Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUA BAHARU

KERTAS KERJA
MAJLIS APRESIASI PENGAWAS DISIPLIN
2019

ANJURAN
BADAN PENGAWAS (UNIT HEM)
SK SUNGAI TUA BAHARU
1. PENGENALAN
1.1. Majlis Apresiasi merupakan acara yang sering dilakukan di mana-mana organisasi bagi
mengumpulkan ahli dalam organisasi tersebut dengan aktiviti-aktiviti tertentu. Melalui
majlis ini, semua guru dan pengawas sekolah dapat berkumpul dan beramah mesra
serta dapat mengeratkan lagi perhubungan sesama mereka di samping meraikan
pengawas tahun enam memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir mereka
berada di sekolah rendah.

2. OBJEKTIF
2.1. Dapat mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid.
2.2. Dapat merasai suasana makan di tempat baru.
2.3. Dapat belajar tatacara makan dengan lebih teratur dan sopan ketika berada di tempat
makan yang istimewa.
2.4. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
2.5. Menenangkan hati dan minda murid.

3. SASARAN
3.1. Seramai 150 orang pengawas SK Sungai Tua Baharu terdiri daripada murid tahun 3-6.

4. TARIKH / MASA
2 NOVEMBER 2019 (SABTU)
10.00 PAGI – 5.00 PETANG

5. TEMPAT
ROYAL WIDAD RESIDENCE @UTMKL
NO.24, JALAN MAKTAB, 54100 KUALA LUMPUR
TEL: 03-2733 6363
FAX: 03-2733 6300
6. ORGANISASI
AJK Induk Majlis Apresiasi Pengawas Disiplin 2019

Penasihat : Puan Raja Ashariah bt Raja Jaaffar


Pengerusi : Tuan Hj. Aznam bin Mohamed
Naib Pengerusi : En. Azmin bin Abdullah
: En. Nazrul bin Ahmad Zaidi
: Puan Nora bt Mohamed Isa

Penyelaras : Puan Suliati bt Yusof


Pen. Ketua : Cik Julia bt Mohd Nahwir

AJK PENDAFTARAN AJK SIJIL


Puan Vasanthi A/P Thanabalasingam Puan Rosmah bt Mohd Yatim
Cik Sasikala A/P Ganapathy Puan Nur Najwa bt Ramly

AJK PENGANGKUTAN AJK HADIAH DAN CENDERAMATA


En Muhamad Faiz b. Khir Puan Marlini bt Ab. Halim
En. Abdul Malick b. Mohamed Hanipah Puan Nabila Huda bt Muhd Murad
Puan Siti Nor Sarrah bt Ramly

PENGACARA MAJLIS AJK PERSIAPAN TEMPAT


En Najib Asri bin Nordin Puan Azizan bt Akeshah
En Ahmad Zhafran bin Mat Noor Puan Yusnida bt Yusof

7. KEWANGAN
Pendapatan
a. Kutipan yuran daripada murid
RM 50.00 x 150 orang murid = RM 7,500.00
Perbelanjaan
a. Bayaran makan RM 36.00 x 150 orang murid = RM 5,400.00
b. Tambang RM 9 x 150 orang murid = RM 1,350.00
c. Hadiah RM 5 x 150 orang murid = RM 750.00
Jumlah = RM 7,500.00
8. ATURCARA

Masa Aturcara
8.30 pagi Semua murid berkumpul di dewan dan Pendaftaran
9.00 pagi Bertolak ke Royal Widad Residence @UTMKL, Kuala Lumpur
10.00 pagi Ketibaan Para Jemputan dan Murid di hotel
10.30 pagi Persembahan Pembukaan “Grand Opening”
Tayangan Multimedia
Bacaan doa
Ucapan Wakil Murid
Ucapan PK HEM
Ucapan Guru Besar
Persembahan Khas Murid
Penyampaian Hadiah Khas Murid dan Guru
Jamuan makan
Cabutan Bertuah
Sesi Fotografi
4.00 petang Bertolak pulang ke SK Sungai Tua Baharu

9. PENUTUP

Diharapkan agar majlis yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan mendapat
sokongan sepenuhnya oleh para pentadbir dan pengawas . Semoga majlis ini menjadi
antara kenangan terindah buat semua yang menyertai program ini.
Disediakan oleh:

(SULIATI BT YUSOF)
Penyelaras Progam,
Majlis Apresiasi Pengawas Disiplin 2019,
SK Sungai Tua Baharu.

Disemak oleh:

(AZMIN BIN ABDULLAH)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Sungai Tua Baharu.

Disahkan oleh,

(RAJA ASHARIAH BT RAJA JAAFFAR)


Guru Besar,
SK Sungai Tua Baharu.

Nota: Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

Anda mungkin juga menyukai