Anda di halaman 1dari 22

Asigment Individu

SENI DALAM PENDIDIKAN



1.0 Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain )
yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui
bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman
yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat
pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling
berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman,
menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang
yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim
menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai
ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan
perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-
tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan
karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak
seni itu sendiri.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik
di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap
keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam
kesenangan ini.

2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja
diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni
lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan
ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam
pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik
dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka
masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus
dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu
pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan
kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni
juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak
dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini
diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting.
Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya
lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu
aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna
merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak
bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan
dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan
yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang
berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang
menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut
berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai
contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini
merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap
masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan
susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka
melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan
sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa
yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar
dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara
tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan
bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil
mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan
secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi
satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan
menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu
mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka
akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa
aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru
dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi
keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan
menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat,
sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini,
secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran,
serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang setiap insan
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam
pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan
kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong
kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam
pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di
sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa
dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang
kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif
dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan
berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-
muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan
imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan
murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni
dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann
menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang
rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru
senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis
kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik
sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting
dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga
melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi
serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu.
Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni
dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam
proses membuat sentiasa ditegaskan

3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi
menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni
sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan
warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan
tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang
lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk
mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran
yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah
laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat
yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan
kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan
kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin
diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang
dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada
masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat
mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat
mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat
mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu
dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps
Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam
memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk
ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan
seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah,
membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh
itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran
guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan
pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan
ini.













HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan

Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan
atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga
masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang
memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser
dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif
pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan
estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud
agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan
Seni Dalam Pendidikan.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti
seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam
Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan
pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi
dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk
mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat
untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang
tinggi.
Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni
Dalam Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam
membangunkan sahsiah dan jati diri individu.Teori Konstruktivisme menyatakan
bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka,
bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea
secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam
pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam Quadrant Concept menyatakan
bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau
pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu
sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid
mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza.
Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan
penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.

A Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan
Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi
dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Seni Dalam Pendidikan mempunyai kepentingan
dalam bidang pendidikan. Antara kebaikan atau kesan-kesan positif yang dapag
diperolehi dalam penggunaan Seni Dalam Pendidikan ialah :-
A. i Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga
mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat
guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk
kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi,
bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam
pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di
samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas.
Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu
burung, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi
lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya
yang dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan
atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau
mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat
membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya.
A. ii Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-murid.
John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk
mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak
kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk
melatih kecerdasan melalui seni. Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan.
Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara
penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif
dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej
kendiri yang utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid
akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari
dengan perkembangan diri mereka seperti rajah 1 di bawah. Dalam kaedah pengajaran
inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan
kepada permasalahan. Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk
melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal
untuk menyelesaikan masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang
dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya
dan guru.

Rajah 1: Model Wholistik
Perkembangan Kanak-kanak
Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan emosi,
jasmani dan sosial seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti bermain dan meneroka
sendiri di peringkat sekolah rendah merupakan pengalaman semula jadi yang banyak
membantu kanak-kanak dalam pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di
sekolah.

A. iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya.
Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka
guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk
pengajaran mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta
mengutamakan perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid.
Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak
meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapai murid-muridnya.
Hasil daripada persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat
profesionalisma dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia
yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020 pasti akan
berhasil.
B Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang
kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran
dan pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan
dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran
guru dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada
penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuan
penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan
lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta
melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat
membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang
diajar.
Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk Haiwan.
Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan
corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia
ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara
aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi haiwan,
menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya.
Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan
dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada
kaitan dengan haiwan. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi
berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik, guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem
solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, Di
dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan kucing. Berapa ekor
ikankah yang masih tinggal?
Rajah 2 : Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran Pendidikan Seni
Visual.
Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa
kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat
memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran
berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap
perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.Untuk menjadikan pengajaran
dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru
memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid sendiri.
B. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya
adalah:-
i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. Antara
perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran
ini ialah berkenaan dengan topik, objektif pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian
isi serta penilaian yang diguna untuk menguji murid. Dalam penyediaan isi pelajaran
guru perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran murid-
murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua tanpa mengambil kira tahap
kebolehan mereka.
ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta
bahan bantu mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu
mudah digunakan oleh mereka. Bahan tersebut sudah semestinya menarik. Antara
bahan yang boleh digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio,
internet dan sebagainya. Bahan bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti
carta bergambar dan sebagainya. Guru perlu menyediakan bahan yang bersesuaian
dengan tajuk yang hendak di ajar.
iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah memberi
motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran
mereka supaya dapat membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta
mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup. Selain itu juga adalah fasilitator atau
pemudahcara semasa pembelajaran berjalan. Di mana guru membimbing serta
memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. Dengan itu guru perlulah
meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknik-teknik
penyampaian serta membuat kajian tentang pencapaian murid-murid dari semasa ke
semasa.
iv) Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar
mengikut tahap pencapaian akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan
memudahkan guru menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap akademik
murid-muridnya. Selain itu guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang
teratur. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah:-
- kelas atau bilik yang selesa
- peredaran udara dan cahaya yang sesuai
- kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi
B. ii Peranan Murid

Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk
memastikan pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya. Mereka digalakkan
melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah samada secara formal atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif
secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan
mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri
sendiri. Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang
baru dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah
pembelajaran.

C. Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang
mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi
pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada
guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain.
Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi
peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang
mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan
penentuan tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah:-
laman serta
pengetahuan sedia ada murid
-isu semasa.
-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam
tema yang dipilih
ma yang dipilih.
aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang
menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran
seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan
mengekspresi bakat (melukis).
C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut
boleh dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:-
A Tema persekitaran
B Tema Masyarakat
C Tema Komunikasi
Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema.
Tema yang digunakan ialah tema persekitaran.

