Anda di halaman 1dari 14

Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Maklumat yang berikut merupakan pemerhatian yang direkodkan


oleh seorang murid.

Kucing dan arnab berbulu lembut manakala siput dan


kura-kura bercangkerang keras

Apakah kemahiran proses sains yang berkaitan dengan maklumat di


atas?

A. Meramal
B. Mengelas
C. Membuat hipotesis
D. Membuat inferens

2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kemahiran proses


sains?

A. Berkomunikasi
B. Membersihkan peralatan sains
C. Mengendalikan specimen dengan betul
D. Menyimpan peralatan dan bahan sains

3. Rajah 1 menunjukkan tiga ekor ikan di dalam sebuah bekas.

Rajah 1

Selepas dua hari, dua ekor ikan lagi dimasukkan ke dalam bekas
tersebut. Ramalkan apa yang akan berlaku.

A. Beberapa ekor ikan akan mati.


B. Ikan-ikan itu akan membiak.
C. Kuantiti air akan berkurang dengan cepat.
D. Bilangan ikan akan bertambah dengan cepat.

1
4. Ahmad telah menjalankan eksperimen tentang keperluan asas
haiwan. Diakhir eksperimen didapati hanya seekor sahaja lipas terus
hidup daripada empat lipas di balang yang berbeza. Apakah
pembolehubah yang di malarkan?

A. Jenis haiwan
B. Kehadiran makanan
C. Kehadiran air dan makanan
D. Kedaan lipas selepas seminggu.

5. Manakah alatan berikut digunakan untuk menyukat isi padu cecair?

A. Jam randik
B. Tabung uji
C. Termometer
D. Silinder penyukat

6. Berikut merupakan inferens mengapa murid dilarang masuk ke dalam


bilik sains tanpa kebenaran guru. Antara inferens berikut yang
manakah yang salah?

A. Terdapat bahan yang berbahaya di dalam bilik sains


B. Jika berlaku kemalangan tiada sesiapa yang tahu
C. Mengelakkan kehilangan radas dan bahan yang terdapat di
dalam bilik sains
D. Memudahkan murid-murid untuk mengambil alatan dan radas
di dalam bilik sains sesuka hati.

2
7. Rajah 2 menunjukkan seorang penyelam di dasar laut.

Rajah 2

Berdasarkan rajah, apakah keperluan yang perlu dibawa semasa

berada di dasar laut?.

A. Air
B. Udara
C. Makanan
D. Pasangan

8. Rajah 3 menunjukkan udara diperlukan oleh manusia untuk


menjalani proses P .

Rajah 3

Antara berikut yang manakah mewakili P ?

A. Pembiakan
B. Pertumbuhan
C. Perkumuhan
D. Pernafasan

3
9. Apakah organ yang ditunjukkan dalam Rajah 4?

Rajah 4

A Ginjal
B Peparu
C Jantung
D Trakea

10. Semasa menarik nafas, manusia akan menyedut lebih banyak


gas. Apakah gas tersebut?

A Oksigen
B Karbon dioksida
C Oksigen dan karbon dioksida
D Karbon dioksida dan wap air

11. Berikut merupakan laluan udara semasa proses menghembus


nafas.

X Trakea Y

Apakah yang diwakili oleh X dan Y?

X Y
A Mulut Peparu
B Hidung Peparu
C Peparu Hidung
D Peparu Salur udara

12. Antara berikut, aktiviti manakah yang kadar pernafasan


manusia paling tinggi?

A tidur
B berjalan
C kawad kaki

4
D membaca

13. Berdasarkan Rajah 5 di bawah, apakah kadar pernafasan bagi


aktiviti tersebut?

Rajah 5

Kadar pernafasan

X Y Z

A Tinggi Rendah Sederhana

B Sederhana Tinggi Rendah

C Rendah Tinggi Sederhana

D Rendah Sederhana Tinggi

14. Mengapakah kadar pernafasan semasa aktiviti cergas lebih


tinggi?

A Badan perlu bergerak lebih aktif.


