Anda di halaman 1dari 4

ACARA SUKANEKA HARI KELUARGA

TABIKA KEMAS KAMPUNG BELAWAI TAHUN 2017

TARIKH : 23 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)

MASA : 7.30 PAGI

TEMPAT : PANTAI REKEE

ATURCARA : 7.30 pagi - Ketibaan para ibu bapa atau

penjaga dan kanak-kanak

7.40 pagi - Senaman pagi (Zumba)

8.30 pagi - Sukaneka

11.00 pagi - Makan dan minum pagi

11.30 pagi - Penyampaian Hadiah

12.00 tghari - Majlis bersurai

PENGIRAAN MARKAH: Tempat pertama = 5 markah

Tempat kedua = 4 markah

Tempat ketiga = 3 markah

Tempat keempat = 2 markah


*Sekiranya seri, kemenangan akan dikira berdasarkan kumpulan yang
paling banyak mendapat tempat pertama.
SENARAI ACARA SUKANEKA

1. BAWA BELON BELAKANG

 3 pasangan ibu/bapa/penjaga
 Acara berganti-ganti.
 Peserta pertama tiup belon dan ikat.
 Kemudian letak di belakang pasangan.
 Pasangan pertama berlari menuju ke pasangan yang ke-2.
 Pasangan ke-2 akan berlari menuju ke pasangan ke-3.
 Pasangan ke-3 berlari ke garisan penamat dan menentukan
kemenangan.

2. SAMBUT BOLA GUNA BAKUL

 11 orang kanak-kanak diperlukan.


 1 orang kanak-kanak akan memegang bakul dan menyambut bola.
 10 orang kanak-kanak akan membaling bola dari tempat yang
ditetapkan.
 Setiap kumpulan akan disediakan 20 biji bola.
 Kanak-kanak bergilir-gilir membaling bola ke dalam bakul.
 Bola yang jatuh/tidak masuk ke dalam bakul tidak akan diambil kira.
 Kemenangan adalah berdasarkan kumpulan yang berjaya
mengumpul bola paling banyak di dalam bakul.

3. TARIK GUNI

 3 pasangan - ibu/bapa/penjaga - 3 orang


- kanak-kanak - 3 orang
 Acara berganti-ganti.
 Ibu/bapa/penjaga akan menarik anak menggunakan guni.
 Peserta pertama akan menarik kanak-kanak di atas guni ke tempat
peserta ke-2.
 Peserta ke-2 akan menarik kanak-kanak ke tempat peserta ke-3.
 Peserta ke-3 akan menarik kanak-kanak ke garisan penamat dan
menentukan kemenangan.
4. ISI AIR DALAM BOTOL

 10 orang kanak-kanak diperlukan.


 Acara berganti-ganti.
 Peserta pertama akan berlari ke tempat baldi yang mengandungi air.
 Kemudian, mengambil air dan membawa air menggunakan sudu ke
tempat botol mineral kecil.
 Selesai mengisi air ke dalam botol, peserta akan berlari semula ke
tempat baldi dan meletakkan sudu ke tempat asal dan kemudian
berlari ke arah peserta ke-2 dan seterusnya.
 Kumpulan yang berjaya mengisi air paling banyak akan menentukan
kemenangan.

5. TIUP BELON SAMPAI PECAH

 5 orang ibu/bapa/penjaga diperlukan.


 Acara berganti-ganti.
 Semua peserta akan berada di garisan mula.
 5 biji belon yang belum ditiup akan disediakan untuk setiap kumpulan.
 Peserta pertama akan berlari ke tempat belon dan meniup belon
hingga pecah.
 Setelah belon pecah, peserta pertama akan berlari semula ke arah
peserta ke-2 dan begitulah seterusnya.
 Kumpulan yang paling awal berjaya memecahkan 5 biji belon tersebut
akan dikira pemenang.

6. BAWA BAKUL ATAS KEPALA

 3 orang kanak-kanak diperlukan.


 Acara berganti-ganti.
 Peserta pertama dan ke-3 akan berada di garisan permulaan.
 Peserta ke-2 berada di garisan penamat.
 Peserta pertama akan berjalan membawa bakul di atas kepala ke
tempat peserta ke-2.
 Kemudian, peserta ke-2 akan membawa bakul dari peserta pertama
tadi di atas kepala menuju ke tempat peserta ke-3.
 Peserta ke-3 akan berjalan membawa bakul ke garisan penamat dan
menentukan kemenangan.
 Para peserta tidak dibenarkan memegang bakul semasa berjalan.
 Sekiranya bakul jatuh, peserta perlu berhenti dan meletakkan semula
bakul di atas kepala dan kemudian boleh berjalan semula ke arah
rakan.
7. PAUSE DANCE

 2 orang ibu/bapa/penjaga dan 2 orang kanak-kanak diperlukan.


 Para peserta akan berada di dalam bulatan.
 Muzik akan dimulakan pada bila-bila masa.
 Ketika muzik berhenti, para peserta perlu berhenti menari.
 Peserta yang bergerak semasa muzik berhenti akan terkeluar.
 Peserta terakhir yang bertahan di dalam bulatan akan dikira
pemenang dan markah akan diberi untuk kumpulan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai