Anda di halaman 1dari 18

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

1. Pendahuluan

Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh


kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat
primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa konotasi
kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing.

Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja
untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai
pemimpin.

Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan


dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah
maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza
dengan yang lain".

Dalam alam pendidikan, Fred M. Hetchinger, Presiden New York Times pernah
menulis:

"I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a good
principal. I have seen unsuccessful schools turned around into successful ones and,
regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In each case the rise or
fall could readily be traced to the quality of the principal".

2. Definisi Kepemimpinan

2.1Kepemimpinan boleh dedefinisikan sebagai Satu proses bagaimanakah seseorang


mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat-
matlamat organisasi.

2.2Daripada definisi di atas kunci utama kepemimpinan ialah pengaruh seseorang


ke atas orang lain yang menjadi pengikutnya akur. Semakin banyak
pembolehubah yang terdapat di dalam organisasi, semakin banyak pengaruh
yang diperlukan.

2.3Daripada definisi ini juga, ia menjelaskan bahawa jika tiada pengikut tak
mungkin wujudnya pemimpin

2.4Persoalan yang timbul ialah dari manakah seseorang pemimpin itu memperolehi
pengaruhnya?

3. Sumber-sumber Pengaruh Pemimpin


3.1Kuasa Sah (Legitimate Power)

Kuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hak
yang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untuk
menerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatannya yang dilantik
secara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi.

3.2Kuasa Ganjaran

Kuasa ini berakar pada keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepada
pengikutnya. Pengikut akan patuh kepada pemimpin jika sekiranya pengikut
mengamati bahawa pemimpin berupaya memberi ganjaran. Misalnya
Pengetua/Guru Besar yang boleh memperakukan kenaikan pangkat guru-
guru/stafnya dan perakuan ini dipakai oleh orang atas, Pengetua/Guru Besar ini
akan diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya.

3.3Kuasa Paksaan

Kuasa ini membabitkan kebolehan seseorang pemimpin mengenakan paksaan.


Kuasa ini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpin
jika dia gagal untuk akur kepada pemimpin hingga menyebabkan orang bawahan
cuba mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman.
Misalnya, orang yang melibat pembuangan kerja/ditukar tempat kerja sebagai
sesuatu yang menyeksakan akan akur kepada permintaan pemimpin.

3.4 Kuasa Pakar

Kuasa ini berasaskan kepada kebolehan atau kepakaran seseorang dalam sesuatu
bidang tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percaya
bahawa pemimpin mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
konseptual, perhubungan manusia dan teknikal. Kuasa ini berkesan jika pengikut
memerlukan kepakarannya.

3.4.1 Kemahiran Konseptual

Iaitu kebolehan menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam


pengeluaran idea dan penyelesaian masalah.

3.4.2 Kemahiran Teknikal

Iaitu pengetahuan tentang kaedah-kaedah prosedur-prosedur dan teknik-


teknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan
peralatan yang digunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut.

3.4.3 Kemahiran perhubungan manusia

Iaitu pengetahuan tentang gelagat manusia dan kemahiran hubungan


perorangan, kebolehan memahami perasaan dan sikap orang lain, kebolehan
berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.

3.5 Kuasa Rujukan (Referent Power)


Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di antara yang memiliki kuasa
dengan yang mengikutinya. Kalau seseorang itu tertarik, kagum dan hormat kerana
pemimpin berkenaan adalah model kepadanya, dia akan mempunyai keinginan
untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu keinginan
untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu bukan kerana
apa-apa tetapi kerana hormat, tertarikh dan kagum, juga supaya dia diterima oleh
pemimpin berkenaan.

