Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

TAJUK :
KEM PEMANTAPAN FASILITATOR MINGGU SUAI KENAL (MSK)

2023

TARIKH :
26-29 JANUARI 2023 │ (KHAMIS-AHAD)

TEMPAT :
DEWAN ANJUNG BESTARI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH

DISEDIAKAN OLEH:

NUR SYUHADA BINTI MOHD BASERI (08DPR22F1072)


AHMAD FARHAN BIN RIDZWAN (08DPM22F1084)
NUR AIN SYAHILA BINTI AHMAD NAZARUDIN (08DEP22F1058)
AMIRUL BIN ABDULLAH (08DEP22F1022)
BORANG SENARAI SEMAK KERTAS KERJA

 SENARAI SEMAK KERTAS KERJA

1 Kertas Kerja Yang Lengkap


Anggaran Kos Yang Lengkap
(sekiranya membuat tuntutan bayaran (makan minum / pembelian
2 peralatan atau barang / bayaran penginapan),sila lampirkan resit
pembayaran / invois / sebut harga)
3 Senarai Nama Peserta

4 Surat Jemputan Program (sekiranya berkaitan)


Surat Jemputan Penceramah & Biodata Penceramah (sekiranya
5 berkaitan)

Untuk kegunaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar :

Tandatangan Pegawai JHEP :


______________________________________________

Catatan :

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

______
TAJUK:
KEM PEMANTAPAN FASILITATOR
MINGGU SUAI KENAL

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
Pengarah Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) cadangan
untuk melaksanakan KEM PEMANTAPAN FASILITATOR MINGGU SUAI
KENAL (MSK) dengan anggaran kewangan sebanyak RM 3500 sahaja.

2.0 JUSTIFIKASI DAN ASAS PERTIMBANGAN

 Program ini memberikan peluang kepada pelajar psa untuk


memupuk sifat kepimpinan dalam diri dan kerjasama yang lebih
mantap.Melalui kepimpinan,pelajar Psa mampu untuk menjadi
contoh kepada para pelajar lain mahupun pelajar baharu yang bakal
memasuki sesi akan datang.
 Kem ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim
antara para pelajar yang berkepimpinan bagi menguatkan sifat
kerjasama semasa melaksanakan tugasan yang diberi oleh pengurus
kem ini. Ia juga dapat melahirkan sifat rasa tanggungjawab atas
dalam tugasan masing .
 Proses pemantapan fasilitator dapat menambahkan ilmu
pengetahuan tentang kepimpinan kepada para pelajar yang
menyertai kem ini.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

 Untuk melahirkan fasilitator dari kalangan pelajar yang mahu


berbakti kepada pihak politeknik secara sukarela.
 Untuk memberi peluang kepada fasilitator untuk berkongsi ilmu
dan pengalaman kepada pelajar yang menyertai program yang
dijalankan.
 Fasilitator membantu ketua program dalam mengawal serta
menjadi idola kepada pelajar.
 Untuk mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong antara
fasilitator dan pelajar.
 Untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran baru dalam
mengendali sesebuah program.
 Untuk meningkatkan keyakinan fasilitator dalam proses interaksi
antara pelajar-pelajar baru.

4.0 KAEDAH PERLAKSANAAN PROGRAM

4.1 Kumpulan Sasaran


Penglibatan secara langsung dalam perancangan, pembangunan dan penilaian
pelaksanaan KEM PEMANTAPAN FASILATOR MINGGU SUAI KENAL
(MSK) adalah seperti berikut:
i. Ahli MPP
ii. Mahasiswa

4.2 Tarikh
26-29 JANUARI 2023 (Khamis hingga Ahad )

4.3 Tempat
DEWAN ANJUNG BESTARI
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

4.4 Bilangan Peserta

Peserta : Lelaki 25 Pensyarah Terlibat 5

Perempuan 25 :

Jumlah Keseluruhan :
55

4.5 Senarai Ahli Jawatankuasa (Rujuk lampiran A)

4.6 Tentatif Program (Rujuk lampiran B)

4.7 Anggaran Kos (Rujuk lampiran C)

5.0 IMPLIKASI PROGRAM

5.1 Negara :
• Dengan menjalankan program ini, fasilitator berpeluang untuk
cuba menjelaskan kesan kepimpinan terhadap mahasiswa bagi
mencapai pembangunan negara yang komprehensif justeru secara
bersepadu.

5.2 Masyarakat :

• Program ini mendekatkan fasilitator dan juga mahasiswa


terhadap masyarakat kerana pergaulan dengan orang di sekitar
Politeknik.

5.3 Institusi :
• Program ini dapat mendekatkan lagi fasilitator terhadap
persekitaran Politeknik, hubungan antara pentadbir dan mahupun
jua sesama pelajar.

