Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,

KARUNG BERKUNCI NO 43, 70400 SEREMBAN


NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFOM
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 2015
TARIKH : 3 APRIL - 5 APRIL 2015
TEMPAT
PADANG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

ANJURAN
UNIT PSV PISMP SEM 4 AMBILAN JUN 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
1.0

PENDAHULUAN

Unit PSV PISMP Sem 4 Ambilan Jun 2013 telah merancang untuk
melaksanakan Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia. Perkhemahan ini
merangkumi latihan asas kawad, Undang- undang Kemanusiaan Antarabangsa
(UUKA) dan latihan perkhemahan asas. Melalui kursus ini, ahli- ahli dapat
menambah pengetahuan tentang aktiviti- aktiviti perkhemahan seterusnya dapat
mengaplikasi kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. Antara nilai murni
yang dapat diperoleh dalam kursus ini ialah dapat memupuk semangat
kesukarelawan dalam diri ahli untuk membantu masyarakat.
2.0

OBJEKTIF
Adalah diharapkan di akhir program ini guru pelatih akan dapat:
1.

Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk kerjasama antara guru pelatih


dengan masyarakat serta mewujudkan semangat berpasukan dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan.

2.

Memberi kesedaran kepada bakal guru akan cabaran yang akan mereka lalui
sepanjang perkhidmatan mereka sebagai pendidik kelak lebih-lebih lagi
semasa di pendalaman.

3.

Memantapkan mental bakal-bakal guru dari perspektif ketahanan fizikal,


kecerdasan emosi, kekuatan rohani serta jati diri.

4.

Melahirkan guru pelatih yang bersemangat juang untuk memastikan


kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.

5.

Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli BSMM


tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.

6.

Melahirkan guru pelatih yang berdaya tahan, bermotivasi dan mampu


menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

7.

Memupuk semangat berdikari, kerjasama dan setiakawan dengan kaedah


ikhtiar hidup seperti berada di dalam hutan.

8.

Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar


kepada kehidupan manusia.

9.

Mewujudkan sikap memelihara dan memulihara flora dan fauna.

10.

Melahirkan para guru pelatih yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea


yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

11.

Mewujudkan

masyarakat

yang

penyayang

dan

bermuafakat

serta

berintergrasi semua kaum.


12.

Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan


kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

3.0

SASARAN
Unit PSV PISMP Sem 4 Ambilan Jun 2013

4.0

TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN


1. Tarikh yang dirancang ialah 3hb. April hingga 5hb. April 2015 iaitu pada hari
Jumaat sehingga hari Ahad.
2. Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam.
3. Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

5.0

TEMPAT

Padang, IPG Kampus Raja Melewar

6.0

JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penaung
: Tuan Haji Abu Bakar Pengarah Institut
Penasihat
: En Mohd Affendi
Ketua Fasilitatior
: En Karthi Geu A/L Rajendran
Fasilitator
: (i) Pn. A. Latha
(ii) Pn. S. Yogamalar
(iii) En. P. Yoginath
(iv) En. D.Durai Raj
JAWATAN PELAKSANA
Pengerusi
: Devandran A/L T. Kalaichelvam
Naib Pengerusi
: Sobana A/P Krishnan
Setiausaha
: Kalai Selvan A/LPeriasamy
Bendahari
: Ravina Devi A/P Rambiyah
AHLI JAWATANKUASA
Kem Komandan
Tim. Kem Komandan
Pendaftaran
Disiplin dan Keselamatan
Juruteknik dan Peralatan
Kerohanian
Makanan dan Sajian
Pengurusan Perkhemahan
Senamrobik
Persembahan Kumpulan
Tugas-Tugas Khas
Dokumentasi
Penyelaras Aktiviti
Cenderamata/Sijil/Hadiah

7.0

: K. Devandran
: K. Sobana
: P.Kalai Selvan
: R. Lilavathi
: P. Rathika
: V. Parameswari
B. Puskala
: S. Rasati
S. Puvanaambiga
: K. Malarkodi
: K. Tharsini
S. Saraswathi
: T. Menaga
T. Kanchana
: R.Ravina Devi
: T.Kanchana
: P. Rathika
: V. Parameswari