B Badan memerlukan lebih banyak oksigen.
C Peparu lebih banyak menyedut gas karbon dioksida.
D Waktu rehat adalah lebih baik berbanding waktu menjalankan
aktiviti.

5
15. Jadual 1 menunjukkan nama murid dan kadar pernafasan
mereka selepas melakukan satu aktiviti fizikal.

Nama murid Kadar pernafasan selepas melakukan aktiviti fizikal


dalam satu minit
Ikhwan 100
Firdaus 105
Hafiz 110
Jadual 1

Apakah kesimpulan daripada jadual di atas?

A Individu yang sama mempunyai kadar pernafasan yang sama.


B Individu yang berbeza mempunyai kadar pernafasan yang sama.
C Individu yang berbeza mempunyai kadar pernafasan yang
berbeza.
D Hafiz mempunyai kadar pernafasan paling tinggi manakala Ikhwan
paling rendah.

16.
Manusia perlu menyingkirkan bahan buangan yang tidak
diperlukan oleh badan.

Berdasarkan penyataan di atas ia merujuk kepada satu proses


hidup manusia. Apakah proses tersebut?

A Pernafasan
B Perkumuhan
C Penyahtinjaan
D Tindak balas terhadap rangsangan

17. Mengapakah manusia perlu menjalani proses perkumuhan dan


penyahtinjaan?

A Untuk mengawal suhu badan


B Untuk mendapatkan tenaga
C Untuk mengekalkan kesihatan badan
D Untuk bertindak balas terhadap rangsangan

6
18. Antara berikut yang manakah benar tentang hasil daripada
perkumuhan?

A Ginjal – najis
B Kulit – darah
C Menghembus nafas – gas karbon dioksida
D Menarik nafas – gas oksigen dan wap air

19. Antara berikut yang manakah yang terlibat dalam proses


pernafasan dan perkumuhan?

A Peparu
B Kulit
C Ginjal
D Hidung

20. Rajah 6 di bawah menunjukkan keratan rentas bagi sebuah


organ.

Rajah 6

Apakah fungsi organ tersebut?

A Mengeluarkan tinja
B Menyingkirkan peluh
C Memproses air kencing
D Membebaskan gas karbon dioksida

7
21. Rajah 7 di bawah menunjukkan salah satu bahagian yang
terdapat dalam badan manusia.

Rajah 7

Bahagian tersebut terlibat dalam satu proses hidup manusia. Apakah


proses tersebut?

A Pernafasan
B Perkumuhan
C Penyahtinjaan
D Bergerak balas terhadap rangsangan

22. Apakah maksud penyahtinjaan?

A Menyingkirkan peluh dari badan


B Menyingkirkan bahan buangan dari badan
C Menyingkirkan sisa makanan yang tidak dihadam dari badan
D Menyingkirkan sisa toksik dan bahan beracun dari badan

23. Antara penyakit berikut yang manakah boleh dihidapi jika


proses penyahtinjaan tidak berlaku?

A Batu karang
B Kanser usus
C Kencing berdarah
D Serangan jantung

8
24. Bahan yang tidak dicernakan perlu disingkirkan daripada
badan,
kerana boleh mendatangkan mudarat kepada badan. Antara berikut
yang manakah kesan jika kita tidak bernyahtinja dengan sempurna?

A. Kanser usus dan radang usus.


B. Kanser paru-paru dan sakit jantung.
C. Kanser hati dan kencing manis.
D. Kanser peparu dan kencing manis.

25. Antara berikut yang manakah merupakan organ perkumuhan?

A. jantung, kulit dan peparu.


B. ginjal, peparu dan kulit.
C. jantung, ginjal dan peparu.
D. jantung, peparu dan kulit.

26. Gambar- gambar di bawah merupakan organ yang terdapat


dalam badan manusia. Antara berikut, organ yang manakah
mengeluarkan peluh?

A B C D

9
27. Antara organ deria berikut, yang manakah betul dipadankan
dengan jenis rangsangan yang dikesan?