4. Kesan Penggunaan Kuasa Ke Atas Organisasi dan Orang Bawahan

1. Kuasa paksaan mendorong ke arah penentangan yang kuat


dibandingkan dengan kuasa ganjaran.
2. Pemimpin yang menggunakan kuasa ganjaran lebih diminati
berbanding dengan pemimpin yang menggunakan kuasa paksaan.
3. Orang-orang bawahan akan lebih patuh jika dendaan yang diterima
itu berat.
4. Terdapat perkaitan yang tinggi di antara kuasa pakar dengan
kepuasan dan prestasi orang bawahan.
5. Kuasa sah bersama-sama dengan kuasa pakar didapati mempunyai
kesan yang besar ke atas kepatuhan orang-orang bawahan.
6. Kuasa rujukan mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orang
bawahan dan prestasi organisasi.
7. Kuasa paksaan ialah yang paling lemah untuk membuat kakitangan
menurut perintah dan mempunyai kaitan secara negatif dengan
keberkesanan.
8. Kuasa pakar dan kuasa rujukan mempunyai perkaitan positif dengan
kepuasan dan prestasi orang bawahan.
9. Dapatan kajian tentang kuasa sah, ganjaran dan paksaan didapati
tidak tekal, dan perkaitan dengan kriteria keberkesanan adalah lebih
kepada perkaitan yang negatif atau tidak signifikan.
10.Pemimpin yang berkesan banyak bergantung kepada kuasa pakar dan
kuasa rujukan untuk mempengaruhi orang bawahan.
11.Rajah berikut menerangkan perkaitan di antara jenis-jenis kuasa yang
digunakan dengan kepuasan kerja dan prestasi orang-orang bawahan:

Apabila staf mematuhi arahan Kepuasan Kerja Prestasi Kerja


Pengetua/GB kerana:

Kuasa Rujukan Tinggi Tinggi

Kuasa Pakar Tinggi Tinggi

Kuasa Ganjaran Dari sederhana ke Dari tinggi ke


rendah sederhana

Kuasa Sah Dari sederhana ke Tiada perbezaan


rendah

Kuasa Paksaan Rendah Tiada perbezaan


5. Selain daripada kuasa-kuasa di atas, seorang pemimpin seharusnya
memiliki tektik yang boleh mempengaruhi orang bawahan, iaitu:

5.1 Tektik Pujukan Rasional

Pemimpin menggunakan hujah-hujah yang logik dan bukti-bukti nyata


untuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang ditetapkannya
tercapai. Untuk menggunakan tektik ini, pemimpin haruslah
mempunyai sifat yang amanah dan boleh dipercayai serta mempunyai
kemahiran berucap.

5.2 Taktik Daya tarikan yang memberikan inspirasi

Pemimpin mempengaruhi orang bawahan dengan membangkitkan


semangat dan emosi orang bawahan hingga mereka berasa mereka
adalah penting dan berupaya menyumbangkan sesuatu kepada
organisasi. Untuk menggunakan taktik ini, pemimpin hendaklah
mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menggunakan metafora,
simbol dan daya imaginasi yang tinggi serta mempunyai suara yang
menarik dengan gerak-geri yang menawan.

5.3 Taktik Perundingan

Taktik ini digunakan dengan mengajak orang bawahan memberi


pendapat, kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untuk
mencapai objektif yang ditetapkan oleh pemimpin.

5.4 Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tactics)

Taktik ini ialah tingkah laku yang membuatkan seseorang berasa dia
dihargai, misalnya memberitahu orang ketiga bahawa seseorang itu
adalah yang layak melaksanakan tugas. Taktik ini kadang-kadang
menjadi sebagai cara memanipulasi seseorang. Tetapi apabila
seseorang itu sudah percaya tentang kejujuran pemimpinnya, taktik
ini akan menjadi berkesan.

5.5 Taktik Daya Tarikan Peribadi

Taktik ini merujuk kepada pemimpin meminta orang bawahan


melaksanakan sesuatu kerana atas sifat setiakawan atau ketaatan
orang bawahan terhadap pemimpin mereka.

5.6 Taktik Pertukaran

Taktik ini merujuk kepada pemimpin membuat tawaran sesuatu


ganjaran sama ada secara explisit atau implisit kepada seseorang
yang membuat tugsan yang diminta olehnya. Taktik ini akan menjadi
berkdsan jika orang bawahan mengamati bahawa pemimpin
mempunyai kuasa memberi ganjaran kepada orang bawahannya dan
juga jika orang bawahan memerlukan ganjaran itu.
5.7 Taktik Sah

Taktik ini merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti, polisi,


peraturan, program dan tradisi yang mana semua orang perlu
mematuhinya. Mungkin juga apa yang hendak dilaksanakan ini
diperlukan atau direstui pihak atasan.

