Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA RUMAH SUKAN

SK OK SELAIR , MATU

1.0 Pengenalan

Sukan Bola Jaring merupakan salah satu sukan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras negara khasnya dan di SK OK Selair khususnya. Namun bilangan
bakat-bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat 12 Tahun ke bawah agak kurang
memberansangkan. Menyedari hakikat ini, Kelab Bola jaring telah mengambil inisiatif
untuk menganjurkan pertandingan bola jaring antara rumah bagi tahun 2022. Langkah
mengadakan program seumpama ini di harap dapat memberi pendedahan permainan bola
jaring kepada murid sekolah secara berterusan dan berkualiti sejajar dengan dasar
pendidikan 1 Murid 1 Sukan (1M1S).

2.0 Matlamat

Matlamat program ini adalah melahirkan pasukan sekolah dan mencari bakat baru dalam
sukan bola jaring. Di samping itu, program ini bertujuan menarik lebih banyak penyertaan
dan penglibatan murid perempuan khasnya dalam sukan bola jaring.

3.0 Objektif

a) Mengesan bakat murid dalam permainan bola jaring di peringkat awal.

b) Membentuk satu pasukan bola jaring yang terbaik sekolah di peringkat sekolah
seterusnya mewakili sekolah dalam pertandingan ke peringkat daerah.

c) Memajukan sukan bola bola jaring sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah
seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

d) Menarik minat murid dan membantu memajukan bakat yang ada pada murid.

e) Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan kakitangan


sekolah terutama dalam pembangunan sukan bola jaring.

1
4.0 Rasional

a) Menggalakan murid menceburkan diri secara aktif dalam permainan bola jaring.

b) Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah.

c) Merupakan persediaan awal untuk memilih murid yang berbakat bagi mewakili sekolah .

5.0 Tarikh Pelaksanaan

Tarikh : 16 November 2022 ( Rabu )

6.0 Tempat Perlaksanaan Pertandingan

Padang bola jaring SK OK Selair

7.0 Pengelolaan / Penganjuran

Unit Ko-Kurikulum
Kelab Bola Jaring, SK OK Selair

8.0 Sasaran

Terbuka kepada murid perempuan sekolah rendah (12TKB) SK OK Selair

9.0 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan

Rujuk Lampiran 1

10.0 Anggaran Perbelanjaan

Rujuk Lampiran 2

2
11.0 Penutup

Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan
sokongan daripada semua pihak amat diperlukan demi mempastikan matlamat dan
objektif  Pertandingan Bola Jaring antara rumah sukan ini tercapai dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... .....................................................
( SUHANA BINTI JA’AFAR ) ( MOHD KHAIRUL SHAHRIR BIN OSMAN)
SETIAUSAHA PERTANDINGAN BOLA JARING, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM ,
SK OK SELAIR . SK OK SELAIR .

Disahkan oleh ,

..............................................
(HALINA BINTI ABDULLAH)
GURU BESAR ,
SK OK SELAIR.

3
LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN

Penasihat : Puan Halina binti Abdullah (Guru Besar)

Pengerusi : En .Khairul Shahrir bin Osman (PK Kokurikulum)

Penyelaras : Puan Fiffy Mimie anak Limping

(Guru Penasihat Kelab Bola Jaring )

Setiausaha : Puan Suhana binti Ja’afar

(Guru Penyelaras Kelab Bola Jaring)

Bendahari : Cik Nurfarhana Syairah binti Mad Syukeri

Jawatankuasa Kecil :

Pengadil/ Penjaga Masa/ Hakim Pencatat Markah


Puan Fiffy Mimie anak Limping
Cik Louisa anak Eric
Cik Rosmary Urai Wilson

Hadiah

Semua guru perempuan

Peralatan dan Padang


Semua guru dan AKP Lelaki

Jurugambar Dan Dokumentasi

Cik Nurfarhana Syairah binti Mad Syukeri

4
LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan ditanggung oleh Unit Ko-Kurikulum SK OK Selair

Bil Perkara Kuantiti RM


1. Hadiah 27 X RM 8 RM 216
2. Air minuman 2 kotak X RM 12 RM 24
JUMLAH RM 240.00

5
LAMPIRAN 3

PERATURAN DAN SYARAT KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH


PERINGKAT SK OK SELAIR , MATU

1. Pendaftaran/Pembentukan Pasukan
1.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai tidak lebih daripada 9 orang pemain termasuk
pemain simpanan

