Anda di halaman 1dari 14

KAJIAN KES ARTIKEL 3 LAMPIRAN 7

WHAT YOU DONT KNOW CAN HURT YOU!

SINOPSIS
John adalah seorang guru pratikel di sebuah sekolah. Dia telah ditugaskan untuk mengendalikan kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar. Terdapat perbandingan yang ketara diantara murid-murid kelas tersebut. Mereka berbeza dari segi bangsa dan pencapaian akademik. Pada suatu hari, John telah merancang satu aktiviti yang berbentuk kuiz.. Tidak lama selepas itu, John menyedari bahawa pelajar-pelajar tersebut telah membentuk kumpulan berdasarkan kecemerlangan akademik dan bangsa. Tiba-tiba terdapat pergaduhan antara pelajar cemerlang dengan pelajar yang kurang cemerlang iaitu Chris dan Richard. John segera meleraikan mereka. Namun pergaduhan terjadi semula selepas kelas tamat. John terpaksa

meleraikan mereka sekali lagi. Di dalam kelas yang kosong, John memikirkan apa yang telah terjadi.. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mencari Richard di tempat meletak basikal. Selepas bertemu dengan Richard, John memberitahunya bahawa dia ingin bercakap dengannya, malangnya Richard berkata yang dia tidak ada masa untuk melayan John dan terus berlalu pergi. John berasa sangat marah, lalu bergegas ke Bilik Guru dan mengenakan tindakan disiplin terhadap John. Pada keesokkan harinya, John memberikan tindakan disiplin tersebut kepada Richard dan mengarahkannya untuk berjumpa dengan penolong kanan hal ehwal murid. Entah bagaimana, Richard dibenarkan pulang ke kelas pada hari itu. Ini kerana En. Robert telah mengambil keputusan untuk menghukum Richard pada keesokan hari. John merasa kecewa dengan tindakan en. Robert. Namun dia pasrah. Setelah selesai hukuman, Richard kembali ke kelas seperti biasa. Namun kelakuannya semakin buruk.

Apabila John cuba menerangkan bahawa tindakan disiplin tersebut adalah kerana dia melarikan diri semasa John berjumpa dengannya di tempat meletak basikan bukan kerana bergaduh di memukul Chris kerana, dia tidak berpuas hati mengapa Chris tidak mendapat tindakan disiplin sepertinya. John cuba menjelaskan perkara sebenar namum dia tidak mahu mendengarnya, sebaliknya, dia terus menyannyi sambil berkata kenapa Chris tidak mendapat hukuman sepertinya. Richard terus berperangai buruk sehingga John terpaksa memanggil guru lain untuk menenangkannya. Guru tersebut ialah guru matematik Richard. Semasa John mengadakan perbincangan bersama guru lain, barulah dia tahu bahawa Richard adalah pelajar yang mengalami masalah tingkah laku.

TEORI DAN MODEL


Teori Humanisme (Carl Rogers)
pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya Setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar

Model Sim
Pengajaran berlaku melalui interaksi antara beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif Objektif pelajaran harus ditentukan secara explisit dan mengikut kebolehan murid-murid Menekankan perhubungan yang baik antara guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat memberi penekanan kepada unsur-unsur persekitaran

KATEGORI MASALAH DISIPLIN YANG TERDAPAT DALAM KES YANG DIANALISIS

JENAYAH Melawan guru Cth : Richard mengancam untuk mencederakan John kerana mengenakan tindakan disiplin terhadapnya Mengancam murid Cth : Richard mengancam ingin mencederakan Chris kerana beranggapan bahawa Chris yang menyebabkan dia dikenakan tindakan disiplin oleh John.

TIDAK MEMENTINGKAN MASA Membuat bising di dalam kelas John terpaksa berhadapan dengan pelajarnya yang sering membuat bising dalam kelas Berkeliaran Richard tidak mengendahkan hukuman yang dikenakan terhadapnya malahan dia berkeliaran di sepanjang koridor

KURANG SOPAN Berkasar dengan guru Richard bertindak seperti ingin memulakan pergaduhan dengan John Berbahasa kesat Richard memanggil John stupid dan peanut-head Mengganggu pengajaran John sering berasa terganggu dengan sikap pelajarnya yang sering menggaggu rakan semasa P&P.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH YANG TERDAPAT DALAM KES YANG DIKAJI

TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF

DISTRUPTIF Hiperaktif Richard berkelakuan kasar ketika berada di dalam tahanan bersama dengan John Agresif secara lisan/fizikal Pergaduhan antara Chris dan Richard

DISTRUKTIF Permusuhan nyata Perasaan benci Richard terhadap John dan Chris dapat dilihat melalui tingkah lakunya. Kumpulan liar Ini ditunjukkan oleh 5 orang pelajar yang sering membuat bising di dalam kelas