BIDANG TUGAS SETIAP AHLI JAWATANKUASA


7.1

PENAUNG

7.1.1 Pengarah IPG Kampus Raja Melewar sebagai Penaung akan


memberi sokongan terhadap apa jua penambahbaikan supaya
program ini mencapaI matlamatnya.
7.1.2 Beliau juga akan membuat pemantauan secara keseluruhan
mengenai

pelaksanaan

aktiviti

dan

pengurusan

sesebuah

persatuan supaya selaras dengan peraturan dan undang-undang


KPM.
7.2

PENASIHAT
7.2.1 Pensyarah Pembimbing Persatuan BSMM sebagai Penasihat akan
memberi kata putus ataupun idea terhadap perjalanan program
sama ada dari segi perlaksanaan, jawatankuasa ataupun apa jua
yang dirasakan perlu.
7.2.2 Beliau juga akan membuat pemantauan secara keseluruhan
mengenai

pelaksanaan

aktiviti

dan

pengurusan

sesebuah

persatuan supaya selaras dengan peraturan dan undang-undang


KPM.
7.2.3 Antara peranannya ialah memberi panduan, nasihat, bimbingan
dan sebagainya kepada jawatankuasa dalam aspek pentadbiran
dan melaksanakan aktiviti.
7.3

PENGERUSI:
7.2.4 Pengerusi bertindak menguruskan perjalanan program mesyuarat
pra program, pemantauan dan lain-lain.
7.2.5 Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan
dalam perlembagaan.

7.3 NAIB PENGERUSI


7.3.1 Naib Pengerusi yang dipilih akan membantu tugas Pengerusi.
7.3.2 Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas pengerusi
apabila ketiadaan pengerusi.
7.4

SETIAUSAHA
7.4.1 Bertanggungjawab dalam urusan surat-menyurat dengan badan
luar pentadbir sekolah dan ahli pertubuhan.

7.4.2 Menyediakan kertas kerja serta minit-minit mesyuarat, maklumatmaklumat

program

dan

hal-hal

yang

berkaitan

dengan

kesetiausaha.
7.5

BENDAHARI
7.5.1 Mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan kewangan
program seperti kutipan yuran, bayaran dan lain-lain.
7.5.2 Menjalankan tugas mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam
perlembagaan.

7.6

KEM KOMANDAN
7.6.1 Bertindak sebagai Guru Pemimpin kepada semua ahli unit
berunitform

7.7

TIMB. KEM KOMANDAN


7.7.1 Membantu Kem Komandan.
7.7.2 Menjadi Komandan dan menjalankan tugas Komandan apabila
ketiadaan Komandan

7.8

PENDAFTARAN
7.8.1 Mengambil kedatangan peserta pada masa yang tepat dan
mengedarkan jadual aktiviti dan peraturan perkhemahan.

7.9

DISIPLIN & KESELAMATAN


7.9.1 Menyediakan peraturan-peraturan program seperti peraturan tapak
perkhemahan, peraturan pakaian dan sebagainya di samping
memastikan tahap disiplin para peserta sentiasa terkawal.

7.10

JURUTEKNIK & PERALATAN


7.10.1 Menyediakan segala jenis peralatan yang diperlukan untuk
keperluan sepanjang program.

7.11

KEROHANIAN
7.11.1 Menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kerohanian kepada
para peserta sama ada yang beragama Islam atau pun yang bukan
beragama Islam.

7.12

MAKANAN
7.12.1 Menguruskan makanan dan minuman untuk para guru, staf dan
peserta program dengan mematuhi jadual aktiviti.

7.13

PENGURUSAN PERKHEMAHAN
7.13.1 Menetapkan tempat perkhemahan dan menyelia apabila khemah
dipasang.
7.13.2 Perlu mendapatkan khemah sebanyak 6 buah untuk 15 orang

7.14

peserta.
SENAMROBIK
7.14.1 Menyediakan alatan yang perlu untuk senamrobik serta

lagu

Negara Ku, lagu Kebesaran Negeri Sembilan, Kami Guru Malaysia


dan lagu IPG Kampus Raja Melewar.
7.15

PERSEMBAHAN KUMPULAN
7.15.1 Menetapkan jenis persembahan yang selama 5 minit, sesuai dan
bermoral.

