Anda di halaman 1dari 11

SK.

HAJI KASSIM JASIN,SELENGKOH

YAN, KEDAH

KERTAS KERJA

BENGKEL MEMANAH TRADISIONAL


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI KEDAH

1
BENGKEL MEMANAH TRADISIONAL
TNAS KADET REMAJA SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI KEDAH 2022

1. PENDAHULUAN
Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah
mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai
sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah. Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu
harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat
Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di
mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu,
Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu
kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW
bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak
memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama
kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)
Memanah adalah merupakan satu aktiviti yang telah wujud sejak zaman dahulu. Zaman
dahulu manusia menggunakan kemahiran memanah untuk memburu binatang dijadikan
makanan ataupun berperang. Tetapi hari ini banyak negara berlumba-lumba menguasai
kemahiran ini adalah untuk melonjakkan nama dalam arena sukan. Ia juga memerlukan
disiplin yang tinggi serta kekuatan fizikal dan mental mahupun emosi.
Untuk itu, kursus asas memanah tradisional ini dilaksanakan sebagai satu langkah awal
kepada pelajar dan guru yang menyertai kursus ini dalam mengenali sukan atau aktiviti
riadah yang dilakukan mengikut sunah Rasullullah. Diharapkan agar kursus ini akan
memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada para peserta mengenai sukan memanah
ini dan ilmu yang diperolehi tersebut dapat diaplikasikan dan disampaikan kepada orang lain.

2
2. Matlamat
2.1 Program ini akan mendedahkan pelajar dan guru kepada sukan yang berprestasi
tinggi. Ia juga dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan, fokus dan mempunyai
visi dan misi serta berdisiplin.
2.2 Membuka peluang dan minat kepada lebih banyak sekolah di Negeri Kedah untuk
menubuhkan kelab memanah tradisional di sekolah.
2.3 Menarik lebih ramai pelajar dari seluruh daerah di Negeri Kedah yang akan
mewakili sekolah dalam pertandingan memanah peringkat negeri bagi tahun 2023.

3. Objektif
3.1 Memberi peluang kepada guru penasihat TKRS dan pelajar mendapat pendedahan
asas dalam bidang memanah.
3.2 Memberi peluang kepada ahli TKRS menceburi bidang sukan yang jarang ada di
sekolah.
3.3 Melahirkan anggota TKRS yang lebih berdisiplin dan fokus dalam bidang yang
diceburi.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri serta ketahanan fizikal dan mental
pelajar.
3.5 Mengeratkan lagi hubungan antara anggota TKRS dari sekolah lain.
3.6 Melahirkan pemanah yang mewakili daerah dan seterusnya mewakili negeri pada
suatu hari nanti.
3.7 Memberi peluang kepada murid mempunyai sijil peringkat Negeri dalam rekod
PAJSK.

4. Rasional
4.1 SK Haji Kassim Jasin akan jadikan sukan memanah tradisional ini sebagai salah satu
kebitaraan sekolah. Justeru itu,bengkel memanah ini adalah salah satu aktiviti yang
baik untuk mengangkat nama SK Haji Kassim Jasin di mata daerah Kuala Muda/ Yan

3
4.2 SK Haji Kassim Jasin akan menjemput tenaga pengajar profesional dari luar yang
mempunyai kelayakan dan sijil kejurulatihan khusus dalam bidang memanah bagi
menjalankan bengkel ini.
4.3 Kita mempunyai pelajar yang berkebolehan serta berminat dalam sukan ini
disamping mempunyai fizikal badan yang sesuai.
4.4 Memberi peluang kepada murid mempunyai sijil peringkat negeri dalam rekod
PAJSK.
4.5 Kita memiliki tempat untuk berlatih yang sangat sesuai untuk pelajar sekolah rendah.

5. Kumpulan Sasaran
5.1 Guru-guru penasihat TKRS negeri Kedah.
5.2 Murid-murid( TKRS ) yang mempunyai potensi dalam bidang memanah.

