Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA VAN RUMAH ANAK YATIM

PERSATUAN PENGURUSAN RUMAH ANAK YATIM KUDAT (BAITUL HIDAYAH)


PPM-028-12-11082015

PETI SURAT 21, PEJABAT DAERAH KUDAT 89058 KUDAT Sabah

Tel : 019-8523476 (Pengerusi- En. Sapdin Bin Ibrahim)


019-4024746 (Setiausaha- Cikgu Zahari Bin Mohamad)
Facebook: https://www.facebook.com/baitulhidayah.kudat.77
Blog :https://baitulhidayahkudat.blogspot.my

1. Tujuan kertas Kerja.


Kertas kerja ini bertujuan untuk membuat permohonan bagi mendapatkan sebuah van
penumpang samada dari ahli politik, syarikat - syarikat korporat, badan - badan kebajikan,
NGO, badan - badan berkanun atau badan – badan swasta dan lain – lain yang budiman.

2. Objektif.

2.1. Sebagai kenderaan rasmi untuk

2.1.1 Berulang-alik ke sekolah yang terletak kira-kira 5 KM dari kediaman

2.1.2 Ke acara-acara rasmi yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

2.1.3 Kegunaan untuk hal berkaitan pengurusan rumah anak yatim

3.Latar Belakang rumah anak yatim (Baitul Hidayah).


3.1. Pengenalan Baitul Hidayah
Rumah Anak Yatim Kudat atau lebih dikenali dengan Baitul Hidayah telah ditubuhkan pada
11 Ogos 2015 dan diuruskan oleh Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Kudat, nombor
pendaftaran (PPM-028-12-11082015).  Persatuan ini dipengerusikan oleh Tuan Pegawai
Daerah Kudat iaitu En. Sapdin Bin Ibrahim.

1
KERTAS KERJA VAN RUMAH ANAK YATIM

Sebagai permulaan, Baitul Hidayah telah memulakan operasinya di rumah kerajaan yang
bertempat di Kuarters 5064, Jalan Abdul Rahim, 89058 Kudat Sabah pada bulan September
2015.

Tujuan utama penubuhan rumah anak yatim ini adalah untuk memberi perlindungan dan
pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak yatim atau yatim piatu Islam dan anak-anak
yang berkeperluan. Berkeperluan bermaksud, anak-anak ini tidak yatim atau yatim piatu
tetapi menghadapi sesuatu masalah atau berhadapan dengan situasi yang menyebabkan
mereka terabai di dalam pendidikan seperti dari keluarga yang besar dan miskin, mualaf,
tinggal dengan penjaga yang sakit atau berlainan agama dan sebagainya.

Baitul Hidayah merupakan satu-satunya rumah yang memberi perlindungan kepada anak-anak
yatim di sekitar kawasan Kudat, Matunggong dan Kota Marudu. Oleh yang demikian
kewujudan rumah anak yatim ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang
memerlukan perlindungan dan pembelaan.

Bagi menjamin keselesaan dan kebajikan penghuni rumah anak yatim Kudat ini , kami
terpaksa dihadkan kepada 13 orang sahaja buat masa ini. Daripada jumlah itu, 10 lelaki dan
5 perempuan. Mereka bersekolah di sekolah yang berhampiran dengan kediaman iaitu SMK
Pekan Kudat, ST. James Kudat, SK. Landung Ayang.

Selain melalui proses pembelajaran formal di sekolah masing-masing, pihak pengurusan juga
telah berusaha mengadakan kelas tambahan berfokus di sebelah malam yang telah dibantu
oleh guru-guru yang berpengalaman. Ketiadaan kenderaan telah membataskan perancangan
dan aktiviti anak-anak Baitul Hidayah. Sehingga kini kami terpaksa membelanjakan sebanyak
RM800.00 sebulan untuk sewaan kenderaan anak-anak Baitul Hidayah.

3.2. Pengurusan & Pentadbiran


Pengerusi : SAPDIN BIN IBRAHIM

Naib Pengerusi : AKRAM BIN HJ. ISMAIL


Setiausaha : ZAHARI BIN MOHAMAD
Timb. Setiausaha : SHAFINI UMAR BAKI

Bendahari : AMINAH BINTI HAJI BARSARI

2
KERTAS KERJA VAN RUMAH ANAK YATIM

5. Spesifikasi Van

5.1 Sebuah van (Jenama /model terpulang kepada penderma).


5.3 Cat beserta dengan tulisan pada badan van sesuai dengan sebuah van rumah anak yatim
( nama pihak penderma, nama van rumah anak yatim).

6. Rancangan Operasi.
6.1 Pengurusan / penyelenggaraan van rumah anak yatim diuruskan oleh Jawatankuasa Baitul
Hidayah
6.2. Tugas memandu Van akan dilaksanakan oleh seorang pembantu yang telah dilantik oleh
Jawatankuasa Baitul Hidayah dan diberi saguhati bulanan.

7. Penutup.
Akhir kata, kami AJK Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Kudat (Baitul Hidayah)
dengan penuh takzimnya menyeru pihak tuan agar sama-sama membantu kami untuk
mendapatkan sebuah van bagi kegunaan anak-anak Baitul Hidayah. Semoga segala usaha dan
ikhtiar kita untuk merealisasikan harapan ini mendapat pahala yang berganda-ganda.
Insyaallah.

Sekian, Terima Kasih. Wassalam.

“ BERSAMA MENCARI KEREDHAAN ALLAH “

Disediakan oleh :

_______________________

( ZAHARI BIN MOHAMAD)

Setiausaha

Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Kudat

Anda mungkin juga menyukai