Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BUNGA KM 4, PARIT BUNGA, 84000 MUAR, JOHOR.

TAJUK: KERTAS KERJA PROGRAM MASTERCHEF MUSLIMAH SK PARIT BUNGA TEMPAT: DEWAN SERI SEROJA SK PARIT BUNGA

TARIKH : 23 APRIL 2014 (RABU)

ANJURAN: GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU DENGAN KERJASAMA SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BUNGA

1.0 PENGENALAN Program Masterchef Muslimah yang dilaksanakan adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha untuk mengembangkan potensi diri murid-murid. Program ini juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, murid akan didedahkan dengan suatu

persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa baru dengan menanam sifat keberanian, kerjasama dan kepercayaan internal dan interpersonal. Adalah diharapkan program ini mencapai objektifnya dan memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan kemampuan diri masing-masing.

2.0 RASIONAL Program ini merupakan satu medium untuk memberi pendedahan dan mencungkil bakat memasak murid-murid. Program ini berkait rapat dengan aktiviti yang dijalankan dalam badan beruniform Puteri Islam. Sejajar dengan itu, murid-murid dapat merasai sendiri pengalaman memasak bersama-sama rakan mereka dan bersaing untuk merebut gelaran masterchef SK Parit Bunga. Pengalaman sebegini pastinya menarik dan menakjubkan.

3.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk mencungkil bakat memasak yang terdapat dalam diri ahli-ahli Puteri Islam Sekolah Kebangsaan Parit Bunga. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri setiap peserta semasa pertandingan dengan menunjukkan kreativiti kumpulan masing-masing. Program ini mampu memperkasakan aktiviti kelab beruniform di samping membentuk

modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

4.0 OBJEKTIF 4.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai pertandingan memasak. 4.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi. 4.3 Melahirkan para pelajar yang kreatif serta berdaya saing.

4.4 Melahirkan pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. 4.5 Memupuk semangat bekerjasama serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

5.0 TARIKH PROGRAM 23 April 2014 (Rabu)

6.0 LOKASI Dewan Seri Seroja Sk Parit Bunga

7.0 KUMPULAN SASARAN Ahli-ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SKPB bagi tahun 4, 5 dan 6 seramai 125 orang.

8.0 ANJURAN Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu dengan kerjasama SK Parit Bunga, Muar, Johor.

9.0 TENTATIF PROGRAM TARIKH MASA 12.30 12.35 tengah Pendaftaran peserta hari 23 April 2014 (Rabu) 12.35 - 12.45 tengah hari 12.45 1.15 petang 1.15 1.30 petang Program Masterchef Muslimah SKPB Penyampaian hadiah dan bersurai Taklimat peserta AKTIVITI

10.0 AHLI JAWATANKUASA Pengerusi : Tuan Haji Masood bin Idris Guru Besar SK Parit Bunga Penyelaras Ketua Unit Setiausaha Bendahari : Pn. Massuhana bte. Subari : Pn. Fadilah bt. Mohamed : Najwa binti Zaninudin : Fadhlin Zahirah binti Suhimi

JK Peralatan JK Teknikal dan Tempat JK Sambutan dan Protokol

: Najwa binti Zaninudin : Fadhlin Zahirah binti Suhimi : Nur hayati binti Jamaludin

11.0 KOS
BIL PERKARA 1 Senarai barang makanan: Roti KUANTITI / UNIT 10 RM 10 x RM 3.00 = RM 30.00 15 x RM 3.00 = RM 45.00 RM 5.00 RM 1.00 1 X RM 8.00 = RM 8.00 RM 2.00 RM 4.00 1 1 1 1 1 RM 1.00 JUMLAH JUMLAH RM 30.00

Sardin (Botan)

15 tin kecil

RM 45.00 RM 5.00 RM 1.00

Timun Limau Marjerin Daisy

15 batang 20 biji 1

RM 8.00 RM 2.00 RM 4.00 RM 50.00 RM 40.00 RM 30.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 125.00 RM 380.00

Lada cili padi

1 15 biji Hamper

Bawang besar Hadiah Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Tempat keempat Tempat kelima Sijil Penghargaan

125 helai

12.0 PENUTUP Kesimpulannya, diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan juga mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama melaksana dan menjayakan program ini. Semoga Allah membalas semua usaha kita sebaiknya.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

Disahkan oleh :

................................ (NAJWA BINTI ZANINUDIN)

....................................... (FADILAH BT. MOHAMED) Ketua Unit Persatuan Puteri Islam Sekolah Kebangsaan Parit Bunga

Anda mungkin juga menyukai