5.8 Taktik Tekanan

Taktik ini merujuk kepada penggunaan ancaman dan ugutan, amaran,


dan tingkahlaku seruan seperti membuat permintaan dan semakan
yang kerap. Kadang-kadang jika permintaan tidak dipenuhi, orang
bawahan akan dimarahinya. Kaedah ini digunakan sebagai tindakan
terakhir setelah cara-cara lain gagal.

5.9 Kesan taktik-taktik tersebut ke atas keberkesanan organisasi dan


komitmen orang bawahan:
Bil. Taktik Sumber Kuasa Darjah Keberkesanan &
Komitmen

1. Pujukan Rasional Pakar Sederhana

2. Daya Tarikan Inspirasi Rujukan Tinggi

3. Perundingan Kelima-lima Tinggi

4. Berbuat Baik ( Rujukan Sederhana ke Rendah


Ingratiation)

5. Daya Tarikan Peribadi Rujukan Sederhana

6. Pertukaran Ganjaran Sederhana

7. Gabungan Kelima-lima Rendah

8. Sah Sah Rendah

9. Tekanan Paksaan Rendah

6. Bagaimana menggunakan kuasa dengan lebih berkesan.


Di bawah ini disertakan satu jadual garis panduan bagaimana mempertingkat
dan mengekalkan kuasa serta bagaimana menggunakan kuasa dengan lebih
berkesan.

Nota:

Autoriti (kewibawaan) merupakan kuasa sah


Kuasa (Power) merupakan kebolehan mempengaruhi orang lain.
Bagaimana mempertingkatkan dan Bagaimana menggunakan kuasa dengan
mengekalkan kuasa Berkesan

Kuasa Sah

Dapatkan autoriti formal Suruh orang bawahan dengan sopan


santun dan jelas perkara yang perlu
dilaksanakan.

Gunakan simbol autoriti Terangkan sebab-sebab mengapa perkara


itu perlu dilaksanakan.

Dapatkan orang lain untuk Buat tindak ikut untuk mengesahkan


mengesahkan autoriti. kepatuhan

Gunakan autoriti sepanjang masa Jangan membuat arahan melampaui


kuasa yang ada

Gunakan saluran sah dalam membuat Hendaklah sensitif dengan kerisauan


arahan orang bawahan.

Gunakan kuasa ganjaran dan paksaan


untuk menguatkan autoriti.

Kuasa Ganjaran

Kenali apa yang diperlu dan Tawarkan ganjaran yang mengghairahkan


dikehendaki orang bawahan

Perolehi kuasa ganjaran sebanyak Buat tawaran ganjaran yang saksama dan
mungkin beretika

Pastikan orang tahu bahawa anda Jelaskan kriteria untuk ganjaran itu.
mempunyai kuasa ke atas sesuatu
ganjaran.

Jangan membuat janji jika tidak Tunaikan ganjaran yang dijanjikan


boleh ditepati

Jangan gunakan ganjaran untuk Guna ganjaran sebagai simbol untuk


Memanipulasi membuat peneguhan terhadap tingkah
laku yang mengkagumkan.

Jangan gunakan ganjaran sebagai


yang boleh mendapatkan keuntungan
peribadi
Kuasa Pakar

Dapatkan pengetahuan berkaitan Jelaskan sebab-sebab mengapa perkara


sebanyak mungkin. itu perlu dilaksanakan

Ambil makluman tentang perkara- Berikan bukti-bukti bahawa cadangan


perkara yang berkaitan dengan yang dikemukakan itu akan mencapai
teknikal. kejayaan

Kembangkan sumber-sumber Dengar dengan serius kerisauan orang


Maklumat bawahan

Pamerkan ketrampilan dengan Hormatilah orang bawahan dan jangan


Menyelesaikan masalah yang sukar sekali-kali berlagak sombong

Jangan keluarkan kenyataan dengan Bertindaklah dengan penuh yakin semasa


terburu-buru wujudnya krisis

Jangan berbohong

Bersikap tegas

Kuasa Rujukan

Tunjukkan yang orang bawahan Gunakan daya tarikan peribadi apabila


perlu
diterima

Bertindak menyokong dan membantu Tunjukkan bahawa permohonan itu


adalah penting kepada anda

Jangan memperkudakan orang Jangan minta pertolongan untuk diri


bawahan untuk kepentingan diri Janji sendiri
hendaklah ditunaikan
Pamerkan tingkah laku yang boleh
dicontohi.