7.16

TUGAS-TUGAS KHAS
7.16.1 Menjaga kebajikan para peserta seperti hal kecemasan, kesihatan
dan lain-lain seperti kemudahan ampaian dan tandas para peserta.

7.17

URUSETIA & JEMPUTAN


7.17.1 Membantu setiausaha dan juga menyediakan surat jemputan
kepada para tetamu jemputan program.

7.18

DOKUMENTASI
7.18.1 Merakam gambar serta video sepanjang program berjalan dan
menyediakan aktiviti (bergambar) selepas program tamat.
7.18.2 Selepas itu, mendokumentasikan program dan menyerahkan
kepada urus setia.

7.19

PENYELARAS AKTIVITI
7.19.1 Memastikan setiap aktiviti diselaraskan mengikut jadual program
dan memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.

7.20

CENDERAMATA/SIJIL/HADIAH
7.20.1 Mencari penaja atau penderma, menguruskan cenderamata untuk
para tetamu jemputan serta sijil dan hadiah untuk peserta-peserta.

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini.

BIL
1
2
3
4
5
6

PERKARA
Alat Tulis
Baju Perkhemahan B
Hadiah
Makanan
BBQ
Aktiviti Iktiar Hidup
Telur, kentang, tepung

7
Cenderamata
JUMLAH

KUANTITI
15 orang x RM5
15 orang x RM

JUMLAH (RM)
75.00
300.00

20
5 buah x RM15
25 orang x RM30
25 orang x RM5
25 orang x RM3

75.00
750.00
125.00
75.00

5 orang x RM3

15.00
1415.00

9.0

KEPERLUAN PESERTA
Sila merujuk Lampiran 2 dan 3

10.0

PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN


10.1 ARAHAN UMUM
10.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh.
Peraturan dikeluarkan bertujuan untuk memastikan kelicinan dan
keberkesanan aktiviti di sepanjang program perkhemahan ini.
10.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan/ Timbalan Kem
Komandan/ Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau
berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan.
10.1.3 Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah
ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai
ataupun tamat perkhemahan.
10.1.4 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan
selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang bertugas.
10.1.5 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan
masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan
kebenaran ataupun arahan dan pihak urusetia.
10.1.6 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan
panggilan hormat diutamakan.
10.1.7 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.

10.1.8 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi hubungan antara satu


sama lain di sepanjang perkhemahan.
10.1.9 Laporkan sebarang kemalangan kepada urusetia dengan segera.
10.2

KESELAMATAN
10.2.1 Keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.
10.2.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan
berterusan serta diikuti dengan arahan/ arahan pergerakan.
10.2.3 Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah
penyeliaan

atau

pengawasan

dan

mendapatkan

kebenaran

daripada pihak berkenaan.


10.2.4 Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan
dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
10.2.5 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran
daripada pihak penganjur.
10.2.6 Pastikan wisel dibawa pada bila-bila masa sahaja.
10.2.7 Peraturan-peraturan
lain
mengenai
keselamatan

akan

dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.


10.2.8 PERHATIAN: Patuhi arahan yang telah ditetapkan.
10.3

KETETAPAN DAN KETEPATAN MASA/ PERGERAKAN ANGGOTA


10.3.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa
aktiviti yang telah ditetapkan.
10.3.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan.
10.3.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan sekurangkurangnya 2 orang dalam satu kumpulan.
10.3.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan
kem.
10.3.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen
selepas 11 jam malam sehingga 5 pagi kecuali terdapat sebarang
kecemasan atau diiringi oleh penyarah.

10.4

PERATURAN KEBERSIHAN
10.4.1 Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih
dan teratur.
10.4.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah.
10.4.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh pensyarah.
10.4.4 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang telah disediakan.

10.4.5 Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai


selipar atau kain pelikat sama ada ke kantin atau keluar daripada
kawasan perkhemahan
10.4.6 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di
kawasan perkhemahan atau sekitarnya.
10.4.7 Kumpulan bertugas hendaklah memastikan

keadaan

yang

memuaskan dan teratur sebelum solat bermula.