6. Tenaga Pengajar
6.1 Pengajar : Ustaz Mohamad Yusni bin Othman @ Abi Tuah (SK. Ambangan Hight)
6.2 Kelab : Mahabbah Achery Club

7. Maklumat Bengkel
Tarikh :5 November 2022
Hari : Sabtu
Tempat : SK. Haji Kassim Jasin
Masa : 8.00 pagi – 4.30petang
Daerah yang terlibat :
 Kuala Muda/Yan
 Sik
 Baling
 Pendang
 Kota Setar
 Kubang Pasu
 Kulim

4
5
9. Jadual Kursus ( Lampiran 1 )
10. Jawatankuasa Kerja ( Lampiran 2 )

11. Penutup
Adalah diharapkan dengan terlaksananya kursus pengenalan asas memanah ini,
akan membolehkan lebih banyak sekolah-sekolah di seluruh daerah di negeri Kedah yang
akan menubuhkan Kelab Memanah Tradisional di sekolah masing-masing. Diharapkan
juga Pertandingan Memanah Peringkat Negeri pada tahun hadapan akan membariskan
lebih banyak pemenang-pemenang utama dari pelbagai daerah di negeri Kedah.

Disediakan oleh : SK. Haji Kassim Jasin,Selengkoh


Yan Kedah
MOHD AFRIZAL BIN ZAKARIA Disemak oleh :
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

6
ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH SK. Haji Kassim Jasin,Selengkoh
Guru Besar, Yan Kedah

Disahkan oleh :

SARIMAH BINTI ABDUL HAMID


Guru Besar,
SK. Ladang Harvard

Lampiran 1
Jadual Bengkel Memanah Tradisional
Peringkat Daerah Kuala Muda / Yan

Tarikh : 13 Julai 2019


Hari : Sabtu

8 : 00 am : Pendaftaran Peserta
8 : 30 am : Doa
: Bengkel Asas Memanah
9 : 30 am : Perlawanan Mini
 Pelajar Lelaki
 Pelajar Perempuan
 Guru
11 : 30 am : Rehat (Makan)
12 : 30 pm : Upacara Penutupan
 Ucapan Guru Besar
 Ucapan PPD

7
 Ucapan penutupan dari VVIP
 Penyampaian Hadiah dan Sijil
1 : 30 pm : Majlis Bersurai

Lampiran 2
Jawatankuasa Kerja
Bengkel Memanah Tradisional
Peringkat Daerah Kuala Muda / Yan

JAWATANKUASA INDUK:
Penaung : Cg. Sarimah binti Abdul Hamid
Guru Besar
SK. Ladang Harvard

Pengerusi : Cg. Mohd Lizam bin Tubi


Penolong Kanan Kokurikulum,

Setiausaha : Cg. Zuliza binti Zakaria

Penyelaras : Cg. Hj. Afrizal bin Zakaria

Bendahari : Pn. Fatimah binti Che Nan

8
AHLI JAWATANKUASA KERJA:
Peralatan : Pekerja Swasta Lelaki
Perhubungan : Cg. Mohd Lizam bin Tubi
Cg. Mohd Afrizal bin Zakaria
Pendaftaran : Cg. Ummuhani binti Johar
Pn. Nurulhuda binti Che Ahmad
Pn. Fatimah binti Che Nan
Perasmian dan Penutupan : Cg. Sarimah binti Abdul Hamid
Buku Program & Dokumentasi : Cg. Siti Diyana binti Mustapha Kamal
Persiapan Tempat : Cg. Mohd Lizam bin Tubi
Semua Guru
AJK PIBG

Hadiah & Cenderamata : Pn. Fatimah binti Che Nan


Cg.Nor’ain binti Ismail
Pn. Nurulhuda binti Che Ahmad
Pn. Latifah
Cg. Siti Norhaiza binti Omar
Jamuan : Cg. Siti Norhaiza binti Omar
Cg. Aini Sabariah binti Yaacob
Keselamatan dan Kawalan : Cg. Jasmee bin Sampol
Lalulintas Pengawal Keselamatan
Jurufoto : En. Mohd bin Muda
Kecemasan dan Pengelola Acara : Cg. Rahimunrizah binti A. Rahmam
Cg. Shahirah binti Kholib
Data dan Perangkaan : Cg. Zuliza binti Zakaria
Pengacara Majlis : Cg. Afrizal bin Zakaria

9
10
11

Anda mungkin juga menyukai