Buat pengorbanan untuk menandakan


keperihatinan

Jujur dalam segala tindakan,


terutama semasa berbaik-baik dengan
orang bawahan.
Kuasa Paksaan

Kenal pasti denda yang boleh Beritahu orang bawahan tentang


menghalang tingkah laku menentang peraturan dan penalti yang akan
dikenakan

Dapatkan kuasa sah untuk Berikan masa yang secukupnya untuk


menggunakan denda/hukuman. melaksanakan hukuman

Jangan membuat ancaman secara Fahami situasi terlebih dahulu sebelum


terburu-buru. mengenakan hukuman

Jangan gunakan kuasa paksa untuk Bertenang semasa menjatuhkan


tujuan memanipulasi hukuman, dan jangan tunjukkan sikap
bermusuhan

Kenakan hukuman yang memang Galakkan orang-orang bawahan


dalam kekuasaan kita. Mengelakkan diri daripada dikenakan
hukuman.

Hukuman hendaklah setimpal Mintalah orang bawahan Mencadangkan


cara-cara untuk Meningkatkan prestasi

Jangan gunakan kuasa paksaan untuk Uruskan kes-kes disiplin secara Sulit
kepentingan peribadi

7. Selain daripada kuasa dan taktik-taktik, sifat pemimpin juga sering


disebutkan sebagai faktor yang penting yang berupaya mempengaruhi
orang bawahannya.

1. Sifat-sifat fizikal seperti saiz badan, umur, berat badan, jantina,


perawakan didapati tidak berkait dengan keberkesanan dan
kemunculan kepemimpinan.
2. Kecerdasan dan kepemimpinan didapati ada perkaitan tetapi
kecerdasan semata-mata adalah bukan faktor tunggal yang
menentukan kejayaan kepimpinan.
3. Personaliti seseorang dikatakan berkait rapat dengan keberkesanan
dan kemunculan pemimpin.

Ciri-ciri personaliti yang dikaitkan dengan kejayaan kepemimpinan


ialah:

o Penguasaan (dominas)

Penguasaan dimaksudkan sebagai keperluan untuk menguasai orang


lain, dimana individu yang tinggi penguasaan dikatakan suka menjadi
pemimpin, cuba mempengaruhi orang lain dan berusaha mewujud dan
mengekalkan penguasaan tersebut. Mempunyai sifat yakin,
bertenaga, tegas dan bersemangat, lantang, dan yakin kepada
pendapatnya.

o Keyakinan kendiri

Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan


pertimbangan, keupayaan dan kemahirannya. Individu yang tidak
berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesa
apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinan
lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan
kendiri.

o Berorientasi Pencapaian (Achievement Oriented)

Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugas


dengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia
beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung bekerja keras,
bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah
orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan
keadaan yang sedia ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah
sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik.

o Bertanggungjawab

Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya


dengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yang
ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang
pemimpin.

o Bertenaga

Pemimpin yang berjaya mempunyai tenaga yang kuat berbanding


dengan pemimpin yang kurang berjaya. Orang yang bertenaga sering
bekerja keras dan mengeluarkan output yang banyak berbanding
dengan orang yang kurang bertenaga. Pemimpin yang bertenaga
dikatakan waktu tidurnya pendek dan tidak banyak makan.

o Pengawasan kendiri (self-monitoring)

Pintar/bijak mengenali isyarat-isyarat dan dengan serta merta


menyesuaikan diri dengan kehendak isyarat tersebut.

o Lokus Kawalan (Locus of Control)

Lokus Kawalan luasan ialah perasaan seseorang yang berasa bahawa


nasibnya adalah ditentukan oleh kuasa luar, manakala Lokus Kawalan
dalaman ialah perasaan seseorang yang berasa bahawa nasibnya
adalah bergantung kepada kebolehan dan kemahirannya.
o Kesabaran Kepada Kekaburan (Tolerance of Ambiguity)

Sifat ini penting dalam keadaan dunia yang sentiasa berubah dan
sukar diramalkan. Didapati pemimpin yang mempunyai kesabaran
yang tinggi kepada kekaburan, sering beroleh kajayaan.

o Penyesuaian

Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi


tekanan, konflik, dan kekecewaan. Pemimpin yang berupaya
mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan
berbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri
dalam keadaan tertekan.

o Suka bergaul/ramah

Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan


kepemimpinan kerana orang yang suka bergaul biasanya memperolehi
banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalam
organisasinya.

o Dapat diterima

Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan


sopan. Orang seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain.
Manakala sifat orang yang sukar diterima, biasanya tidak sabar,
muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang lain.