Organ Deria Rangsangan yang


dikesan
A Hidung Bau
B Telinga Sentuhan
C Mata Rasa
D Kulit Bunyi

28. Rajah 8 menunjukkan tindakkan ikhwan apabila dia terpijak duri


pokok semalu.

Rajah 8
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada tindakan Ikhwan?

A. Manusia mudah terkejut


B. Manusia boleh mengesan rasa sakit
C. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan
D. Sesetengah tumbuhan menyebabkan gerak balas manusia

29. Antara yang berikut yang manakah benar tentang


rangsangan?

A. Situasi yang pelbagai


B. Perubahan persekitaran yang mendadak
C. Tindakan yang diambil oleh seseorang
D. Keadaan atau perubahan yang dapat dikesan

10
30. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan manusia
bergerak balas terhadap rangsangan?

31. Maklumat berikut adalah satu contoh bagaimana manusia


bergerak balas terhadap rangsangan

Hakim menutup telinganya apabila terdengar guruh yang kuat.

Apakah rangsangan yang terlibat?


A. Bau C. Suhu
B. Sakit D. Bunyi

32. Antara ciri berikut, yang manakah diwarisi daripada kedua ibu
bapa kita?
A. Tingkah laku C. Rupa paras
B. Bentuk badan D. kepintaran

33. Antara tabiat berikut, yang manakah perlu dielakkan?


A. Bersenam
B. Merokok
C. Minum air masak yang mencukupi
D. Makan banyak buah-buahan

11
34. Maklumat berikut menunjukkan tabiat pemakanan bagi
sesetengah penduduk di Negeri Y.

 Mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula


yang tinggi

 Kerap mengambil makanan yang berlemak dan banyak


karbohidrat

Apakah kesan jika mereka terus mengamalkan tabiat pemakanan


tersebut?

A. Menyihatkan badan
B. Kekurangan zat makanan
C. Badan sentiasa cergas dan bertenaga
D. Boleh mengakibatkan obesity dan menghidapi penyakit diabetes

35. Rajah 9 menunjukkan satu tabiat buruk.

Rajah 9

Apakah kesan buruk tabiat di atas?


A. Cepat letih
B. Halusinasi
C. Tidur tidak nyenyak
D. Kurang selera makan

12
36. Maklumat berikut menerangkan kesan buruk satu tabiat
manusia.

 Penglihatan yang kabur

 Kesukaran berjalan dengan betul

 Lambat bergerak balas terhadap rangsangan

Apakah tabiat buruk tersebut?


A. Menghidu gam
B. Penyalahgunaan dadah
C. Minum minuman beralkohol
D. Pemakanan yang tidak seimbang

37. Rajah 10 menunjukkan satu tabiat yang buruk.

Rajah 10

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan buruk


daripada tabiat ini?

P – Nafas berbau

Q – Kerosakan otak

R – Halusinasi

S – Barah paru-paru

A. S sahaja C. R dan S
B. P dan S D. P, Q, R dan S

13
38. Apakah yang mungkin berlaku jika seseorang yang minum
minuman keras memandu kereta?

A. Dia akan memandu dengan berhati-hati


B. Dia akan memandu dengan laju
C. Dia akan memandu dengan perlahan
D. Dia akan memandu secara berbahaya

39. Antara yang berikut, yang manakah amalan hidup sihat?

A. Elakkan sarapan pagi


B. Tidur 8 jam sehari
C. Mandi sekali seminggu
D. Minum air apabila dahaga sahaja

40. Rajah 11 menunjukkan satu poster yang di tampal di papan


kenyataan di sebuah sekolah.

Rajah 11

Mengapakah dadah perlu dibanteras di sekolah?

A. Dadah menyebabkan pembaziran wang ibu bapa.


B. Dadah menyebabkan kegemukan kepada murid.
C. Dadah menyebabkan ketagihan kepada murid
D. Supaya permintaan dadah berkurangan daripada murid.

KERTAS SOALAN TAMAT

14

Anda mungkin juga menyukai