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 4
Tema : Pengangkutan
Persekitaran : Persekitaran Teknologi

Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata
pelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan
Pergerakan dan Kesihatan dan Kajian Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran
dan pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan dengan beberapa perkara penting
seperti :-
- sejarah teknologi pengangkutan;
- kepentingan pengangkutan kepada manusia
- kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan
manusia, haiwan dan tumbuhan
- bentuk-bentuk pengangkutan
- pergerakan kenderaan
- perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan

Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan
pembangunan kepada manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan
telah memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu
menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam
aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat meneroka pergerakan
kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan mereka secara bebas.
C.ii Pengintegrasian Matapelajaran
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang
berkesan amatlah dititik beratkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
berjaya dan mencapai objektifnya terutama sekali kepada murid-murid. Bagi
memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai
beberapa kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
antaranya ialah konsep integrasi. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah
penguasan ilmu pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni
untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi. Kerana keseimbangan ini adalah asas kepada keharmonian negara. Antara
aspek pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah
(a) Penggabungjalinan
Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi
menjadikan suatu pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi
penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran
disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu
mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi
peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi
pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan
suasana pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan proses
penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu
menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca
dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk
menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih
bermakna kepada murid.
(b) Penyerapan
Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan
isi pengetahuan daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu
mata pelajaran yang diajar. Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada
mata pelajaran lain seperti Matematik, Seni Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni
Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam pelajaran
Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan
gerak kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran berjalan.
Bagi tema Pengangkutan yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata
pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya
ialah dengan menayangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita serta
beberapa penerangan tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta
melakukan beberapa aktiviti.
Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang
(b) menunggang motosikal
(c) mengayuh perahu
Seni Visual : (a) membuat model kenderaan
(b) mewarna gambar

Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan
(b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan.
Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz
kenderaan (Matematik), menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam
perkembangan pengangkutan (Sains), dan menerang secara ringkas tentang sejarah
pengangkutan (Kajian Tempatan)
Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-
murid ialah kemahiran:
Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat
- bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan
Bacaan - membaca petikan yang disediakan
- mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia
Tulisan - menulis maklumat
- menjawab soalan

C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat
mengikuti dan seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan
semaksima mungkin. Maka dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran
murid menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar tahap kebolehan mereka. Aktiviti
seperti pergerakan dilakukan supaya kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman
tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat
badan dan daya. Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan dapat
memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi sosial, fizikal, rohani
dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor murid
menjadi lebih meningkat dan sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua
deria yang ada pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan.
Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid membuat model
kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya
imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat
berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan
memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan
mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif
dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing
murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan
berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada
berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi.
Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih
menyeronokkan.
Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah
sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain
dapat membantu penguasaan kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif
pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan
individu secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran
Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam
merancang pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah
sangat penting kerana ianya dapat membantu murid lebih memahami dan apa yang
mereka fahami itu akan kekal dalam ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna
apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya
termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh dikategorikan sebagai
media pendidikan. Kesemua alat dan bahan, jika digunakan dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran yang berkaitan akan dapat merangsang dan mewujudkan iklim
pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Ia juga penting sebagai media komunikasi,
sumber pengalaman dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:-
Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Bahan elektronik
- komputer, tayangan klip
video, Internet
Penerangan semasa set induksi.
Mencari maklumat
2 Bahan bukan elektronik
- carta gambar
- lembaran kerja
- teka silangkata
- surat khabar lama
Mencari maklumat tentang pengangkutan
Aktiviti pengayaan
Aktiviti melukis dan mewarna gambar

3 Bahan maujud
- kereta, motosikal dan basikal

Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis.

Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran

Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran yang
digunakan ialah klip video yang ditayangkan menggunakan komputer dan LCD.
Maklumat-maklumat pengajaran disampaikan melalui tayangan berkenaan keadaan
sebenar serta peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengangkutan di negara kita.
Tujuannya ialah supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih jelas jika
diterangkan dengan contoh-contoh yang memerlukan bahan audio dan visual.
Contohnya;

1) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat)
2) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan
3) menerangkan bunyi kenderaan
4) menerangkan bentuk-bentuk kenderaan

Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat
memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami
sesuatu dengan jelas. Internet juga digunakan sebagai pendedahan dunia IT kepada
murid. Guru membimbing murid meneroka alam maya untuk mencari maklumat.
Peluang ini akan dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid. Penggunaan bahan-bahan
pengajaran seperti yang terdapat dalam Rajah 3 di atas dapat membantu murid
meneroka dan mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman dan pembelajaran dari
mata pelajaran lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Di samping itu ia juga dapat
memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran positif murid-murid.

Rujukan :
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html










Faedah & Kepentingan Seni Kepada Pendidik
Faedah & Kepentingan Seni Kepada Pendidik
Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan
seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan
Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang mata pelajaran lain. Melalui aktiviti ini,
ianya dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan
kecerdasan pelbagai.
Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-
teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah
dan kepentingan seni kepada seorang pendidik ialah seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan
kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu
menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
Misalnya, melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu
murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong pelajar
menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini
sekaligus memberi keseronokkan kepada murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam
ini. Dengan itu, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan
perpindahan pembelajaran.
3) Guru mudah mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991)
oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa
seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar
mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru mudah untuk
mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum kerana manusia
memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan serta melalui perbagai teknik
pengajaran.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri
untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran
yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan
pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja
yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.
Rujukan :
http://noormina.blogspot.com/2010/10/faedah-kepentingan-seni-kepada-pendidik.html

Anda mungkin juga menyukai