7.4 Selain daripada sifat-sifat tersebut, Al-Farabi ada menyebutkan


bahawa pemimpin yang berjaya memiliki sifat-sifat seperti berikut:

o Sempurna tubuh badan dan berkemampuan supaya dia dapat


menjalankan tugasnya dengan mudah

o Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang


dilafazkan atau diucapkan serta tahu apa yang patut dilakukan

o Baik ingatannya.

o Bijaksana dan cerdik. Boleh memahami, sesuatu dengan cepat

o Dapat membuat penjelasan dengan baik sesuatu yang abstrak.


8. Gaya dan Tingkah Laku

8.1 Ada 3 gaya yang sering dibincangkan iaitu:

a. Autokratik

o Merujuk kepada gaya mengarah yang melampau yang mempunyai ciri-


ciri seperti:
o Pemimpin menetapkan semua polisi
o Teknik dan langkah melaksanakan tugas ditentukan oleh pemimpin
o Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin
o Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin
o Pemimpin akan mengkritik apabila dirasakan

b. Demokratik

o Merujuk kepada gaya yang mempunyai ciri-ciri berikut:


o Polisi organisasi ditentukan oleh kelompok
o Teknik dan langkah pelaksanaan kerja dibincangkan sehingga semua
orang faham
o Pemimpin akan memberi nasihat kepada ahli dalam melaksanakan
tugas
o Anggota bebas bekerja dengan siapa yang dia suka
o Pembahagian tugas ditentukan oleh kelompok
o Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritikan

c. Laissez faire

Merujuk kepada gaya lepas-tangan di mana kebebasan diberi


sepenuhnya kepada kelompok menentukan matlamat, teknik dan
kaedah bekerja. Pemimpin hanya campur tangan apabila diterima
pelanggan.

Walaupun gaya autokratik sering disebutkan sebagai gaya yang tidak


popular, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu gaya autokratik juga
adalah perlu dan berkesan terutama apabila faktor masa yang singkat
serta orang bawahan yang tidak produktif. Gaya Laissez-faire pula
adalah disebutkan sebagai gaya yang paling tidak berkesan.
Pengalaman gaya ini sering menjadikan organisasi tidak mempunyai
arah. Namun begitu jika gaya ini dikenakan kepada orang-orang
bawahan yang matang dan bermotivasi tinggi, gaya Laissez-faire ini
adalah antara yang sangat sesuai.

8.2 Tingkah laku pemimpin yang berkesan, iaitu yang berupaya


mempengaruhi orang bawahan ialah seperti yang ditemui dalam kajian-kajian yang
dilakukan oleh Ohio State University dan University of Michigan, iaitu.

a. Tingkah laku timbang rasa/orientasi pekerja/hubungan kemanusiaan

b. Tingkah laku pendayautamaan struktur (initiating structure/ orientasi


tugas/produktiviti)
8.3 Tingkah laku timbang rasa ialah tingkah laku yang menunjukkan
persahabatan, saling percaya mempercayai, hormat, mesra, dan hubungan yang
baik di antara pemimpin dengan ahli organisasinya, misalnya:

Pemimpin memberi pertolongan persendirian kepada semua stafnya.


Pemimpin mengambil berat tentang sesuatu perkara yang kecil untuk
menarik hati stafnya.
Pemimpin meluangkan masa memberi perhatian kepada stafnya.
Menerima saranan-saranan yang dibuat oleh orang bawahannya.
Pemimpin mendapat persetujuan dari stafnya terlebih dahulu
sebelum memulakan sesuatu perkara.

8.4 Tingkahlaku pendayautamaan struktur atau yang berorientasikan


tugas menunjukkan pemimpin yang menentukan, mengatur dan menetapkan tugas
dan perkara yang harus dijalankan oleh orang bawahan, misalnya:

Pemimpin menjelaskan pendapatnya kepada semua staf


Pemimpin menentukan apa dan bagaimana sesuatu perkara itu
hendak dilakukan
Pemimpin menentukan jadual tugas semua stafnya
Pemimpin menentukan kerja-kerja yang diberi itu dilaksanakan
mengikut jadual
Pemimpin menentukan semua stafnya menjalankan tugas dengan
sepenuhnya.