10.5

PERATURAN KELUAR MASUK


10.5.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen/
dicatatkan dalam buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada
urusetia.
10.5.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk
dari kawasan perkhemahan.
10.5.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan
mempunyai dokumen dan tujuan yang sah dari ketua platun
masing-masing.

11.0

PENUTUP
Program ini dirangka bukan semata-mata untuk memenuhi takwim Persatuan
BSMM dan Unit GERKO IPG Kampus Raja Melewar pada tahun ini, tetapi
objektif utamanya ialah untuk meningkatkan pengalaman guru pelatih yang bakal
menjadi pendidik di sekolah. Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat
dilaksanakan dengan lancar dan memberi seribu satu pengalaman baru kepada
para peserta program ini. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang disampaikan
di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan

seharian mereka untuk membina keyakinan diri, membentuk sahsiah dan


motivasi diri guru pelatih dalam masyarakat. Justeru itu diharap semua warga
IPG Kampus Raja Melewar dapat bersama-sama berganding bahu dalam
menjayakan Program Perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Tahun 2015 ini.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

...

(KALAI SELVAN A/L PERIASAMY)

(DEVANDRAN A/L T. KALAICHELVAM)

Setiausaha,

Pengerusi,

Program Perkhemahan

Program Perkhemahan

Persatuan BSMM 2015,

Persatuan BSMM 2015,

IPG Kampus Raja Melewar

IPG Kampus Raja Melewar

DILULUSKAN OLEH,
..
(TUAN HAJI ABU BAKAR)
Pengarah
IPG Kampus Raja Melewar

LAMPIRAN 1
SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHAN BSMM
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
N
O
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

NAMA PESERTA
DEVANDRAN A/L T.KALAICHELVAM
KALAI SELVAN A/LPERIASAMY
KANCHANA A/P THAMBIYAPPAH
LILAVATHI A/P RAJAGOPAL
MALARKODI A/P KALIDASAN
MENAGA A/P THANNIMALAI
PARAMESWARI A/P VINAYAGM
PUSKALA A/P BARAMESWARAN
PUVANAAMBIGA A/P SIVNKUPPUSAMY
RASATI A/P SELVARAJAH
RATHIKA A/P PICHAN
RAVINA DEVI A/P RAMBIYAH
SARASWATHI A/P SHOMU
SOBANA A/P KRISHNAN
THARSINI A/P KRISHNASAMY NAIDU

LAMPIRAN 2
SENARAI PERALATAN (PERLU DIBAWA OLEH PESERTA)
PROGRAM PERKHEMAHAN PERSATUAN BSMM 2015
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
BIL
1

PERKARA
Pakaian

KETERANGAN
Uniform Lengkap

CATATAN

T-shirt Berkolar
Pakaian Sukan (baju berkolar,
seluar sukan panjang, stoking,
kasut sukan dan Topi)
Sleeping Bag

Pakaian Basah
2

Peralatan Aktiviti

Untuk aktiviti
keyakinan di air.

Pen, Pensel, Buku Catatan


dan lain-lain
Tali, Kain Anduh, Lampu Suluh,
Wisel dan sebagainya

Peralatan Mandi

Selipar , Tuala Mandi dan


Sabun Mandi
Berus Gigi dan Ubat Gigi
Barang Peribadi yang lain

Makanan

Air Minum, Biskut dan roti

Jika perlu.

Ubat-ubatan

Jika ada.

LAMPIRAN 3
SENARAI PERALATAN
PROGRAM PERKHEMAHAN PERSATUAN BSMM 2015
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
BIL
1

PERKARA
Peralatan Aktiviti

KETERANGAN
Walkie-talkie
PA System
Tali nylon, mancis
Kompas
Gergaji, cangkul, tali, parang
dan yang berkaitan

Peralatan Khemah

Generator
Khemah

Bendera

Bendera Malaysia
Bendera IPG

Makanan

Ubat-ubatan

Buah-buahan, roti, telur, sayursayuran, daging, bawang,


bahan untuk memasak seperti
gula, minyak dan sebagainya
Peti Pertolongan Cemas

Anda mungkin juga menyukai