Anda di halaman 1dari 2

2611/2

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Kertas 2
Mei 2018
3 jam

SEK. MEN. KEB. SERI AMPANGAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018

TINGKATAN 5

PENDIDIKAN SENI VISUAL

MENGGAMBAR

TIGA JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi enam soalan.


2. Jawab satu soalan sahaja.
3. Kertas soalan ini hendaklah diberikan kepada calon seminggu sebelum tarikh peperiksaan.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

___________________ ____________________ ________________________

(PN. SHAHRINA BT SHAHBUDIN) (CIK NANCY TAN) (PN HJH SADARIAH BT MD JALI)
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual GKMP Kemanusiaan Pengetua Cemerlang

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak

Arahan kepada calon

1 [Lihat sebelah
Sila tulis maklumat seperti Nama,Tingkatan, No.K/Pengenalan, No.Soalan dan Markah di
sudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan anda.

8 cm
Nama :
Tingkatan :
No.K/Pengenalan: 5 cm
No.Soalan :
Tandatangan
- guru:

Pilih satu soalan sahaja.

1. Kelihatan beberapa ekor bangau sedang mencari makan di suatu kawasan paya rumput yang
cetek airnya.
Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada garisan, warna
dan jalinan.

2. Di hadapan sebuah pintu rumah,kelihatan sebuah payung yang terbuka dibiarkan berada di atas
lantai dengan di sebelahnya terdapat sepasang selipar.
Lukiskan suasana tersebut dari pandangan dekat bagi menggambarkan keadaan ini dengan
memberi penekanan kepada bentuk jalinan, ruang dan warna.

3. Kelihatan seekor ikan paus yang besar mati terdampar di sebuah persisiran pantai dengan
disaksikan orang ramai yang datang melihat kejadian itu.
Lukiskan suasana ini dengan memberi penekanan kepada bentuk jalinan, ruang dan warna.

4. Beberapa ekor ulat dan serangga yang menari keriangan di atas batang kayu yang besar dengan
jalinan kayu yang agak ketara.
Gambarkan lukisan berwatak ini dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan dan warna.

5. Anda memasuki sebuah banglo dua tingkat yang telah lama ditinggalkan. Ketika anda menuruni
tangga rumah tersebut, anda terpegun melihat kecantikan lampu gantung dan perabot-perabot
antik yang berada di tingkat bawah.
Gambarkan situasi tersebut dari sudut pandangan atas dengan memberi penekanan kepada
jalinan, ruang dan bentuk.

6. Seekor makhluk ganjil, ngeri dan menakutkan tiba-tiba muncul dari dalam air di sebuah tasik.
Makhluk tersebut sedang memegang seekor tangkapan dari tasik tersebut. Lukis situasi ini
mengikut imaginasi anda dengan menitikberatkan bentuk, warna dan aksi makhluk tersebut.

- Kertas soalan tamat -

2 [Lihat sebelah

Anda mungkin juga menyukai