8.5 Teori tingkah laku kepemimpinan ini membuat rumusan bahawa


pemimpin yang mengamalkan kedua-dua jenis tingkah laku secara tinggi adalah
lebih berkesan.
Tinggi

Orientasi Tinggi orientasi pekerja


dan Tinggi orientasi
Tugas

Pekerja

Rendah Orientasi Tugas

Rendah Tinggi

8.6 Jika diabaikan tingkah laku yang berorientasikan tugas akan


menyebabkan keberkesanan sekolah terhad, manakala jika diabaikan dimensi
orientasi pekerja akan menyebabkan rendahnya tahap kepuasan orang bawahan.
Oleh itu pengamalan kedua-dua dimensi secara tinggi adalah perlu untuk kelicinan
dan keberkesanan organisasi.

8.7 Daripada kajian-kajian yang seterusnya, dapatlah dirumuskan tingkah


laku pemimpin yang berkesan meliputi tingkah laku berikut:

o Menetapkan arah tujuan yang jelas


o Menggalakkan komunikasi terbuka
o Bersedia membimbing dan menyokong orang bawahan
o Memberi pengiktirafan pencapaian
o Mewujudkan mekanisme kawalan yang mantap
o Memahami implikasi setiap keputusan yang dibuat
o Menggalakkan inovasi dan idea baru
o Berikan orang bawahan keputusan yang jelas
o Sentiasa menunjukkan kejujuran yang tinggi.

8.8 Imam Al-Ghazali menggariskan bahawa seseorang pemimpin harus


mempertimbangkan perkara berikut semasa melaksanakan tugas
kepemimpiannya, iaitu:

Dia sepatutnya meletakkan dirinya dalam kedudukan orang yang


diperintahnya supaya dia tidak mengarahkan orang bawahannya melakukan
perkara-perkara yang dirinya sendiri tidak menyukai melakukan perkata itu.

Hidup dengan cara sederhana


Melaksanakan kerja dengan tenang tanpa nampak susah payah
Dia harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak melanggar
undang-undang dan peraturan.
Sedar akan tanggungjawab besar jawatannya.
Sentiasa suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar arahan
mereka
Mengawal tingkah laku orang bawahannya supaya tidak bongkak.

8.9 Al-Farabi menyebutkan bahawa tingkah laku pemimpin yang baik


ialah:

Sangat suka kepada ilmu pengetahuan, senang menerima ilmu dan


tidak penat menimbanya.
Tidak bersikap buruk dan menjauhkan diri daripada bersuka-ria.
Cintakan kebenaran dan bencikan pembohongan
Berjiwa besar dan berhemah tinggi
Tidak berminat menjadi orang kaya
Bersikap adil dan anti kezaliman
Mempunyai keazaman yang kuat dan berani terhadap sesuatu perkara
yang perlu dilakukan.

8.10 Satu tingkah laku yang tidak disebutkan dalam teori kepemimpinan
barat, tetapi disebutkan dalam ciri-ciri pemimpin yang baik mengikut
perspektif Islam ialah pemimpin yang baik tidak berminat menjadi kaya.

9. Kepemimpinan dan situasi

9.1 Walaupun telah banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal


pasti tingkah laku kepemimpinan yang berkesan, tetapi dapatannya
tidak begitu memberangsangkan. Oleh itu timbullah proposisi yang
mengesyorkan bahawa pemimpin hendaklah mengenali situasi dan
sesuaikannya mengikut keadaan berkenaan. Umpamanya,
menggunakan gaya autokratik kepada pengikut yang berpendidikan
tinggi, bermotivasi, penuh keyakinan dan sering berusaha dengan
gigih akan hanya membawa masalah. Namun begitu gaya autokratik
ini juga mungkin sesuai jika diamalkan dalam situasi di mana ahli-
ahlinya tidak berkemahiran tinggi, tidak matang, dan belum disahkan
dalam jawatannya. Gaya Leissez-Faire dikatakan berkesan jika
dikenakan kepada orang-orang bawahan yang matang dan bermotivasi
tinggi.

