Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM KURSUS PEMBUATAN KEK 2019


JKP MPAJ ZON 1

TARIKH : 9hb November 2019 / Sabtu

TEMPAT: Malaysian Food (Authentic) College (MFA)


Unit C-1-28 Blok C, Pangsapuri Spring Villa,
Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana,
Ampang, Selangor Darul Ehsan

ANJURAN: JKP MPAJ ZON 1


PEJABAT AHLI MAJLIS ZON 1
DEWAN JALAN E 5
TAMAN MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR
KERTAS KERJA

PROGRAM KURSUS PEMBUATAN KEK 2019

JKP MPAJ ZON 1

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini diadakan adalah untuk memohon peruntukan kewangan bagi

membolehkan JKP MPAJ Zon 1 untuk mengadakan Program Kursus Pembuatan Kek 2019

kepada penduduk-penduduk di dalam Zon 1 MPAJ yang berminat.

2.0 LATAR BELAKANG

Program ini dirancang untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada 30 orang

penduduk di dalam kawasan JKP Zon 1 dalam proses pembuatan brownies dan kek.

Kursus ini akan diseliakan oleh Chef Pastri yang terkenal, Dato’ Mohd Farid Alwi dan akan

diadakan di kolej beliau yang mempunyai cukup peralatan pembuatan kek dan kemudahan

untuk memberi pendedahan terbaik dalam kursus membuat kek. Walaupun pendedahan

kursus berjalan selama 1 hari ini amat singkat tetapi sekiranya dimanfaatkan oleh peserta

kursus, ianya bukan sahaja boleh menambahkan kemahiran tetapi juga boleh membantu

menambah pendapatan penduduk.

Selain daripada kemudahan dan peralatan kursus yang baik, bahan mentah gunapakai dan

apron akan disediakan oleh pihak kolej. Peserta kursus akan diberi sijil dan teks rujukan

setelah tamat kursus.

Mukasurat 1
Pihak AJK JKP MPAJ Zon 1 mensasarkan kawasan Kampung Fajar dan Kampung Klang

Gate sebagai sasaran yang tepat kerana terdapat ramai yang kurang berkemahiran dalam

membuat kek. Bagaimanapun, terdapat juga masyarakat yang menetap di sekitar Taman

Melawati yang juga akan diberi perhatian

3.0 MATLAMAT

Di akhir program lawatan ini, JKP MPAJ Zon 1 berharap mencapat matlamat seperti

dibawah ini:

I) Memberi pendedahan dan kemahiran kepada setiap peserta kursus untuk

membuat:

a) Brownies

b) Kek Buah

c) Kek Keju.

II) Membantu masyarakat Islam yang kurang berkemampuan untuk menyambut

Hari Raya Aidil Fitri.

III) Ahli jawatankuasa JKP MPAJ Zon1 dapat memulakan aktiviti-aktiviti yang

berbentuk pendidikan.

IV) Memberi gambaran baik kepada masyarakat tentang keprihatinan Kerajaan

dalam meningkatkan kemahiran penduduk.

4.0 PENYERTAAN

Penyertaan akan dihadkan kepada 30 peserta sahaja yang berumur 18 tahun ke atas

tanpa mengira jantina dan akan diberi tempat berdasarkan “first come first serve” bila

mereka membuat pendaftaran.

Mukasurat 2
5.0 TEMPAT

Malaysian Food (Authentic) College (MFA)

Unit C-1-28 Blok C, Pangsapuri Spring Villa,

Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana,

Ampang, Selangor Darul Ehsan

6.0 TARIKH PERLAKSANAAN

Tarikh: 9hb November 2019

Hari: Sabtu

Masa: 9.00 pagi – 5.30 petang.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi: Tuan Mohamed Radziff Hasan

Ahli Majlis MPAJ Zon 1

Setiausaha: Cik Nor Azieda Bt Abd Rahim

Bendahari: En. Syed Ali b Syed Harun

AJK PELAKSANA

AJK Penyelaras: Pn. Ruslilawati Bt Othman

AJK Pendaftaran: En. Mohd Nazri bin Abdul Hamid

AJK Publisiti: En. Zulhairi bin Mohd Ruslan

Mukasurat 3
8.0 PERINCIAN PROGRAM

a. Semua peserta dikehendaki membuat pendaftaran melalui JKP MPAJ

Zon 1 sebelum 2hb November 2019.

b. Tiada bayaran yuran akan dikenakan kepada peserta.

c. Peserta dikehendaki mengurus pengangkutan sendiri ke tempat kursus.

d. Setiap peserta masing-masing akan membuat 3 jenis kek iaitu Brownies,

Kek Buah dan Kek Keju dan boleh membawa pulang hasil kerja mereka.

e. Setiap peserta akan diberi apron, teks rujukan dan bahan mentah.

f. Semua peralatan kursus akan disediakan oleh pihak kolej.

g. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang akan disediakan oleh

pihak kolej.

9.0 PUBLISITI

Program ini akan dihebahkan melalui banner, media sosial dan jaringan whatsapp

kepada persatuan penduduk.

10.0 BELANJAWAN

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA AMAUN (RM)

1 Yuran Peserta 3,600.00

RM120 x 30 orang

Mukasurat 4
2 Banner x 3 (RM80 x 3) 240.00

3 Rencam 200.00

JUMLAH KESELURUHAN RM4,040.00

11.0 URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat sila

hubungi:

TUAN MOHAMED RADZIFF HASAN

PEJABAT AHLI MAJLIS ZON 1

DEWAN JALAN E 5

TAMAN MELAWATI

53100 KUALA LUMPUR

Tel : +60 17-513 4018

E-mel : razif4169@hotmail.com

12.0 PENUTUP

Diharap program kursus ini mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak yang

terbabit dan harapan kami agar program ini berjaya mencapai matlamat dan objektif

penganjurannya serta menjadi program tahunan JKP MPAJ Zon 1.

Disediakan Oleh Dipersetujui Oleh

..................................................... .....................................................

Nor Azieda Bt Abd Rahim Tuan Mohamed Radziff Hasan


Setiausaha Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Jawatankuasa Penduduk Zon 1 MPAJ

Mukasurat 5

Anda mungkin juga menyukai