingan Bola Sepak

Disemak oleh,

.. (BENJAMIN SIA YIIK NIN) Pengerusi Pertandingan Bola Sepak

Disemak olah,

(ENCIK MUSAIDI BIN MUSTAFFA) Pensyarah Penasihat Pertandingan Bola Sepak

Diluluskan oleh,

.. ( ENCIK TAN YING KEE) Pengarah IPG Kampus Perlis

Anda mungkin juga menyukai