5.4 Mahasiswa :
 Fasilitator dapat mengukuhkan lagi ilmu dalam kepimpinan,
komunikasi mahupun sifat tanggungjawab dimana ia dapat
digunakan pada masa hadapan.

6.0 SYOR

Pengarah Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) adalah
dipohon untuk menimbang dan meluluskan cadangan bagi melaksanakan KEM
PEMANTAPAN FASILITATOR MINGGU SUAI KENAL (MSK) dengan
anggaran kewangan sebanyak RM 3500 sahaja.

Disediakan Oleh :

(Ahmad Farhan Bin Ridzwan)


Pelajar
Jabatan Perdagangan
Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah

Tarikh: 15-1-2023

Disemak oleh :

(Puan Wahida Binti Mohamad Noor)


Ketua Jabatan
Jabatan Pembimbing Rakan Sebaya
Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Tarikh : 20-1-2023

Disahkan oleh : ULASAN :

(JULIA BINTI MARJUKI)


Menjalankan Tugas
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Tarikh : 20-1-2023

Disokong oleh : ULASAN :


(ZALINA BINTI ISMAIL)
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Tarikh : 20-1-2023

Ulasan Oleh Pengarah

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Ulasan:

DR. HAJI MOHD ZAHARI BIN


ISMAIL
Pengarah
Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah

Tarikh: 20-1-2023
Lampiran A

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Pengurus
PUAN WAHIDA BINTI MOHAMAD NOOR

Pengerusi
AHMAD FARHAN BIN RIDZWAN

Naib Pengerusi
NUR SYUHADA BINTI MOHD BASERI

Setiausaha
NUR AIN SYAHILA BINTI AHMAD NAZARUDIN
Bendahari
AMIRUL BIN ABDULLAH

Lampiran B

TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA (26 JANUARI 2023)
Masa Perkara
9.00am-10.00am Pendaftaran Program
10.00am Taklimat dan Pengenalan Program
10.00am-11.00am Sarapan Pagi

11.00am-1.00pm Aktiviti 1: LDK- “Ice Breaking” - MPP

1.00pm-2.00pm Solat Zohor/Makan Tengahari

2.00pm-5.00pm Aktiviti 2: LDK- T.E.A.M -UPP

5.00pm-7.00pm Waktu Rehat dan Persiapan Diri

7.00pm-9.00pm Solat Maghrib dan Solat Isya’/Makan Malam


9.00pm-11.00pm Workshop 1: Tips Fasilitator – Ustaz Khairul

HARI KEDUA (27 JANUARI 2023)


Masa Perkara
6.00am-7.00am Solat Subuh/Kuliah Subuh

8.00am-12.00pm Hiking di Bukit Jelutong

1.00pm-2.00pm Solat Zohor/Makan Tengahari

2.30pm-5.00pm Workshop 2: Pembangunan Personaliti – Puan Syila

5.00pm-6.00pm Riadah Petang

7.00pm-9.00pm Solat / Kuliah Maghrib / Makan Malam

9.00pm-11.00pm Aktiviti 3: LDK- Komunikasi Berkumpulan - Izzat

HARI KETIGA (28 JANUARI 2023)


Masa Perkara
6.00am-7.00am Solat Subuh / Kuliah Subuh
7.00am-9.00am Sinergi Pagi / Sarapan Pagi

9.00am-11.00am Taklimat Minggu Suai Kenal (MSK)

1.00pm-2.00pm Makan Tengahari – Majlis Penutup Bengkel

2.00pm-5.00pm Aktiviti 4: LDK- Persediaan MSK

7.00pm-9.00pm Solat Maghrib / Makan Malam

9.00pm-11.00pm Aktiviti 5: LDK- Persediaan MSK

HARI KEEMPAT (29 JANUARI 2023)


Masa Perkara
6.00am-7.00am Solat Subuh / Kuliah Subuh

7.00am-9.00am Sinergi Pagi / Sarapan Pagi

9.00am-11.00am Taklimat Minggu Suai Kenal (MSK)

1.00pm-2.00pm Solat Zohor / Makan Tengahari

2.00pm-5.00pm Aktiviti 6: LDK- Persediaan MSK

7.00pm-9.00pm Solat Maghrib / Makan Malam

9.00pm-11.00pm Aktiviti 7: LDK- Persediaan MSK


Lampiran C

ANGGARAN KOS

Kos / Unit
Perkara Hari Kuantiti / Unit Jumlah (RM)
(RM)

Jamuan Makan

Sarapan Pagi 4 55 3.00 660.00


Makan Tengahari 4 55 6.50 1430.00
Makan Malam 4 55 5.50 1210.00
Jumlah 3300.00

Utilitis

Banner 2 85.00 170.00

Bunting 2 15.00 30.00

Jumlah 200.00
Jumlah Keseluruhan 3500.00

Anda mungkin juga menyukai