Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) DURIAN TUNGGAL, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUNAN 2013

TEMPAT: TAPAK PERKHEMAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN (TAMIL) DURIAN TUNGGAL, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA

HARI / TARIKH: KHAMIS AHAD 3,4, 5 dan 6 SEPTEMBER 2013

ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH (TAMIL) DURIAN TUNGGAL, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA

1.0

PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.

Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka.

Disamping menimba pengalaman, perkhemahan

ini

nanti akan dapat

mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

2.0 Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada setiap peserta bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan-kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan. Selain itu, diharap perkhemahan yang dianjurkan ini memberi laluan minda kepada setiap peserta dalam menyampaikan mesej hubungan antara manusia dan alam sekitar di samping memaparkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa. Perkhemahan ini juga di harap dapat menanam rasa bersyukur di samping dapat menyuntik pengetahuan berguna kepada setiap peserta.

3.0 OBJEKTIF Diharap perkhemahan tahunan ini dapat; 3.1 Memberi peluang kepada setiap peserta merasai pengalaman perkhemahan. 3.2 Melahirkan peserta-peserta yang mahir dalam teknik-teknik pertolongan cemas. 3.3 Melatih setiap peserta untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar. 3.4 Memberi kesedaran kepada peserta agar bertindak pantas dalam sebarang masa kecemasan dengan penggunaan sebarang benda yang ada di persekitaran. 3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. 3.6 Melahirkan para peserta yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.7 Melatih peserta mempraktikkan cara-cara atau teknik-teknik perkhemahan yang betul merangkumi pemilihan kawasan, pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri. 3.8 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 CADANGAN 4.1 Tarikh yang dirancang ialah 3 hingga 6 September 2013 iaitu pada hari khamis sehingga hari ahad. 4.2 4.3 4.4 Dilaksanakan selama 4 hari 3 malam. Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam. Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0

IMPLIKASI
5.1 Program ini melibatkan ahli terpilih dari Tahun 4, 5 dan Tahun 6 unit beruniform Pandu puteri Malaysia Sekolah Rendah. 5.2 Melibatkan beberapa orang guru yang menjadi guru pembimbing dan fasilitator.

5.3 Kewangan adalah seperti yang tercatat dalam perbelanjaan.

6.0 KUMPULAN SASARAN 1. 2. Jumlah peserta Jumlah guru : 40 orang (pelajar Tahun4, 5, dan 6 ) : 7 orang.

7.0 JAWATAN KUASA PENGURUSAN


Penaung Penasihat : Premavathy A/P M.Ramakrishnan : Nirmala A/P Mani Raj

Pengerusi Penyelaras Penolong Penyelaras Setiausaha Bendahari

: Kamala Devi A/P C.Gopalan : Sivakami A/P N.Truvangudam : Murugamah A/P Arumugam : Cik. Sopana a/p Kalaichelvam : Manonmani A/P Shinuwashin

7.1 JAWATANKUASA KECIL


Biro makanan

Satiyavani A/P Raman Varuni A/P Sankaran Nair

Biro aktiviti dan peralatan Jothi A/P Mani Raj Kangga Devi A/P L.Nagaiyah

Biro keselamatan dan kecemasan Davaki A/P Perumal Hemalatha A/P Visvanathan

Biro dokumentasi Ushadevi A/P Tanggarahi Pakkiaraj A/L David

Biro hadiah Yogeswari A/P Solamuthoo Tevaky A/P Gopalan

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: BIL 1 2 3 4 5 PERKARA Sijil dan hadiah Makanan 50 orang xRM16 ( 4hari) Aktiviti Saguhati Fasilitator Rencam JUMLAH BESAR JUMLAH (RM) RM 300 RM 800 RM 300 RM 350 RM 150 RM 1900

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program ini ialah sebanyak RM30.00.

8.0

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina keyakinan diri, membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat berbilang kaum. Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu diharapkan segala perancangan dan

perlaksanaan nanti akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada murid-murid yang terlibat dalam program ini.

Disediakan oleh, . Cik Sopana A/P Kalaichelvam Setiausaha, Pandu Puteri Sekolah Kebangsaan tamil Durian tunggal, melaka

Disahkan oleh, .................................................. (Kamala Devi A/P C.Gopalan) Guru Unit Ko-Kurikulum, Sekolah Kebangsaan tamil Durian tunggal, melaka

Anda mungkin juga menyukai