9.2 Salah satu teori yang popular dalam pendekatan ini ialah teori
kepimpinan situasi yang dikemukakan oleh Hersey dan Blanchard.
Teori ini mencadangkan bahawa:

Orang yang rendah kematangannya perlu diberitahu atau dirah


supaya menjalankan tugasnya.
Orang yang memiliki sedikit kemampuan dan komitmennya
yang rendah, hendaklah dibimbing.
Orang yang tinggi keupayaan, tetapi komitmennya berubah-
ubah hendaklah disokong.
Orang yang tinggi kematangannya perlu dibanyakkan
empowerment.

10. Beberapa contoh tindakan yang perlu diambil oleh pemimpin apabila
menghadapi keadaan yang sukar:

10.1 Orang bawahan tidak bermiant/bersemangat terhadap kerja:

Tetapkan matlamat yang mencabar dan jelaskan dengan yakin


bahawa orang bawahan dapat mencapainya.
Lahirkan visi dan fikiran yang penuh dengan daya tarikan tentang apa
yang akan diperolehi mereka.
Gunakan pujukan rasional dan daya tarikan yang boleh
membangkitkan inspirasi untuk mempertingkatkan komitmen mereka.
Amalkan konsep kepemimpinan melalui teladan
Gunakan teknik perundingan dan delegasi tugas.
Berikan pengiktirafan yang sewajarnya.
Berikan ganjaran kepada tingkah laku yang berkesan.

10.2 Orang-orang bawahan keliru apa yang patut dilakukan.

Jelaskan tugas-tugas/kerja-kerja yang patut dilaksanakan.


Tetapkan matlamat yang khusus dan beritahu prestasi kerja dari
semasa ke semasa.
Sediakan arahan kerja atau bimbing mereka yang memerlukannya.
Kenal pasti kemahiran-kemahiran yang diperlukan dan berikan
latihan.

10.3 Orang bawahan mengamalkan strategi yang lemah dan tidak teratur:

Sediakan perancangan untuk mencapai objektif


Kenal pasti masalah dan selesaikannya
Atur/susun semula aktiviti-aktiviti untuk mempasti penggunaan
sumber yang optimum
Berbincang dengan orang bawahan untuk memperkemaskan prosedur
kerja
Kenal pasti aktiviti/program yang tidak menguntungkan dan pastikan
tiada siapa melaksanakan aktiviti/program tersebut.
Sediakan/lengkapkan arahan untuk mengelakkan aktiviti yang dalam
keadaan krisis diteruskan mengikut cara lama.

10.4 Terdapat masalah kerjasama di kalangan orang bawahan:

Kurangkan sumber-sumber yang boleh menimbulkan konflik


Tekankan dan galakkan kerjasama dan minat bersama
Galakkan penyelesaian konflik
Selesaikan konflik
Pertingkatkan inisiatif untuk kumpulan
Kurangkan unsur-unsur pertandingan atau persaingan individu.
Gunakan simbol dan upacara amal untuk membina pengecaman unit
kerja
Gunakan aktiviti-aktiviti pembinaan pasukan.

10.5 Orang bawahan tidak mencukupi sumber:

Dapatkan sumber yang dimaksudkan dengan segera.


Dengan segera cuba selesaikan masalah sumber yang tidak mencukupi
Usaha dapatkan peruntukan tambahan
Cari sumber-sumber yang boleh membantu.

10.6 Koordinasi yang lemah:

Wujudkan jaringan dengan rakan di luar organisasi


Membuat kawal selia yang rapi untuk mengesan masalah dengan
segera
Berbincang dengan kerap untuk menyelesaikan masalah
penyelarasan.

11. Walau bagaimanapun seseorang pemimpin yang ingin berjaya seharusnya


mengambil tindakan berikut:

11.1 Pastikan bahawa tingkah laku yang diamalkan itu bertujuan


mengimbangi kepentingan matlamat orgaaanisasi dan keberkesanan
perhubungan dengan orang bawahan.

11.2 Tingkah laku yang diamalkan itu hendaklah bersesuaian dengan


situasi.