MASALAH YANG TERDAPAT DI DALAM KELAS

GURU
Kurang memberi perhatian terhadap masalah murid Cth: John tidak menyiasat dahulu masalah sebenar yang dihadapi oleh Richard Mengambil mudah masalah yang dikemukakan En.Robert tidak mengenakan tindakan yang sepatutnya terhadap Richard Tidak bertanggunjawab Cth: guru yang ditugaskan untuk membantu John tidak hadir ke sekolah Meletakkan murid bermasalah bersama murid biasa Cth: Richard yang menghadapi masalah tingkah laku diletakkan bersama murid cemerlang

MURID
Perbezaan akademik Pelajar cemerlang membentuk kumpulan sendiri tanpa bergabung dengan pelajar yang rendah dari segi akademik Diskriminasi warna kulit Seorang pelajar cemerlang dipinggirkan kerana berkulit hitam Diskriminasi bangsa Pelajar kulit putih tidak mahu bercampur dengan pelajar kulit hitam Masalah disiplin yang teruk Wujudnya kumpulan-kumpulan tertentu iaitu klik Pelajar cemerlang membentuk kumpulan sendiri

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA MASALAH DISIPLIN

Bosan, aktiviti kurang menarik

Murid tidak mampu membuat tugasan yang diberi Pengurusan guru yang lemah Agihan kumpulan yang tidak sesuai Guru gagal menjelaskan tingkah laku yang diingini Persekitaran yang bising dan tidak kondusif Tidak berpuas hati dengan ahli kumpulan

STRATEGI MEMBANTU MENYELESAIKAN KES YANG DIANALISIS

John terlebih dahulu mengenali murid-murid semasa hari pertama masuk ke dalam kelas. Beliau haruslah menggunakan pendekatan psikologi dan bermesra dengan murid Masalah pemilihan ahli kumpulan sendiri boleh diatasi dengan cabutan nama yang disediakan sendiri oleh John. Dengan ini kumpulan akan terdiri daripada pelbagai murid tanpa menghadapi masalah diskriminasi bangsa, keintelektualan dan keadaan fizikal John harus mendapatkan latar belakang, tingkah laku, akademik, taraf hidup, dan masalah-masalah murid daripada guru yang berkaitan. John haruslah peka dan jujur semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran walaupun dia tidak diselia. John boleh meleraikan pergaduhan dengan menggunakan time-out (mengasingkan mereka di suatu tempat) Mengadakan aktiviti yang memerlukan kerjasama untuk mencapai matlamat yang sama ( main koperatif)
Contohnya : Pencarian harta karun, regu

John tidak boleh mengamalkan sikap berat sebelah Gunakan pendekatan psikologi. Contoh: menjemput Richard untuk makan di rumahnya. Ini boleh mewujudkan keserasian antara John dan Richard. John harus mengadakan perbincangan terlebih dahulu bersama guru kaunseling, dan guru kelas, sebelum mengenakan tindakan disiplin terhadap Richard John juga boleh menggunakan prinsip disiplin demokratik. Guru menentukan bhw. murid tlh. memahami semua peraturan & sedar kenapa ianya diwujudkan Kesalahan pertama seharusnya diberi teguran, amaran, perbincangan & penjelasan mengenai akibat jika kesalahan diulang Guru berusaha mencari punca berlakunya masalah disiplin Elak tindakan menjatuhkan air muka murid dikhalayak ramai Jika melakukan kesilapan guru seharusnya memohon maaf Denda hendaklah secara adil

STRATEGI MENANGANI MASALAH DISIPLIN

AMARAN KONTRUKTIF

Tarik perhatian Beritahu tingkah laku yang diingini Beritahu kesan tingkah laku positif dengan jelas Amaran hendaklah ringkas

Puji sebaik sahaja tingkah laku yang diingini muncul


Beri hanya satu amaran sahaja

HUKUMAN Respon guru yang kerap adalah amaran Respon punitif penggunaan amaran lisan

MENGURUS DISIPLIN
Guru perlu mempunyai satu himpunan kaedah yang baik untuk mengurus Bilik darjah:
Rutin bilik darjah yg berkesan Bina Persekitaran Pembelajaran yang bermakna Ingatkan murid tentang kesan salah laku Beri perhatian & motivasi Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran Amalkan pengurusan masa & aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

PANDUAN MENGELAKKAN MASALAH DISIPLIN


Masa murid dipenuhi secara berkesan Peka kepada masalah murid Denda diberi secara adil Sikap mesra & menolong Teladan yg baik Perancangan & persediaan pengajaran yg lengkap Suasana fizikal & emosi bilik darjah yg kondusif Memupuk disiplin kendiri

Anda mungkin juga menyukai