Anda di halaman 1dari 3

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Persatuaan Sejarah
Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah

Baru-baru ini, Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah telah
mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutan tersebut diadakan
pada 27 Ogos 2021 melalui siaran langsung Youtube. Salah satu tujuan sambutan tersebut
adalah untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan murid sekolah.
Sambutan Hari Kemerdekaan itu bermula pada pukul 8 pagi. Seterusnya, tetamu
kehormat Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Tshung Tsin telah menyempurnakan
acara perasmian sambutan kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2021. Tidak ketinggalan
juga, Pengetua Sekolah Menengah Tshung Tshin turut menyampaikan ucapan mengenai
kepentingan semangat patriotisme.
Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah
Airku. Seterusnya, sambutan dimeriahkan lagi dengan persembahan dari Kelab Koir sekolah
dengan menyanyikan lagu ‘Jalur Gemilang’ dan ‘Tanggal 31’. Selain itu, terdapat juga
persembahan tarian kebudayaan pelbagai kaum dari pelajar tingkatan 2. Kemudian deklamasi
sajak yang sangat mengagumkan disampaikan oleh salah seorang pelajar tingkatan 3.
Selesai sahaja persembahan tersebut, majlis diteruskan dengan pengumuman
pemenang bagi pertandingan “Kuiz Merdeka’ yang disertai oleh seluruh warga sekolah.
Seterusnya, pemenang bagi pertandingan pakaian tradisonal pelbagai kaum dan pertandingan
melukis poster bertemakan kemerdekaan turut diumumkan.
Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah 2021 yang disambut secara dalam
talian melalui siaran langsung Youtube berlangsung selama 2 jam. Sambutan ini merupakan
pengalaman baru bagi warga sekolah namun tetap disambut dengan meriah dan bersemangat.
Sambutan tersebut telah dapat menanamkan semangat patriotik dalam kalangan warga
sekolah dan berjaya mencapai tujauan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah tahun
2021. Berharap agar sambutan ini akan diadakan pada setiap tahun.

Laporan disedikan oleh, 18 November


2021

___________________
(AZEFFA BINTI MARINGGAN)
Setiausaha Persatuan Sejarah,
Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah.
Format Karangan Jenis Laporan (Karangan Berformat)
 6 perenggan
 Kena kira patah perkataan
 Laporan dibuat selepas aktiviti dijalankan
Tips Menjawab Soalan:
 Kenal pasti kata kunci soalan
 Kemudian, kenal pasti skop tajuk soalan
 Akhir sekali, fahami kehendak soalan
Markah Karangan Jenis Laporan:
 Mesti ditulis mengikut format (jika tersalah format – tolak 3 markah)
 Tajuk/perkara (jika tersalah – tolak 1 markah)
 Nama pelapor (jika tiada – tolak 1 markah)
1. Tajuk laporan
 Ditulis dengan huruf besar pda setiap awal kata dan digaris
 Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.
 Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
2. Isi laporan
 Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup
3. Pengakuan
 Ditulis disebelah kiri laporan selepas perenggan akhir sesudah melangkaui dua atau
tiga baris kosong.
 Huruf pertama mestilah huruf besar dan dibubuh tanda koma selepas pengakuan
tersebut. “Laporan disediakan oleh,”

4. Tarikh
 Ditulis disebelah kanan laporan setentang dengan pengakuan pelapor.
5. Tandatangan pelapor
 Ditulis disebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
6. Nama pelapor
 Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan () selepas tandantangan.
7. Jawatan Pelapor
 Ditulis disudut kiri bahagian bawah laporan dan letak tanda koma dihujungnya.
Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili dan letak titik.
Pendahualuan – mesti ada tajuk laporan, setiap awal perkataan huruf besar kemud
Pendahuluan – Siapakah penganjur bagi sambutan tersebut?
- Bilakah sambutan diadakan? (tarikh)
- Apakah medium pelaksanaan sambutan tersebut? (dijalankan secara fizikal /
dijalankan secara dalam talian)
- Nyatakan tujuan sambutan tersebut diadakan.

Anda mungkin juga menyukai