Anda di halaman 1dari 15

SMK SERI INDAH,TAMAN SERI SERDANG,

SERI KEMBANGAN,SELANGOR

LAPORAN PROJEK SAINS


TAJUK:MODEL SISTEM RESPIRASI

NAMA:NUUR IRDINA BINTI MOHD RUSDY


KELAS:3 AMANAH
NAMA GURU:PN HAFIZOH HARUN
ISI KANDUNGAN

1. Penghargaan

2. Maklumat Projek

3. Objektif Kajian

4. Bahan-bahan untuk Projek

5. Langkah-langkah menghasilkan projek

6. Gambarajah Model Berlabel

7. Penerangan Tentang model

8. Kesimpulan

9. Rujukan
PENGHARGAAN
Alhamdulillah,
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta
nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya
dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya
Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada cikgu saya Pn. Hafizoh binti Harun
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya
pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan
moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya r tugasan ini
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-
rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa
yang saya telah alpa.Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap soalan pertanyaan yang saya utarakan
kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada


mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam pembikinan model ini.Terima kasih.
MAKLUMAT PROJEK
Nama projek Sistem respirasi

Tempoh masa 1 bulan

Jenis produk Model sistem respirasi

Bilangan produk 1

Nama pelajar Nuur Irdina Bt Mohd Rusdy


OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk membuat model
sistem respirasi manusia dan mengetahui apa yang berlaku
kepada sangkar rusuk, rongga toraks dan diafragma semasa
proses menarik dan menghembus nafas

Tujuan utama folio ini juga adalah untuk membantu


pelajar memahami dengan lebih lagi tentang sistem
respirasi dengan mengaitkan antara model ini dan sistem
pernafasan manusia.Sebagai contoh, peyedut minuman
bertindak sebagai trakea,botol plastic sebagai sangkar rusuk
dan belon sebagai peparu.

Secara umumnya,objektif folio ini adalah untuk


merealisasikan pengetahuan di dalam sains dalam kehidupan
seharian.Ianya dapat melahirkan pelajar yang lebih berinformasi
dan memahami maklumat sains denga napa yang berlaku
terhadap diri manusia melalui kajian terhadap sistem respirasi ini
BAHAN-BAHAN UNTUK PROJEK
Bahan-bahan Kuantiti yg diperlukan

Botol plastik 1

Belon 2

Plastik 1

Penyedut minuman 2

Pita pelekat 1
LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN PROJEK
LANGKAH 1 : BUAT TIUP Y DENGAN MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN
1.Potong salah satu penyedut minuman di bahagian tengah dengan
menggunakan gunting
2.Tebuk penyedut minuman yang satu lagi di bahagian tengah.Kemaskan
dengan menggunakan pita pelekat di sekeliling bahagian yang bersambung
itu.Pastikan tiada udara di sepanjang sambungan itu

(1) (2)
LANGKAH 2 : LEKATKAN BELON PADA TIUP Y
Lekatkan belon pada tiub Y yang dibuat pada Langkah 1 menggunakan pita
pelekat.
LANGKAH 3 : POTONG BOTOL PLASTIK
Potong di bahagian bawah botol plastic menggunakan gunting

LANGKAH 4 : TEBUK PENUTUP BOTOL PLASTIK


Tebuk penutup botol menggunakan alatan tajam . Pastikan penyedut minuman
(tiub Y) dapat dimasukkan

LANGKAH 5 : MASUKKAN TIUB Y KE DALAM BOTOL PLASTIK


Masukkan tiub Y ke dalam botol plastik melalui bawah botol yang telah
dipotong tadi.
LANGKAH 6 : TUTUP PENUTUP BOTOL DAN PASTIKAN TIADA LUBANG UDARA
Tutup botol dan masukkan pangkal tiub Y ke dalam penutup yang telah ditebuk
tadi.Tutup lubang udara menggunakan pita pelekat.

LANGKAH 7 : POTONG PLASTIK DAN LETAKKAN DI BAWAH BOTOL


1.Potong separu plastic menggunakan gunting
2.Lekatkan plastic di bawah botol menggunakan pita pelekat

(1) (2)

Setelah selesai kesemua Langkah di atas,kita telah menyiapkan model


respirasi kita.Ianya akan diuji pada Langkah set
GAMBARAJAH DAN MODEL BERLABEL
Penyedut minuman
: Trakea

Tiub Y : Bronkus

Belon : Peparu
Botol plastik : Sangkar
Rusuk

Plastik : Diafragma
PENERANGAN PROJEK
Bahagian ini akan menerangkan tentang hubungan antara model ini
dan sistem respirasi sebenar manusia.Rajah menunjukkan struktur
penting di dalam sistem respirasi,seperti trakea,bronkus peparu &
diafragma.

1.Sistem pernafasan manusia terdiri daripada beberapa struktur


penting.Ianya bermula daripada mulut dan rongga hidung,seterusnya
bergerak ke trakea atau salur pernafasan dan seterusnya ke peparu.

SEMASA MENARIK NAFAS :


UDARA - LUBANG HIDUNG - RONGGA HIDUNG - FARINKS -
LARINKS - TRAKEA - BRONKUS - BRONKIOL -
ALVEOLUS

2.Pada peparu akan berlaku pertukaran gas oksigen (untuk badan)


dan karbon dioksida (telah digunakan badan) di dalam alveolus
Gambarajah berikut menunjukkan apa berlaku kepada sangkar
rusuk,rongga toraks dan juga diafragma ketika menarik dan
menghembus nafas.

SEMASA MENARIK NAFAS :


 Sangkar rusuk bergerak ke atas dan ke luar
 Rongga toraks membesar
 Diafragma bergerak ke bawah
 Tekanan udara luar lebih tinggi berbanding tekanan udara
rongga toraks.

SEMASA MENGHEMBUS NAFAS :


 Sangkar rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam
 Rongga toraks mengecil
 Diafragma bergerak ke atas
 Tekanan udara rongga toraks lebih tinggi berbanding tekanan
udara luar

MELALUI PENERANGAN DI DAPATI BAHAWA :


Penyedut minuman : trakea
Botol plastic : sangkar rusuk
Belon :peparu
Plastik bawah botol:diafragma
SEMASA MENARIK NAFAS :

SEMASA MENGHEMBUS NAFAS :


KESIMPULAN
Berdasarkan projek ini didapati bahawa :
1.Model sistem respirasi manusia dapat menunjukkan
hubungan antara tekanan udara dalam rongga toraks dengan
proses tarikan dan hembusan nafas.

2.Apabila plastik dibawah botol ditarik ke bawah,belon akan


menggembang dan tekanan udara di dalam botol berkurang.
Ini bersamaan dengan proses menarik nafas.

3.Apabila plastic di bawah botol ditolak ke atas,belon akan


mengecut dan tekanan udara di dalam botol bertambah. Ini
bersamaan dengan proses menghembus nafas.

4.Respirasi berlaku dalam semua organisma hidup.Manusia


memperoleh oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida
melalui sistem respirasi.
RUJUKAN

 Buku Teks Sains,Tingkatan 3

 http://docshare02.docshare.tips/files/25832/258328644.pdf

  https://www.cikguhailmi.com/2013/03/sains-menganalisa-mekanisma-

pernafasan.html

  http://sainsmudahpt3.blogspot.com/2016/01/chapter-1-11-mekanisma-

pernafasan.html

Penyedut minuman
: Trakea

Anda mungkin juga menyukai