11.3 Mengembang dan mengamalkan kemahiran-kemahiran tertentu


seperti:

o Kemahiran membangun kumpulan yang efektif.


o Kemahiran penggambaran (delegating)
o Kemahiran asertive
o Kemahiran merangsang orang bawahan
o Kemahiran berkomunikasi
o Kemahiran menangani perubahn
o Kemahiran menangani konflik
o Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah

12. Semua kuasa, taktik, sifat, tingkah laku dan kemahiran-kemahiran tersebut
adalah bertujuan menjadikan seseorang pemimpin itu dapat memainkan
peranan dan fungsinya dengan lebih berkesan. Antara fungsi kepemimpinan
ialah:

12.1 Sebagai eksekutif:

Mentadbir, mendelegasi tugas dan menyelaras aktiviti organisasi

12.2 Sebagai perancang:

o Menetapkan matlamat
o Mengawal supaya perancangan berjalan licin
12.3 Sebagai pembuat polisi
12.4 Sebagai pakar
12.5 Sebagai jurucakap organisasi
12.6 Sebagai pengawal hubungan dalaman
12.7 Sebagai pemberi ganjaran dan denda
12.8 Sebagai orang tengah untuk menyelesaikan konflik
12.9 Sebagai teladan
12.10 Sebagai simbol organisasi
12.12 Sebagai ahli ideologi
12.13 Sebagai tokoh bapa
12.14 Sebagai biri-biri hitam

o Tempat yang sering dikutuk kerana kecewa dan sebagainya


o Menerima kutukan walaupun puncanya daripada orang lain

13. Apakah yang membezakan di antara pemimpin dengan pengurus? Warren


Bennis menjelaskan perbezaannya seperti berikut:
13.1 Pengurus Mentadbir
Pemimpin Buat Inovasi
13.2 Pengurus seorang yang suka tiru orang lain
Pemimpin suka keaslian
13.3 Pengurus mengekalkan keadaan yang sedia ada
Pemimpin membaiki/membangun/mengembang
13.4 Pengurus memberi perhatian pada sistem dan struktur
Pemimpin memberi perhatian pada orang
13.5 Pengurus bergantung kepada kawalan
Pemimpin menggalak kepercayaan
13.6 Pengurus mempunyai pandangan jangka pendek
Pemimpin mempunyai pandangan jangka panjang
13.7 Pengurus bertanya: bagaiman dan bila?
Pemimpin bertanya: Apa dan kenapa?
13.8 Pengurus membuat sesuatu yang betul
Pemimpin membuat sesuatu dengan betul
(The manager does the right things, The leader does the things right)
13.9 Yukl (1994:4) membuat rumusan seperti berikut:
"Managers are oriented toward stability, and leaders are oriented
toward innovation .... Managers get people to do things more
efficiently, whereas leaders to agree about what things should be
done".

14. Di antara tingkah laku pengurus dan pemimpin, yang manakah tingkah laku
yang harus diikuti?

14.1 Di dalam organisasi birokrtik, proses mengurus dan memimpin


saling diperlukan. J.P. Kotter menjelaskan:

"Indeed, any combination other than strong management and strong


leadership has the potential for producing highly unsatisfactory
results. When both are weak or nonezistent, it is like a rudderless
ship with a whole in the hull. But adding just one of the two does not
necessarily make the situation much better. Strong management
without much leadership can turn bureaucratic and stifling, producing
order for orfers sake. Strong leadership without much management
can become messianic and cult-like, producing change for changes
sake-even if movement is in totally insane direction" (Kotter, 1990:7-
8).

15. Penutup

Kajian terhadap kepemimpinan terus menerus menjadi tarikan banyak


pihak. Ini kerana kepemimpinan dikaitkan dengan kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah organisasi termasuklah sekolah.
Bagaimanakah pemimpin sekolah memberi impak kepada murid-
muridnya? Kerangka konseptual di bawah dapat menerangkan secara
ringkas persoalan di atas.
16. Rujukan

16.1 Aminuddin Mohd. Yusoff (1990) Kepemimpinan, Kuala Lumpur: DBP

16.2 Hughes, R.L., Ginnett, R.C. & Curphy, G.J. (1993) Leadership:
Enhancing the Lessons of experience. Boston, MA: Irwin.

16.3 Kotter, J.P. (1990). A force for change: How leadership differs
from management. New York: The Free Press.

16.4 Nahavandi, A. (1997). The art and science of leadership. New Jersey:
Prentice-Hall International.

16.5 Yukl, G. (1994). Leadership in organizations (3rd. edition). New Jersey:


Prentice-Hall Int.

Anda mungkin juga menyukai