2. Peraturan Permainan
2.1 Mengikut Buku Undang-Undang Permainan Bola Jaring

3. Cara memutuskan Keputusan:


3.1 Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem “ kalah mati”

4. Jika pasukannya berakhir dengan seri, maka keputusan pemenang akan ditentukan melalui :
4.1 Apabila tamat masa permainan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan
akan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama 5 minit tanpa rehat.
4.2 Undang-undang yang meliputi hantaran tengah dan penggantian sepertimana terdapat
dalam Buku Undang-Undang Permainan akan dilaksanakan.
4.3 Setelah masa tambahan 5 minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar
kawasan bermain dan meneruskan permainan selama 5 minit lagi tanpa rehat.
4.4 Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan 2 minit kedua tamat, maka permainan
akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

5. Pakaian :
5.1 Pakaian seragam (Bibs) yang didaftarkan hendaklah dipakai termasuk huruf-huruf yang
menunjukkan posisi-posisi bermain di hadapan dan belakang dan terletak di atas
pinggang dengan ukuran 150mm (6inci) tinggi. Huruf-huruf berikut hendaklah
disematkan di hadapan dan belakang pemain:

GS – Goal Shooter (Penjaring gol)


GD – Goal Defence (Penahan gol)
GK – Goal Keeper (Penjaga gol)
GA – Goal Attack (Penyerang gol)
WA – Wing Attack (Penyerang Sayap)
WD – Wing Defence (Penangkis Sayap)
C – Center (Pemain tengah)

6
5.2 Sebarang perhiasan atau barang kemas tidak dibenarkan ketika bermain. Kasut pepaku
seperti spike shoes tidak boleh dipakai. Kasut atau but yang diperbuat daripada bahan
ringan boleh digunakan. Selain itu, pengadil harus memastikan kuku pemain dipotong
sebelum permainan dimulakan.

6. Kelewatan:
6.1 Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu, pihak
lawan akan diberi kemenangan percuma.

7. Tempoh bermain :
7.1 Pertandingan ini mengambil masa 30 minit untuk satu perlawanan. Tempoh permainan
15 minit diperuntukkan dan diselang masa rehat 3 minit. Waktu kecederaan dan
gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang
gangguan atau berlakunya kecederaan.

8. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan .

7
LAMPIRAN 4

TENTATIF PROGRAM

MASA ATURACARA

3.00 petang Pendaftaran peserta

Taklimat ringkas jurulatih dan pengurus pasukan

Permainan bola jaring bermula

Rehat

Permainan bola jaring peringkat akhir

5.00 petang Permainan tamat

Penyampaian hadiah

8
BORANG PENYERTAAN PESERTA

RUMAH SUKAN : ……………………………………………………………………………

KETUA PASUKAN : ………………………………………………………………………….

BIL NAMA PEMAIN KELAS POSISI


1

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN ,

……………………………………………………………..

( )

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA RUMAH SUKAN

9
SK OK SELAIR , MATU .

PERLAWANAN : ………………………………………………………………………….

PASUKAN : PASUKAN :

________________________________________

MATA

JUMLAH : JUMLAH :

TANDATANGAN PENCATAT MARKAH :

………………………………………………………………………….

( )

10
SEKOLAH KEBANGSAAN ORANG KAYA SELAIR
96250 MATU

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOLA JARING
ANTARA RUMAH SUKAN

TARIKH :
16 NOVEMBER 2022( RABU )

ANJURAN BERSAMA :
UNIT KOKURIKULUM
DAN
KELAB BOLA JARING

11

Anda mungkin juga menyukai